Buat Duit Dari Blog Dengan Google AdSense

Buat Duit Dari Blog Dengan Iklan Google Adsense

Buat Duit Dari Blog Dengan Google AdSense

 

Didalam perkongsian yang lalu bertajuk 5 Cara Buat Duit Dengan Blog, akak ada senaraikan Google Adsense sebagai  salah satu cara untuk buat duit dari blog.

 

Mengapa pilih untuk buat duit dengan iklan Google Adsense?

 

Nak tau mengapa? Jom kita teruskan bacaan.

Seperti biasa, untuk memudahkan you yang tiada masa untuk membacanya sekarang, boleh download PDF untuk dibaca diwaktu senggang.

 

Klik Download

 

So

Untuk menjawab soalan, mengapa nak buat duit dari iklan Google Adsense, mengapa tak gunakan network2 lain seperti Thrive atau Media.net.

Akak senaraikan dibawah ni, kelebihan2 yang akan you perolehi jika berganding bahu ngan Google Adsense.

 

Kelebihan bergabung dengan Google Adsense:

  • Network terunggul dan dipercayai ramai
  • Mudah untuk mendapat kelulusan
  • Mudah untuk dikendalikan
  • Peluang buat duit dari blog yang paling mudah, bagi blogger baru
  • Jana pendapatan pasif yang lumayan jika dibuat dengan  cara yang betul
  • Pembayaran tepat pada masa yang dijanjikan
  • Jana pendapatan secara Pay Per Click
  • Tidak memerlukan blog trafik yang tinggi
  • Sangat responsiv, mengikut konten yang ditulis diblog
  • Paparan iklan berdasarkan pada gerak kerja pengguna
  • Iklan yang relevan sahaja dipaparkan, so that means peluang untuk iklan di ketik sangat tinggi

 

Pilihan untuk meletakkan iklan diruangan tertentu blog atau melalui auto ads (kita berikan kebebasan kepada Google untuk  meletakkan iklan di ruangan yang paling sesuai dan strategik)

Jika benar pemohononan untuk mendapatkan kelulusan dari Google Adsense begitu mudah, so mengapa ramai yang masih gagal untuk mendapat kelulusan Google?

Well.. antara  sebab2nya, yang boleh akak rumuskan ialah:

You terlalu teruja untuk jana pendapatan pasif dari iklan Google Adsense. Sehingga you terlupa atau mungkin secara tak sengaja telah mengabaikan beberapa hal yang tidak sepatutnya dipandang remeh.

Apa perkara2 remeh tu?

Macam ni, sebelum you membuat permohonan ke Google, you kemaskini dulu blog, boleh?

Macam mana nak kemaskini ?

Jom, kita lihat apa persiapan2 yang perlu you buat untuk memastikan permohonan you nanti mendapat kelulusan dari Google.

You nak buat dari blog kan? Nak buat duit pasif, secara autopilot?

Jom, ikuti langkah2 dibawah ni:

 

Persiapan awal sebelum memohon ke Google Adsense

  1. Pastikan blog you telah dibina sekurang2nya sebulan dua lamanya
  2. Konten yang menarik untuk pengunjung Google
  3. Hasilkan blog yang berkualiti
  4. Penulisan yang mudah difahami pembaca you
  5. Tulis berdasarkan pada niche you
  6. Tingkatkan organik trafik
  7. Artikel2 di failkan mengkikut kategori
  8. Pastikan blog you ada mengandugi  halaman2 “wajib”
  9. Hubungkan blog you ke Google Analytic

 

Mengapa perlu menunggu sebulan dua?

Yang ni agak sukar jugak bagi akak nak terima hakikat, bahwa Google lebih mengutamakan “aged” site berbanding ngan blog yang baru dibina. Ini kerana pada pandangan Google, blog yang telah lama dibina, lebih berkredibiliti berbanding ngan blog yang baru dibina, yang tidak dikenali sesiapa dan tiada pengunjung.

So now I know why ada segelintir blogger yang sanggup mengeluarkan belanja untuk membeli nama2 domain yang telah didaftar bertahun2 lamanya pada harga yang tak masuk akal.

Ya..  Untuk membeli nama domain yang lama sahaja boleh mencecah ribuan USD sedangkan nama domain yang baru tak sampai USD10.

Begitu juga dengan “aged” site, harga pembelian nya juga ribuan USD.

So now you know..

 

#2 Konten yang menarik dan bermanfaat

Konten yang unik, original, menarik dan bermanfaat  bagi memenuhi keperluan mereka yang dahagakan sesuatu info tertentu.

