Buat duit online dari blog

Tip Buat Duit Dari Blog Walaupun Tidak Menjual Apa2

Buat duit dari blog

Buat duit dari blog

Macam mana nak buat duit online dari blog walaupun orang tak membeli apa2 dari kita?

 

Soalan : Bolehkah saya nak buat duit dari blog saya? Kalau orang tak beli apa2 pun  saya still dapat duit dengan orang layari blog saya?

 

Macam mana caranya?

Jawaban : In sha Allah boleh. That is the beauty of having your own blog. Dengan adanya blog sendiri kita mampu untuk buat duit dari blog secara pasif, secara autopilot tanpa kita perlu lakukan apa2 ke atas nya.

 

Walaupun kita sedang tidur atau pergi bercuti luar negara dengan keluarga atau pun kita sedang terlantar di hospital (Semoga Allah beri keberkatan dan kesihatan untuk semua, Ameen)

 

Blog itu masih mampu menjana pendapatan untuk kita, in sha Allah

 

Macam mana caranya? Baca :

Buat Duit Online Dari Blog

Membina blog, sama seperti menanam pohon buah2an. Ia perlu di tanam ditempat yang sesuai bagi menggalakkan pertumbuhan nya.

 

Ia juga memerlukan air dan matahari sesuai dengan jenis tumbuhan itu.

 

Kemudian ia mengambil sedikit masa sebelum ia mula berbunga kemudian bertukar menjadi buah.

 

Subhan Allah indah nya kebesaran Allah, kan

 

Begitulah juga kaedah membina blog.

 

Jika kita ingin kan blog menjana pendapatan secara pasif, secara autopilot, kerja2 menyiapkan landasan kukuh perlu di jalankan terlebih dahulu

 

Perasan ?

 

Akak menyebut membina blog

 

Bukan buat blog

Setakat buat blog kemudian mengharapkan ia menjana pendapatan secara pasif ibarat menanam lalang kemudian mengharapkan ia menghasilkan buah2an yang boleh di petik untuk di nikmati

 

Untuk menghasilkan pendapatan secara pasif dari blog, khususnya melalui iklan seperti Google Adsense, blog itu sendiri harus berpotensi untuk menjana pendapatan.

 

Waduhh, blog pun perlu ada potensi ke?

 

Sudah tentu

 

Kita perlu kemaskini blog dengan layout yang tersusun rapi dan mudah untuk dilayari pengunjung.

Pabila pengunjung mendarat di blog kita, tak kira lah mereka datang dari arah mana sekali pun, kita hanya ada tiga saat sahaja untuk menambat hati nya 

 

Tiga saat itu yang akan menentukan samada dia akan  klik  “back”  atau akan teruskan pembacaan nya, bagi mendapatkan info yang sedang di cari nya.

 

Woww.. 3 saat

 

Sungguh mencabar

 

Yes, I know right.. its challenging

 

So, apa yang kita mampu sajikan pada pengunjung dalam masa tiga saat tu?

 

#1 Isikan blog dengan konten2 yang menarik for your own niche.

Niche?

Lagi2 sebut niche kan..

Yup.. Niche itu penting cause kita perlu kenal pasti siapa dia pembaca kita

 

Baca : Mengapa kita perlu fokus pada niche untuk berjaya dalam perniagaan online

Pengisian atau konten di blog kita, haruslah di tujukan pada pembaca kita yang satu

 

Tak boleh ke nak tulis untuk umum?

 

Boleh

 

Tapi kita nak cara mudah jana duit online kan?

 

Bisnes Online Mudah

Bisnes Online Tanpa Modal

Buat Duit Secara Pasif

Itu yang kita ingin kan, kan?

 

So,

kita mudahkan dulu urusan mereka2 yang sedang mencari info yang berkaitan  dengan konten2  yang terdapat di blog kita

 

Dengan cara ini, ia lebih mudah untuk kita buat duit secara pasif melalui iklan Google Adsense atau iklan2 produk tertentu.

 

Oleh kerana pembaca dah sememang nya sedang mencari solusi permasalahan mereka dan Google Adsense juga secara kebetulan akan memaparkan iklan berdasarkan pada pencarian pembaca kita.

