Nak akak tunjukkan cara buat duit dengan blog?
Boleh.. Tapi..
Sebelum kita mulakan misi pencarian buat duit dengan blog, pastikan dulu yang ladyboss sudah pun mempunyai bisnes blog sendiri.
Jika belum lagi ada blog, klik butang merah dibawah untuk mendaftar belajar buat blog PERCUMA
So, macam mana lah agaknya cara nak buat duit dengan blog ni ya?
Dari mana datang nya duit tu?
Siapa pulak yang membayar pemilik blog tu?
Haah, bab ni pasti ramai yang teruja dan ingin nak tau. Betul ke setakat menulis di blog saja, kita dah boleh ada income?
Macam mana caranya ya?
Akak pon dulu macam tu, tertanya2 juga, who is the paymaster ekk? Hihi
Kini bukan lah menjadi suatu rahsia lagi bahwa blog boleh menghasilkan pendapatan sampingan.
Bukan setakat jana pendapatan sampingan, bahkan ia boleh menjana pendapatan lebih dari mereka yang bekerja di ofis sepenuh masa.
Ok.. So, siapa kah si dia tu, (paymaster) bagi blog?
Blog menjana pendapatan dari sesiapa sahaja yang sudi membayar pada penulis blog itu.. Gitu
Begitu?
Ya begitu.
Mudah sangat kan?
Baiklah, specially for you, ladyboss yang sedang mengikuti e-kursus Percuma belajar buat blog WordPress bersama Kak Su, akak akan listkan dibawah ni, cara2 buat duit dari blog.
Mungkin juga ada yang dah pernah mencoba, mungkin ada yang belom pernah tau cara2 di bawah ni
So
Sama2 kita brainstorm ya.
5 Cara Buat Duit Dengan Blog
1) Menjual Produk
2) Menawarkan perkhidmatan
3) Produk Review
4) Iklan
5) Affiliate Marketing
1) Menjual Produk
Blog WordPress (self hosted) yang telah ladyboss bina ini, (atau bakal dibina) akan di miliki ladyboss sepenuhnya tau.
So..
That means you are free to sell any product that you want on your own blog.
Belum lagi ada blog?
Ladyboss boleh ikuti panduan step by step yang telah akak lakarkan di sini ,Buat Blog WordPress Dalam 15 Minit
So antara produk2 yang boleh ladyboss jual di blog:
- produk digital
- produk retail
- ebook
Produk digital seperti kalendar, planner atau gambar2 digital yang boleh di download.
E-book?
Apa agaknya yang nak ladyboss tulis ya, di e-book tu nanti?
Jika ladyboss seorang yang rajin berkongsi resepi di FB dan IG, dah tiba masa nya untuk anda mengumpulkan kesemua resepi2 tu dan dibukukan untuk di jual.
Atau ladyboss dulu seorang baker.. Tapi sekarang dah mula nak pencen.
So
Apa kata ladyboss buku kan pengalaman dan kemahiran itu untuk di kongsikan pada bakal baker yang ingin ceburi bidang bakeri, seperti yang dilakukan oleh Pn Nik Roslin
Akak pon dah mula terfikir nak menulis pengalaman cara2 baikpulih sofa dan di jadikan ebook untuk dijual, ok ke?
2) Menawarkan servis
Bila di sebut servis saja, mula lah ada yang terfikir kan servis yang berkaitan tenaga seperti mengemas rumah, membuat kek dan sebagainya.
Oleh kerana fokus akak di sini lebih kepada buat duit dengan blog secara online, so akak akan kongsikan servis2 yang boleh ladyboss offer secara online ya.
Antara servis online yang boleh ladyboss tawarkan:
- Social media manager
- Graphic designer
- Ghost Writer/ Freelance Writer
- Copywriter
- Coach (Fitness/Beauty Coach)
- Proof Reader
Baca : Mengapa anda perlu fokus pada topik blog dan niche
Ini hanya sebahagian saja ya, masih ada banyak lagi sebenar nya yang boleh di tawarkan mengikut pada kemahiran ladyboss.
3) Produk Review
Biasa di sebut as advertorial (advertisement + editorial) di kalangan blogger.
Di sini, anda bekerja sama (menerima bayaran tertentu) untuk mengulas (promosi) sesuatu produk dari syarikat itu.
Untuk tujuan ini, anda perlu memaklumkan pembaca bahwa artikel yang sedang di baca adalah produk review berbayar.
4) Iklan
Ada terdapat dua cara untuk buat duit dari blog melalui iklan
Yang pertama : Menjual ruang iklan di blog
Ini biasa nya di lakukan dengan menawarkan ruangan tertentu diblog untuk disewakan.
