Apa beza nya? WordPress.com, WordPress.org dan Blogger?

Perbandingan WordPress Dan Blogger

Perbandingan WordPress dan Blogger : Apa yang ketara?

Hari ni akak saja2 nak bincang sikit perbandingan WordPress dan Blogger.

Bukan apa, ia lah, sewaktu akak memula nak berblog dulu, lama akak mikir kan:

Nak guna platform WordPress atau Blogger, ya?

It took me like six months to decide.

Really..

So after akak buat research memanjang mengalahkan U student nak buat thesis hehe, akak decide to blog on WordPress

Tapi waktu tu, akak masih tak tau lagi, bahwa WordPress yang di maksudkan ramai, ialah WordPress.org dan bukan WordPress.com

Being a newbie, I have no clue that these two twins actually existed side by side.

WordPress.com dan WordPress.org. Apa beza nya?

Ada sikit perbezaan di antara kedua nya.

Mari akak kongsi ngan ladyboss perjalanan yang telah akak lalui dalam pencarian platform untuk bina site KakSu.com ni.

Semoga dengan perkongsian ini nanti, ia dapat membantu lady boss pula, untuk membuat pilihan yang tepat dalam memenuhi keperluan, membina bisnes online lady boss sendiri.

Apa beza nya? WordPress.com dan WordPress.org?

Walaupun mempunyai nama yang sama di pangkal, namun penghujung nya jelas membezakan mereka berdua.

Untuk memahami perbezaan, kelebihan dan kekurangan nya, jom kita berkenal kenalan dulu dengan dua beradik kembar ni.

WordPress.org

Percuma untuk kegunaan umum.

Namun untuk menggunakan nya, kita harus lah terlebih dahulu memiliki  domain dan webhosting

Itu sebab nya, ia di kenali as ‘self-hosted’

Baca : Panduan memilih webhosting terbaik untuk blog wordpress anda

Jom kita lihat apa yang ada pada WordPress.org :

  • Blog yang dibina di atas platfom ini menjadi hak mutlak pemilik blog itu
  • Tiada risiko kehilangan blog
  • Blog itu boleh dijual mengikut harga pasaran dan permintaan
  • Peluang jana pendapatan dari blog tanpa had
  • Menjual tapak iklan di blog
  • Kita memiliki sepenuh nya data di site itu (Boleh bawa pindah randah)
  • Bebas untuk lakukan apa sahaja (customise) mengikut kreativiti kita
  • Kita boleh reka bentuk atau modify site kita sendiri mengikut citarasa (tanpa perlu web designer)
  • Percuma – Beribu pilihan WordPress Theme (blog template )
  • Boleh upgrade ke Premium Theme yang popular seperti Genesis atau Elegant Themes
  • Penggunaan WordPress plugin untuk tugasan tertentu
  • Google Analytics  untuk mengetahui data pengunjung
  • Membina ekslusif membership site
  • Membina ecommerce site untuk menjual produk digital/ barangan runcit
  • Menerima bayaran di blog melalui kad kredit pembeli

 WordPress.org mungkin agak leceh sikit:

  • Ia memerlukan domain (kos dari RM50 setahun)
  • Juga memerlukan tapak webhosting sendiri (Kos dari RM90 stahun)
  • Jika ada peningkatan jumlah pengunjng ke blog, maka kita perlu upgrade plan webhosting bagi menampung bilangan pengunjung
  • Kita perlu rajin update (Macam update app di mobile phone)
  • Wajib backup sendiri data di blog. (Walaupun pun ada WordPress ‘Backup Plugin’ tapi… hmmm)

Jom kita lihat pula WordPress.com

Kekurangan yang ada pada WordPress.com

  • Blog yang dibina di atas platfom ini, bukan milik kita (Di miliki oleh WordPress.com)
  • Konten dan data bukan milik kita
  • Nama blog kita, akan ada WordPress.com di hujung (Contoh: KakSu.wordpress.com)
  • Tidak boleh di jual semula
  • Pilihan blog theme (template) terhad
  • Tak boleh upload custom theme
  • Tak boleh upload plug in
  • Tak boleh upload video
  • Tak boleh modify PHP code
  • Tak boleh guna Google Analytics atau apa2 data tracking pihak ketiga untuk dapatkan data pengunjung
  • Tak boleh bina membership site
  • Tak boleh install payment gateway untuk terima bayaran dari pembeli
  • Tak boleh buat ecommersite site
  • Ada paparan iklan (logo WordPress) , tapi kita tidak di beri kan habuan dari iklan itu
  • Tidak dibenarkan menjual Adverstising Space di blog itu
  • Mereka boleh luput kan blog kita pada bila2 masa (Di tutup oleh WordPress kerana melanggar peraturan atau sebab2 tertentu)
  • Ia boleh ghaib (ramai yang dah mengalaminya) seperti platfom akaun media sosial Instagram atau Facebook

Hehe.. banyak sungguh yang tak boleh

Camtu lah

Kalau kita duk menumpang percuma kat tapak orang

Ada peraturan yang patut kita akur.

