Ketahui 2 Perkara sebelum buat blog

Anda Wajib Ketahui : 2 Perkara Sebelum Mula Buat Blog


Domain names for just 88 cents!

Cara Buat Blog - Ketahui 2 Perkara sebelum buat blog

Ketahui dua perkara sebelum buat blog

Akak masih ingat lagi pada tahun 2007, akak terkapai2 cari info cara buat blog.

 

Waktu tu akak meniaga perabot terpakai.

 

Sebab tu ler, nama di FB akak, Kak Su (Perabot Terpakai Kak Su)

 

Bisnes online di Malaysia waaktu tu, tak lagi popular sebab ramai yang tak yakin nak berurus niaga secara online. Dan ramai lagi yang tak mempunyai desktop atau laptop dirumah.

 

Internet waktu itu pon, memang merangkak cam siput.

 

Smartphone tu kira cam sesuatu yang dalam mimpi aja lah, Wifi pon tak ada lagi kut hehe


Akak berjinak2 niaga online di atas platfom Mudah.my. Di situlah permulaan akak berbisnes online.

 

Agak mencabar jugak waktu tu, sebab WhatsApp pon tak ada (tak leh nak send pic atau bukti pembayaran) dan ramai yang tak mempunyai akaun bank pon!

 

So, bila nak bank in, dorang kenalah pi bank beratur nak masuk duit. Mesin CDM waktu tu pon , tak leh di percayai sangat.

 

Akak pernah masuk duit, separuh jalan, dia sangkut.. resit tak kuar.. fuhhhh .. sampai hari ni duit tu tak boleh claim, walaupun RM150 aja.. huwaaa

 

So, ada sorang customer ni , (lupa pulak nama nya) Dia meniaga kek, dari rumah dan juga mengajar buat kek dan cara2 menghiasasi kek kahwin.

 

Dia lah yang bertanya kat akak,

Kak Su ada blog?..  Akak pon, ngan kening berkerut.. blog..? apa tuh blog? hik hik

 

Kata nya lagi, bila kita meniaga, mesti nak ada blog Kak Su. Akak kata, akak mana lah tau buat blog ni.. dan dia pon offer ler tuk mengajar akak online.

 

Kita belajar atas talian guna Facebook chat aja waktu tu.

 

Maka terhasil lah blog pertama akak , walaupon terkial2 nak set up dari zero.. Ya lah.. bimbingan one to one, tapi lalui FB chat, bayangkan lah (tak leh nak share screen) pon.

 

Tapi… Wow, terer jugak akak. Alhamdulillah. Tapi, itu cerita sepuluh tahun yang lalu.

 

Hari ini, sistem teknologi semakin canggih dan kemudahan untuk ber bisnes online dan belajar online semakin luas dan semakin simple.

 

So tak ada excuse untuk ladyboss nak bagi alasan tau.

 

Cara Buat Blog - Kuasai Bisnes Online

Baca :   Cara Nak Kuasai Bisnes Online Ladyboss

 

Sebenarnya, selain dari membina blog untuk tujuan memperkukuhkan  bisnes online, blog itu juga boleh di jadikan sebagai suatu wadah untuk menjana pendapatan sampingan secara pasif.

 

Ia sangat mudah untuk di set up dan tak perlu modal yang banyak.

 

Oleh kerana pendekatan bisnes online di atas blog agak berbeza sikit dari bisnes konventional, maka, ada beberapa faktor yang kita wajib ketahui sebelum buat blog untuk jana pendapatan

 

Jika di lakukan dengan betul dan teratur, ia bakal menghasilkan income untuk sekian lamanya, in sha Allah.

 

Dengan ada nya bisnes blog sendiri, ladyboss bebas untuk berbisnes online 24/7 namun, tidak terikat dengan kekangan masa.

 

Baca : 8 Sebab Perlu Ada Bisnes Blog

 

Malah, ladyboss akan ada lebih banyak masa untuk diri sendiri dan juga anak2.

 

Mungkin ladyboss pernah terfikir nak buat blog untuk bisnes ladyboss, so  di sini akak nak kongsi kan dua perkara yang patut ladyboss ketahui sebelum mula buat blog.

 

Dua perkara ni amat penting, kerana ia adalah persiapan awal untuk membina bisnes online kita

 

Waktu akak mula2 set up blog tu, akak tak fokus , tak tahu apa tujuan akak membina blog tu.

 

So I keep on changing my focus, kejap nak begini, jap lagi nak begitu.

 

Tak tahu apa sebenar nya fungsi blog yang nak akak ketengah kan. Apa sebenarnya mesej yang nak akak sampaikan pada pembaca.

 

So akhirnya blog tu, di biarkan terbengkalai macam ghost town, tiada pengunjung

 

So hari ni akak nak kongsi kan kat ladyboss, cara buat blog or rather dua perkara penting yang patut ladyboss ketahui sebelum memulakan buat blog.