 

So, jika blog kita mempunyai konten2 berkenaan tumbesaran bayi, sudah tentu pembaca kita adalah ibu2, atau ayah yang mempunyai bayi, ya kan?

 

Maka iklan yang di tayangkan nanti adalah bersesuaian dengan golongan itu.

 

So we stand a higher chance of them clicking that iklan.

 

Jika mereka klik link iklan itu, kachinggggg… masyuukkkk ler tuuu

 

So begitulah how it works

Know who your readers are, sasarkan pengisian konten di blog anda khusus untuk mereka

 

Masih tak faham?

 

Macam ni, Google sangat2 bijak dalam marketing strategi nya. Ia hanya memaparkan iklan kepada kita berdasarkan pada lokasi, hobi, bahasa penggunaan  dan juga gaya hidup kita.

 

Perasan tak, jika kita buka YouTube, iklan yang dipaparkan di video kita, tak akan sama dengan iklan yang dipaparkan untuk rakan2 kita yang lain.

 

Why?

 

Sebab hobi kawan kita tu, tak sama dengan hobi kita.

 

So if kita minat main game, iklan yang akan kita lihat adalah yang berupa gadget2.

 

Dan jika kita lebih cendurung kepada masakan, kita akan di sajikan dengan iklan2 mari memasak, yang menawarkan penjualan periuk belanga, oven, senduk segala bagai perlatan masakan.

 

So of course itu akan membuat kita tertarik dan akan klik iklan itu.

 

Ya kan?

 

Of course, it makes sense. Google knows that.

 

So

 

The same goes to your blog.

 

Nak orang klik iklan on your blog?

 

Then pastikan, iklan itu adalah sesuatu yang berkaitan dengan minat nya atau sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi nya.

 

Nak galakkan pengunjung duk baca konten di blog anda?

  1. Isi kandungan yang bermanfaat mengikut niche
  2.  Help your readers to solve her problem
  3.  Manfaaatkan sepenuhnya kuasa Google Search
  4.  Gunakan bahasa sesuai dengan tahap kefahaman pembaca anda
  5. Pastikan gambar2 yang diupload telah di kompres dan di optimasi mengikut ketetapan
  6. Tingkatkan kelajuan blog anda
  7. Selingkan penulisan dengan video yang bersesuaian dengan konten

 

#1  Isikan konten yang bermanfaat di blog anda, info yang sedang di cari2 pembaca (mengikut niche kita)

 

Sebab nya,

jika mereka mencari info berkenaan sesuatu isu, itu bererti mereka mempunyai masalah berkaitan yang perlu di huraikan

 

#2  So be that person that can help your readers to solve her problem

Ok, macam mana nak pastikan yang mereka yang sedang mencari info tertentu itu tau..  info berkenaan ada di kongsikan di blog kita.

 

Sedangkan blog kita masih baru, tidak di kenali sesiapa pun.

 

Kita sedia maklum, setiap orang yang dahagakan maklumat tertentu akan Google mencari jawaban nya

.

Jika mereka ingin kan penjelasan yang lebih jelas dan mudah di ikuti, mereka akan ke YouTube pula.

 

#3 So gunakan sepenuhnya kuasa Google Search

 

Pelajari cara2 untuk  mendapatkan ranking pertama di Google. Setidak2 nya pastikan kita berada di muka surat pertama.

 

Jarang sekali orang menekan butang “Next page” untuk ke page kedua atau ketiga dalam pencarian info mereka di Google.

 

Nak tahu bagaimana cara nya untuk blog kita ditemui setiap kali mereka membuat Google Search?

 

Ya, ada caranya

 

Ia dinama kan Search Engine Optimization atau biasa disebut dengan panggilan manja nya SEO.

 

Jangan tanya akak tip and trick nya sebab akak sendiri masih dalam proses mempelajari nya dan sedang praktik kan ia sebaik mungkin.

 

In sha Allah jika apa yang akak praktik kan itu berhasil, akak akan kongsi kan untuk anda.

