5 Jenis Blog Yang Boleh Buat Duit Online
Ada terdapat banyak jenis2 blog yang ladyboss boleh bina sendiri untuk jana pendapatan secara pasif dan secara online tau.
Ya, ada banyak jenis, mengikut topik dan niche pilihan ladyboss.
Dalam perkongsian e-kursus Belajar Buat Blog Percuma akak tekankan tentang penting nya kita buat persiapan awal sebelum mula buat blog supaya kita tak mudah overwhelmed gitu.
Baca : Mengapa blog topik dan niche memainkan peranan kejayaan sesebuah blog
Tapi hari ini
Akak hanya ingin kongsi kan 5 jenis blog yang simple, very right on target for us work at home mom. Ladyboss boleh bina sendiri, in sha Allah siap dalam seminggu aja and then dah boleh hit publish button.
Really, really
Setiap jenis blog ada mempunyai keunikan dan daya tarikan nya yang tersendiri. Yes, keunikan inilah yang akan menarik pengunjung ke blog kita.
Baca : Dapatkan Pengunjung Ke Blog Baru Anda Dengan 12 Tip Sempoi Ini
Ehermm..
Macam ladyboss lah juga, kan ke ada personaliti yang tersendiri?
Keistimewaan inilah yang membuatkan Mr Hubby terpaut hati, susah nak berenggang, asyik nak bersama aja hihi
So begitulah juga dengan blog kita tau.
Mesti ada identiti tersendiri, so that it stands out among the crowed blogsphere.
So jom kita intai2 apa jenis2 blog yang boleh menjana pendapatan secara pasif untuk kita work at home mom.
Buat Duit Online Dengan Blog – Bina Blog Yang Bersesuaian Dengan Kepakaran Dan Pengalaman
1) Blog Tutorial
2) Journey Blog
3) Lifestyle Blog
4) Niche Blog
5) Guest Blog
1) Blog Tutorial
Blog tutorial amat sesuai untuk ladyboss mulai jika ladyboss ada kepakaran seperti menjahit langsir atau membuat kek atau pun menghias dan mendekor rumah dan sebagai nya.
Jika adyboss memang jenis suka berkongsi tips2 berkenaan dengan rakan2 di facebook, why not make money from it?
Its the very easy you know. Instead of ngajar percuma, why not letakkan yuran kebijaksaan sikit, so at least berbaloi jugak masa ladyboss perhabis online tu.
Ladyboss boleh upload video tutorial.
Boleh juga menjual pola kening langsir tau.
Yes I’ve seen someone doing that.
Tutorial blog seperti ini biasa nya agak panjang lebar kerana ia memerlukan penerangan yang rapi dan mngkin mengambil sedikit masa untuk menyiapkan nya.
Penulisan artikel sebegini biasa nya melebihi seribu patah perkataan.
But its ok
Sebab ladyboss hanya perlu bekerja keras untuk tahap permulaan aja untuk menyiapkan semua data2 dan video yang di perlukan.
After that
Its passive income I tell you. Ladyboss dah boleh duk melayan anak2 di rumah, sekali sekali cek to see if ada sales.
And of course update sharing tutorial baru.
Awesome kan?
Tutorial blog sebegini tidak memerlukan high trafik kerana ia mempunyai tarikan pembaca nya yang tersendiri.
Cara Buat Duit Online Dengan Blog Tutorial :
Menjual produk online seperti e-kursus, ebook dan juga Affiliate Marketing
Contoh Blog Tutorial
Belajar Buat Kek – Siti Hajar
2) Journey Blog (Kehidupan harian)
Journey blog adalah antara niche yang paling popular dan di gemari ramai. Ia amat mudah di tulis kerana ia ibarat kita menulis diari peribadi.
Cuma bezanya, diari kita ni, is open for public viewing.
Eloknya tentang journey blog ni, ia melatih diri kita untuk lebih fokus dalam mengejar impian.
Contoh kita merakam kan penglibatan kita dalam mempelajari satu skil yang baru seperti menunggang kuda, menurunkan berat badan atau kesungguhan dan kegigihan kita dalam melatih diri untuk berhenti tabiat merokok.
