Macam Mana Cara Nak Pilih Blog Template Untuk WordPress Blog Anda
Memilih template blog bukan lah setakat semudah memilih yang cantik di mata kita macam nak mendekor rumah ya ladyboss. Kita hendak lah fikirkan dari beberapa sudut, so sebelum membuat pilihan template, mehh.. akak nak kongsikan beberapa faktor yang perlu ladyboss beri perhatian.
Ini penting ni, kerana jika tersilap pilihan dan kita nak bertukar template yang lain, ia akan merugikan kita dari aspek masa, tenaga dan juga semangat huhu, trust me, I’ve been there.
Jom kita lihat langkah2 yang perlu di beri perhatian:
1. Adakah blog template itu bersesuaian dengan konsep (topik) di blog?
Apakah mesej yang ingin ladyboss sampaikan di blog itu nanti?
Atau apakah yang akan di ceritakan (topik) di situ?
Adakah blog itu untuk di jadi kan sebagai online shop? Jika ya, ladyboss perlu pastikan yang template itu mesra pengguna (mudah untuk pengunjung navigate) untuk meninjau2 produk.
Atau mungkin ladyboss menawarkan servis, so untuk tujuan itu pula, ladyboss perlu pula pastikan yang servis page itu mesra pengunjung untuk check out your services, janganlah pulak ia tak mesra alam, tak da siapa yang akan berkunjung lagi camtu nanti.
Paling utama sekali dan selalu di ketepikan ialah, keutumaan blog itu untuk beriteraksi dengan pembaca.
Huh? Blog pon perlu bersosial ke haha.
Setiap kali kita menerima pengunjung, kita mestilah berusaha untuk menjalin hubungan yang berpanjangan dengan mereka.
Cara untuk jalin hubungan ialah dengan mendapatkan emel mereka untuk di simpan kedalam database kita.
Database pelanggan is your biggest asset for your business
So pastikan theme yang di pilih itu, mempunyai keupayaan untuk lakukan itu.. kumpul data base pengunjung.
Dan yang terakhir sekali perlu kita fikirkan ialah samada template yang di gunakan itu selesa dan menyenangkan hati pengunjung dan membuatkan mereka duk sembang lama di situ, membaca satu artikel ke artikel yang lain.
Jadikan blog anda seperti sebuah buku novel yang best gitu.. selagi tak sampai ke penghujung, selagi tu pembaca tak mau berhenti membaca haha
Bersandarkan pada soalan dan jawaban2 ini nanti, ladyboss akan dapat membuat pilihan WordPress theme yang tepat untuk memastikan yang blog itu nanti dapat mengembangkan bisnes ladyboss, in sha Allah.
2. Adakah blog template itu mudah untuk di padankan mengikut branding?
Ladyboss perlu pastikan yang ia mudah untuk di customise mengikut branding, seperti warna tema dan juga font pilihan.
Mungkin pada peringkat permulaan ladyboss belum terfikir ke arah itu, namun seandai nya ladyboss sudah pon mempunyai identiti atau pon korporat branding sendiri, elok pastikan theme itu boleh di ubah suai untuk penerimaan branding ladyboss.
Pastikan juga, yang theme itu mempunyai standard option setting, so jika ladyboss berhajat untuk tukar theme di masa akan datang, ia tidak akan menjejaskan keseluruhan setting atau merombak setiap layout sehingga ladyboss terpaksa mulai reka bentuk semula dari peringkat awal! Banyak kerja tuuu. I know I know, I’ve done that!
Untuk mengelakkan perkara sedemikian, maka itu, kebanyakan bisnes website atau blogger yang serius dalam urusniaga akan menggunakan theme yang di panggil “parent and child theme” seperti yang akak gunakan sekarang ni, iaitu Genesis
Ia mempunyai rangka tersendiri (parent) dan mempunyai banyak pilihan (child) theme. Walau beberapa kali kita menukar theme seperti mengganti baju harian, rangka asal tetap tidak akan berubah.
Makna nya, tiada apa2 rombakan dari sudut widget, header dan sebagainya. Semua itu kekal sedia ada, yang berubah hanya lah wajah permukaan nya sahaja.
Parent and child theme mungkin terlalu tinggi kos untuk bagi yang baru nak memulakan blog, so untuk itu, elok ladyboss fikirkan masak2 sebelum memilih theme untuk mengelakkan pembaziran masa untuk mengubah suai nya semula kemudian.
Pastikan juga, theme pilihan itu tidak memerlukan koding atau CSS (Cascading Style Sheet) melainkan ladyboss sememang nya ada kemahiran untuk kendalikan koding.
3. Adakah blog template itu menarik di sudut pandangan ladyboss dan yang paling penting, adakah ia menarik di mata pengunjung?
Pastikan template pilihan sesuai untuk niche (target market) supaya ia dapat menarik pengunjung menjadi pelanggan.
4. Adakah ia SEO optimized?
Pastikan juga yang theme pilihan di lengkapi dengan SEO (Search Engine Optimization) optimized.
Ini untuk memastikan yang blog ladyboss akan muncul di pencarian search engine setiap kali seseorang itu mencari info berkaitan yang terdapat di blog ladyboss.
Kebanyakan theme sudah tersedia ada SEO optimized, tapi apa salah nya kita double check, kan.
