Cara Kak Su Jana Pendapatan Affiliate USD
Dua minggu yang lalu, Kak Su terima soalan,
Pernah guna teknik Rashvin untuk buat duit Affiliate USD?
Ini jawaban jujur dari akak..
Akak memang tak pernah lagi gunakan teknik yang diajarkan oleh Rashvin.
Why?
Sebab akak tak beli pun panduan AffiliateXUSD tu, huhu
So akak tak pasti apa teknik yang diajarkan Rashvin dalam panduan tu
So you mesti tertanya tanya..
Maknanya akak tak pernah lagi jana Affiliate USD?
Jawaban akak :
Akak ada jana pendapatan USD dari beberapa affiliate program luar negara. Pembayaran komisen, Alhamdulillah dalam USD.
Tapi bukan mengikuti cara atau teknik Rashvin.
Seperti yang akak nyatakan diatas, akak tak beli lagi panduan tu.
Maka tak tau apa teknik yang digunakan.
So.. Mesti you nak tau,
Apa produk Affiliate USD yang Kak Su promosikan tu?
Sebenarnya kan, jika you peka dan ambik port sikittt.
You akan nampak sendiri apa produk tu hihi..
But most of you, I’m sure tak perasan.
Sebab cara akak promosi is super soft sell.
Akak tiada menggunakan apa apa teknik hard sell.
Apatah lagi mendesak sesorang untuk membeli produk.
Sebalik nya,
Begini cara Kak Su promosi link Affiliate
- Membantu mereka yang memerlukan bantuan untuk mula buat blog
- Memberi bimbingan pada yang ingin mulakan bisnes affiliate
- Memberi info produk pemasaran yang tepat berkaitan bisnes online
- Sembang santai di sosial media (Instagram dan Facebook group)
- Berkongsi maklumat yang bermanfaat di blog untuk para pembaca
Semua ini akak lakukan dengan senang hati, tanpa berkira siapa you.
Dimana jua you berada, akak sentiasa memberi maklum balas pada sesiapa yang hubungi akak.
Sama ada di inbox website, emel, Instagram atau di Facebook.
Soalan seterusnya,
Apa yang Kak Su dapat.. tunjuk ajar, konsultasi PERCUMA?
Ini antara soalan yang sering juga akak terima tau.
Ramai yang berfikir,
Rezeki didatangkan dalam bentuk wang ringgit
Sebenarnya,
Salah satu rezeki dan nikmat kebesaran Allah, udara yang kita take for granted tu.
Setiap detik kita bernafas,
Itu juga rezeki dari Allah yang tidak akan mampu kita bayar jika di tuntut
Coba you bayangkan diri you terlantar diatas katil di wad hospital.
You di bekalkan tong oksigen untuk melancarkan penafasan you
Agak youlah kan, berapa kos satu tong oksigen tu?
Allah memberi kita kemudahan oksigen secara PERCUMA.
Maka nikmat Allah yang mana kah yang sering kita dustakan?
Atau coba saja, you menahan nafas you selama lima minit
Adakah you mampu menahannya sekian lama itu?
Pasti you tidak mampu!
Maka itulah yang dikatakan rezeki itu dipaksa keatas diri kita.
Kita dipaksa menerima bekalan oksigen secara semulajadi.
Tak mungkin kita menolaknya.
Kerana itulah antara rezeki yang telah Allah peruntukkan untuk kita.
So,
Akak yakin, rezeki akak dah disiapkan oleh Allah
So akak tak perlu nak mencari rezeki.
Lalu..
Apa yang di cari?
Yang akak cari adalah keredhaan Allah.
Itulah hakikat kehidupan yang sering kita lupakan.
Mencari keredhaan Allah
Ada faedah ke bantu orang secara PERCUMA?
Alhamdulillah banyak faedah yang akak perolehi, tak ternilai dengan wang ringgit
Akak sentiasa menerima doa dari pembaca yang
sentiasa mendoakan kesejahteraan akak
Doa dari seorang mukmin itu juga salah satu nikmat Allah yang tidak ternilai.
