3 cara buat duit online secara pasif

3 Cara Mudah Buat Duit Online Dari Rumah

Cara buat duit online dari rumah, secara pasif dan autopilot

3 cara buat duit online secara pasif

Seperti yang ladyboss ketahui, akak mula rebranding pada awal Ogos 2017, memberi keutamaan untuk memulakan bisnes online sepenuhnya, menjana pendapatan secara autopilot atau biasa di sebut orang buat duit online dari rumah aja.

 

Di sebabkan faktor usia dan juga kesihatan akak (jika ladyboss masih ingat, akak ada nyatakan yang akak sedang jalani rawatan  alternatif kanser payudara) so tenaga dan masa akak agak terbatas.

 

Akak memerlukan banyak masa untuk istirehat, dah tak larat dah nak buat kerja2 baikpulih sofa dah.

 

Makanya akak memilih untuk memulakan buat bisnes online tanpa modal. Akak memilih untuk buat duit secara pasif sahaja, santai2 dari rumah

 

Antara usaha2 yang sedang akak lakukan untuk buat duit secara pasif:

 

Cara buat duit secara pasif yang sedang dalam perancangan Kak Su

1) MENJUAL EBOOK

Akak sedang menyiapkan satu ebook dalam Bahasa Inggeris. Ini mengambil masa mungkin tiga hingga empat bulan. In sha Allah akak target ia di lancarkan pada April 2018.

 

Akak cadang untuk menjual nya secara kindle di platfom Amazon. Jika akak sempat terjemah kan ke Bahasa Malaysia, mungkin juga coba jual di Klikjer

 

Ebook mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menulis, edit dan sebagainya, tapi akak yakin setelah ia di pasaran kelak, it will channel monthly passive income for me.

 

Lagi pun, it keeps my mind busy so akak tak lah terfikir kan tentang kesakitan yang sedang akak lalui ni. So buat masa ni, akak peruntukkan lebih sikit masa untuk menyiapkan nya.

 

Akak kena lah rajin2 berusaha, bak kata orang2 lama (ehh that’s me), bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian

 

Ladyboss juga boleh menulis ebook untuk buat duit online tau.

 

Nak tulis tentang apa ya?

 

Kita berbalik pada pilihan topik dan niche kerana ini akan narrow down pilihan dan keutamaan content writing kita.

 

2) AUTOPILOT DIGITAL DOWNLOAD

Get Quality Stock Music
Digital download lebih mendapat perhatian di negara barat berbanding di negara asia, but dont worry  oleh kerana ianya hanya lah digital download so maknanya nya kita berpeluang untuk menjual ke seluruh dunia.

 

Best ke best?

 

So, apa itu digital download?

Ia adalah sesuatu produk yang di jual secara digital. Setelah pembeli membuat bayaran kita hanya perlu mengirimkan nya secara email untk di download.

 

Contoh2 digital download:

  • Planner Bulanan
  • Muzik
  • Kalendar
  • Inspirational quotes
  • Fonts
  • Social media templates
  • Resepi
  • Gambar
  • Blog Template

 

Dan bermacam2 lagi ya, tak habis kalau nak list kan di sini.

Omputih ni entah lah, suka sangat print dan tampal di memo board, di dinding atau di peti ais untuk rujukan mereka bagi memperkukuhkan ingatan, macam vision board gitu.

 

Di mana nak jual  digital download?

Antara platfom online yang ladyboss boleh menjual digital download ialah di Creative Market.

Untuk menjual gambar pula ladyboss boleh coba di Dreamstine atau di Shutterstock.

Ini adalah antara site fotografi yang biasa akak guna kan.

 

Dan harga untuk sesuatu download tu tak perlu mahal mana pun. Ia boleh di jual serendah USD$0.99 bergantung pada jenis produk yang di jual.

Ok lah kan, kalau terjual 10 download sehari? Dan di tukarkan kepada RM? Lumayan tu, anyway its passive income atau apa yang digelar rakan2  marketing seminar akak dulu,  “duit geli2” hihi

 

Akak tak berapa pandai nak design2 ni, so akak rajin membeli aja haha. Ladyboss yang lebih kreaktif dari akak boleh coba ya, why not?

 

Its buat duit tanpa modal dan cara paling mudah untuk buat duit online, buat sekali.. upload untuk di jual dan tunggu sales masuk in USD berkali2.

Jika ladyboss rasa lagi selesa nak menjual tempatan, then jual di blog sendiri aja.

 

Tak tau nak buat blog? Alah kesian nya

Ni, akak ada sediakan tutorial PERCUMA Belajar Buat Blog. Klik butang merah dibawah tu untuk mendaftar


3) Affiliate Marketing

Seperti yang akak nyatakan dalam perkongsian akak cara buat duit dengan blog, affiliate marketing adalah salah satu cara buat duit online yang paling akak suka.

Mengapa tidak nya?

Akak membantu ladyboss dengan memperkenalkan produk yang akak sendiri guna dan untuk itu, jika ladyboss setuju dengan saranan akak, kemudian membeli nya, akak akan terima komisen.

I like it when I can help someone by showing them the best product to use for their benefit

 

Sebenarnya tanpa kita sedari kita sering lakukan perkara ni. Kita akan rekemen shampoo atau bedak atau lipstik yang kita sendiri guna kat rakan2 kita, walaupun kita tak menerima apa2 habuan dari syarikat shampoo tu.

 

Betul ke betul?

 

So why not buat duit dengan afffiliate program aja camtu.. santai2 aja kan

 

Baca : Ketahui rahsia buat duit dengan affiliate program

Buat Duit Online Dengan Affiliate Marketing

Buat duit dengan affiliate program adalah adalah salah satu cara buat duit secara pasif yang mudah untuk di laksanakan. Ia sesuai jika ladyboss belum lagi ada produk sendiri untuk dijual atau belum terfikir servis apa untuk ditawarkan online.

Buat duit dengan affiliate program sangat sesuai untuk work at home mom, ia mudah untuk di mulakan

 

Jika ladyboss sudah pun ada produk sendiri, tapi ingin menjana pendapatan tambahan tanpa meluangkan extra masa untuk kendalikan extra bisnes, coba lah buat duit dengan affiliate marketing pula.

 

Kita ladyboss work at home mom, tujuan kita bekerja dari rumah is to spend more time with our kids, but at the same time jana pendapatan dari rumah.

 

Betul ke betul?

 

Jika ladyboss belum pernah dengar term affiliate marketing ni tapi teringin pulak nak mencoba nya (setelah membaca perkongsian ni kan , kan?) ladyboss boleh ikuti Panduan memulakan Affiliate Marketing yang telah akak siapkan specially for  you.

 

Sekian perkongsian hari ni , 3 cara buat duit online secara pasif, secara autopilot santai2 dari rumah.

 

Anda belajar sesuatu? Jika ya, klik Share ke FB untuk di kongsikan dengan rakan2 ladyboss yang lain.

 

Sharing is caring tau.

 

~~Kak Su

 

***artikel ini ada mengandungi affiliate link***

32 Comments

  1. Mohd Asri Bin Abd Rashid
  2. Zul Dtown
  3. Fathullah Al Mumin
  4. Ariff
  5. CCL
  6. Ai
  7. cara cari duit cepat

Leave a Reply

Translate »