Nota Bagi Yang Ber ura2 Nak Buat Bisnes Online Dropship

Cara Dropship USD

Nota ringkas : Apa itu dropship dan cara nak memulakan nya

Teringin nak tau, apa itu bisnes dropship?

Dan bagaimana cara nak memulakan nya?

Akak pasti lady boss teringin nak tau cara dropship yang menguntungkan.

Ya kan?

Dropship merupakan salah satu cara untuk jana pendapatan dari rumah, atau dimana saja anda berada, kerana ia boleh dipasarkan secara online.

Selain dari dropship, ada beberapa lagi cara yang boleh you coba lakukan untuk buat duit online.

4 cara buat duit online:

  1. Affiliate Marketing
  2. Buat Duit dengan Blog
  3. Menawarkan servis online di Fiverr
  4. Buat Bisnes Dropship

Untuk  perkongsian kali ni, akak akan bicangkan tentang bisnes online, khusus nya, bisnes dropship.

  1. Apa itu dropship?
  2. Cara dropship yang menguntungkan
  3. Mencari bisnes dropship
  4. Tip dan strategi pemasaran bisnes dropship

#1 Apa itu dropship?

Ia boleh dirumuskan begini :

  • Menjual produk tertentu secara online
  • Tak perlu menyimpan stok di rumah
  • Tak perlu buat pembungkusan dan pengeposan produk
  • Mudah dan pulangan modal terjamin
  • Meraih keuntungan bersih

#2 Cara dropship yang menguntungkan

Keuntungan hanya akan terjamin jika anda telah terlebih dahulu melakukan sedikit penyelidikan produk dan juga mengetahui kehendak terkini pelanggan.

Anda perlu tahu, siapakah mereka2 yang akan anda fokus (targeted niche) untuk tujuan pemasaran produk anda.

Baca : Mengapa perlu fokus pada topik dan niche

Hanya dengan mengenal pasti siapakah sidia, bakal2 pembeli produk anda di alam maya :

Pemasaran produk bisnes dropship akan menjadi mudah.

#3 Mencari bisnes dropship

Untuk menjadi dropshipper hari ini, cukup mudah. Kita hanya perlu mencari supplier dan mendaftarkan diri untuk menjadi dropshipper secara online.

Pendaftaran ini biasanya percuma sahaja. Namun, syarat2 bagi setiap syarikat dropship berbeza2.

Ada yang menghadkan minima belian untuk mendapatkan harga pukal

Ada yang menggunakan sistem top up, dimana dropshipper perlu meletakkan sejumlah wang pendahuluan. Bagi setiap pembelian,  jumlah ini akan di guna kan sehinggalah tiada baki wang di akaun dropship anda.

Untuk pembelian seterusnya, anda perlu top up semula akaun anda.

Ada juga, dropshipper yang membenarkan anda untuk membeli mengikut penjualan, tidak perlu membuka akaun dan tiada top up wang pendahuluan.

Namun ini hanyalah kebiasaan bagi sejumlah kecil syarikat dropship terutamanya bisnes dropship di peringkat tempatan.

So we’re talking about business dropship?

Untuk tujuan ini.

Kita perlu bersedia untuk mengeluarkan sedikit modal untuk tujuan dropship 

#4 Tip dan strategi pemasaran bisnes dropship

Sebelum anda melulu terjah bisnes dropship, jom kita ikuti dulu cara2 dropship yang menguntungkan

  1. Mulakan dengan pencarian pembekal yang berkredibiliti
  2. Pilih produk mengikut permintaan pelanggan
  3. Konsisten dan fokus
  4. Polisi pemulangan produk dan wang dikembalikan

1) Pembekal yang berkredibiliti

Pembekal untuk bisnes dropship bakal menentukan kejayaan bisnes dropship anda

So pastikan pembekal drop shipper menggunakan sistem automated supply chain technology terkini.

Dengan kaedah real time, ia dapat menjamin anda akan menerima info terkini jika produk itu out of stock.

Pastikan juga syarikat dropship itu tidak mengenakan yuran ahli bulanan kerana  syarikat yang mengenakan caj sedemikian biasanya hanyalah ejen, atau orang tengah sahaja

Berurusan dengan pihak ketiga akan merumitkan pengendalian dari sudut inventori produk dan juga masalah2 lain yang bakal timbul

Untuk permulaan, ladyboss boleh sertai one of the fastest growing and leading dropshipper in Malaysia and South East Asia,  Dropship Kumoten

2) Pemilihan produk mengikut permintaan pelanggan hari ini

Ada kalanya, kita teringin sangat nak memperkenalkan produk yang kita yakin, dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi ramai.

Namun produk yang ingin kita ketengahkan itu, tiada permintaan di masa kini.

So..

Kita terpaksalah mengalah dan membuat pilihan produk lain, yang benar2 ada permintaan pelanggan

Boleh..

Boleh aja jual produk yang kurang permintaan, namun kita perlu tingkatkan tahap kesabaran untuk berjaya.

3)  Konsisten dan fokus pada sesuatu niche

Oleh kerana terdapat banyak produk dropship untuk di pasarkan, maka tak mustahil kan, kita jadi rambang mata untuk membuat pemilihan.