5. Adakah blog template itu bersesuaian dengan browser yang berbeza dari yang biasa di gunakan pengunjung
Setiap pengguna internet akan menggunakan browser yang berbeza mengikut keserasian dan keselesaan mereka, so pastikan juga yang WordPress theme pilihan anda is compatible untuk pengunaan browser selain Google Chrome ia juga sesuai untuk FireFox, Safari, Opera atau Internet Explorer.
Ada kalanya, theme pilihan akan kelihatan berlainan di browser yang berbeza, so pastikan pengunaan browser yang berlainan tidak menjejas prestasi nya.
Nak tau browser yang mana satukah yang sering digunakan pengunjung ke blog ladyboss?
Semak di Google Analytics >>Audience >> Technology >> Browser and OS
6. Adakah ia mudah untuk di setup?
Biasanya lah kan, setelah kita set up, kita akan perasan yang ia tidak seperti yang kita inginkan macam yang dalam demo, hehe. Indah kabar dari rupa. Sabor aja lah kan.
Untuk menghasilkan theme persis demo look, ia mengambil sedikit masa untuk kita kenal suai, set up bagai. So bertabah lah wahai ladyboss.
7. Adakah blog template itu mobile responsive?
Jika di lihat dari graf akak ni, hampir 70% pengunjung menggunakan telefon bimbit. Hanya 28.9% sahaja dari desktop. Berdasarkan pada trending ini, maka wajiblah bagi akak untuk pastikan yang theme pilihan akak itu, mobile responsive.
8. Mampu kah ia untuk menyokong plugin yang biasa di gunakan wordpress?
Pengguna WordPress banyak bergantung pada plugin untuk memastikan ia bergerak lancar tanpa hiccup, so pasti kan WordPress theme pilihan, dapat melaksanakan tugasan ini.
9. Adakah web developer menyediakan khidmat bantuan pelanggan?
Tidak semua web designer ada menyediakan khidmat bantuan pengguna ya, so jika ladyboss sama cam akak, yang mengutamakan servis, pastikan yang theme pilihan itu juga ada talian hayat untuk di hubungi untuk membantu ladyboss jika menghadapi masalah dari sudut setting up.
Jika ladyboss memilih WordPress theme percuma, kebiasaanya, ia tiada talian hayat. Mungkin ia ada menyediakan support forum, tapi oleh kerana support forum hanya di penuhi sukarelawan iaitu pengguna thema itu sendiri, so jawaban untuk soalan ladyboss mungkin agak lewat cause tidak semua pengguna yang rajin memberi khidmat Q & A pecuma di forum.
Jika ladyboss memerlukan sokongan khidmat pengguna, then Premium theme is the way to go
So, itu dia beberapa soalan yang ladyboss perlu bertanya sebelum membuat pilihan template.
Sekian dulu, kita jumpa lagi di artikel yang bakal akak siapkan, iatu WordPress Theme yang cantik untuk blog lifestyle, travel, food dan pelbagai niche.
Anda belajar sesuatu dari perkongsian di atas? Jika ya, why not share it with rakan2 yang lain.
Klik butang Share ke FB , ok.
~~Kak Su
You’re most welcome Fatin
Tips terbaik daripada Kak Sue… Mudahan bermanfaat kepada blogger2…
in sha Allah, semoga tecapai impian.
saya teringin nak guna theme dari Forest dan Genesis..
sekarang guna jelah yang FOC.
Memang leceh jugak bila nak tukar theme atau template blog ni… sebab tu saya pun dah lama tak tukar 🙂
Bila tukar nanti, ada-ada je yang tak kena pulak.
Samalah akak dulu pon camtu, tu pasal asyik dok ganti template aja sebab tak faham2 lagi. Bila study betul2 baru lah tau, tu pasal mesti berkongsi ilmu, biar tak lupa hihi. Terima kasih sudi singgah ke blog akak.
perghhhh banyaknya perkongsian yang kak su share. Heheheh saya dulu tak pernah tahu. Asal nampak cantik gantilah. Cume sekarang cari yg lebih responsive. SEO atau tak adehhh masih xhbs belajo lagi.. TQ info kak su
Masa awal2 dahulu pilih templet yang terlalu responsive dan berat. Memang masa tu 3,4 kali tukar. Harap pilihan templete sekarang mudah dan kemas.
Banyak yang saya dapat tahu bila baca penulisan akak nih . Thank you kak su for sharing.
Lol dulu ada blog tp dah x active..
ramai silap memilih template hingga berat utk iloading. pilih simple tapi padat isiannya.. mudah utk pembaca dan juga utk penulis
Haaa susah sangat nak pilih template dengan personal blog. Last” malas nak kisah pasal template. Tunggu ada mood baru nak ubah
Akak dulu pon gitu Mia,its ok.. never stop learning, together we grow
hehe.. samalah akak,tak tau dah berapa kali tukar, ini pon rasa macam tak puas hati jugak. Tapi mujur akak guna Genesis framework so, tak berapa banyak rombakan from scratch, yang dulu2 tu tak guna Genesis, aduhh macam nak nangis tiap kali tukar template
Ya.
Pilih la yang mudah dan tak menyusahkan pelawat kita nanti
dulu tema blog zaza tiap bulan bertukar-tukar sebab tak puas hati..sampai la sekarang..baru puas hati dan tak nak tukar dah… kali ni paling lama zaza guna dh berbulan2.. xnak tukar lagi..hehe
Tqsm❤ Kak Su
Perkongsian yang hebat. Saya dah save ke offline untuk dibaca & dicatit? Benda baru..konpius & fening lagi memahamkannya. Salute !