Cara Pilih Hosting Terbaik

5 Webhosting Server Terbaik Untuk Blog/ Website WordPress

Domain names for just 88 cents!

5 Webhosting Terbaik Untuk Blog/ Website WordPress

 

Kak Su nak jawab soalan lazim yang biasa akak terima di hampir setiap grup yang akak join

 

Ya lah, sewaktu akak memula nak bina blog ni pun, memang tertanya tanya soalan yang sama juga

1. Kat mana nak daftar nama domain?
2. Nak guna shared hosting aja ke?
3. Daftar nama domain dan webhosting di syarikat yang sama ke?

 

Ada Dua Cara Untuk Dapatkan Nama Domain

#1 Daftar di domain name registrar

#2 Daftar di syarikat webhosting

 

1) Daftar Domain Di Name RegistrarDomain names for just 88 cents!

Untuk domain KakSu.com ni, akak  daftar domain di NameCheap . Mengapa? Sebab dari nama nya pon dah tau dah, NameCheap ..haha

Seriously, jokes aside, I think you should too

 

No?

 

Ok then, you boleh  mendafatar di mana mana registrar.  Pasti kan dulu, yuran renewal untuk tahun kedua nanti sama dengan tahun pertama tau.

 

Sebab, ada kalanya, untuk tahun pertama, ia terlalu murah gilerr..

 

tapi untuk pembaharuan, kos dia tinggi sikit.

 

So cek lah betul betul sebelum mendaftar ya.

 

2) Daftar Nama Domain di Syarikat Webhosting

Ada juga syarikat hosting yang menawarkan pendaftaran nama domain secara percuma untuk pertama kali melanggan plan hosting
So you might want to check that out too.

 

Di awal mula blog, Kak Su telah mendaftar di SiteGround . Alhamdulillah waktu tu ada offer percuma nama domain untuk setiap pendaftaran baru hosting.

 

Bagi yang dah sememangnya melanggan, tiada masalah boleh saja teruskan.

 

Jika you baru nak mula, then boleh pilih salah satu dari webhosting yang akak senaraikan dibawah tu.

 

Tak tau apa itu domain dan apa itu webhosting?

 

Baca lah dulu : 2 Perkara Wajib Tahu Sebelum Mula Buat Blog

 

Ketahui 2 Perkara sebelum buat blog

 

Untuk membantu you buat pilihan yang tepat, akak kongsikan sikit panduan kat bawah tu.

 

Macam mana cara  pilih hosting terbaik untuk blog/website WordPress

 

Akak senaraikan juga, 5 syarikat hosting provider yang menjadi pilihan Kak Su

 

5 Webhosting Server Pilihan Kak Su

1) Exabytes 

2) NameCheap

3) DataKL

4) Internet-webhosting

5) BlueHost

 

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah lima ini saja. Kang banyak nanti you semakin bingung tak tau nak pilih yang mana satu.

 

Ada beberapa faktor sebenarnya, yang perlu you fikir dan bandingkan, sebelum membuat pilihan hosting.

 

Ni Kak Su huraikan kat bawah ni ok sebab ini yang biasa menjadi  faktor pemilihan akak.

  1. Uptime
  2. Bandwith
  3. Keselamatan
  4. Customer Support
  5. Kos
  6. Tambahan Servis
  7. Hosting Platfom Berbayar atau Percuma

 

1) Uptime:

Uptime memainkan peranan yang sangat penting demi kejayaan sesuatu blog. So pastikan hosting pilihan ladyboss mempunyai reputasi uptime yang sentiasa mantop.

Tak mau lah nanti tiap kali pembaca nak tuju ke blog kita, mereka di beritahu server is down. Mesti dorang fed up kan.

Coba bayangkan, apa kita rasa tiap pagi kita sampai ke stesen LRT untuk naik train ke ofis, dan hampir setiap kali kita di beritau system down, so perkhidmatan keretapi tergendala sebentar pada waktu itu.

 

2) Bandwidth:

Yang ni, pon penting jugak, untuk memastikan berapa banyak data yang site kita boleh kirim ke internet dan berapa ramai pengunjung ia boleh menampung pada satu masa.

Kebanyakan hosting yang offer sewa bulanan murah , biasa nya mereka hadkan pada jumlah pengunjung yang paling minima.

 

Untuk pemulaan ok lagi, tapi bila bisnes pick up dan mula ramai pengunjung, boleh ke tampung server tu?

 

3) Security:

Haahh yang ni penting, pastikan yang hosting ada sediakan back up data. Malware dan site kena hack bagai ni biasa kita dengar kan, so pastikan syarikat hosting pilihan kita sentiasa ada di belakang kita jika mala petaka yang sedemikan melanda.

 

4) Khidmat Pelanggan:

For me, akak sorang yang ter kurang mahir dalam isu tech so, customer support is very close matter to me.

Sebab nya?

 

Jika sesuatu trajedi berlaku ke atas site, akak perlukan bantuan sepantas kilat untuk setel kan masalah tu.

 

Akak tak pandai nak selesaikan sendiri.

 

5) Kos (Bajet)

Kos untuk menyewa hosting ni berbeza dari satu syarikat kepada yang lain. Ada yang menawarkan langganan bulanan.

 

Ada pula yang memerlukan bayaran upfront untuk setahun.

 

Juga ada yang meminta bayaran untuk tiga tahun sekali gus.

 

So terpulang lah pada bajet you.

 

6) Perkhidmatan Tambahan:

Pastikan juga yang hosting pilihan you tu ada menyediakan khidmat tambahan seperti akaun emel, Whois untuk privacy, SSL untuk security, (yang ni penting tau, jika you nak buat ecommerce site, yang menerima pembayaran online)

 

7) Hosting Percuma?

Jika you belom lagi ada bajet untuk membina blog di atas hosting berbayar, untuk permulaan boleh coba yang percuma dulu.

 

Seperti Blogger, Wix, Weebly dan sebagainya.

 

Tapi sebenarnya, tak mahal mana pon langganan hosting ni. Adablah tu, orang meniaga, mestilah nak bayar sewa tapak, kan.

 

Untuk memastikan blog you tu nanti mampu menjana pendapatan, you memerlukan sokongan dari beberapa WordPress plug in.

 

Workpress plug in, hanya boleh di pasang dan di gunakan ke atas site yang menggunakan hosting berbayar (self-hosted)

 

Artikel berkaitan : Pemilihan dan Penggunaan WordPress Plugin

 

So, sekian perkongsian akak tentang macam mana cara pilih hosting yang terbaik untuk blog WordPress untuk bisnes online ladyboss.

 

Semoga bermanfaat, in sha Allah

 

Baca juga:

 

Macam mana dengan you?

 

Webhosting yang mana satu  menjadi pilihan you dan mengapa?

 

Cer citer sikit di ruangan komen tu.

 

~~Kak Su

How to choose hosting provider

 

How to choose hosting provider

 

26 Comments

  1. Booboo
  2. Web Hosting Pro
  3. Wan
  4. rubani
  5. Mirul
  6. Aliza Sara
  7. Aneezah
  8. kaksu
  9. kaksu
  10. kaksu
  11. kaksu
  12. kaksu
  13. Luqman Zakaria
  14. EL

Leave a Reply

Translate »