Iklan2 akan di siarkan di bahagian blog seperti di sidebar, di permulaan artikel , di pertengahan dan juga di akhir artikel.
Harga sewa yang dikenakan biasa nya bergantung pada keluasan ruang yang di minta dan juga pada kedudukan ia di pamerkan di blog itu.
Ada kalanya, ia di pamerkan di halaman pertama blog. Ada yang dipamerkan hanya pada artikel tertentu sahaja.
Untuk berapa lama..?
Its really up to you, its your space, you decide.
Yang kedua : Sertai advertising network
Ini adalah cara yang paling mudah untuk buat duit dengan blog. Ladyboss hanya perlu memasukkan kode yang di bekal kan ke dalam blog.
You boleh coba untuk buat duit dengan iklan dari beberapa syarikat antaranya, Google Adsense, Media.net, AdThrive dan banyak lagi
Buat duit dari blog dengan cara beriklan memerlukan jumlah pengunjung yang tinggi
So you kenalah rajin buat promosi untuk dapatkan ramai pengunjung ke blog.
Oleh kerana blog Kak Su ni baru saja berusia 30 hari sewaktu artikel ini ditulis dan pegunjung pon baru jejak seribu, so akak sabor aja lah dulu hihi.
Tapi apa yang akak faham, Google Adsense mengenakan syarat yang agak ketat.
Antaranya, seperti tidak di benarkan klik iklan sendiri (akak ni pulak jenis yang lalai.. jari tu kadang sesuka aja nak ketik2 kemana2
Jika melanggar terma dan syarat tertentu kita boleh di senarai hitam kan huhu.
Baca artikel berkaitan : Buat Duit Dari Blog Dengan Google Adsense
5) Affiliate Marketing
Antara 5 cara buat duit dengan blog ni, Affiliate marketing yang paling akak suka.
Jika ladyboss perasan, hampir setiap artikel akak akan ada affiliate link.
Ohh tak perasan ya? Senang aja nak tau, akak akan maklumkan begini “artikel ini ada mengandungi affiliate link”
Haah, maknanya, jika link itu di klik seseorang, dan kemudian dia membeli produk itu esok, lusa atau mengikut jangka masa cookie yang di hadkan, maka akak akan menerima imbuhan dari pembelian itu.
Harga belian sama saja, tiada mark up dari akak.
Affiliate link boleh di sembunyikan di sebalik sesuatu perkataan atau didalam satu ayat dengan menggunakan link cloaker
Ladyboss juga boleh menulis satu artikle khusus (macam produk review) untuk memperkenalkan cara2 pengunaan nya seperti yang akak lakukan di sini.
Nak tunggu berapa lama agaknya sebelum boleh buat duit dengan blog?
Blogging bukan lah satu skim cepat kaya, ia memerlukan kesungguhan, minat dan gigih dalam perkongsian sesuatu topik.
Ladyboss nak rajin sikit lah menulis secara konsisten.
Dan yang paling penting, sentiasa bersikap terbuka untuk menerima teguran dari mentor dan juga rakan2 blogger yang lain.
Sentiasa berusaha untuk menimba ilmu dan mempelajari selok belok menjana pendapatan dari blog.
Ia ibarat membangun sesuatu bisnes, kita bukan setakat perlukan dedikasi, tapi perlu membekalkan diri dengan elmu untuk terajui bisnes yang di ceburi.
So ada yang baru saja seminggu launch blog, dah pon ada income dan ada juga yang dah berbulan tapi tiada mendapat pulangan apa2.
Apa pon, rezeki kita sudah di tentukan Allah so jangan lah terlalu bersedih hati.
That’s why its very important to write about something that you love and enjoy, so walau apa pon situasi, kita tetap rasa terhibur di atas apa yang kita kongsi kan di blog kita, ya kan?
Artikel berkaitan : 2 perkara you wajib tahu sebelum mula buat blog
Sekian dulu perkongsian Kak Su kali ini, jika anda tau ada cara2 lain untuk buat duit dengan blog, boleh tinggalkan di ruangan komen, in sha Allah akan akak update kan ke dalam artikel ini nanti untuk di manfaatkan bersama, in sha Allah.
