Cara Nak Pendekkan URL Guna bit.ly

Cara Nak Pendekkan URL Yang Panjang Dengan Bit.ly

Cara Nak Pendekkan URL Guna bit.ly

Cara nak pendekkan URL guna bit.ly

Pendekkan URL guna bit.ly?

Messti you tertanya, apa tu bit.ly  dan apa fungsi dan kelebihan penggunaan nya?

 

Apa itu URL (link shortener)

bit.ly URL shortener di gunakan bagi menggantikan URL yang panjang lebar. URL biasanya mengandungi nombor dan abjad yang agak sukar untuk di ingati.

 

Coba you lihat contoh URL asal ni,

(https://m.facebook.com/groups/951652578309275?view=info)

 

Bandingkan dengan yang dah dipendekkan URL guna bit.ly

http://bit.ly/Fb-InstaKafeLadyboss

 

Setelah di pendekkan URL guna bit.ly, akak telah memberikan gambaran ke mana pembaca akan di bawa jika mereka klik link itu.

 

Sudah tentu lah ke Facebook, iya kan?

Sebab nama dipangkal dan penghujung jelas menyata kan begitu.

 

Ya akak  tahu, masih ada yang bertanya, so.. apa kelebihan nya?

Tak ada beza pon, kedua2 link (yang panjang dan link yang pendek) akan membawa pembaca ke halaman yang sama.

 

Mengapa Perlu Pendekkan URL guna bit.ly?

Mengapa perlu nak pendekkan URL guna bit.ly ya

 

Kalau you nak tau, jom teruskan baca perkongsikan di bawah ni.

 

1) Memudahkan follower untuk ke halaman yang di sasarkan

Follower tidak perlu “copy ” URL yang panjang itu untuk di ”paste” semula ke tab yang baru.

 

Hanya dengan satu klik sahaja, follower akan di bawa ke halaman yang kita tujukan

 

2) Meringankan bebanan kerja ladyboss (Reducing Workload)

Jika ladybosss adalah seorang “one-man-show” cam akak, sudah tentunya ladyboss amat menghargai masa.

 

Betapa tidaknya, kerana seperti diketahui umum, ladyboss menyandang pelbagai jawatan penting dalam bisnes ladyboss.

 

Ladyboss adalah ketua jabatan pembuatan, pemasaran dan pengiklanan, dan juga ketua dalam jabatan packing dan delivery.

Bukan saja ladyboss ketua.. malah, ladyboss jugalah pekerja yang  mengendali kan nya. Iya kan? Huhu

 

Dan yang paling pasti, ladyboss juga menyandang jawatan customer service, so maknanya you jugalah yang perlu berbalas pantun dengan bakal pembeli di WhatsApp, Telegram, FB Messenger, Instagram dan segala  media sosial yang you terajui.

 

Jenuh tuuu..

 

 

3) Mengajak follower untuk sembang lama sikit dengan kita

Link shortener yang sama boleh di gunakan untuk blog, Instagram dan juga Facebook. Makna nya, kita boleh bawa mereka dari satu platfom ke satu platfom yang lain hanya dengan satu klik.

 

Lebih lama mereka bersembang dan mengenali kita, lebih akrab dan mesra gitu, dan in sha Allah rasa kepercayaan mereka pada kita kelak akan membuahkan hasil, iaitu sales yang di nanti2kan.

 

Dengan menonjolkan kehadiran ladyboss di beberapa media sosial yang popular, bakal pembeli lebih yakin akan kesahihan bisnes ladyboss.

 

Dan sudah menjadi lumrah manusia, mereka lebih selesa berurusan dengan penjual yang mereka kenali dan percayai.

 

4) Jalan pintas untuk bawa follower ke sales page atau ecommerce site

Jika ladyboss menggunakan kesemua platfom media sosial untuk tujuan pemasaran atau pun branding, link shortener dapat membantu kita untuk membawa pembaca blog atau pun follower kita ke halaman yang telah kita sasarkan seperti salespage , landing page ataupun ecommercite site melalui jalan pintas (link shortener)

 

Tanpa mereka sedari, hanya dengan satu klik sahaja, Poof!! Dorang pun berada di  ruangan yang kita sasarkan.

 

Akak suka namakan link shortener ini dengan gelaran ala  “Tikar terbang Aladdin”.

 

Seperti tikar terbang Aladdin,  kita hanya perlu arahkan ia ke mana sahaja dan sudah pastinya ia akan menurut arahan.

 

Jika you ada mempunyai  ecommersite site, atau pon sales page, haah.. boleh aja you arahkan, “tikar terbang” tu untuk membawa bakal pembeli ke situ.