Bukan senang orang nak ingat kat kita you, apatah lagi nak mendoakan kesejahteraan
Akak sangat menghargai dan bersyukur.
Hampir setiap hari akak dibanjiri doa dari pembaca blog yang setia.
Terima kasih you,
Dan akak percaya, asbab doa dari pembaca blog akak sihat, sejahtera dan sales sentiasa terus masuk.
Tanpa akak perlu berpenat lelah, bersengkang mata mencarinya
Alhamdulillah.
Akak hanya perlu fokus memberi perkongsian yang terbaik dan telus bagi pembaca blog akak.
Agar mereka dapat membuat pilihan dan keputusan yang bijak dalam membina bisnes online mereka.
Affiliate USD Challenge
Seperti yang you tau, pada bulan April 2020 yang lalu, Tn Rashvin telah melancarkan Panduan AffiliateXUSD
Kebiasaan nya, setiap kali ada produk baru yang dilancarkan, pemilik produk akan mengundang para affiliate marketer untuk turut serta menyemarakkan pelancaran produk terbaru itu.
Bagi menggalakan affiliate marketer agar lebih giat mempromosikan produk terbaru itu, satu cabaran telah diadakan.
Cabaran atau Affiliate challenge ni menjanjikan hadiah yang lumayan. Up to RM500 setiap hari bagi memeriahkan jualan dan menggalakkan persaingan sihat diantara affiliate marketer.
Kak Su juga telah mengambil kesempatan menyertai affiliate challenge tu you.. hihi
Walaupun akak join the wagon, agak terlewat.. Akak hanya sertai setelah dua minggu ia dilancarkan,
Biasalah kan,
Akak ni memang jenis camtu, last minute decision maker. Waktu kecik dulu mak selalu marah akak tau,
Suka sangat buat kerja last minit ehhh ko ni!
You pun camtu jugak ke? Haippp.. Biasa dia!
So
Walaupun cabaran affiliate tu dijalankan hampir sebulan, akak hanya mempunyai waktu yang sangat terhad sebelum pintu cabaran Affiliate USD ditutup rapat.
Akak hanya ada kurang dari dua minggu saja untuk promosikannya huhu
Maka dalam masa kurang dari dua minggu tu, akak promosikan ia mengikut kemampuan, pengalaman dan alat alat bantu yang akak ada.
Orang kata.. seadanya lah hihi
Autoresponder bermasalah, pendapatan Affiliate USD terjejas?
Wahh, waktu tu lah, emel autoresponder yang biasa akak gunakan, yang telah sekian lama sendu, sudah dibaikpulih sepenuhnya.
Cuma..
Server autoresponder sementara yang dibekalkan itu telah ditutup serta merta, dan akak yang jenis last minute ni, tak sempat lah nak back up subsriber list untuk diekspot huhu
Itu adalah satu kesilapan besar bagi seorang blogger dan juga affiliate marketer tau
Kehilangan subscriber list tu satu kerugian yang sukar diganti
Why?
Sebab subscriber list tu adalah aset kita yang tidak ternilai harganya. Bukan saja pada blogger dan affiliate marketer, tapi pada setiap individu yang menjalankan bisness online.
Mengumpul subscriber list yang targeted mengambil masa dan kehilangan nya begitu saja membuatkan akak rasa macam nak pitam huhu
Kak Su banyak bergantung pada emel marketing untuk promosikan produk affiliate. Hampir 90% cara akak promosi ialah melalui emel marketing dan baki 10% melalui sosial media.
Namun begitu, walaupun akak sertai the last lap,
Alhamdulillah akak adalah diantara top 10 affiliater yang mampu menjana komisen dari affiliate challenge AffiliateXUSD.
Berapa jumlah jualan yang telah akak capai dalam masa kurang dari dua minggu tu?
Alhamdulillah,
“Akak telah menghasilkan sebanyak RM1,167.00 penjualan dalam masa kurang dari dua minggu”
Bagi yang masih nak kan jawaban yang lebih jelas,
Nak tahu
Apakah produk Affiliate USD tu?
Jom..
