4 Tip Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Online Affiliate Marketing

Ikuti 4 Tip Ini Untuk Berjaya Dalam Bisnes Affiliate

4 Tip Untuk Berjaya Dalam Bisnes Affiliate

4 Tip Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Online Affiliate Marketing

Kak Su ni kan, sering kali menerima luahan hati dari rakan2 blogger yang pernah menyertai program affiliate.

 

Mereka meluahkan kekecewaan mereka..

 

Belum lagi berjaya jana pendapatan blog melalui program affiliate.

 

Sebenarnya, akak pun agak musykil mengapa tidak berjaya untuk buat duit dari blog melalui affiliate marketing? Sedangkan mereka jauh lebih lama berblogging berbanding ngan akak.

 

Jika you belum lagi tahu, Kak Su mula berblog pada bulan Ogos 2017 dan jika dihitung pada hari artikel ini ditulis,in sha Allah dua bulan lagi, genap lah tiga tahun akak berblog.

 

Namun..

 

Supaya tidak menghampakan, akak berbalas kunjungan keblog mereka untuk melihat sendiri bagaimana cara mereka mempromosikan produk affiliate.

 

Mungkin akak dapat belajar sesuatu dari mereka dan boleh diaplikasikan pula diblog akak nanti.

 

Setelah berkunjung kebeberapa blog yang dimiliki oleh rakan2 blogger, akak perasan, perkara yang menyebabkan mereka kurang berjaya dalam Affiliate Marketing ni sebenarnya boleh diatasi dengan merombak semula cara penyampaian diblog.

 

Ada beberapa loophole yang boleh ditampal, in sha Allah jika diperbaiki ia dapat menjana pendapatan pasif bagi pemilik blog tersebut.

 

So.. izinkan akak berkongsi sedikit elmu dimana setakat ni akak sendiri mengamalkan dan ia memberi pulangan yang konsisten setiap bulan, Alhamdulillah.

 

4 Tip Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Online Affiliate Marketing

 

You…

 

Harini kita dah pun masuk pertengahan tahun 2020 dan akak pasti, kali ni you pasti berjaya untuk buat duit dari blog tahun ni.

 

Yup…

 

I can feel it coming…

 

Kenapa akak konfiden sangat?

 

Sebab.. you dah pun mengikuti perkongsian dan panduan buat duit dari blog dengan Affiliate Marketing yang akak kirim melalui emel tu.

 

Dan akak pasti you dah siap download PDF Cara Nak Buat Blog Untuk Affiliate Marketing yang akak hadiahkan untuk you tu.

 

So…

 

If you betul2 ikuti langkah2 yang akak tunjukkan… in sha Allah… akak yakin you akan berjaya.

 

Setidak2nya, you dah boleh jana 3 angka, pendapatan pasif secara autopilot dari blog. Katalah, you jana RM500 sebulan pendapatan pasif dari blog.

 

Best ke best?

 

Coba you bayangkan apa yang you boleh buat dengan duit tambahan RM500 tu. I don’t know about you… mungkin you rasa RM500 sebulan tu tak ada maknanya…

 

Tapi bagi akak dan kebanyakan ibu tunggal yang masih ada anak2 kecil masih bersekolah atau masih guna pampers dan minum susu, RM500 tambahan sebulan sangat2 dialu2kan.

 

Affiliate Marketing adalah salah satu perniagaan online yang hanya memerlukan modal kecil, namun untung besar. Adakalanya, ia boleh dimulakan tanpa modal.

 

Once you dah mula jana pendapatan online affiliate, you dah boleh tingkatkan pendapatan dengan menggunakan sistem yang sama. Omputih kata you just have to rinse and repeat to scale it.

 

Terjemahannya… “Bilas dan ulang semula untuk tingkatkan” pendapatan you.

 

So…

 

Macam mana nak scale it? Atau nak tingkatkan pendapatan Affiliate?