 

Ketahui 2 perkara wajib sebelum mula buat blog

 

1) Pemilihan Topik

2) Pemilihan Webhosting

 

Cara Buat Blog -2 Perkara wajib ketahui sebelum buat blog

Pilihan Topik

Pilih lah sesuatu topik yang dah sememangnya menjadi minat ladyboss. Sesuatu yang sering ladyboss duk bersok sek ngan rakan2 ladyboss.

Tak kira lah apa pon topik.

Sebab nya?

 

Apabila kita cenderung dan berminat dalam sesuatu, kita akan lebih bersemangat untuk bercerita tentang itu.

 

Mungkin ladyboss seorang yang sangat meminati masakan ala barat dan suka berkongsi resepi dan cara2 masakan kat FB atau IG.

 

Dan sekarang ni pulak ada FB dan IG live, so terasa lah macam chef dalam siri masak memasak, boleh buat Vlog tau.

 

Atau pon ladyboss mungkin nak berkongsi tips pada ibu2 baru, cara2 nak menjaga dan mengasuh bayi.

 

Kebiasaan nya, ibu2 baru sering mencari info, tips dan panduan mengurus bayi.

 

Dari rutin harian biasa aja, dah boleh di jadikan topik blog untuk tujuan bisnes online

 

Ok, akak tau, masih ada yang bingung, nak tulis tentang apa di blog ni kan.

 

Jom, kita brainstorm bersama:

 

1. Kisah apa agaknya yang ladyboss suka sangat update dan baca, kemudian  share di FB atau Instagram?

 

Coba ladyboss browse semula apa yang di share di situ.

 

Semua  kisah2 yang terdapat di situ boleh di jadi kan bahan penulisan di blog.

 

2. Apa kepakaran yang ada pada diri kita?

Mungkin ladyboss pakar dalam penjagaan rambut yang berkutu. Haah.. itu specialty tuu, tak sume orang ada ilmu tentang penjagaan rambut berkutu tau.

 

3. Mungkin kita ada pengalaman bekerja di dalam bidang2 yang tertentu.

Mungkin ladyboss ialah seorang penyelam dasar lautan. Banyak yang boleh di kongsi tu, cause tak semua orang have this unique occupation.

 

4. Atau mungkin ladyboss ada pengalaman kehidupan,

yang unik dan mencabar, seperti mengasuh anak istimewa.

Jika anda pernah mengalami sesuatu pengalaman kehidupan, itu sahaja sudah cukup untuk melayakkan anda menulis dan berkongsi pengalaman tersebut di blog

 

Boleh ke kita buat duit dengan topik perkongsian camtu ?

Memang tak semua yang menulis blog semata2 untuk buat duit, namun jika ladyboss telah meluangkan sekian masa dalam penulisan, mengapa tidak mengambil peluang ini untuk menjadikan ia suatu wadah untuk menjana pendapatan sampingan, agree?

 

Sebenarnya kan, hampir setiap topik mempunyai potensi untuk menjana pendapatan

 

Yaa, betul.. 

 

Ok, so selepas brainstorm and dah dapat idea tentang topik yang ingin di kongsikan di blog, ladyboss boleh mula lakar kan di atas kertas dulu. Next, kita move on to pilihan platfom pula. Yang ni pon, kita wajib ketahui sebelum buat blog

 

 2) Pilihan domain, platfom dan hosting

Jika ladyboss berhajat nak  menjana pendapatan sampingan dari blog, maka akak syorkan ladyboss untuk menggunakan WordPress.org sebagai platfom blog ladyboss daripada peringkat awal lagi.

 

Dengan WordPress  ladyboss bebas untuk mereka bentuk blog dan peluang untuk menjana pendapatan dari blog itu terbuka seluas2 nya, in sha Allah

 

Baca : Cara memilih webhosting terbaik untuk blog WordPress

 

Cara Buat Blog - Pemilihan WebHosting Terbaik Untuk WordPress

Untuk menggunakan WordPress.orgterlebih dahulu, ladyboss perlu ada webhosting

 

Hmmpp?

 

Tak faham ya, hehe, macam tu lah jugak akak waktu mula2 dulu.

 

Begini..

 

Coba kita bayangkan blog tu cam rumah atau pon kedai  yang akan kita gunakan untuk perniagaan.

 

Domain pula,  adalah alamat kedai.

 

Dan wehosting tu pula, adalah tapak tanah.

 

Jika kita tidak mempunyai tanah persendirian untuk mendirikan kedai, maka kita tiada pilihan  melainkan untuk menyewa tanah untuk mendirikan bangunan kedai itu.

 

Faham ke faham?

 

So untuk (menyewa tanah) webhosting, kita perlu lah mencari dulu tuan tanah tu pulak, kan, kan?

Dan kebanyakan tuan tanah ada bermacam2 ragam, ada yang peramah dan yang baik hati, dan ada yang  bersikap terbuka dan mudah untuk di hubungi untuk perbincangan demi keuntungan bersama di antara penyewa dan tuan tanah.