  • Masukkan 10 -15 artikel kedalam blog
  • Tulis dengan gaya tersendiri
  • Jangan copy paste
  • Gunakan bahasa dan ejaan yang mudah di fahami pengguna
  • Elakkan penggunakan singkatan ejaan. Ini blog, bukan WhatsApp you.
  • Meriahkan konten di blog dengan menepek video dan juga imej

You boleh gunakan video dari pihak ketiga jika you tak tahu, atau tiada masa nak buat video sendiri.

 

#3 Blog yang mempunyai konten yang berkualiti

Apa yang dimaksudkan kualiti disini? Simple aja. You hanya perlu pastikan yang blog you :

  • Disikan dengan konten2 yang berkaitan dengan niche you
  • Interlink artikel lama ke artikel baru, supaya pengunjung akan duk lama sikit disitu. (Ini akan membantu menurunkan kadar bounce rate)

 

# 4 Penulisan yang sesuai dengan tahap kefahaman pembaca you

Akak tak tahu siapa your targeted niche. You yang lebih arif siapa pembaca you.

So, please lah, gunakan bahasa yang mudah mereka faham. Jangan lah gunakan teknikal jargon yang menuntut penggungaan kamus dewan pula. Jika mereka tak faham apa yang you tulis, agak2 you, dorang nak baca ke?

Dorang sampai ke halaman artikel you,  baca sebaris dua, terus tekan butang “Back” huhu

This is very bad, sebab pada pandangan mata Google, your blog tidak menepati citarasa pengguna., tidak memberi manfaat dan tiada kredibiliti dan autoriti.

Aduhai.. Sedihnya, penat aja you curahkan idea you kedalam penulisan artikel diblog you tapi tiada yang membaca nya.

 

#5 Perkongsian khusus untuk niche you

Seperti apa yang akak nyatakan diatas tadi, you lebih kenal siapa follower atau pembaca you.

Maka tulis lah artikel yang menarik minat follower you.

Blog yang diisikan dengan konten mengikut niche lebih mudah untuk mendapat perhatian Google. Ini bermakna lebih mudah untuk you tingkatkan  “Domain Authority”.

Tak tahu apa tu “domain authority” dan dimana kedudukan atau ranking blog you? Boleh cek di sini.

Kesemua tip2 diatas tu, untuk memastikan yang blog kita mempunyai cukup teks untuk direview oleh Google.

Blog yang tidak dipenuhi dengan konten atau teks akan direjek.. huhu

 

#6 Tingkatkan Organik Trafik

Baca arikel berkaitan :  12 Perkara Yang Kak Su Lakukan Untuk Tingkatkan Pengunjung Ke Blog

 

12 Tip Tingkat kan trafik blog

 

#7  Failkan Artikel2 di Blog Mengikut Kategori Yang Betul

Selain menyusun artikel mengikut kategori, pastikan juga you  menggunakan theme yang mobile responsive. Susunan layout, navigation menu yang kemas dan juga rapi bagi memudahkan pembaca untuk membuat pencarian maklumat di blog you.

Untuk mendapatkan theme yang cantik dengan harga yang berbaloi, you boleh dapatkannya  di Creative Market

Disitu juga terdapat banyak lagi tools seperti font, media kit yang pasti akan membuat you mabuk untuk membuat pilihan.

Akak difahamkan, bahwa pihak Google akan reviu blog kita sebelum diberi kelulusan dan ini dilakukan bukan dengan setakat menggunakan bot sahaja, malah ia juga direview oleh human.

Yes you..

Human.. Manusia.., like you and me hihi

So..

Manusia ni ada mood swing tau, so faham2 aja lah kan. But of course Google juga ada garis panduan rujukan  untuk kakitangannya, so don’t worry.

You just pastikan you mengikuti panduan2 dan syarat2 yang telah ditetapkan.

Ok?

 

#8 Halaman2 Wajib  (Pages)

Google sangat2 peka dengan keselamatan para pengunjung yang melayari internet. Ia mengambil berat amanah dan kepercayaan orang ramai terhadap servis yang ditawarkannya dialam siber.

Maka itu, Google akan memastikan yang setiap blog yang memohon untuk bergabung dengan Google Adsense adalah blog yang sahih, bukan scam.

Menjadi kewajiban baginya untuk memastikan yang blog itu dimiliki oleh manusia, yang boleh dihubungi. Ini untuk melindungi pengguna  dengan memastikan yang blog itu “is safe to surf”

Yang eloknya, blog you ada terdapat akaun media sosial yang dilink ke blog itu.

What has safe surf got to do with you?

Ehemmm,

You kan pemilik blog tu, so if you nak jana pendapatan dari iklan Google Adsense maka you kenalah patuh pada kehendak Google.