  1. Bilas… dan ulang… semula
  2. Bilas… dan ulang… semula
  3. Bilas… dan ulang… semula

4 tip untuk memastikan you berjaya dalam perniagaan online, Affiliate Marketing

 

Sebelum tu, you perlu tahu, yang akak bukanlah seorang pakar affiliate tapi akak rajin menggali elmu, mengamalkannya dan berkongsi sejauh mana yang akak tahu.

 

Of course ia ada trial and adjust sebelum tektik tersebut benar2 mengenai sasarannya.

 

4 Sebab You Kurang Berjaya Terima Komisyen Affiliate Marketing

 

You..

 

You tahu ke tahu?

 

Apa sebenarnya istilah affiliate dan apakah peranan you sebenar nya sebagai seorang affiliate?

 

Jika ini baru pertama kali you dengar, perkataan affiliate dan tak begitu faham, mungkin artikel diblog akak ini akan dapat memberi pencerahan untuk you.

 

Baca : Apa itu Affiliate Marketing dan bagaimana nak mulakannya

 

Ok, so you dah pun membacanya dan faham serba sedikit tentang apa itu affiliate marketing.

 

So now that you know apa itu affiliate dan telah pun sign up untuk menyertai program affiliate yang ditawarkan, maka tibalah masanya untuk you lancarkan promosi bagi menjana pendapatan sampingan untuk you.

 

Ketahui peranan you sebagai Affiliater

 

Peranan utama you, selaku ahli affiliate hanyalah sekadar…

 

Memberi cadangan..

 

Itu sahaja.

 

Really… itu sahaja?

 

Yup… itu sahaja.

 

Tugas you sekadar memberi penerangan tentang kebaikan dan keburukan produk itu, kemudian memberikan cadangan pada mereka untuk mencobanya.

 

Dan cara untuk mencobanya?

 

Sudah tentulah mereka perlu membelinya terlebih dahulu, ya kan?

 

Kecuali you mempromosikan produk digital seperti software yang kebiasaanya ada menyediakan trial offer.

 

Tektik hard selling, bukanlah satu cara yang paling berkesan untuk promosi produk affiliate pada hari ini.

 

Baca : 15 Cara Untuk Promosi Produk Affiliate

15 Strategi Promosi Produk Affiliate

 

Jika you perasan, didalam email yang sering akak kirim you, jika akak mempekenalkan produk seperti ebook, akak akan menggunakan perkataan “akak syor”

 

Mengapa akak tak menggunakan dan tak juga menggalakkan you menggunakan perkataan seperti “Beli sekarang juga” “Beli hari ini juga”

 

Well.. because..

 

Kita hanyalah affiliate dan bukan penjual. Tugas kita sekadar mempekenalkan dan memberi cadangan, itu sahaja.

 

Kita mempertengahkan kebaikan, kelebihan dan manfaat produk itu termasuk kelemahan produk itu juga.

 

So..

 

How to sell without selling?

 

Jika tidak menjual, macam mana mereka nak membeli? Itu soalan you kan?

 

Tugas menjual, kita serahkan kepada tuan punya produk.

 

Bagaimana caranya?

 

Dengan membawa prospek ke sales page produk berkenaan.

 

Setiap kali you rekemen produk affiliate, you sertai dengan affiliate link dimana id affiliate you akan dihubungkan dipenghujung link tersebut.

 

Itu sebabnya, affiliate link panjang berjela, kerana ia dilengkapi dengan cookie untuk menjejaki prospek yang telah you rekemen tu.

 

Cookie akan terus menjejaki prospek itu sehingga mereka membeli produk tersebut, mungkin sebulan atau dua bulan kemudian.

 

Setiap produk affiliate mempunyai cookie period yang berbeza2. Ada yang sehingga 30 hari sahaja dan ada juga yang hanya melangkaui tempoh 24jam seperti Amazon Affiliate.

 

Apa fungsi cookie dan affiliate id?