Teruskan membaca
Produk Affiliate USD yang sering Kak Su promot berkaitan bina website,
- Webhosting – SiteGround
- Autoreponder – Mailerlite
- Nama Domain – NameCheap
- WordPress Template -Mytheme Shop
Kesemua produk diatas itu dibayar dalam USD.
Kenapa Kak Su memilih untuk promosikan produk affiliate diatas tu?
Sebab
Niche blog akak adalah mereka yang ingin memulakan bisnes online dan ingin membina website atau blog. Kak Su ada menyediakan tutorial PERCUMA, Belajar Buat Blog di emel.
Akak akan kirim tutorial diemel selama tujuh hari berturut turut.
Didalam tutorial itu, akak terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk buat blog.
Bagi you yang belum lagi sertai tutorial Belajar Buat Blog, boleh klik butang merah dibawah untuk mendaftar ya
Antara langkah utama yang perlu dilalui untuk buat website atau blog
- Daftar Domain (NameCheap)
- Daftar Webhosting (Exabytes Malaysia)
Akak juga ada menulis satu artikel khusus, Cara Untuk Daftar SiteGround
Disitu, akak tunjukkan dengan lebih terpeinci, langkah demi langkah untuk mendaftar webhosting SiteGround, dari awal sehinggalah siap website dibina.
Selain perkongsian bertulis diblog, akak juga menyediakan alat bantu seperti video bagi memudahkan lagi mereka yang mengikuti tutorial buat blog.
Video tu semua hak milik persendirian you, akak tak upload di YouTube untuk tontonan umum.
Khusus untuk student akak mengikuti tutorial saja.
In sha Allah akak tak biarkan sesorang terkapai kapai sendirian dalam pembinaan blog. Akak akan pastikan blog you siap dipublish, barulah akak berundur diri.
Setelah siap pun, you masih boleh saja hubungi akak jika you ada persoalan.
Tiada caj yuran support premium
Jika you duduk dekat dengan akak dan perlukan one on one coaching, akak dengan rela hati akan kerumah, to coach you.
Supaya ia tidak kelihatan seperti akak terlalu mendesak untuk menggunakan Webhosting SiteGround hanya semata mata untuk mendapat komisen, akak juga memberi student pilihan webhosting yang lain.
Mengikut kemampuan mereka boleh memilih untuk mendaftar di DataKL atau RoketServer. (Kedua2 webhosting server ini juga adalah produk affiliate, tapi dibayar dalam ringgit)
Setelah siap website, untuk tujuan pemasaran pula, akak akan tunjukkan cara untuk buat emel marketing.
Pemasaran Affiliate guna Emel Marketing
Emel marketing adalah salah satu cara pemasaran yang old school dan evergreen. Walaupun ada terdapat banyak cara terkini dalam pemasaran bisnes, terutamanya, pemasaran digital, namun emel marketing masih kekal relevan
Ia masih diguna pakai oleh setiap pakar pemasaran.
Walaupun mereka bara bara bere bere diatas pentas memperkenalkan you their new shiny object yang baru direka cipta.
Kononnya boleh meningkatkan jualan untuk you
Dibelakang tabir, sebenarnya mereka masih lagi menggunakan emel marketing untuk pemasaran.
Why?
Sebab emel marketing adalah personal, ia lebih special dan dekat dihati.
Emel yang you terima dari pakar pemasaran bisnes online tu, kebiasaannya go tru proses seni copywriting.
Emel yang dikirim telah ditulis sebegitu rupa, membuatkan you rasa seolah olah sifu itu sedang becakap ngan you sorang saja!
Tiada orang kedua, ketiga atau berkumpulan seperti diseminar bara bara bere bere
Ia lebih menyentuh jiwa you … Awwww.. Gitewww
So untuk tujuan emel marketing pula, akak rekemen mereka untuk menggunakan khidmat autoresponder dari MailerLite
Jika mereka prefer autoresponder yang lebih murah, akak akan syorkan RoketMel
Kemudian, dalam penyelenggaraan website juga, bagi memudahkan keje, akak menyarankan penggunaaan PrettyLink.
So begitulah, cara akak mempromosikan produk Affiliate USD
Selain dari produk berkenaan pembinaan blog (blogging tools) Kak Su juga turut mempromosikan produk produk lain.
