Google Analytics ni penting ke? Kenapa mesti nak pasang di setiap website?
Ada beberapa sebab mengapa kita di galakkan untuk memasang Google Analytics di setiap website yang kita kendalikan.
Yang paling utama ialah data dari
Google Analytics dapat membantu meningkatkan trafik ke blog
Bagaimana caranya?
Berpandukan laporan dari Google Analytics, kita dapat mengenal pasti dari arah mana datang nya pembaca itu.
Bila kita tahu dari mana mereka datang, senanglah bagi kita untuk target mereka untuk promosi nanti.
Google Analytics akan menunjukkan sama ada mereka datang dari Facebook, Instagram atau dari emel atau dari mana jua pun.
Jika you, giat dalam media sosial, dan cenderung sebagai sorang influencer, sudah tentu you dapat manfaatkan data Google Analytics sepenuhnya.
Jika you ingin mendapatkan sponsor atau client dari syarikat terkemuka untuk review product, besar kemungkinan mereka juga akan meminta salinan data Google Analytics you.
Data dan info bagaimanakah yang boleh kita perolehi dari Google Analytics?
Antara laporan yang disimpan oleh Google Analytics :
- Siapa pengunjung blog kita?
- Dari mana datangnya mereka?
- Bila masanya mereka mendarat diblog?
- Berapa lama mereka duduk membaca diblog?
- Berapa jumlah page yang dibacanya?
Dari Google Analytics, kita dapat memperolehi info2 seperti diatas dan banyak lagi. Info2 tersebut dapat membantu kita mengenali lebih dekat siapakah sebenarnya pengunjung website kita.
Mengapa kita perlu mengetahui siapa pengunjung blog kita?
Biar Kak Su cerita sikit pengalaman akak sewaktu mula membina blog KakSu.com ni.
Asalnya blog ini dibangunkan untuk membantu diri akak sendiri.
Oleh kerana Kak Su tiada pengalaman langsung dari sudut web developer atau web designing, makanya untuk membina blog WordPress ini, akak terpaksa google dan belajar sendiri cara2 membina blog dari peringkat permulaan.
Entah berapa banyak ekursus percuma yang akak sertai, akak sendiri dah tak ingat dah. Itu belum termasuk ekursus yang berbayar.
Kak Su ni jenis yang suka take up new challenge, so for me, nak buat blog wordpress ni memang challlenging sangat.
But I love the challenge.
Cuma..
Pada peringkat awal, akak tak tahu siapa sebenarnya follower ataupun pengunjung atau pun pembaca blog akak.
Langsung tak tahu you.
Apa yang akak tahu, akak target ladyboss. Yup, ladyboss sebab itulah akak. I was a ladyboss you see, if you masih ingat, akak pernah mengendalikan perniagaan perabot terpakai dan baikpulih sofa.
So, akak menulis diblog seolah2 bercakap dan mengajar pada diri akak sendiri.
Akak kongsikan cara2 buat blog dari awal sehingga blog tu siap. Ia ditulis mengikut langkah2 sebagaimana akak lakukan dalam membina blog akak sendiri.
Jika you belum lagi mempunyai blog dan teringin nak membinanya, akak ada satu ekursus PERCUMA untuk you.
You boleh mendaftar dengan menekan butang merah “Saya nak daftar sekarang juga”
So
Berbalik pada kisah mengapa kita perlu tahu siapa pengunjung blog kita.
Dalam tempoh enam bulan blog KakSu.com disiarkan dialam maya, akak mula menganalisa data dari Google Analytics.
Data yang diperolehi dari Google Analytics memberi kejutan pada akak.
Ya
Kejutan you..
Let me tell you why..
Coba you lihat sendiri siapa pengunjung blog akak?
Akak sangkakan my readers terdiri dari ladyboss, aka ibu2. Sebab itu if you perasan my tagline is
Membantu ibu2 membina blog untuk bisnes online
Dan setiap kali menulis, akak akan tujukan specially untuk ladyboss.
But now,
Setelah akak mengenalpasti pengunjung akak sebenarnya terdiri dari ibu dan juga ayah, akak mula menukar cara penulisan akak.
Penulisan akhir2 ni, ditujukan untuk semua, tidak mengira jenis lelaki ataupun wanita.
Apa manfaat yang Kak Su perolehi dari data Google Analytics?
Sebelum akak kongsikan manfaatnya, biar akak kongsikan dulu apakah data2 yang mempengaruhi gaya penulisan dan strategi akak.
