Buat duit online dengan Fiverr
Macam mana cara nak buat duit online dengan Fiverr or How to make money online doing what you love. Ladyboss pernah dengar the saying that goes..
Find a job that you love and you don’t have to work for the rest of your life
How true that is, kan
Tapi jika saban hari we have to drag ourself to the office, nak ngadap muka bos and our backbiting co workers, berhenti kerja is the best solution.
Tapi nak berhenti kerja tu ada cara nya ya,
Baca : 7 Tips Berhenti Kerja Dan Jadi Work at Home Mom
Ok, so bagi yang dah mengikuti tips2 mommy Awin , mungkin dah submit resignation letter, sekarang nunggu masa aja kan, nak tamatkan tempoh khidmat bekerja tu.
So, sekarang kita nak fikir kan cara nak jana pendapatan dari rumah. Ya, akak tau awak tak minat nak bangun pagi numis sambal and bungkus nasi lemak. Akak pon sama, makan nasi lemak suka ler… nyummm
Offering services doing what you love is one of the best ways to earn money online”
So tanya diri sendiri, apa yang ladyboss gemar lakukan yang boleh menjana pendapatan? Ada.. tapi tak tau macam mana nak ketengahkan.. ya kan?
So, akak rasa lah, cara paling mudah untuk kita mulakan bisnes online doing what we love, tanpa modal, and pendapatan in USD is buat duit online dengan Fiverr
Ladyboss pernah dengar Fiverr ?
Fiverr is the leading marketplace for services starting at just $5 (tu sebab ia di nama kan Five-rr) Ini website jual beli omputeh ya… bukan, bukan jual beli produk retail, tapi “produk” yang berunsur kan “service based”.
Akak sendiri lom pernah menjual di Fiverr, tapi akak sering membeli.
Nak tau apa yang akak beli di situ?
Akak dah beberapa kali, memesan “gig” di situ. Hahh servis2 yang di tawarkan tu di panggil gig tau. So, akak pernah membeli gig untuk membuatkan logo brand akak, servis content writing dan juga yang berkaitan dengan website akak.
Pada dasarnya, servis yang di tawarkan , upah nya cuma USD$5, tapi penjual sering masukkan servis tambahan (extra), so kos nya pun bertambah lah juga.
Paham ke? Alahh macam McD lah gitu, kan dorang akan tanya kita, nak upsize tak?
So, oleh kerana ia service based, makna nya, ladyboss tak perlu lah nak packing and pi beratur kat pejabat pos. Hanya beriteraksi online.
Easy peasy.
Ladyboss tak perlu risau, kalau nak buat duit online dengan Fiverr pasal kurang fasih berbahasa Inggeris. Setakat lulusan UPSR BI pon dah memadai lah tu.
Sebab.. this is a global website, so pembeli is from all over the world, dan dorang2 tu pon bukan nya fasih pon BI.. alaahaii
Apa agak nya ya, yang ladyboss boleh offer untuk buat duit online dengan Fiverr?
Buat Duit Online Dengan Fiverr
Ni akak listkan, antara servis2 yang boleh ladyboss tawarkan untuk buat duit online dengan Fiverr
1) Graphic designing
2) Digital Marketing
3) Writing and Translation
4) Music and audio
5) Programme and tech
6) Business
7) Video and animation
8) Fun and lifestyle
1) Graphic Designing
Jika ladyboss pernah menyandang jawatan as a graphic designer atau pon memang bekas pelajar graphic designer, fuhhh memang luas servis yang ladyboss boleh offer untuk buat duit online dengan Fiverr ni tau
Rasanya tak perlu lagi akak nak terang kan in detail, ladyboss lagi arif kot. Tapi tak apalah, mungkin ada di sini bukan graphic designer student.