Antaranya, automasi pemasaran (business automation tools) dari Jombiz Network.
Akak sering mengirim emel, mengajak you sertai program Affiliate tersebut. Jika you belum lagi sertai, you boleh daftar di sini.
Yang bestnya tentang Jombiz produk affiliate, kita diberi dua pilihan.
Samada nak menjual di pasaran luar negara atau pun di dalam negara!
Jika you ingin pasarkan ke luar negara, then you boleh pilih landing page dalam Bahasa Inggeris.
Mesti you nak tahu juga, kan..
Macam mana pula caranya,
Cara promosi produk affiliate Jombiz kepasaran luar negara?
Ya kan?
Bab ni akan akak cerita di lain perkongsian pula ya. Dah panjang sangat akak citer citer today hihi
If you nak sertai Jombiz Network Affiliate Program, you boleh daftar disini
In sha Allah bila you join nanti, akak akan kongsi ngan you diemel.
Cara nak buat bisnes affiliate yang paling mudah untuk you mulakan.
So you juga boleh buat duit online.
Nak ke?
Nak kan..
Ada kalanya, bila you emel akak agak terlewat membalas.
Tapi in sha Allah, setiap individiu yang menghubungi akak,
memohon tunjuk ajar atau sekadar mohon pandangan, akak akan membalas dengan senang hati
Betul, kan?
You know who you are ..
Nak hubungi Kak Su?
Hanya satu cara saja yang akak tak raikan hihi
iaitu melalui WhatsApp
Kak Su mohon maaf sangat, ramai yang minta no WhatsApp akak,
senang nak berhubung katanya
Akak dengan rendah hatinya maklumkan,
Akak lebih selesa keeping the #socialdistance
Sudah sekian lama akak jalani kehidupan #newnormal ni sebenarnya.
Hampir tiga tahun.
Ya, akak dah amalkan kehidupan sebegini.
Semenjak akak buat keputusan menutup bengkel bisnes baikpulih sofa dan perabot terpakai pada tahun 2017.
Nombor WhatsApp yang lama tu pun dah berganti tuan huhu.
Sejak hari tulah, akak pilih untuk mulakan bisnes online melalui blog.
So jika you nak hubungi akak, percayalah..
You tinggalkan komen dalam kotak komen dibawah pun akan akak balas.
Terima kasih selagi pada yang sentiasa mendoakan akak.
Terima kasih juga yang mengucapkan hepi besday kat akak tempoh hari.
Semoga Allah membalas you lebih dari apa yang you doakan untuk akak.
Ameen
Kak Su beri izin untuk share artikel ni di Facebook.
So go ahead, click Share ke FB
Sharing is caring tau
terima kasih banyak ilmu yg saya dapat lah, kalau saya nak tanya apa2, boleh ke saya whatsapp kak su ? banyak kerja online yg saya nak buat
Wa alaikum salam, tak apa pelan pelan baca in sha Allah faham nanti. Kalau tak faham, emel Kak Su aja in sha Allah akak bantu
Assalamualaikum w.b.t Kak Su,
Saya dah lama baca email Kak Su ni..
Saya bukan dr bidang I.T so, agak slow la pemahaman saya ni but at least ada la nampak sikit2..macam rabun gitu..
I wish i can apply ajaran Kak Su ni & May Allah repay Kak Su & anak2 mcm mn yg semua mahu..
Tqvm😘😘😘
Masha Allah semoga Allah permudahkan urusan Sal
Saya terharu dan bersyukur dapat baca sharing dari kak Su. Saya memang tengah mencari cara-cara untuk membuat blog dan sebagainya. Saya amat berharap dapat bimbingan dari kak su. Semoga segala kak Su usaha dipermudahkan dan sukses.
Trimaksh tak terhingga kak Su,.walaupun saya banyak tertinggal apa yang kak Su bagi,,saya rasakan perkongsian kak Su dapat memberi inspirasi kepada diri saya…saya perlukan bimbingan daripada kak Su…semoga kak Su sentiasa cemerlang…
(Ajar saya buat website Kak!!!?)