Mengapa perlu fokus pada topik dan niche di blog

Mengapa Anda Wajib Fokus Pada Topik Dan Niche Di Blog Anda

Cara Buat Duit Dari Blog - Topik Dan Niche

Pilihan topik dan niche sebenarnya adalah dua topik yang berbeza , tapi oleh kerana ia berkait rapat antara satu sama lain, so akak lump sum kan aja kedua nya dalam satu artikel kali ini.

Bagi ladyboss yang sedang mengikuti e-kursus  PERCUMA Belajar Buat Blog WordPress bersama Kak su di sini, dan masih lagi bingung tentang pemilihan topik dan niche untuk di kongsikan di blog itu nanti, ni akak dah siapkan senarai topik yang mungkin dapat membantu ladyboss untuk membuat pilihan topik.

 

Senarai topik2 yang boleh ladyboss kongsikan di blog

  • Lifestyle
  • Parenting
  • Kewangan
  • Kraftangan
  • DIY
  • Fitness dan kesihatan
  • Masakan
  • Inspirasi
  • Binatang peliharaan
  • Travel
  • Muzik
  • Home Dekor
  • Selebriti/ Gosip
  • Public Speaking

dan bermacam2 lagi ya, bukan setakat ini sahaja. Ladyboss mungkin ada kepakaran tertentu selain dari topik di atas. So dont worry just because akak tak listkan, bukan bermakna ladyboss tak boleh buat perkongsian itu di blog ya.

Ladyboss bebas untuk berkongsi apa sahaja yang ladyboss inginkan di blog itu. Itulah best nya membina blog, it belongs to us so we can do what we want with it, cuma ladyboss perlu perihatin, salah satu cara nak buat duit dari blog, ialah fokus pada pilihan topik dan juga niche.

Bukan setakat fokus pada topik dan niche sahaja ya, ladyboss juga perlu menganggap yang blog ini sebagai satu bisnes, untuk menjana pendapatan.

Dan apakah sebenar nya bisnes? Kata mentor, bisnes wujud disebabkan ada sesuatu permasalahan.

Selaku bisneswoman, aka ladyboss ia menjadi tugas kita untuk mencari jalan penyelesaian untuk membantu mereka menyelesaikan masalah itu.

So, coba kita tanya diri kita, bagaimana kah kita dapat membantu pembaca dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi nya, and of course kita hanya boleh membantu sesuatu yang di dalam bidang kemampuan kita.

Kita tak akan mampu untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang kita tiada elmu atau pengalaman di dalam bidang itu. So its very important that you stay true to your topic, so that people in your niche will look for you for the solution to the challenges that they are facing.

 

Mengapa perlu fokus pada topik dan niche?

If you want to be known for everything, then you will be known for nothing

 

Ladyboss perlu mengenal pasti siapakah audience ladyboss (niche) dan apakah permasalahan yang sering di hadapi oleh golongan ini (niche).

Mengapakah perlu untuk kita mengenal pasti siapakah audience (pembaca, pengunjung) sasaran kita?

Kerana kita memerlukan targeted audience, pengunjung atau pembaca yang berkualiti, kerana targeted audience lah yang akan membuka ruang pada kita untuk menjana pendapatan samada dari iklan (Google Adsense) atau pun dari Affiliate link kita.

Oleh kerana mereka mendarat ke blog kita kerana mencari penyelesaian sesuatu topik yang dikongsikan diblog kita, maka mereka jugalah yang tidak akan teragak2 untuk klik iklan yang di paparkan di blog kita.

So kesimpulan nya, jika kita ingin menjana pendapatan dari blog melalui iklan Google Adsense atau Affiliate link, salah satu kriteria yang patut  kita amati ialah topik dan juga pilihan niche.