- Users
- New Users
- Sessions
- Pages/Session
- Avg. Session Duration
- Bounce Rate
#1 Users
User ni adalah lawatan dari setiap pengunjung ke blog akak. Pengunjung yang sama akan dihimpunkan dibawah satu nama, iaitu “Unique”.
Ia berbeza dengan “Sessions” dimana, walaupun pengunjung yang sama datang melepak kat blog akak sebanyak dua atau tiga kali sehari, ia tetap dikira sebagai satu unique user”
#2 New Users
New user menunjukkan berapa ramai pengunjung baru hadir keblog akak.
#3 Sessions
Ini adalah sesi atau jumlah pengunjung bertandang keblog akak. Katalah, you datang berkunjung keblog akak dan duk membaca selama 2 minit kemudian you pergi.
Itu dikira satu sesi.
Kemudian esok you datang semula… Ini juga dikira satu sesi sekali lagi, so jumlah lawatan you dikira sebanyak dua sesi walaupun you adalah pengunjung yang sama.
#4 Pages/Session
Ini pula adalah perkiraan average viewer bagi blog akak. Seandainya you datang dan baca empat artikel (page) yang berbeza, kemudian kawan you pula membaca 2 artikel (page) pada masa yang sama, maka perkiraannya lebih kurang tiga sesi untuk satu artikel (page)
Jumlah pages/session inilah yang akak harap sangat meningkat dari hari kehari, kerana jika ia meningkat, itu membuktikan bahwa pengunjung bukan sekadar datang dan membaca satu artikel, malah mereka duk membaca artikel2 berkaitan di (page) lain.
Dan dari maklumat diatas inilah akak lebih arif, topik yang bagaimana yang patut akak sajikan untuk pembaca yang kehausan info tertentu.
#5 Average Session Duration
Ini salah satu data yang sangat penting bagi akak untuk memastikan yang artikel yang akak kongsikan itu benar2 menarik minat pengunjung.
Average Session duration ni menunjukkan jumlah purata lamanya pengunjung duduk diblog akak dalam satu sesi. Semakin lama you duk membaca, semakin semangat akak nak menulis untuk you.
# 6 Bounce Rate
Bounce rate.. You bayangkan bola yang dilempar kedinding.. Apa yang akan terjadi?
You pun tahu dah..
Ia akan melantun semula kat you
Ya kan?
Begitulah juga dengan sesi pengunjung you. Google Analytics akan menunjukkan berapa persen kadar lantunan pengunjung keblog you.
Bounce rate yang tinggi akan menjejaskan Google ranking kerana ia ibarat satu petanda bahwa blog you tidak menarik perhatian pengunjung atau tidak memenuhi info yang dicari dalam pencarian Google.(Google Search)
Google sangat peka pada user signal.
So
Jjika ramai yang mendarat ke blog you, kemudian pergi dalam masa beberapa saat, itu satu isyarat yang kurang baik.
Sebabnya?
Di pandangan mata Google blog you kurang info yang bermanfaat bagi pengunjung sebab itulah dorang tak duduk lama, malah cuma mendarat beberapa saat kemudian pergi.
Isyarat yang di trigger akan menyukarkan usaha you untuk berada di muka surat pertama Google dalam Google Search.
Ada yang bertanya,
Macam mana Kak Su boleh berada dimuka surat pertama Google Search?
sedangkan blog akak masih baru?
Dan ada juga yang komen,
“Cepatnya Kak Su ada difirst page Google? Apa rahsianya?”
Sebenarnya, jika you nak berada dimuka surat pertama Google, you hanya perlu perhatikan beberapa data yang akak kongsikan ni.
Itulah yang akak sendiri lakukan dan sentiasa tingkatkan usaha dibahagian itu.
(Shhh…Inilah salah satu rahsia untuk you bertahan ditangga atas Google Search) Jangan bocorkan rahsia ni tau.
Dan atas asbab inilah juga, Kak Su kurang minat untuk sertai “blog walk” berkumpulan. Pada pengamatan akak, para peserta blog walk ini biasanya hanya berada diblog akak 2-3 saat sahaja, sekadar untuk meninggalkan komen.
Mustahil you boleh baca satu artikel sebanyak seribu lebih perkataan dalam jangka masa beberapa saat sahaja.
So
Dari data2 Google Analytics diatas itulah yang mendorong pergerakan penulisan akak.
Ia juga sangat mempengaruhi keputusan dan strategi mengatur langkah2 diblog akak untuk mendapatkan pengunjung yang berkualiti.