 

5) Pemantauan trafik dengan analisis data

Pendekkan URL dengan bit.ly

Pendekkan URL  guna bit.ly so ladyboss dapat jejaki dari arah mana prospek itu datang.  Sama ada dari Facebook,  Instagram atau dari sumber lain.

 

Data juga menunjukkan berapa banyak kali link itu di klik untuk jangka masa tertentu.

 

Pendekkan URL dengan bit.ly 02

 

Mengapa kita perlu tahu semua data ni?

Sebab.. kita kan “one-man-show”

dan masa itu emas bagi kita

 

Dengan analisis  ini, kita dapat mengenal pasti, platfom media sosial yang mana satu yang lebih mendapat sambutan.

 

Dengan berpandukan analisis ini, ladyboss dapat  manfaat kan platfom yang paling banyak mendapat sambutan dan meninggalkan platfom yang kurang sambutan.

 

Sebenarnya kita tidak perlu berada di setiap platfom sosial media untuk menjual

 

Cukup kita hanya berada di satu atau dua platfom yang kita sendiri aktif disitu.

 

Masa itu amat berharga bagi kita, yang bergelar  ladyboss.

 

Kita bukan sahaja perlu mengurus bisnes, kita juga perlu mengurus rumah, suami dan anak2.

 

Belum lagi bab nak mengurus diri sendiri tu, kan kan.

 

So we have to work smart, not just work hard, betul ke betul?

 

So jom kita pendekkan URL guna bit.ly

 

 

6) Blog entri kelihatan lebih kemas dan rapi

Artikel dan penulisan ladyboss akan kelihatan kemas dan rapi.

 

Coba lihat, jika akak masuk kan URL  di bawah ini untuk kongsikan resipi cekelat cip cookie:

https://www.bettycrocker.com/recipes/ultimate-chocolate-chip-cookies/77c14e03-d8b0-4844-846d-f19304f61c57

 

Dah ler panjang berjela, ia tiada mengandungi hyperlink untuk membawa pembaca ke halaman itu.

 

So pembaca kena lah copy paste.

 

Tak semua orang rajin nak mengetik2 dua tiga kali untuk berpindah halaman.

Dan bagi yang mempunyai affiliate link,  its such a waste traffic jika tidak manfaat kan “tikar terbang Aladdin” ni

 

Ada terdapat bermacam2 URL link shortener tapi di sini, akan akak kongsi kan URL link shortener yang biasa akak gunakan, iaitu bit.ly

 

So jika you dah faham kelebihan penggunaan link shorterner, jom akak terangkan serba ringkas cara penggunaan nya di bawah ya.

 

Cara nak pendekkan URL guna bit.ly

Cara Nak Pendekkan URL Guna bit.ly

 

Mula mula, tentulah kita ke bit.ly

 

Untuk menggunakan bit.ly, you tak perlu buka akaun pun.

 

Cukup sekadar “copy” URL yang panjang lebar tu , kemudian “paste” kan ia ke URL shortener yang di papar kan.

 

Dan secara otomatis ia akan membina URL link yang singkat untuk ladyboss gunakan.

 

Jika you nak beri kan ia “nama samaran” yang macam biasa akak gunakan tu, maka wajib, buka akaun.

 

Setelah  “copy” dan “paste” URL link yang panjang itu, tekan butang oren “Create”

 

Ladyboss perlu “customized’ kan ia untuk memberi kan ia “nama samaran” yang unik khusus untuk rekod ladyboss.

Siap dah? Dah berikan ia nama timang timangan? hehe.

 

Setelah berpuas hati dengan nama singkatan yang di pilih, tekan “copy” dan “paste” kan ia di mana sahaja ladyboss suka.

 

Link shortener boleh digunakan diInstagram, di blog ataupun tepek kan ia ke wall Facebook pun boleh.

 

Jika you masih kurang jelas cara2 nak pendekkan URL  guna bit.ly boleh aja emel akak.

 

Ishhh, akak bukan macam yang lain2 tu, in sha Allah akak akan baca dan balas emel2 yang akak terima.

 

Dah tau cara nak pendekkan URL guna bit.ly ? Atau you ada guna yang lain?

 

Tinggalkan komen di bawah, nak dengar.

 

~~Kak Su

 

You mesti suka nak baca artikel berkaitan ni:

28 Comments

  1. Faris
  2. Kak Su
  3. Hj Amri Abdul Ghaffar
  4. Farzana Muhamad
  5. Noorazian Md Isa
  6. Zue
  7. pariwisata jogja
  8. JMR
  9. Aneezah
  10. DIARY OF AIRA

Leave a Reply

Translate »