Mungkin ladyboss terlintas di hati.. “tak boleh ke campur aduk topik dalam satu blog, saya tengok banyak blog yang caca marba dalam satu blog”

Ya boleh, boleh saja nak campur aduk topik tapi pastikan ia berkaitan dengan kategori asal. Contoh ladyboss nak bercerita tentang kewangan, so boleh di sub kategori kan kepada,  cara2 jimat wang,  cara buat duit atau cara2 nak habiskan duit  hihi.. faham ke faham

Stay focus pada sesuatu topik dan niche. Jangan hiraukan blog2 lain yang di penuhi bermacam2 topik di situ

Mereka itu semua adalah blogger yang berpengalaman , mereka dah faham cara2 berblog, bagaimana nak dapatkan pengunjung ke blog, bagaimana nak jana pendapatan dari blog, sedangkan kita ni baru nak bertatih.

Setiap sesuatu ada titik permulaan nya, membina foundation yang kukuh dahulu, kemudian kita daki satu tingkat ke satu tingkat sehingga kita sampai ke puncak nya, ok.

Ada dua cara untuk kita jana pendapatan dari Adsense tapi itu akan akan kongsikan di lain artikel ya.

Jangan lupa singgah di sini untuk baca Cara buat duit dari Google Adsense dan Cara buat duit dari Affiliate Marketing.

Updated : Cara buat duit online dengan Affiliate Marketing

So setelah kita mengenal pasti targeted audience (niche), kita hendaklah konsisten di dalam perkongsian topik di blog kita.

Mengapa perlu konsisten? Sebab, bayangkan follower blog ladyboss  datang berkunjung kerana mencari sesuatu idea atau penyelesaian sesuatu isu, contoh..

Ladyboss berkongsi topik berkenaan makanan (food blog) dan juga perkongsian resepi dan tutorial masakan di situ.

Tapi, setiap kali pengunjung tiba di blog, apa yang terpampang di muka depan blog ialah tutorial reper sofa, tutorial reper kereta dan bermacam2 lagi lah yang langsung tiada kaitan dengan makanan.

Agak2 lah,  dia nak ke duk baca tutorial reper sofa tu, since dia dah mendarat di situ? Apa pendapat ladyboss?

Wajib ke untuk menjadi pakar sesuatu topik yang di pilih, sebelum menulis di blog?

Rasa nya tak perlu kot. Selagi ada pengalaman kehidupan dalam sesuatu topik yang ingin di kongsikan, itu sudah cukup untuk melayakkan ladyboss menulis di blog tentang topik itu.

Kecuali jika topik yang di kongsikan itu berkaitan isu undang2 atau nasihat kewangan atau kesihatan dan pemakanan yang boleh mengundang kemudaratan jika tersilap penerangan nya.

Untuk lebih memahami apa yang akak maksudkan, being consistent in your blog topic , jom kita lihat beberapa blog yang akak sendiri suka jengah dan ikuti. Ia akak listkan mengikut topik2 blog itu.
Web Hosting

Beauty/Lifestyle

Beauty/Lifestyle Blog - Sabrina TAjudin

Walaupon blog ini agak bercampur baur beauty dan lifestyle dan juga online retail shop, tapi Pn Sabrina telah menyusun kan ia begitu kemas  meletakkan sub topik di bawah naungan kategori asal. Hasil nya? Blog ini cukup menawan penampilan nya, sesuai dengan tagline blog ini, beauty and lifestyle.

 Food /Travel

Always TraveliciousTravel blog tidak akan lengkap jika tiada pengisian bab makan2, so kebanyakan travel blog pasti akan membawa kita ke tempat2 menarik yang boleh di tuju untuk menikmati cita rasa tempatan.

Craft / DIY

Craft / DIY Blog - So Sew Easy

Mungkin ladyboss pakar dalam bidang jahit menjahit dan kraftangan. Di blog ini, dua orang sahabat bergabung di dalam satu blog berkongsi tutorial jahitan pakaian , beg dan sebagai nya. Pn Mayra rajin berkongsi kepakaran nya bersama pembaca setia nya.