• Logo Design
• Business Cards & Stationery
• Illustration
• Cartoons & Caricatures
• Flyers & Posters
• Book Covers & Packaging
• Web & Mobile Design
• Social Media Design
• Banner Ads
• Photoshop Editing
• 3D & 2D Models
• T-Shirts
• Presentation Design
• Infographics
• Vector Tracing
• Invitations
2) Digital Marketing
Jika ladyboss memang pakar dalam sosial media atau pakar dalam penulisan khusus untuk website, seperti content writing, copy writing, banyak yang boleh di tawarkan di situ ya, peluang untuk buat duit online dengan Fiverr memang luas.
Coba lihat di bawah tu yang akak senaraikan tu.
• Social Media Marketing
• SEO
• Web Traffic
• Content Marketing
• Video Marketing
• Email Marketing
• Search & Display Marketing
• Marketing Strategy
3) Writing and Translation
Akak ada kenal sorang adik ni, dia memang major dalam jurusan penulisan dan terjemahan sewaktu di universiti dulu. Sayangnya, selepas berkahwin, dia terus aja berenti kerja and duk umah. Bosan kata nya.. nak carik job online dalam bidang ni, tak tau cam mana cara nya. Orang tak kenal kita lagi, tak tau mutu dan hasil kerja kita, katanya.
So bagi ladyboss yang memang mahir dalam bab penulisan dan terjemahan, boleh coba daftarkan khidmat terjemahan untuk buat duit online dengan Fiverr
Akak go tru listing di Fiverr and dapati, memang payah nak carik penterjemah dalam BM. Coba lah.. in sha Allah ada rezeki ladyboss di situ.
4) Music and Audio
Dulu semasa anak2 akak masih kecik, macam2 lagu akak dendangkan untuk mereka. Semua nya akak karang sendiri. Entah dari mana lah dapat idea Allahu a’lam.. so tiap rutin harian yang mereka lakukan akak iringi dengan nyanyian.
Contoh :
Wash gigi, wash gigi, lalalalala wash gigi
haahh, otomatik dorang tau, time to brush teeth hehehe.
Anak akak siap bertanya, “Mama, why everytime you want us to do something , you will sing a song?”
Sekarang ni dia dah berkeluarga pun, Alhamdulillah.
Moral of the story is, simple song yang kita dendang kan untuk anak2 kita tu sebenar nya, boleh di jadikan modal untuk buat duit online dengan Fiverr. Cara nya..?
Jadi kan lah jingle.
Kalau ladyboss dengar jingle di radio, ada kalanya mencuit hati walaupon tak masuk akal namun ia tetap menghiburkan hati pada mereka yang mendengar nya.
So, tak perlu nak jadi composer artis bagai nak offer servis muzik dan audio, ok
5) Programme and tech
Mungkin ladybos pakar dalam computer programming dan reka bentuk web dan sebagai nya, so boleh coba yang ini.
6) Business
Yang ni.. as the name suggest..bisnes lah ya. Apa2 yang berkaitan bisnes.. juga untuk ladyboss2 yang specialised dalam menangani isu2 seperti khidmat nasihat kesihatan, khidmat kauseling putus cinta, pakar kewangan dan sebagai nya lah.
7) Video dan animasi
Sekarang ni trending, orang iklan di sosial media sume guna video. Ia lebih menarik perhatian ramai, berbanding dengan tulisan atau grafik. Namun begitu, tak ramai yang tau cara2 nak menghasilkan animasi video.
So, rebut lah peluang ni ya. Ladyboss boleh gunakan software percuma saja atau yang berbayar, up to you.
Dapatkan di sini:
Sekian saja perkongsian Kak Su kali ni tentang cara buat duit online dengan Fiverr, in sha Allah kalau ada lagi idea2 untuk buat duit online dari rumah, akan akak kongsi kan.
Ladyboss pernah buat duit online dengan Fiverr? Boleh kongsikan di sini pengalaman tu?
Nak tau jugak
~~Kak Su
Sama sama , terima kasih sudi berkunjung ya, semoga bermanfaat
saya buat carian dan terjumpa blog kak su ni terima kasih di atas pengkongsian
Tq kak su. Idea menarik untuk diterokai.