Akak ada lagi artikel berkaitan Buat Duit Online untuk you tau
- Cara Buit Duit Online Dengan YouTube
- Cara Buat Duit Online Dengan Fiverr
- Cara Buat Duit Online Dengan Affiliate Marketing
- Cara Buat Duit Online Dengan Dropship
- Buat Duit Online Secara Pasif Dan Autopilot
You mungkin juga berminat untuk tahu cara buat duit dari rumah
Ada belajar sesuatu dari perkongsian di atas? Jika ya, klik Share ke FB untuk berkongsi elmu sesama rakan2 yang lain
Sharing is caring tau
~~Kak Su
Wa alaikum salam. Kak Su ada kirim emel, cek emel ya
assalammualaikum k.su…. mcmana kita nk mula promote blog kita….. apa lg kandungan e book selain resepi
Sama sama
Terima kasih kaksu sbb share saya buat affiliate marketing
Sama sama, Semoga bermanfaat untuk semua yang digunakan ilmu buat duit online
Terima kasih..sangat membantu..boleh jgk buat duit dengan survey, usd1 stiap kali survey..info lanjut bole baca di blog saya..
Wa alaikum salam. Ya betul tu, perlu rajin bekongsi kan
Salam kaksue.. sy brrminat sgt nk jd blogger.. sbb sy bniaga jd dship je kt fb.mkin lme mkin xrmai org mmbeli.. mybe sbb nk bjimat gamaknye😭 rse nk tukar kjaya sbgai blogger.. sy dh siapkn 1blog cuma xreti nk guna je. Tak reti nk promote bg org baca.. nk sgt blja.. sy buat blog bkisar tntg resepi dan pnjgaan bby.. tp tu la xreti nk promote.pnh promote link kt fb.. kne blok la pulsk. Xboleh dh msk fb.huhu
Salam Kak Sue, perkongsian yang menarik. Insya-Allah, blog ni kalau kena caranya boleh menjadi satu sumber pendapatan pasif. Yg penting kena rajin berkongsi.
Wa alaikum salam, Dhieya boleh daftar disini http://bit.ly/belajar-buat-blog-kak-su
Assalammualaikum Kak sue
Mcm bminat la nk belajar buat blog kak sue..mcm mana sya nk contct kak sue untuk mklumat lbh lanjut..
Wa alaikum salam. Kak Su boleh dihubungi disini >> https://kaksu.com/hubungi-kak-su/
Assalam k.su, macam mana saya nak contact kaksu utk tanya lebih mendalam…saya pelajar dan ibu tunggal, perlu duit tambahan utk mmbesarkan anak saya..harap kak su dapat mmbantu saya… ni email saya storge_gane@yahoo.com
Sama2, ya memang ada beberapa cara maka pilihlah satu yang dekat di hati dan ambil tindakan dengan pantas.
Fast Action Fast REsult
terbaik kaksu! bnyk cara rupanya buat duit online. terima kasih!
Info yang bermanfaat.. Apa pun bagi saya semuanya atas minat juga… Takde minat tak jalan…
buat aje.
yang penting, niat dengan usaha kena selari.
kalau tidak, satu habuk pun tak dapat.
When someone writes an post he/she retains the thought of a user in his/her brain that how a user can understand it.
So that’s why this post is amazing. Thanks!
Alhamdulillah begitulah tiap sesuatu yang baru akan terasa susah tapi bila dah nampak hasil nya, ia pembakar semangat untuk terus kan perjuangan
Dalam banyak-banyak ni, saya pun suka yang affiliate marketing. Mula-mula memang rasa macam susah, tapi bila dah start dapat 1st affiliate commission, nak dapat komisen yang seterusnya dah tak berapa susah
Thanks for sharing kak su. So far saya memang buat duit dengan blog jer. Affiliate ada lah jugak. Tapi tak banyak.
In sha Allah
Its ok Bella, no rush.Ada masa nanti hello hello ya di email. Thanks
In sha Allah
Affiliate marketing jika di lakukan dengan betul , ia bakal menjana pendapatan secara pasif dik, tak perlu invite sesiapa pon. In sha allah akan datang, akak akan kongsikan artikel cara buat duit dengan Affiliate Marketing Tunggu..
In sha Allah
Syabas Linda, Alhamdulillah semoga terus maju
Perkongsian yang bagus. Good content Kak ! Bila buat blog ni, masing2 ada niat tersendiri kan?
Macam saya asalnya, blog untuk cupcakes saya budgetcupcakes.blogspot.my . Kemudian buka lg satu blog sebagai diari.
Setelah bertahun-tahun baru muncul satu per satu job.
Saya yakin rezeki dari Allah. Dan saya tak nak tamak dalam dunia blogging.
Sebab saya sendiri pun ada kerjaya sendiri fulltime.