 

Jika berlaku pembelian, cookie yang ditanam, akan mengenal pasti siapakah affiliate yang telah merekemenkan produk itu dan komisyen akan disalurkan mengikut affiliate id yang dikenal pasti.

 

Walau bagaimanapun, you boleh singkatkan affiliate link yang diberi tu dengan menggunakan link shortener seperti bit.ly, atau tiny.url

 

Jika you perlukan bantuan untuk set up link shortener, akak ada tutorial untuk membantu you.

 

Baca : Cara nak pendekkan URL dengan bit.ly

Cara Nak Pendekkan URL Guna bit.ly

 

So, tip pertama..

 

1) Setia pada yang satu … huhu

 

Tip ni mudah, tapi sukar untuk diaplikasikan.. kan? Tapi .. jika you jenis yang setia pada yang satu… maka tiada masalah bagi you untuk amalkan tip nombor satu ni

 

Fokus pada satu produk sahaja dalam satu masa.

 

I know I know… you rambang mata, nengok orang promot yang itu, you pun nak join.. nengok orang promot ini… you pun nak jugak

 

Ya kan?

 

But trust me… dalam Affiliate Marketing… untuk permulaan, it pays to focus on only one product. Satu sahaja dulu .. ok?

 

Esok2 bila you dah mahir, you boleh tambah satu atau dua lagi produk.

 

So…

 

Ingat tau… fokus … dan setia pada yang satu.. sahaja

 

Ringkasan :

  • Cari satu produk sahaja untuk dipromosikan sepanjang tahun.
  • Pastikan produk itu adalah satu keperluan bagi pembaca you
  • Tulis beberapa artikel memperkenalkan produk itu

disosial media, di blog artikel, diemel dan sebagainya

 

2) Pastikan produk affiliate dan artikel yang ditulis berkaitan

 

Produk affiliate dan konten yang you tulis tu, langsung tak ada kena mengena, boleh ke?

 

Tak kut…

 

Ini sebenarnya satu kesilapan yang boleh you elakkan.

 

Caranya..?

 

Sebelum you tepek banner produk affiliate diartikel yang you tulis tu, pastikan yang produk berkenaan sekurang2nya ada kena mengena dengan konten artikel itu.

 

Mengapa…?

 

This boils down to your targeted niche..

 

You pasti lebih mengenali siapa pembaca blog you, apakah minat atau hobi mereka, sama ada mereka sudah berkahwin atau bujang, lelaki atau perempuan.

 

Dan apakah pekerjaan atau perniagaan yang mereka jalankan, samada mereka buat bisnes online atau mempunyai tapak perniagaan yang kekal.

 

Dari pengenalan itu, you boleh pastikan yang produk affiliate yang bakal you paparkan disitu nanti, menepati citarasa atau keperluan mereka.

 

Jika you tidak lagi mengenali siapakah pembaca you, then akak syor you mulakan untuk membina your own customer avatar supaya mudah untuk you target mereka bagi tujuan promosi produk.

 

Baca : Cara Nak Bina Customer Avatar

 

Setelah you mengenal pasti siapa pembaca blog, you boleh semak semula artikel2 yang telah ditulis diblog dan delete banner produk affiliate yang tiada kaitan dengan konten diartikel itu.

 

You gantikan ia dengan banner produk affiliate yang bersesuaian, yang dapat membantu menyelesaikan keperluan pembaca you.

 

Macam mana nak tahu apa keperluan mereka?

 

Makanya, penting untuk you mula membina customer avatar terlebih dahulu.

 

Know who you want to write to, or know who you want to serve.

 

3) Beri ulasan yang jelas tentang produk affiliate itu

 

Oleh kerana kebanyakan produk affiliate yang menghasilkan pendapatan lumayan, komisen setinggi 75% adalah produk digital, dimana ia adalah suatu produk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar apatah lagi boleh dipegang atau digenggam dalam tangan.