Mommy’s Blog

A Happy Mum

Mommy's Blog - A Happy Mum

Parenting blog atau mommy blog.. ladyboss boleh jadikan ia sebagai suatu diary, mencatit pengalaman mengasuh anak2 di rantauan, atau seperti yang di ceritakan oleh Pn Summer di blog ini, rencah2 kehidupan seorang isteri anggota tentera laut.

Binatang Peliharaan

Pet Blog - Way Of CatsDari nama blog pon kita dah tau dah hihi. Everything you need to know about cat, cara nak membela dan merawat kucing kesayangan anda.

Language Education For Kids

Ramai ladyboss work at home yang suka mengajar anak2 sendiri di rumah.. Home school gitu. Selain dari menjimatkan kos, kita juga dapat spend quality time dengan mereka ..nak cari bahan rujukan mengajar atau nyayian untuk anak2.. boleh ke blog ini.

Fitness

The Balance Life

Yang ini ialah fitness blog yang akak suka sangat ikuti. Puan Robin Long mengajar pilates secara online. Ada yang telah dirakam kan terlebih awal dan ada juga yang live. Yang best nya, kita boleh ikuti program harian selama 21 hari percuma.

Belajar Bahasa Inggeris

TDR English Academy

English Language Course -Blog ini khusus untuk mereka yang ingin belajar Bahasa Inggeris one on one dari rumah. Ia di kendalikan oleh kawan akak iaitu Pn Tanisha. Hanya mengajar dari rumah, secara online sahaja, beliau dapat menampung kehidupannya yang agak mewah bersama ibu dan kakak nya yang OKU.

Baking

Sally’s Baking Addiction

Baking Blog - Sally's Addiction

Blog ini, is all about baking, nak belajar dari basic cara baking roti hingga ke icing cake semua ada terdapat di sini.

So contoh2 blog yang akak beri kan di atas ini, kebanyakan nya memang sesuai sangat untuk ladyboss terajui. Semua nya berunsur bisnes online, boleh di lakukan dari rumah.

Bayangkan, hanya berkongsi kepakaran atau pengalaman secara online sahaja, bisnes ladyboss mampu menembusi pasaran luar negara

Jika ladyboss perasan, contoh2 blog yang akak kemukan kan itu kebanyakan nya dari luar negara, tetapi mereka mempunyai pengaruh keseluruh dunia.

Since you are doing bisnes online, mengapa nak had kan pembaca atau pembeli hanya di Malaysia sahaja?

Think big, go global. Hanya dari rumah sahaja, ladyboss mampu menembusi pasaran luar negara, you can do this, in sha Allah.

Ladyboss tak perlu risau tentang kurang mahir menulis dalam bahasa Inggeris di blog, kerana ini semua boleh di atasi dengan penggunaan alat bantuan seperti Grammarly untuk memastikan susunan bahasa dan pembetulan ejaan bahasa.

Ladyboss juga boleh menggunakan khidmat penterjemahan, atau copy writer. Ini adalah antara usaha2 kecil untuk memperkasakan bisnes online ladyboss.

So itu dia, sedikit perkongsian dan gambaran tentang mengapa ladyboss perlu fokus dan konsisten dalam penulisan konten yang ditujukan khusus untuk niche ladyboss.

Nak tau cara2 nak daftar kan blog ladyboss? Ladyboss boleh ikuti perkongsian nya di sini .. Cara nak daftar blog WordPress ladyboss dalam 15 minit

Web Hosting

Sekian, semoga bermanfaat.

Ladyboss ada belajar sesuatu dari perkongsian di atas? Jika ya, klik Share ke FB supaya ramai lagi rakan2 ladyboss di luar sana yang teringin Belajar Buat Blog WordPress untuk jana pendapatan dapat manfaat sama.

Salam sayang dari

~~Kak Su

24 Comments

  1. Afiqah
  2. Shud
  3. aira
  4. Aneezah
  5. Nadia

Leave a Reply

Translate »