I am not an SEO expert atau otai
Akak hanyalah seorang blogger baru, yang gigih dan rajin buat kajian trial, error dan adjust.
Itu saja pun dah membuahkan hasil, Alhmadulillah. You juga mampu lakukan perkara yang sama akak lakukan, percayalah.
Yang penting, you pastikan bounce rate you tidak melebihi 70%, lagi rendah dari ni lagi bagus. Memang agak sukar nak mantain sebab orang harini bizi, dorang tak ada masa atau kesabaran nak duk membaca lelama.
Tapi it is possible, jika konten diblog memenuhi info yang dicari in sha Allah they will read.
Mengapa akak perlu Google Analytics untuk mengatur strategi?
Strategi, perancangan dan langkah2 yang strategik amatlah penting jika you teringin nak buat duit dari bog.
Ada beberapa cara untuk you buat duit dari blog.
You boleh baca perkongsiannya disini :
Apa pun cara dan pilihan you untuk buat duit dari blog, basicnya tetap sama.
You perlu kenal siapa dia pembaca atau pengunjung blog you.
Untuk permulaan, jika you baru nak bina blog dan belum ada Google Analytics. Untuk dijadikan rujukan, you boleh mulai dengan membina “Customer Avatar” dan fokus pada topik dan niche dulu.
Baca artikel berkaitan :
Jika you sudah pun mempunyai blog dan data Google Analytics, akak syor you perhatikan beberapa fakta dibawah ni.
#Demographics
Perhatikan statistik pengunjung seperti peringkat umur dan jantina supaya mudah bagi you untuk menghasilkan topik yang releven bagi kumpulan tersebut.
Ini juga akan memudahkan usaha you dikemudian hari untuk monetasikan blog you.
#Interests
Jika you tak ada idea langsung nak menulis topik apa seterusnya, perhatikan bahagian “Interest”. Disitu you akan lebih mengenali pembaca you dari kecenderungan mereka pada sesuatu topik tertentu.
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta..
So
Ambil lah peluang untuk mengenali pengunjung blog you dari dekat dengan menulis perkongsian topik yang mereka suka.
#Acquisition
Salah satu data yang sering juga akak rujuk adalah Acquisition
Kak Su memang banyak habiskan masa menganalisa data disitu.
Kenapa..?
Sebabnya.. data tersebut menjadi kayu ukur untuk akak maksimakan usaha promosi diblog akak.
Akak dapat mengetahui dari arah mana kehadiran mereka, samada dari Social (Instagram, Facebook, LinkedIn, Google+ dan sebagainya).
Adakah mereka datang direct terus dari emel akak?
Atau mungkin mereka adalah pengunjung blog tertentu yang kemudian datang menziarah blog akak pula?
Paling best.. adakah mereka2 ini hasil dari “Organic Search”?
Oleh kerana akak dapat mengenalpasti dan tahu dari arah mana mereka tiba, maka mudahlah bagi akak untuk tingkatkan usaha atau kurangkan usaha promosi disesuatu media berdasarkan pada stastik dari Google Analytics.
# Pageviews
Pageviews ni pula adalah jumlah keseluruhan view bagi blog akak. Jika you datang bertandang dan tuju ke homepage, kemudian you membaca empat artikel yang berbeza, itu dikira sebagai empat pageview pada keseluruhannya.
Untuk memastikan diri you sendiri tidak dihitung didalam pekiraan pageview ni, elok you setting untuk exclude diri you sendiri.
For me, ini penting sebab akak perlu tau the exact numbers of pageviews yang tidak termasuk diri akak sendiri.
Ok
Akak pasti, sekarang you pun dah teringin nak pasang Google Analytics diwebsite you.
Ya kan?
Macam mana cara nak install Google Analytics?
Nak install, nak daftar, nak kena bayar ke?
Tiada bayaran apa2 pun, don’t worry. Google Analytics ni percuma saja.
Tapi sebelum akak tunjukakkan you cara nak install Google Analytics, terlebih dahulu you perlu ada blog yang “self-hosted”
Tak tahu apa itu “self-hosted’?
Self-hosted adalah blog yang dibina diatas WordPress.org dan dilayarkan diatas webhosting seperti SiteGround
Jika you masih belum lagi mempunyai blog atau tak tahu cara nak buat blog dengan betul untuk jana pendapatan, you boleh ikuti tutorial belajar buat blog percuma bersama Kak Su.