Kalau di ikutkan hati, kita nak dropship aja kesemua produk di katalog hihi.

Namun trending hari ni,

konsisten dan fokus pada satu atau dua produk mengikut niche masing2 lebih menjaminkan pulangan yang berbaloi

4) Adakan plan B atau plan C jika produk di pulangkan pembeli

Walaupun, menjadi dropshipper adalah jalan paling mudah untuk menjual online, namun kadangkala kita akan berdepan dengan isu seperti pembeli membatalkan jual beli dan ingin memulangkan produk berkenaan dan meminta wang untuk dikembalikan.

Ini sering terjadi dalam urusan jual beli online kerana :

  •  mungkin warna yang dipaparkan didalam gambar jauh berbeza dengan apa yang diterima.
  •  ukuran baju yang di pesan tidak tepat seperti yang di harapkan
  • atau apa2 jua alasan yang mungkin juga tidak munasabah pada kita.

Untuk mengelakkan kerugian, maka eloklah  kita pastikan syarat2 dan polisi syarikat dropship dalam menangani isu seperti di atas.

Pastikan syarikat ada memperuntukkan policy return product

Menyediakan payung sebelum hujan is the very smart move, I tell you.

Nak dapatkan senarai pembekal dropship dan platfom untuk menjual produk dropship USD?

Download di sini :

4) Strategi pemasaran bisnes dropship yang paling sempoi

Kak Su senaraikan di bawah ni, strategi pemasaran khusus untuk blog/ website dropship. Ikuti langkah2 nya dan anda pasti akan berjaya, in sha Allah

Step 1:  Untuk membina bisnes online,kita memerlukan blog/ website

Step 2 : Kemudian kita promosi santai2 di platfom media sosial

Step 3 : Manfaatkan SEO supaya kedai online anda mudah di temui di alam maya

 Jom ikuti huraian nya:

1) Mengapa perlu ada dropship blog

Blog atau website adalah keperluan asas bagi setiap yang berbisnes secra online mahu pun offline.

Ia membantu mengeratkan hubungan di antara penjual dan pembeli.

Ia juga membina kredibiliti dan kepercayaan pada brand dan produk anda.

Baca : Mengapa perlu ada bisnes blog/ website 

So..

Setelah menyiapkan dropshipping website secantik2 nya, anda pasti tak sabar nak menerima kunjungan dari para pembeli, kan kan.

Tapi..

Bagaimana jika website itu sepi dan tiada yang datang menjengah?

So..

Bagaimana mungkin kita berpeluang untuk menjual jika tiada pengunjung?

Tiada jualan atau pembelian bererti kita bakal menanggung kerugian (dari segi masa menyiapkan blog/website) dan juga kos penyelenggaraan domain dan hosting

Tak tahu apa itu domain dan hosting?

Anda boleh baca di sini

Kemudian..

Ikuti perkongsian akak, macam mana cara nak dapatkan pengunjung  ke blog/website anda.

2) Promosi di platfom media sosial

Platfom media sosial hari ni amat di perlukan bukan semata2 untuk bersosial.

Ia lebih diperlukan oleh anda yang  berbisnes online

Platfom media sosial yang menjadi tumpuan para peniaga online buat masa kini ialah Facebook, Instagram dan juga YouTube.

Untuk mempromosikan produk di Instagram, terlebih dahulu, anda perlu tingkatkan follower dan juga tingkatkan instagram engagement

3) Manfaatkan SEO

Hari ini, setiap mereka yang mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu isu berkaitan akan terus menuju ke Google atau YouTube.

Google adalah suatu direktori yang sangat berpengaruh dan kita haruslah berusaha menjadi kan ia rakan arkab kita, terutama bagi mereka yang ber bisnes online dan mempunyai bisnes blog.

So jika anda ingin buat duit online, maka eratkan lah hubungan dengan Google hihi.

[clickToTweet tweet=”Anda perlu maklumkan kepada Google tentang impian anda ingin kan ranking yang paling top di Google Search” quote=”Kita perlu maklumkan pada Google, yang kita ingin kan blog kita berada di carta yang paling tinggi di dalam Google Search” theme=”style1″]

Menduduki di muka surat pertama di Google Search membuka peluang untuk kita di jumpai oleh mereka yang sedang mencari info.

Ini bererti blog kita akan mendapat kunjungan seperti yang kita harapkan, sekali gus menghasilkan sales.

Namun bagaimanakah caranya?

Caranya ialah dengan memaklumkan kepada Google hajat kita itu

Yup

Maklumkan kepada Google dengan jelas melalui SEO

Tak tau caranya?

Anda boleh belajar dan dapatkan info2 dari pakar SEO,  Wan Yusof

Baca :  Dapatkan Pengunjung ke Blog Anda Dengan 12 Tip Sempoi Ini

Sekian dulu perkongsian ringkas dari Kak Su tentang apa itu dropship dan bagaimana nak memulakan bisnes dropship.

Semoga anda belajar sesuatu dari artikel di atas.

Jangan lupa untuk klik Share ke FB.

Sharing is caring tau

~~Kak Su

Artikel berkaitan : Dropship supplier untuk produk bayi di Malaysia

Leave a Reply