Iday setakat ni memang ada jana duit dari blog, tapi mostly iday memang minat menulis. so, kalau dapat buat duit, memang satu bonus. dekat list kak su tu, Iday pernah try affiliate, memang jana, tapi sekarang stop kejap. nanti nak continue balik hehehe.
Produk review ika selalu buat. Affiliates tak minat . Sebab ika parr time blogger. Buzy kerja x da masa nk invite org heheh.
Tips berguna untuk semua blogger di luar sana. Jana income bersama blog ?
Kak Su, bella tak sempat nak balas email akak. Nanti bella tgk semula. Btw, komen Ruby tu memang benar. Awal2 ni mmg tak pikirkan wang. Follow je flow, but as nilai tambah kena la buat mcm akak Su postkan ni. Gangbate!
Subhan Allah, panjang nya ulasan Ruby. Terima kasih Ruby di atas dorongan dan sokongan padu. Semoga kita semua terus maju, in sha Allah
Usaha tangga kejayaan
Alahai lupa nak reply mesej akak tanya hari tu. Hahaha. Ruby jawab panjang-panjang kat komen k.
Buat duit dengan menulis blog ni memang ramai tertanya-tanya bagaimana nak jana pendapatan. Rata-rata yang buat kelas atau forum pun tidak akan beritahu bagaimana penglibatan di antara penulis blog dan pengiklan / pr agensi / pemilik perniagaan / e-mail / whatsapp / rekomendasi dari rakan-rakan blogger / manager blogger. Semua ni dalam tidak sedar memainkan peranan turun naik harga sesebuah blog. Selain dari faktor ekonomi negara lah kan.
Penulis blog tidak sepatutnya memikirkan tentang wang pada awal penulisan. Ini kerana siapa kita pun tidak diketahui umum. Belajar berkawan, belajar pergi event, belajar merendah diri untuk belajar. Serap ilmu sikit-sikit dari setiap orang yang kita jumpa. Don’t trust anyone. Kita dah matang, fikir mana yang sesuai untuk keadaan kehidupan kita. Jika bujang, boleh melepak coaching duapulohpatjam di cafe mahal. Jika bekeluarga boleh lihat masa kita, suami dan anak-anak. Siapa nak jaga semua.
Setiap kali ingin melangkah keluar rumah untuk travel trip atau event. Ruby selalu plan siapa nak jaga anak dan suami bagaimana. Jangan susahkan orang yang sayangkan kita disebabkan kita mengejar content blog kononnya dengan event ada semua tu. Macam ruby dah berada dalam industri dari 2003. Memang susah. tahun 2008 baru berani berkenalan dengan agensi. Tahun 2010 mula dikenali. 2013 mula dipercayai untuk produk review. 2016 menerima penghargaan. Jadi timeline untuk menjana pendapatan menulis bukan senang. tapi tak susah dan semua orang boleh lakukannya.
Pelbagaikan penulisan. Ikut keadaan kita. Jadi, hari-hari seronok menulis blog. Mengikut statistik, tahun 2017 adalah zaman kejatuhan blogger. Tapi sebagai penulis yang sentiasa bersemangat, passion dalam menulis. Teruskan menulis. InsyaAllah rezeki Allah tu luas. Tiap tahun saya belajar dan belajar. Akak yang 30 hari ni pun dah hebat dalam penulisan blog. Teruskan ya!
Asalkan rajin..blog pun boleh bantu tambah income. Tq for sharing
kann.. hahaha jari ada mind of its own
Ada yang dalam list yang saya dah buat. Nak start memang susah. Nak sustain pun susah. Cuma kena usaha je
neeza buat 2 dan 3 je sebab tak minat yg lain-lain. alhamdulillah pendapatan adalah juga, hehe
Blog Qiss pun masih baru. Tak banyak trafik lagi. nak kena ulas betul2 satu topik. Baru orang baca sampai habis. Yang paling best iklan tu la. takot juga gatal tangan pi klik.hahaha dapat juga ilmu nak jana duit dari blog ni. terima kasih.
Semua yang akak listkan tu saya dah buat dan betul memang mula2 susah tapi bila kita dah stabil dan mula diyakini oleh syarikat pembekal ini adalah sangat bagus…
you are right kak su~~ not skim cepat kaya~~ need a lot of effort and time. haha
4D3N Star Cruise 2017
Cobalah, semoga berhasil, in sha Allah
terimakasih kak su..artikel menarik.nak cuba masukkan link la pulak.Tehehehe..
Thanks to you too, Aimi sudi singgah di sini, semoga perkongsian ini memberi manfaat buat Aimi ya
*love your content!*
Thank you kak su, sebab membuka mata masyarakat malaysia ..dalam bahasa melayu 🙂