Cara Untuk Buat Duit Dengan Menulis

Dalam kehidupan era digital hari ini, masih ada lagikah orang yang memilih kerjaya sebagai penulis?

 

Masih adakah orang yang menjana pendapatan sebagai penulis?

 

Agak2 you..

 

Masih boleh ke buat duit dengan menulis?

 

In sha Allah boleh you..

 

Era digital sebenarnya sangat membantu untuk you kickstart your kerjaya sebagai penulis.

 

Dengan menmanfaatkan digital marketing, you boleh buat duit dengan menulis melalui beberapa cara dibawah ni:

 

#1 Hasilkan ebook atau kindle book

Harini, untuk memasarkan hasil penulisan, you tidak lagi memerlukan publisher.

 

Sebabnya?

 

You mampu untuk self publish penulisan you, melalui ebook atau Amazon Kindle Direct Publishing. Pembaca harini lebih suka membaca ebook berbanding dengan hardcopy, makanya Amazon menawarkan dua pilihan, samada you nak publish ebook atau pun paperback.

 

#2 Bina blog sendiri dan buat duit dengan menulis di blog

Cara Buat Duit Dengan Blog

 

Membina blog adalah salah satu cara yang boleh you lakukan untuk buat duit dengan menulis . Ia boleh dimulakan dalam masa  sesingkat satu jam.

 

Ya..

 

You hanya perlu peruntukkan satu jam sahaja untuk memulakannya.

 

Ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun tiada ilmu dalam pengetahuan IT.

 

Ramai yang ingin memulakan buat blog tapi terhalang kerana kurang keyakinan diri. Mereka beranggapan bahwa untuk membina blog dan menjana pendapatan dari blog memerlukan kepakaran.

 

Well..

 

Let me tell you.. Kak Su mula buat blog pada usia awal lima pulohan tanpa langsung ilmu IT.

 

So..

 

Jika Kak Su mampu melakukannya, you yang jauh lebih muda pasti juga mampu menghasilkan blog yang lebih baik dari Kak Su.

 

Ya kan?

 

Jika you tak tahu cara untuk buat blog, you boleh ikuti emel tutorial yang telah akak siapkan untuk you.

 

Tutorial buat blog ni akan akak kirim melalui emel. You boleh daftar disini.

 

Bagaimana cara buat duit dengan blog?

 

Ok..

 

So you dah siap pun mendaftar dalam ekursus belajar buat blog bersama Kak Su.

 

Apa langkah seterusnya?

 

Apa yang harus you lakukan dan bagaimana caranya untuk mula buat duit dengan blog?

 

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk buat duit dengan blog.

 

Kak Su ada satu artikel yang telah akak tulis mengenai bab ini

 

You boleh baca disini : 5 Cara Buat Duit Dengan Blog

5 Cara Buat Duit Dengan Blog

 

Jika you prefer untuk buat duit dengan menulis diblog sendiri, then you boleh baca perkongsian disini : Cara mudah buat duit dengan menulis di blog sendiri

 

Mengapa menulis di blog sendiri menjadi pilihan?

 

Sebabnya..

  • Membina blog sungguh mudah, ia boleh di mulakan tanpa modal.
  • You tidak memerlukan kepakaran tertentu untuk menulis sesuatu topik
  • You tidak memerlukan editor atau publisher
  • You tidak perlu mahir menulis

Nampak mudah aja untuk mulakannya, ya kan?

 

Memang pun mudah..

 

So, tunggu apa lagi? Jom mula buat blog.

 

#3 Khidmat penulis sambilan (freelancer) untuk website

Khidmat penulisan masih lagi diperlukan oleh syarikat2 yang mempunyai website. Ini kerana kebiasaanya mereka tidak mempunyai penulis sepenuh masa yang bertugas disyarikat berkenaan.

 

Penulis freelancer akan ditugaskan untuk menulis artikel mengikut pilihan topik yang diberi.

 

Biasanya, penulis diminta menulis artikel khusus untuk memperkenalkan syarikat atau tujuan branding. Ia bertujuan untuk membantu orang ramai mengenali brand syarikat itu.

 

So

 

Bagaimana caranya untuk menjadi penulis sambilan?

 

Untuk menjawab soalan diatas, Kak Su telah berpeluang untuk menemu ramah seorang penulis freelancer iaitu Puan Mahaini.