Oleh kerana kita berkongsi pengalaman sebenar, jatuh bangun nya kita, harapan dan impian kita dengan seluruh dunia, maka kita akan lebih fokus dan disiplin untuk memastikan diri kita menepati azam dan cita2 baru yang telah kita lakarkan di atas kertas.
Malu lah pulak ngan pembaca kalau kita tak kotakan apa yang dikata kan, kan.
Cara Buat Duit Online Dengan Blog Journey:
Affiliate Marketing, Menjual Produk dan Servis
3) Lifestyle Blog
Lifestyle blog mengandungi bermacam2 kisah dan topik di bawah satu bumbung.
Kebanyakan nya berkisar tentang pengalaman penulis, menyentuh sedikit tentang kehidupan, pekerjaan dan sebagai nya.
Jika ladyboss masih bingung, tak tau nak menulis topik apa di blog, boleh aja mulakan dengan lifestyle blog.
Dari situ nanti, in sha Allah ladyboss akan terdorong untuk mengikuti aliran blog berdasarkan pada maklum balas pengunjung.
Penting untuk ladyboss jalin ukhuwah sesama pembaca blog agar mereka berkunjung lagi dan lagi ke blog ladyboss.
Dengan terjalin nya kepercayaan pembaca, ia memudahkan kita nanti untuk menjual atau rekemen produk Affiliate kepada mereka.
Panjangnya penulisan artikel berbeza2, ada yang hanya 500 patah perkataan saja dan ada juga sehingga ribu2 patah perkataan.
Oleh kerana gaya penulisan di lifestyle blog biasanya santai2, so mudah sangat untuk kita menulis sekerap yang mampu, mungkin 2-3 kali seminggu
Ada juga lifestyle blogger yang menulis hampir setiap hari!
Lifestyle blog membutuhkan ramai bilangan pengunjung kerana blog seperti ini biasanya menjual ruangan iklan kepada pihak ketiga dan juga mengedalikan produk2 review.
Cara Buat Duit Online Dengan Blog Lifestyle :
Affiliate Marketing, Iklan, Advertorial dan Sponsored Posts
Contoh Lifestyle Blog
Malaysia Lifestyle Blogger – Ruby.my
4) Niche Blog
Niche blog pula, adalah blog yang fokus hanya pada sesuatu topik tertentu sahaja.
Ia lebih fokus dari lifestyle blog, dengan pengisian artikel yang lebih terpeinci mengikut niche itu.
Sama seperti lifestyle blog, artikel di niche blog biasanya di tulis dalam lebih kurang 500-1000 patah perkataan dan dimuatkan dengan banyak gambar2 untuk melengkapi artikel berkenaan.
Kekerapan menulis, mungkin dalam 1-2 kali seminggu.
Boleh dikatakan :
niche blog tu umpama satu butik branded yang ekslusif sedangkan lifestyle blog umpama satu minimart
Biasa lah kan, jika melangkah ke sesuatu butik ekslusif, kita akan dapati produk2 yang dijual di situ adalah produk yang ekslusif dan bermutu tinggi dan dijual pada harga yang agak tinggi juga.
So, kalau ladyboss nak jual produk2 yang khusus untuk niche2 tertentu, kita fokus lah pada niche tu ya.
Cara Buat Duit Online Dengan Blog Niche:
Affiliate Martketing, Iklan, Produk Review dan Sponsored Post
Contoh Niche Blog
Tips Penjagaan Kucing – Azhani Azhar
5) Guest Blog
Di namakan guest blog kerana ia adalah blog yang menghimpunkan sekumpulan penulis di bawah naungan satu domain.
Pada permulaan, blog sebegini memerlukan sedikit masa untuk menapak.
Namun guest blog mempunyai potensi yang luas dan menguntungkan dalam mejana pendapatan dari blog.
Artikel2 yang berkisar di blog seperti ini, biasanya merangkumi pilihan2 topik tertentu.
Tergantung pada topik atau niche yang telah ladyboss tetapkan.