 

Maka, pembaca bergantung harap pada you untuk memberi ulasan yang terpeinci tentang produk tersebut. Disinilah terletaknya kepercayaan diantara you dan pembaca.

 

Dari ulasan tersebutlah, mereka dapat mengetahui tentang kewujudan produk dan apakah kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi jika mereka menggunakannya.

 

Jika tiada apa2 ulasan pengenalan produk dari you, tup tup, you tepek banner dan mengharapkan mereka akan klik banner tersebut, hanya dengan menulis perkataan (Call to action)..

 

“Beli sekarang sebelum dinaikkan harga”

 

Ok, so mungkin you rasa dengan menakut nakutkan mereka dengan kenaikan harga produk akan membuat mereka terburu2 cari kredit kad mereka untuk membuat pembelian.

 

I don’t know about you…

 

Tapi bagi akak, jika penulis tiada memberi lebih sikit penerangan, seperti bagaimana nak menggunakannya atau bagaimana penggunaan produk tersebut dapat membantu akak meringankan tugas dan sebagainya, I will not simply click the banner.

 

Produk affiliate yang berbentuk digital biasanya diberikan pelbagai nama glemer, namun bukan nama2 itu yang membantu pembelian.

 

Akak syor, you menulis sekurang2nya dua atau tiga artikel berlainan, mengenai produk tersebut.

 

Kemudian you pastikan setiap artikel itu dihubungkan antara satu sama lain, atau dalam istilah blogging kita kata “internal link”

 

4) Elakkan menjual, jual dan menjual

You  dah siap tulis beberapa artikel tentang produk affiliate you?

 

Jika you sudah pun ada beberapa artikel tentang produk affiliate tu di blog you, then akak syor you semak semula konten dan ubah suai ayat dan tambahkan lagi info penerangan produk.

 

Jika ada unsur2 menjual atau paling teruk jika ada yang berbaur “desperate selling”, you ubah perkataan atau tulis semula kepada yang lebih santai.

 

Jika you masih lagi belum mendaftar untuk menjadi affiliate diInvolve Asia, you boleh  disini untuk mendaftar.

 

Mengapa akak sering syorkan Involve Asia?

 

Sebab..

 

Jika you masih baru, masih belajar cara2 promosi produk affiliate dan belum begitu mengenal siapakah pembaca blog you, then di Involve Asia ada terdapat banyak pilihan produk.

 

In sha Allah pasti akan ada satu atau dua produk yang sesuai untuk pembaca you.

 

So you tak perlu nak promot produk yang sama hanya kerana mereka sudah merasa duit komisyen. Produk berkenaan hanya sesuai untuk pengunjung blog mereka dan mungkin tidak sesuai untuk pembaca blog you.

 

So elakkan tektik ”hardselling’’. Jika you terlalu mendesak untuk menjual, memang agak sukar bagi pembaca untuk klik banner affiliate you.

 

Always remember.. you bukanlah seorang penjual produk itu.

 

You hanyalah affiliater..

 

Tugas you bukan menjual, tapi memberi cadangan pada pembaca.

 

Orait..?

 

Jika you rasa produk2 di Involve Asia tidak menepati keperluan pembaca you, then you boleh sertai Panduan Affiliate bersama Kak Su melalui emel. Disitu nanti akan akak kongsikan beberapa produk affiliate yang mungkin bersesuaian untuk your niche.

 

Sekian dulu perkongsian akak semoga dengan mengikuti saranan diatas itu nanti, ia dapat membantu you menghasilkan pendapatan sampingan melalaui Affiliate Marketing.

 

Kak Su sentiasa mendoakan kesejahteraan you dan semoga diberkati Allah dan diberi kemudahan untuk you. Ameen

 

~~Kak Su

kaksu2u-4sebab-kurang-berjaya-affiliate-marketing-pinterest-image

17 Comments

  1. Kak Su
  2. Kak Su
  3. Booboo
  4. Kak Su
  5. Kak Su
  6. Kak Su
  7. Airah

Leave a Reply

Translate »