 

Buat duit dengan menulis: Satu pengalaman benar

Keseluruhan tulisan ini akan memperkatakan mengenai cara buat duit online dengan menulis.

 

Kita mungkin pernah atau biasa membaca mengenai beberapa orang yang meraih wang di Internet dengan hanya duduk di rumah.

 

Di rumah, kerjanya hanya menulis. Sama ada ia cerita benar atau dakwaan semata-mata, apa yang  akan akak dedahkan ini adalah memang pengalaman benar penulis berkenaan.

 

Penulis yang akak maksudkan adalah Puan Mahaini Muhammad. Khidmat penulisan yang beliau tawarkan dapat dilihat menerusi laman web beliau di ini.my dan tuliis.com.

 

Berikut ialah hasil temuramah Kak Su dengan beliau mengenai bagaimana servis penulisan online dapat menghasilkan duit.

 

Bagaimana Puan bermula?

Mahaini: 

Saya bermula dengan menulis untuk akhbar dan majalah.Tulisan saya pernah disiarkan di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro.

 

Artikel saya juga disiarkan di majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Dewan Masyarakat, Dewan Kosmik, Dewan Bahasa, Dewan Budaya dan Dewan Siswa.

 

Tulisan saya juga disiarkan di majalah terbitan jabatan kerajaan seperti majalah Dakwah (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) dan buletin Suara Masjid (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

 

Sudah berapa lama menulis?

Mahaini:

Saya mula menulis pada 1991. Saya bermula dengan minat membaca. Ini hobi saya yang tidak lekang hingga hari ini.

 

Untuk menjadi penulis yang bagus, kita mesti sangat minat membaca. Menulis dan ilmu adalah dua hal yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan.

 

Nasihat saya, jangan bercita-cita menjadi penulis jika anda tidak mempunyai minat mendalam membaca apa juga bahan bacaan.

 

Hasil tulisan anda akan tampak cetek dan mungkin dangkal jika anda tidak suka membaca.

 

Malah, audience anda akan dapat nampak dan tahu bahawa anda tidak membaca berdasarkan cara anda menulis sesuatu topik.

 

Apakah cabaran yang dihadapi?

Mahaini:

Biasalah, apa juga bidang yang kita ceburi mesti ada cabaran.

 

Dalam bidang yang saya ceburi ini, cabaran yang saya hadapi berbeza di antara ketika era sebelum adanya Internet dan pada era Internet sekarang.

 

Sebelum era Internet, cabaran yang saya hadapi ialah untuk mendapatkan bahan penulisan.

 

Saya dan suami terpaksa ke perpustakaan awam. Saya bernasib baik kerana suami juga berkecimpung dalam bidang sama. Dan, saya banyak belajar menulis daripada beliau.

 

Bagaimanapun, masalah kekurangan bahan untuk penulisan tidak lagi timbul selepas era Internet.

 

Satu lagi cabaran yang di hadapi ialah soal mendapatkan bayaran

Ini memang perit. Tidak mudah.

 

Masa menunggu mendapatkan bayaran kadang-kadang tidak berbaloi dengan “kerja berat” untuk menulis sesuatu artikel. Kita perlu membaca, menyelidik dan memerah otak.

 

Anda bayangkan kita menulis berjam-jam dan penat, kemudian hantar kepada syarikat penulisan untuk disiarkan.

 

Setelah hantar, ada tiga kemungkinan.

  1. Kemungkinan pertama, artikel berkenaan tidak sampai ke tangan editor.
  2. Kemungkinan kedua, artikel sampai ke tangan editor, tetapi tidak disiarkan atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga kerana tulisan kita tidak kuat atau menepati ciri yang editor mahu.
  3. Kemungkinan ketiga boleh tahan sikit, iaitu artikel berkenaan disiarkan, tetapi untuk mendapatkan bayaran, anda mungkin perlu menunggu sehingga dua atau tiga bulan.

 

Lebih perit, kadang-kadang kita sebagai penulis terpaksa menjadi “peminta sedekah” untuk mendapatkan bayaran.

 

Berbaloi tak?

Mahaini :

Jika anda tidak tabah, anda akan “stop” dan jemu. Namun, kerana minat mendalam, saya terus menulis tanpa henti.

 

Sekarang saya tumpu pada penulisan online. Ini juga ada masalah bayaran. Sudah tulis dan hantar kepada pelanggan, tetapi bayaran entah ke mana.