Klik butang merah “Saya nak daftar sekarang juga”
Google Analytics juga boleh di gunakan diatas platfom percuma Blogger. Tapi hari ini akak hanya akan berkongsi cara untuk install Google Analytics keatas WordPress.org.
Jika you masih keliru apa perbezaan diantara kedua platfom wordpress.org dan blogger dan tak tahu nak guna yang mana satu, akak ada satu artikel menerangkannya
You boleh baca disini : Perbezaan diantara WordPress dan Blogger
Jika you dah bersedia, jom kita mulakan memasang Google Analytics diwebsite you
Langkah 1 – Create an account
Untuk membolehkan you menggunakan Google Analytics, you perlu membuka akaun terlebih dahulu. Jangan risau, tiada bayaran, percuma aja.
Ya, ya percuma you
Klik disini untuk mendaftar Google Analytics
Sis pun ada juga guna Google Analytics ni, selalu untuk tengok PV dn UV kat sana. Kalau nak tengok lain2 tu memang tak faham sangat. Nanti nak belajar jugak lah
You’re welcome anytime Iza
Yes.. mantop
betul..google analyticsni penting supaya kita tau siapa yang lawat kita, apayang dia suka baca..supaya kta boleh mantapkan lagi tulisan kita
Sama2 Naim
Alhamdulillah, syukur perkongsian kali ni memberi manfaat buat Linda
sis dah verify website?
Youre welcome Syira, anytime
You’re welcome Aida
Suka akak punya info. Sangat details and senang faham. Iza park dulu ni sebab nanti ank rujuk balik. Iza blogging dh lama tapi still tak capai tahap yang iza nk. Banyak benda kena belajar lagi. Lepas tu baru nk refer post akak yg tukar ke .com tu. Tq share kak
Ya betul tu, its free so why not kan
Kannn 🙂
Wah banyak jugak ye kebaikan google analytics ni. Banyak info yang syira dapat dari entry ni. Tq sharing
Alhamdulillah, anytime jika tak faham roger aja akak 🙂
Ya betul tu
Sama2. Glad you find it useful for you 🙂
Terima kasih atas tunjuk ajar akk. Menarik dan sangat berguna maklumat ni! Thank you tau!
Google Analytucs memnag penting untuk kita nak nak blogger kan. Kadnag kadang client nak tengok uv pv kita thru google analytics ni. Saya siap download aplikasi ni sebab senang nak bagi client nanti.
Good job BBL 👍
wah entri cukup menarik. BBL memang dah pasang google analytics sebab boleh track berapa jumlah pageview & demographic blog kita. ni sangat penting bila client mintak untuk proposal paid job kan. harap blogger luar sana jangan lupa plug in ye
Google Analytics sangat penting sbb ianya dpt buat kita lihat naik dan turunnya prestasi blog.. dulu saya anggap leceh tapi hakikatnya tiap blog memang kena ada akaun GA ni
dah lama sign up Google Analytics ni tapi stress sangat sebab data tak keluar. Dah install plugins pun sama jugak. Sampai dah give up nak godek mana yang error.
tekun aida membaca 🙂
because aida x brape arif pasal ni.
and, actually, bila blogging secara suka-suka, tak tertumpu kpd ni semua.
tapi, bila difikirkan side positif nyer, knowing all these menjadikan kita blogger yg lebih bagus.
just not blogging tanpa hala tujuan.
at least, ada la something rewarding bila nampak blog link di 1st page google search kan 🙂
tq for sharing. will look into it later.
Terima kasih di atas perkongsian ini. Saya ni memang pengguna tegar google analytics dan boleh dikatakan kerap tengok data user. Harap ramai lagi kawan-kawan blogger kita pun pakai google analytics sebagai salah satu blogging tools
Wah. Ini ilmu baru dari Naim sebagai blogger sendiri. PLATFORM dari blogger google . Naim kena lebih ‘studi’ lepas ini. Terima kasih kerana berkongsi ilmu sebegini.
Perkongsian bagus ni Kak Su.,Penuh details nya, suka saya baca..penuh tekun saya baca sampai habis tanpa skip 1 perenggan pun . Share lagi tip ye kak ! Nanti saya siinggah lagi dan lagi
Nak kena baca berulang kali baru faham kot. Nanti kena terjah lagi blog ni sebab nak kan detail pemahaman. Kekadang kita main tibai je tapi tak tahu macamana nak jadi yang terbaik. Terima kasih tentang info ini. Boleh digunapakai oleh saya nanti.