Nak buat macam mana..  jika kita baru nak mula niaga dan tiada modal nak buat blog, akak rasa its ok kut.

Jika kita mulakan dengan WordPress.com kemudian esok lusa, kita upgrade ke WordPress.org, in sha Allah kita tidak akan merasa kekok, sebab interface di antara kedua2 nya sama sahaja.

Sekarang kita lihat pula apa kelebihan WordPress.com

  • Semua nya di tanggung beres hehe
  • Tak perlu download software
  • Percuma webhosting
  • Percuma 3GB space
  • Built in plugin – JetPack
  • Auto update
  • Auto backup
  • WordPress Network – berpeluang untuk dipilih as featured blog

Amacam, best ke best guna WordPress.com ni?

Macam best aja kan

Tapi

Kenapa akak masih memilih untuk  menggunakan WordPress.org?

Ini antara sebab2 pilihan akak:

I prefer a clean look name berbanding dengan (KakSu.wordpress.com)

KakSu.com mudah untuk di ingati

Ya kan?

Akak tak berapa suka pembaca akak hilang fokus dek sebab kan iklan2 yang tiada kaitan.

Akak rasa kos untuk upgrade esok2 lebih tinggi kut, so why not start it right within my budget now.

Uupgrade plan seperti berikut :

  • Personal (6GB) – $40/ setahun
  • Premium (13GB) – $100 / setahun
  • Business (Unlimited) – $300/ setahun
  • VIP – bermula dari $5000

Sekarang jom kita ke Blogger pula

Blogger di miliki oleh Google.

Ada terdapat beberapa kelebihan dan juga kelemahan dari sudut penggunaan nya lebih kurang sama macam WordPress.com

Perbezaan nya :

  • Boleh bina sehingga 10 page
  • Penggunaan widget dibenarkan (plugin)
  • Boleh link kepada domain kita sendiri
  • Boleh create beberapa blog di bawah satu Google akaun
  • Walaupun agak terhad, blog masih boleh di customise agar kelihatan menarik dan profesional
  • Boleh buat duit dengan AdSense
  • Built in Google+
  • Boleh link ke Google Analytics
  • Boleh upload video

Kelemahan Blogger

  • Blog kita di bawah naungan Google (bukan self hosted)
  • Perlu ada kemahiran HTML atau CSS untuk customise (jika tak mau upah web designer)
  • Blog template yang terlalu terhad
  • Blog anda akan kelihatan sama aja dengan rakan2 blogger yang lain
  • Hanya 1GB storage untuk menyimpan gambar2
  • Untuk mendapatkan extra storage (15GB), anda perlu upgrade ke Google+ dan berkongsi storage dengan akaun Gmail, Google Photos dan Drive
  • Hanya 1MB untuk setiap page (Pastikan setiap blog post, termasuk gambar tidak melebihi had ini)
  • Tidak boleh upload gambar2 yang pixel nya melebihi 2048 x 2048 (Ini akan menjejas storage anda)
  • Tidak boleh upload video2 yang memakan masa 15 minit (Juga akan menjejas storage)
  • Tiada komen moderation di dashboard (Anda harus tuju ke setiap satu post/page berkenaan untuk moderate komen)
  • Perubahan polisi dari masa ke masa boleh menjejas bisnes online

Seperti yang ladyboss ketahui, akak sememang nya tak ada kemahiran techie stuff.

Walapun asal nya blog ini dibina untuk berkongsi info bisnes online, namun tak dapat di nafikan, mungkin pada suatu hari nanti akak akan menjual nya.

Dan jika pada waktu itu, baru nak pindah platfom, hmmm

Pada pandangan akak, membina bisnes online di atas Blogger ibarat membina rumah di atas quicksand.

Ia boleh tenggelam pada bila2 masa saja.

Mengapa akak kata begitu?

Kerana Google sering membuat rombakan ke atas polisi dan juga produk2 yang di kendalikan nya.

Untuk berpindah dari Blogger ke WordPress bukanlah suatu tugas yang mustahil namun tidak semua orang mampu melakukan nya sendiri.

Ada terdapat beberapa risiko seperti kehilangan SEO, follower dan juga komen2 dari pembaca.

Walaupun kita telah berpindah dari Blogger ke WordPress, namun data itu akan tetap kekal untuk sekian lama di Google server.

Ini akan menjadi masalah pada follower kita dan juga kedudukan di Google Search jika kita terlupa untuk redirect kan ia kepada page baru kita.

Baca : Cara Pindah Blogger ke WordPress

Begitulah perkongsian akak dalam perbandingan WordPress dan Blogger dan mengapa ia mempengaruhi pilihan blog platfom akak. Jika ladyboss ada info untuk di tambah, boleh tinggalkan di ruangan komen.

In sha Allah akan akak update kemudian.

Jangan lupa untuk klik Share ke FB.

Sharing is caring tau

27 Comments

  1. Rane Chin 16/01/2018
  2. Rawlins GLAM 16/01/2018

Leave a Reply