Thank you kak su foryour sharing. Actually first time datang sini dan komen. Walaupun bidang dalan fiver tu tak ada kena mengena dengan sy but still it is a good info.
Kannn, cobalah buat. Nanti feedback kat akak ya. In sha Allah
Kak Su, dulu waktu saya belajar online marketing memang ada sorang lecturer saya tu buat fiverr. Servis buat grafik cover buku. Memang masyuk kata beliau..order banyak, 1 order tu beliau boleh siapkan 5-10 minit je. Alahai…berbaloi-baloi ??
Ada.. boleh buat tutorial urut for relaxing, sekarang ni kan ramai yang stress so nak cari outlet to destress, cobalah
syokkk eh.. SA macam2 dah buat ni.. jual biskut,roti,urut relaxing ..now aktif di blog pulekk..sambil2 duk goyang kaki kat rumah. Fiver ade ke yg sesuai? hiksss
dont worry, tak semua buyer tu pandai cakap omputih pon, basic2 aja. Yang penting, mutu hasil kerja kita mesti menepati permintaan, kalau dorang tak happy, dorang boleh request full refund
Dah lama tahu tentang fiver tetapi belum cuba tawarkan servis, takut berkaitan bahasa inggeris. Maklum sajalah tak reti orang puteh punye bahasa.
betul tu Yaya, tak yah serius sangat pon, santai2 aja. Boleh offer beauty atau fashion advice
try mek, pasti ada satu yang mek leh offer di situ
coba lah, bro.. bukak aja akaun, santai2, kalau ada gig, buat aja lah. Boleh offer parenting advice, atau travelling to Malaysia, apa2 aja lah yang santai
Agreed Ruby
Betul tu Ika, buat banyak kerja, tapi jika pekerjaan tu sesuatu yang kita minat, tak da lah terasa bosan , kan
betul tu Aina, jana pendapatan doing what we love, tak terasa macam kerja kan, sebab enjoyy
Baru tahu pasal ni. Best juga kan boleh menjana pendapatan sampingan
wowwwwww! bestnyaaaaaaa! nanti nak try tengok.
Wowww dasyat juga ladyboss nie…
Kita biasa2 je.. Xreti nak tawarkan apa2 servis dekat fiverr tue, walaupun dah lama dengar tentang ia.
Betul tu akak. Rezeki allah tu luas. kita boleh cuba kerja macam-macam. Malah boleh ikut minat dan kepakaran. Jangan malas dan banyak alasan. InsyaAllah pintu rezeki terbuka luas. Hehehe
Thank kak su! Bagus ni. skrang kena buat byk kerja dalam satu masa. Ekonomi tak bgus huhu
good tips kak su. zaman skrg kalau xberniaga memang rugi sbb dlm semua bidang kita boleh berniaga segala ianya tak melanggar syariah
hahaha.. boleh aja
Wah… bagusnya idea ni. untuk yang bukan ladyboss boleh jugak kan? buat part time… hahaa
sama sama kasih 🙂
study study,jangan tak study 🙂
wow thanks for sharing tip tip ni…..kena find time go study more about it
Alia coba lah, pastu info kat akak tau
owh iya ke tak da, apa job adik, mehh nanti Kak Su carik kan side job, in sha Allah
betul tu Hanny, tak perlu keluar modal pon,kan
Perkongsian yang bagus, kalau nak cari duit tambahan bolehlah cuba2, tak rugi pun mencuba, ya tak?
Wah..baru tau ada platform mcm fiverrr nii…siap boleh jana pndapatan lagi haaa..terbaik lah
Wah best nyer! Tapi job saya takde dlm fiverr huhu
ya betul tu, macam2 business online sekarang ni, tapi banyak yang scam, so nak hati2 sebelum sign up
Banyak macam-macam nak business online sekarang malas atau tidak jer kan…
Time kasih Kak Su atas perkongsian