12 Tip Mulakan Bisnes Online

12 Tip Untuk Mulakan Bisnes Online Dengan Konfiden

Macam mana nak mulakan bisnes online dari rumah dengan jayanya?


12 Tip Mulakan Bisnes Online
Cara berbisnes online 10 tahun yang lalu dan kini tidak banyak berubah sebenarnya.

Cuma sekarang ini, kita lebih banyak pilihan untuk promosi dan pemasaran percuma melalui media sosial.

So its more fun and exciting I tell you.

 

Akak dah himpunkan 12 tip untuk membantu ladyboss mulakan busines online tau.

So.. Jom kita go tru sesama..

 

Sebelum tu, akak nak beritau juga, akak juga ada tulis satu artikel tentang cara mulakan bisness online tanpa modal.

Baca : Cara Mulakan Bisnes  Online Tanpa Modal

 

1) Buat penyelidikan online tentang kehendak pelanggan

Untuk mengetahui bisnes online apa yang sesuai, ladyboss perlu nak tahu dulu apa yang dikehendaki pelanggan masa kini.

Keinginan kita berubah2 mengikut masa dan keadaan so mengetahui apa yang sedang trending adalah lebih baik.

Kerana ia dapat membantu kita mengenal pasti, nak mulakan bisnes online apa ekk..

 

Langkah ini juga perlu untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke sesuatu perniagaan online atau produk yang tiada demand pelanggan.

So untuk mengetahui apa yang sedang hangat ketika ini, ladyboss boleh semak di Google Trend.

 

Masukkan topik atau kekata yang ingin ladyboss selidiki di ruangan Explore Topic.

 

Cara mulakan bisnes online - Penyelidikan di Google Trend Dari paparan ini, dengan kekata “kecantikan”  kita dapat mengetahui topik yang mana satukah berkaitan kecantikan yang sedang hangat di gosipkan ketika ini.

Kemudian kita ke pencarian kata di Google Search pula untuk mengetahui berapa ramai kah yang sedang mencari produk kecantikan.

 

Cara mulkan bisnes online - Google Search

Hasil dari penyelidikan ini, sedikit banyak dapat membantu kita untuk membuat pilihan produk sebelum memulakan bisnes online.

 

2) Peruntukkan masa

untuk waktu bekerja bagi bisnes online anda

 

Kita sering beranggapaan yang bisnes online hanyalah suatu kerja sampingan yang tak perlu dedikasi atau tak perlu di ambil serius.

Oleh kerana bsines online sering dilakukan dari rumah,  maka kita sering lakukan nya dengan sikap sambil lewa, seperti sesuatu hobi gitu.

Dan kebiasaan nya hobi hanya dilakukan diwaktu yang terluang, maka beigtu lah juga sikap acuh tak acuh kita dalam pengendalian bisnes online.

 

Jika kita ingin berjaya meniaga secara online, kita perlu lah buang sikap yang menggap bisnes online itu adalah sideline.

Malah kita harus mula berfikir serius bahwa bisnes online kita adalah bisnes yang sahih dan wujud walaupun ia hanya bertapak di alam maya.

Akak memulakan bisnes online setiap hari dari jam 8 am – 12 tengahari.

Pastikan anak2, pasangan anda dan juga jiran tetangga semua mengetahui waktu bekerja anda.

So carilah masa yang sesuai untuk bekerja online mengikut jadual harian ladyboss.

 

3) Be discipline

Elakkan gangguan yang boleh menjejas waktu produktif bisness online

Matikan kesemua notifikasi di laptop atau smartphone (jika anda menggunakan smartphone untuk bisnes online)

Notifikasi yang mana satu tuu?

 

Notifikasi dari segala2 nya yang akan menjejas kosentrasi kita, contoh notifikasi FB Messenger, Instagram, Twitter dan sebagainya yang anda sendiri tahu akan kelemahan anda dalam menghadapi isu ini.

Ini untuk memastikan masa yang di peruntukkan untuk buat promosi bisnes online berjalan dengan lancar tanpa hiccup.

Baca : Strategi pemasaran bisnes online 

4) Berikan sepenuh dedikasi

ke atas bisnes online ladyboss

 

Anggaplah bisnes online ladyboss adalah suatu pekerjaan baru. Dan bagi seseorang yang baru memulakan kerja di tempat baru, kita perlulah patuh pada waktu bekerja dan juga tata susila ditempat kerja.

Hanya kerana kita bekerja dari rumah, itu bukan bererti kita boleh punch card untuk mulakan kerja ikut sesuka hati kita.

Berilah tumpuan dan dedikasi yang sepatutnya di beri terhadap bisnes online kita. Pilihlah masa yang sesuai dimana kita tidak begitu letih atau terlalu mengantuk untuk melakukannya.

 

5) Fikirkan bagaimana cara nya ladyboss buat duit online dari rumah

Very funny right?