 

Begitu juga di dalam pemilihan hosting.

 

Ada terdapat banyak pilihan webhosting maka kita wajib ketahui sebelum buat blog, webhosting atau platfom yang mana satu kah yang sesuai untuk blog kita.

 

Baca : Mengapa Kak Su memilih hosting SiteGround dan cara nak daftar

Cara Buat Blog

Mungkin ada yang bersuara , kenapa tak guna platfom dan hosting yang percuma aja cam Blogger , Weebly , Wix atau pon WordPress.com?

 

Baca : Apa bezanya : WordPress dan Blogger

 

Esok2 kalau dah ramai follower, boleh beralih arah, tiada masalah.

 

Akak dulu pun, mulakan dengan Blogspot. Tapi sekarang, akak menggunakan hosting SiteGround 

 

Tapi jika kita memang dah ada niat dari awal2 lagi, nak buat duit dengan blog, elok untuk mula kan dengan WordPress.org

 

Mengapa?

 

Sebab bila kita dah ada follower sendiri nanti dan waktu itu baru kita terfikir nak expand bisnes, (kita perlu upgrade webhosting)

 

Ia ibarat kita dah berniaga di suatu lokasi dah ada banyak pelanggan, tetiba kita terpaksa pindah lokasi.

 

Jika ladyboss pernah mengalami situasi ni, ladyboss akan faham  betapa rumit nya pindah randah ni.

 

Akak sendiri dah berpindah lokasi beberapa kali dalam bisnes perabot terpakai akak.

 

Dan setiap kali berpindah kedai, kita akan kehilangan customer, kerana mereka tak tahu di mana kita berada. (Nombor tepon kita dia hilang lah , sebab dia tukar smartphone baru).

 

So each time pindah, its like starting new all over again. Jenuhh tuu.

 

Begitu juga situasi berpindah webhosting, memang boleh di lakukan, tapi banyak rombakan dari segi teknikal dan pada kebanyakan masa, kita sendri tak mampu nak lakukan kerana tiada pengalaman dalam bidang techie ni.

 

Jika kita tidak upgrade hosting, kita akan mengalami masalah dari sudut penerimaan pelanggan

 

Ia ibarat berniaga di  sebuah kedai yang terlalu kecil dan sempit untuk menampung kehadiran customer yang ramai.

Tambahan pula produk yang terlalu banyak hingga tiada ruang untuk di pamirkan 

 

Hosting percuma, biasanya hanya membenar kan sejumlah pengunjung yang terhad bilangan nya dan webspace yang terlalu minima 

 

Web space yang di sediakan kebanyakan nya kurang dari 5Gb. Siapa kat sini yang nak beli henpon yang kurang dari 5Gb?

 

Angkat tangan.. Hehe

 

Begitu lah juga dengan hosting kita ni, ia ada berbagai2 specs, macam henpon lah juga.

 

Baca : Cara pindah Blogger ke WordPress

 

So kita wajib ketahui sebelum buat blog, (tuan tanah) webhosting yang mana satu kah yang paling generous dari segi webspace, penerimaan visitors , uptime dan juga security.

 

Jom kita window shopping dulu sebelum membuat pilihan.

 

1) SiteGround

2) DataKL

3) Internet-webhosting

4) Malaysia Web Hosting

 

So, itu saja lah ya, yang ladyboss perlu take note,  dua perkara kita wajib ketahui sebelum buat blog.

 

Psstt.. Apa pendapat ladyboss tentang tema blog akak ni? Ok ke?  (Dah berapa kali tukar tema ni, sampai naik juling mata akak di buatnya)

 

Jika ladyboss dah ada blog sendiri, jangan lupa tinggalkan link blog di bagian komen tau, nanti akak terjahhh

 

Tapi, jika ladyboss belom lagi buat blog dan ingin belajar cara2 nya lebih terpeinci, step by step, boleh ikuti di sini.

 

Belajar Buat Blog WordPress

 

 

Ladyboss pasti suka nak baca artikel2 di bawah ini juga :

Sekian, salam sayang dari Kak Su, semoga bermanfaat

 

Anda ada belajar sesuatu dari perkongsian akak ni? Jika ya, why not share artikel ni ngan rakan2 yang lain, klik Share ke FB ya.

 

Sharing is caring tau.

 

~~Kak Su

 

***artikel ini ada mengandungi affiliate link, maknanya jika link itu diklik, dan anda membuat belian dari situ, KakSu akan menerima sedikit imbuhan.(income ini membantu akak menampung kos pentadbiran blog ini dan juga ekursus yang akak ikuti untuk menyediakan perkongsian info yang lebih mantap untuk anda)Tiada mark up harga dari akak. Terimaksih atas sokongan anda***

 

18 Comments

  1. yaya
  2. Kak Su
  3. Booboo
  4. NUR DIANA
  5. Innanie Ariffin
  6. Aneezah
  7. nando

Leave a Reply

Translate »