 

Namun apa yang pasti,

 

SEO bukanlah sesuatu yang boleh dibuat hari ini dan hasilnya boleh di lihat keesokan hari nya.

 

Ia mengambil masa agak berbulan2 paling cepat pun dua hingga enam minggu.Tapi yang paling pasti, SEO  masih lagi terlalu muda di kalangan blogger di Malaysia dan persaingan untuk mendapat ranking di page pertama Google tidaklah begitu mencabar seperti blogsphere Bahasa Inggeris.

 

Jika anda inginkan panduan SEO yang rapi, boleh dapat kan ia di sini .  Ebook Actionable SEO ini  telah di tulis oleh Wan Yusof.

 

Nope, akak bukan affiliate untuk ebook itu, tapi sekadar mempermudahkan pada mereka yang memerlukan nya.

 

#4 Pastikan gaya penulisan anda mudah difahami oleh golongan niche anda

Forget about the technical jargon and the bombastik word, dorang tak akan faham.

Make it simple.

Make it easy to follow.

 

#5 Agak2lah tu bila upload gambor dik oiii

I know kalau boleh you nak show off  semua gambar2 of your travel trip tu.

Of course lah kan.

Especially if your blog is a travel blog or beauty blog, mestilah nak di hiasi dengan gambar2 menarik, ya kan?

 

But come on

You ni tau ke tau, sejauh mana your server tu mampu menampung bebanan?

Gambar2 yang terlalu banyak dan besar file nya akak membebankan.. orang malas nak nunggu for it to be uploaded dorang akan just hit “back”

 

Tak caya?

Coba check your bounce rate kat Google Analytics

 

#6 Lajukan website speed anda

Baca : Apa Punca Website Perlahan Dan Cara Nak Lajukan Website

 

Kelajuan website juga memainkan peranan dalam peningkatan trafik ke blog,  juga mempengaruhi kedudukan di Google Search.

 

Jika isu ini di dapat di atasi, maka dengan sendiri nya blog itu berpeluang menjana pendapatan lumayan dari iklan, kerana keupayaan nya menarik bilangan pengunjung yang begitu ramai ke blog itu.

 

Coba cek kelajuan website anda kat sini

 

Boleh..

 

You boleh upload gambar, tapi make sure you ejas dulu (kompres dan optimasikan ia) sebelum upload ke blog.

 

That way, gambar2 tu akan kelihatan lebih menarik, sesuai untuk tatapan pengunjung dan tidak membebankan perjalanan server yang akan melembabkan speed website.

 

Tak tau macam mana ngejas gambar?

 

Kita ambil jalan pintas dan mudah aja lah ya,

 

Akak syor guna plugin Smush Image Compression And Optimization

 

#7 Gunakan kuasa video

Baca : 8 Cara Buat Duit Dengan Video Di YouTube

 

Akak sendiri memang jenis low profile nak nunjuk muka memang agak “she so shy” hihi

 

But for you, yang suka buat review beauty produk, instead of tepek gambar2, why  not buat video?

 

Trending hari ni orang lagi suka nonton video berbanding ngan membaca.

 

Ya kan?

 

The best part of video?

 

Bila dorang share video anda, your ranking di Google dengan sendiri nya akan melonjak.

 

Trust me, I’ve been doing my research.

 

Hmmm..

 

That gives me an idea, akak pun nak kena fokus wat video lah jugak.

 

Siapa kat sini pandai buat video? Komen kat bawah tu so akak boleh say hello hello.

 

Sekian dulu, mudah2an jawaban yang akak berikan ini dapat memberi sedikit pencerahan buat anda yang bertanya.

 

So remember, sebelum anda boleh buat duit dengan blog, anda perlu ada blog. Jika anda tak tau cara2 nak buat blog, then anda boleh belajar buat blog secara Percuma.

 

Klik butang merah di bawah untuk mendaftar.

Anda belajar sesuatu dari perkongsian di atas? Jika ya, klik Share ke FB.

Sharing is caring tau.

~~Kak Su

4 Comments

  1. usry
  2. Ikhwan

Leave a Reply

Translate »