Ladyboss terjah kesini sebab nak dapatkan panduan cara mulakan bisnes online dan cara untuk buat duit online dari rumah kih kih kih

Oleh kerana bisnes online adalah bisnes ladyboss, so amatlah penting bagi ladyboss untuk buat perancangan menyeluruh tentang bagaimana cara nya ladyboss nak buat duit online dari rumah.

Buat vision board dan juga goal jangka masa pendek mungkin quarterly untuk membolehkan ladyboss semak sejauh mana teknik pemasaran yang digunakan itu benar2 efektif.

 

Ladyboss tahu ke tahu, salah satu cara mudah untuk buat duit online adalah dengan blog?

 

Untuk buat duit dengan blog,  sudah tentu lah terlebih dahulu perlu membina blog, its obvious kan..

 

Tak tau macam mana nak buat blog?

 

Akak ada sediakan  tutorial cara daftar blog step by step

 

Tak ada 15 minit untuk ikuti nya sekarang?

No prob, akak ada sediakan ekursus PERCUMA yang ladyboss boleh ikuti bila2 masa saja, orait?

 

Jika ladyboss kurang berminat menulis blog, mungkin ladyboss boleh coba untuk buat duit dengan affiliate marketing

Dengan online bisness affiliate marketing, ladyboss bebas untuk promosi kan ia sama ada melalui platform sosial media atau pun melalui email.

 

Tak tahu macam mana nak buat  bisnes online affiliate? You boleh ikuti panduan affiliate disini

 

6) Beri keutamaan pada sesuatu tugas yang mencabar

Optimasi kan masa dengan memperuntukkan task yang lebih mencabar atau yang lebih mudah dahulu mengikut priority.

 

Ada kalanya, bila berhadapan dengan sesuatu task yang mencabar, kita rasa tertekan dan mungkin menghadapi jalan buntu untuk menyelesaikanya.

Untuk atasi ini, kita perlu beri keutamaan pada task yang mencabar.

 

Lakukan ia di sebelah pagi sewaktu ladyboss masih segar bugar.

Atau outsource kan tugas itu kepada yang lebih arif.

 

Akak sendiri sering outsource tugas2 seperti pembuatan video, infografik, penterjemahan dan lain2 tugas yang bagi akak telalu mencabar kesabaran akak.

 

Untuk outsource tugas2 yang akak kurang minat lakukan sendiri, akak biasanya gunakan khidmat dari Fiverr

 

 

Masih lagi bersama Kak Su? Jika  kesuntukan masa untuk baca sepenuhnya sekarang

Download PDF untuk di baca di waktu senggang

 

7) Memahami kehendak pelanggan

berikan khidmat yang terbaik walaupun ia merupakan bisnes online sahaja

 

Sewaktu akak memula meniaga online dulu, akak tak peduli kan khidmat pelanggan.

Ketidak puasan hati pelanggan sewaktu transaksi atau selepas penjualan, semua nya akak ketepikan.

 

Apa yang penting bagi akak waktu itu ialah barang itu terjual dan akak mendapatkan hasil dari jualan tersebut.

 

Ini sebenar nya adalah sikap buruk yang tak harus kita amalkan. Ia bercanggah dengan sifat muamallah dalam etika urus niaga Islam.

Alhamulillah akak diberi kesedaran dan berusaha perbaiki nya.

 

Jika kita ingin kan rezki yang kita perolehi itu membawa barokah kepada kita sekeluarga maka bemuamallah lah mengikut syariah.

Contohi cara Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bermuamalah.

 

8) Berusaha untuk mengumpul database pelanggan

Database is the biggest asset in business

 

Itu yang sering kita dengar, tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan tu?

 

Maksud nya di sini ialah menyimpan emel pelanggan seperti menyimpan emas.

 

Kita sering terputus hubungan dengan rakan2 sekolah atau pun jiran tetangga di sebabkan kehilangan telefon atau menukar henfon baru.

 

Namun, seseorang tidak pernah akan kehilangan emel. Alamat emel yang dibina sepuluh tahun yang lalu akan tetap utuh disimpan di alam maya.

 

9) Simpan semua rekod dan data

untuk dijadikan kayu ukur

 

Kesilapan yang sering dilakukan oleh ladyboss work at home mom ialah tidak menyimpan rekod2 perbelanjaan

tak jaga duit keluar masuk dari bisnes online

 

Sentiasa beringat bahwa bisnes online di rumah adalah bisnes, bukan hobi ya

 

Seperti mana setiap pengusaha yang mengendalikan bisnes perlu menyimpan rekod, begitu lah juga dengan bisnes online dari rumah.

 

Ya betul, tiada auditor yang akan datang untuk audit akaun.

Namun kita memerlukan nya untuk memastikan yang hasil kerja kita secara online itu benar2 menguntungkan dari segi masa dan juga wang ringgit.