So,

Di blog you nanti,  jangan lupa.. adakan halaman2 wajib berikut:

  1. About Me
  2. Contact Me
  3. Privacy atau Disclaimer Page

#9 Daftar blog ke Google Analytics

Google Analytics merakam banyak data2 penting seperti berapa ramai pengunjung pada hari tertentu, dari mana mereka datang, artikel mana satu yang paling banyak mendapat carian dan banyak lagi info..

Untuk sign up Google Analytics, klik disini

Sign Up Google Analytics

 

Baca artikel berkaitan : Cara Nak Daftar Google Analytics Dan Cara Nak Gunakannya

 

Cara Nak Pasang Dan Cara Guna Google Analytics DiWordPress

 

Ok, so you dah siapkan kesemua halaman dan saranan2 seperti diatas, tapi mengapa masih direjek ya?

 

Mengapa permohononan ke Google Adsense direjek?

Dalam kegairahan you untuk buat duit dengan pantas melalui iklan Google Adsense, you mesti duk bizi fikirkan cara nak tingkatkan trafik.

Ya kan?

Kerana dengan kehadiran ramai pengunjung bererti peluang untuk buat duit dari blog secara pasif dalam genggaman you.

Ya kan?

Pesanan akak, apa pun teknik yang you gunakan untuk tingkatkan pengunjung, stay clean. Jangan gunakan teknik yang melanggar peraturan Google.

Sometimes we are too lazy and we think we are smart, tapi kita lupa, yang Google lagi smart dari kita huhu. Kakitangan Google terdiri dari pakar2 dan kecerdasan dan kepandaian mereka melebihi you and I.

That’s why lah Google  boleh bertahan lama dan paling terunggul didunia.

So don’t try to outsmart them, ok.. Its not worth it.

Yang eloknya, kita akur aja dengan garis panduan yang telah ditetapkan Google, samada panduan bertulis atau secara lisan yang dikongsikan oleh otai2.

 

Do’s and don’t untuk memudahkan kelulusan akaun Google Adsense

 

Antara “Don’t” nya :

  • Jangan gunakan terlalu banyak keyword didalam konten. Ini biasa di sebut “keyword stuffing”
  • Jangan gunakan “blackhat” untuk dapatkan trafik ke blog. Ini macam kes back door, black market  kut haha
  • Jangan diisikan dengan konten yang berbaur maksiat, seperti porno dan perjudian. Of course akak percaya you tak akan lakukan begitu.

 

Antara Do’s” nya pula:

Domain names for just 88 cents!

  • Gunakan custom domain name. You boleh dapatkan nama domain di NameCheap dengan harga yang mampu dimiliki
  • Daftar menggunakan emel yang sama  diguna untuk blog
  • Jika you belum lagi ada Google Analytics untuk blog you, then cepat2 buka akaun
  • Pastikan juga blog you mempunyai page load speed yang tinggi. Ini boleh di perolehi dengan menggunakan webhosting yang terbaik dan penggunaan theme yang mobile responsive.

 

Semak kelajuan site you di Gtmetrix atau di Google Page Speed Insight

  • Masukkan URL website yang betul tau, bukan subdomain ya
  • Pastikan penama payee sama seperti yang terdaftar dibank
  • Konfem dan double confirm email yang you daftar itu adalah benar, jangan tersilap ejaan, terkurang atau terlebih satu huruf pun

 

Jika you tersilap bagi alamat emel, permohonan you akan direjek dan you perlu membuat permohonan baru.

 

Ok

 

Bagi you yang masih newbie dan belum pernah mencoba, boleh klik disini untuk memohon Google Adsense

Google Adsense signup form

 

Setelah siap mengisi borang, you klik submit. Nanti you akan diberikan satu kod untuk ditepek kedalam blog yang you miliki. Ini untuk tujuan verifikasi.

Itu sahaja, mudah kan?

Kemudian you tunggu keputusan jawaban dari pihak Google. Ini mengambil masa lebih kurang seminggu.

 

Baca artikel berkaitan : Macam Mana Cara Nak Pilih Blog Theme Yang Sesuai

 

Cara nak pilih blog template

Cara Terima Bayaran Dan Cara Nak Keluarkan Duit Google Adsense?

You boleh baca perkongsian artikel yang ditulis oleh Jamar Bahar di jmr23.com

Artikel yang ditulis beliau cukup padat dan jelas so akak rasa tak perlu untuk akak mengulas nya lagi disini.

So itu dia, cara2 untuk buat duit dengan blog dari iklan Google Adsense.

Jika you hanya sempat scan saja artikel ni, dan sampai ke bawah ni, akak syor you download PDF untuk you baca diwaktu senggang supaya mudah untuk you ulang baca dan ikuti saranan2 diatas.

Download disini

 

 

Semoga sukses…

 

~~Kak Su

3 Comments

  1. JJ

Leave a Reply

Translate »