 

Ya. tidak semua begitu. Ada yang bagus membayar. Namun, ada yang beri pelbagai alasan apabila saya minta bayaran.

 

Malah ada juga yang jawab “maaflah sis, saya tak jadi pakai semua artikel tu untuk blog saya…”

 

Anda ingat saya senyum atau saya menangis? Tak. Saya tidak senyum, tetapi saya tidak menangis. Saya tukar cara. Setiap artikel yang pelanggan mahu saya tulis, saya ambil bayaran penuh dahulu.

 

Sekarang siapa yang menangis? Haha, gurau ye.

 

Ok.

 

Pokoknya itulah antara cabaran. Cabaran lain ialah mungkin dari segi masa kerana sebagai wanita bekerja dari rumah, saya perlu memberikan masa juga untuk anak-anak dan suami.

 

Secara keseluruhannya, walaupun ada sedikit sebanyak cabaran, saya seronok buat duit dengan menulis.

 

Apa kebaikan bekerja di rumah dengan menawarkan servis penulisan?

Mahaini :

Banyak kelebihan. Paling ketara ialah masa saya sangat fleksibel. Ruang pejabat di rumah saya boleh aturkan sendiri mengikut selera saya.

 

Berapakah anggaran bayaran yang diterima untuk sesuatu artikel?

Mahaini : 

Anggaran bayaran yang diterima untuk setiap artikel ialah minimum RM30 bergantung pada jumlah perkataan, tempoh siap dan kuantiti artikel yang ditempah pada satu-satu masa..

 

So itu dia, sedikit temu ramah bersama Puan Mahaini.

 

Camna?

 

Dah terbakar semangat you untuk buat duit dengan menulis? Jika dah, then tunggu apa lagi, take your first step.

 

and that is.. menulis

 

Jika you memerlukan tips dan panduan cara menjadi penulis, you juga boleh dapatkan ebook yang yang telah ditulis oleh Tuan Aqif Azizan yang bertajuk Rahsia Penulis

 

Didalam ebook itu, beliau mendedahkan rahsia dan jawaban bagaimana beliau mampu menulis dengan pantas serta bagaimana menjana pendapatan dengan penulisan.

 

Malah, bukan itu sahaja.. beberapa lagi rahsia yang telah beliau sendiri amalkan, akan di bongkarkan, seperti..

  • 5 Sebab Mengapa Saya Begitu “Gila” Menulis… pastikan anda mempunyai salah satu sebab ini di dalam diri anda.
  • 10 Batu Penghalang Serta Kesilapan yang perlu anda elakkan sebagai seorang penulis.. elakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan ini, insyallah perjalanan and untuk menjadi seorang penulis yang kaya & berjaya lebih mudah
  • 3 Fasa Penulisan… 3 fasa ini perlu anda ketahui untuk memudahkan anda menguruskan diri dan kerja anda.
  • 9 Syarat Bina Blog… Ya! Blog adalah medium yang sangat bagus untuk anda membina jenama sebagai seorang penulis bebas. Tetapi ada syaratnya!.. bukan main hentam sahaja..
  • 17 Cara Promosi untuk memudahkan anda mendapat pelanggan…
  • 3 Teknik Menjadi Pakar Dengan Pantas... mahu atau tidak, pelanggan lebih gemar mendapatkan perkhidmatan dari mereka yang pakar. Jadi, saya kongsikan 3 rahsia saya bagaimana untuk membina kredibiliti dan menjadi pakar dalam bidang saya dengan pantas.
  • 5 Formula Mudah Meningkatkan Jualan … Ya apabila sudah ada pihak yang berminat dengan penulisan anda, ada 5 cara untuk anda memastikan pelanggan tersebut sudi untuk membayar anda dengan bayaran yang lebih!.
  • 37  Cara Mencari Idea Penulisan! Insyallah.. inilah rahsia bagaimana saya boleh menyiapkan setiap kerja penulisan saya dengan pantas dan lancar.

So, itu dia antara sedutan dari ebook Rahsia Penulis, cobalah, have a read mudah mudahan ia dapat membantu you to kickstart your journey to be an aspiring writer.

Semoga suskes.

17 Comments

  1. emi
  2. Ayu Rafikah
  3. Danny
  4. Kak Su

Leave a Reply

Translate »