 

10) Kita perlu bersedia untuk membelanjakan peralatan

untuk penyelenggaraan bisness online dan juga kursus kemahiran

 

Agak sukar untuk kita berjaya dalam bisness online jika tiada elmu tentang selok belok pemasaran online.

 

Selain dari mengutip ilmu pemasaran, kita juga harus bersedia untuk mengeluarkan belanja untuk keperluan asas penyelenggaraan online bisness.

 

Jika kita hendak menggunakan blog sendiri untuk buat duit online, maka kita perlu bersedia untuk mengeluarkan belanja seperti membeli blog template dan webhosting terbaik .

Webhosting dan template yang mampu menampung  bilangan jumlah pengunjung.

Juga mampu untuk menerima bebaban gambar2 produk yang di muatnaik ke website.

 

Baca : Panduan memilih hosting terbaik untuk website bisnes online

 

11) Eratkan hubungan

diantara kita dan bakal pelanggan

 

Kebiasaanya, apabila seseorang prospek banyak buat pertanyaan mengenai produk dan kemudian tidak membeli,

kita akan merasa marah dan terus blok mereka dari menghubungi kita.

 

Ya kan?

 

Ini adalah satu sikap yang bakal merugikan kita, sebenarnya

Mengapa?

 

Kerana besar kemungkinan sewaktu dia buat survey2 dulu, dia belum lagi bersedia untuk membeli.

 

Dan jika sudah sampai seru, in sha Allah dia pasti akan membeli nya.

Persoalan nya.. membeli dengan siapa?

 

Oleh kerana terlalu banyak persaingan bisnes online yang menjual produk yang sama, maka tidak mustahil dia sudah pun melupakan ladyboss.

 

Sebaliknya, dengan membina hubungan yang erat di antara kita dan bakal pembeli, in sha Allah jika tepat pada masanya, dengan izin Allah dia pasti akan mengingati ladyboss dan tidak mustahil akan membeli tanpa banyak persoalan lagi.

 

Untuk memudahkan kita sentiasa menjalin hubungan dengan bakal pelanggan, kita memerlukan satu email autoresponder yang dapat meringankan tugas kita dalam membentuk hubungan kita dengan bakal2 pembeli dalam jangka masa yang panjang.

 

12) Promosi kan di beberapa platfom perniagaan online terkemuka dan sosial media

 

Kata pepatah omputih “Do not put all your eggs into one basket”.

Mari kita tengok apa yang boleh kita praktik kan tentang pepatah itu kedalam bisnes online kita.

Jika ladyboss hanya mengharapkan jualan bisnes online dari satu platfom media sosial sahaja, seperti dari Instagram.

Bayangkan apa akan terjadi jika pada satu hari setelah bangun dari tido, dan didapati akaun telah lenyap?

 

Ini bukan satu perkara mustahil ya, akak dah beberapa kali mendengar rintihan ini terjadi ke atas akaun rakan2 ladyboss.

So untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, elok jika ladyboss luaskan atau pelbagaikan cara promosi ladyboss di rangkaian2 lain.

 

Ladyboss juga boleh mencoba untuk menjual di beberapa platfom peniagaan online dan sosial media seperti diFacebook.

 

Ini lebih baik kerana dengan mempelbagaikan rangkaian online, peluang untuk bakal pelanggan menjumpai ladyboss di internet adalah lebih luas.

 

Ladyboss juga boleh dapatkan ebook case study  yang ditulis oleh Tuan Farabi Shariff.

Didalam ebook itu beliau berkongsikan  cara bagaimana sebagai seorang newbie, beliau mulakan bisnes online di Facebook tanpa modal.

Dan mendapat pulangan 4 angka dalam tempoh 8 hari sahaja.

 

Klik disini untuk dapatkan ebook case study tu.

Sekian perkongsian dari akak tentang cara2 nak memulakan bisnes online.

 

Ada belajar sesuatu? Jika ya, tekan Share ke FB untuk berkongsi  maklumat sesama rakan rakan niaga yang lain.

 

Sharing is caring tau

 

~~Kak Su

 

 

Tip Tip Bisnes Online :

67 Comments

  1. Kak Su
  2. Kak Su
  3. Ain
  4. Mochi
  5. Kak Su
  6. Rina
  7. Kak Su
  8. Kak Su
  9. Suri
  10. Kak Su
  11. Azwin
  12. Kak Su
  13. Mus
  14. angel
  15. Intan
  16. izzah
  17. Md noor
  18. hiedayah othman
  19. Siti
  20. Aini
  21. Wan
  22. Ezzatun hazwani
  23. ZUHAIRI
  24. Jatt
  25. Amir Mazlan
  26. Soo
  27. yui
  28. Aimi Ho

Leave a Reply

Translate »