Ladyboss hanya perlu kendalikan ia sama seperti tutorial blog atau juga lifestyle blog atau apa juga pilihan topik yang diminati mengikut kepakaran2 penulis.
Bezanya, dengan guest blog, ladyboss tidak perlu menulis artikel sendiri seperti di blog peribadi
Guest blog memerlukan trafik pengunjung yang tinggi. Oleh itu ia sentiasa perlu di isi kan dengan konten2 yang trending, menarik dan padat berdasarkan pada topik blog itu.
Ia hendaklah sentiasa di kemaskini dengan sajian artikel2 baru.
Memandangkan guest blog terdiri dari sekumpulan penulis yang bergabung, maka untuk menghasilkan 2-3 artikel sehari bukan lah satu perkara yang rumit.
Kelebihan blog sebegini, ia cepat mendapat tempat di hati pengunjung kerana ia akan mempunyai banyak artikel2 menarik berkaitan topik dan niche blog itu.
Artikel2 yang menarik dengan sendiri nya akan di share ke platfom2 lain oleh pembaca dan ini akan meningkat kan bilangan pengunjung ke blog itu dan sekali gus melonjakkan penghasilan dari iklan.
Cara Buat Duit Dengan Blog (Tetamu) Guest
Iklan dan Affiliate Marketing
Contoh Guest Blog
I Luv Islam
Baik lah, setelah mengetahui 5 jenis pilihan blog yang boleh kita mulakan, agak2 lah ya, yang mana satu kah menjadi pilihan?
Boleh bagi tau Kak Su mengapa ia menjadi pilihan anda? Tinggalkan komen di ruangan tau.
Baca Artikel Berkaitan :
1) 5 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog
2) Macam Mana Nak Buat Duit Online Dari Blog Walaupun Tidak Menjual Apa2
Sekian dulu, semoga anda belajar sesuatu dari perkongsian ini. Jangan lupa tekan butang Share ke FB
Sharing Is Caring tau
~~Kak Su
Blog kita lifestyle. Apa yang kita rasa nak kongsi dengan pembaca. Ada jugak review produk, tips. Suka tengok mereka yg buat duit dgn blog.
Panduan yang baik. Nak buat duit dengan blog ni mana-mana niche pun boleh yang penting minat mendalam. 🙂
Terima kasih untuk perkongsian ni kak su. Blog saya ni, boleh kira sebagai niche blog la kot 🙂 Sebab hanya fokus pada tempat-tempat yang saya pergi dan jelajah
I love how you categorize it and explain it out clearly in your blog. Love reading it.
memeng ada banyak pilihan untuk blogging bergantung kepada minat kita, tapi saya pilih lifestyle sebab boleh share macam-macam benda… hehe
Err..blog AS rasanya journey blog kot. Pada asalnya tertumpu pada kisah AS yang minta bidang komputer tapi family push AS ke bidang farmasi..
tapi sekarang dah pindah ke domain baru, rasanya blog AS lebih kepada lifestyle blog. kot ahaks! (^_^)
Thanks for sharing, it didn’t occurred to me what is wanted to do. Now I know.
Tq for sharing this. Very informative
Wow…info yg lengkap utk belajar buat duit melalui blog. Rajin sungguh kak sue.
Saya punya blog ni kira lifestyle n rojak sikit hehehe…apa2 pun semuanya kena minat
Wahhh sy banyak belajar perkara baru bila baca entri nie. Thank you for the great info and advice
Nice sharing.. Tapi xbyk blog hire guest blogger.. lifestyle la paling senang. kot
bagus perkongsian ini… blog Bonde sama macam rojak letak niche lifestyle
Rasa nya zaman sekarang lebih Mudah buat duit dengan blog, ada macam -macam yang boleh dibuat Dari minat.
Wah.. info yang sangat bagus ni
wah thanks kak su for this info. baru tahu for this type of blog. sy rasa blog sy lifestyleblog kot sebab ada masukkan travel, fitness nd food.
ladylisaa.com
Info bermanfaat..10q for sharing