Perniagaan Roti Dan Kek

Cara Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumah

cara memulakan bisnes roti

Macam Mana Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumah

Akak ada satu cadangan for you, untuk  mulakan bisnes dari rumah.

Itu pun, kalau  you minat memasak lah kan, khusus nya suka buat kuih, kek, roti dan sebagainya.

Apa kata you jadikan aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan?

Buat bisnes..!

Bisnes roti dan kek… atau bisnes kuih-muih.

Bisnes buat kuih ni agak mudah untuk dilakukan.. boleh start dari rumah dan gunakan peralatan-peralatan yang selalunya memang dah sedia ada di dapur.

Modal untuk beli bahan-bahan pun tak lah besar mana.

Nak jual pun tak susah sangat… buat kuih tu elok2.. ambil gambar.. upload kat Facebook, Instagram atau WhatsApp group.

Kalau gambar kuih tu cun dan  menggiurkan.. pasti ramai yang tergoda dan akan PM nak order.

Ya kan?

But you know, in any business venture, it’s good that you  acquire the proper knowledge before you begin.

Cara Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek

Setiap bisnes memerlukan perancangan awal atau biasa di sebut orang “business plan”

Puan Nik Roslin Nik Men, beliau adalah seorang pengusaha bakeri sambilan yang berpengalaman hampir 6 tahun dalam industri bakeri, telah menghasilkan satu ebook Panduan Bisnes Bakeri.

Di dalam ebook itu, beliau telah memberikan gambaran jelas tentang industri bisnes bakeri serta mengapa menjalankan bisnes bakeri dari rumah adalah langkah yang terbaik untuk suri rumah sepenuh masa menjana pendapatan sampingan dari rumah.

Beliau telah senaraikan 6 sebab mengapa pembeli lebih gemar membeli bakeri dari pembuat-pembuat bakeri dari rumah (home made product) berbanding dari kilang atau kedai.

Selain itu, beliau juga turut memberikan jadual perbandingan antara menjalankan bisnes bakeri dari rumah dengan binses bakeri di kedai.

Kalau ladyboss nak tahu lebih detail, boleh dapatkan ebook itu dan lihat dengan jelas setiap kelebihan dan kekurangannya di situ.

Akak pasti ladyboss akan teruja dan bertambah2 bersemangat untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah dengan segera setelah membaca bab2 di bawah ni nanti:

BAB 1 : FORMULA 2M+2P

BAB 2 : DIMANA NAK BELAJAR BAKERI?

BAB 3 : 4 LANGKAH MUDAH UNTUK MEMBUKA BISNES BAKERI

BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS

BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN

BAB 6 : TEKNIK PROMOSI

BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI

BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA

BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN

BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

Macam mana?

Excited kan..?

Ladyboss boleh dapatkan Panduan Bisnes Bakeri hari ni dan mulakan Bisnes Bakeri esok… orait?

Ok, but if you are not ready to get the book,

Ni akak lakarkan serba ringkas, cara2 memulakan perniagaan roti dan kek dari rumah

Maka step yang paling pertama dan utama, sudah tentulah perancangan.

Step 1 : Perancangan

Mengapa perlu ada perancangan?

Rancangan perniagaan atau business plan ni ibarat melakarkan impian di atas kertas. Biasa nya ia sangat diperlukan semasa nak memohon bantuan kewangangan untuk permulaan perniagaan.

Walaupun kita hanya berniaga dari rumah, tak salah kan, kalau kita berimpian besar.

So, let’s start it right.. kita siapkan kertas kerja perancangan kita, orait?

Kertas kerja rancangan perniagaan dapat membantu menjimatkan kewangan akan datang dan juga mengelakkan pembaziran masa.

Step 2 : Pendaftaran Perniagaan Dengan Badan2 Yang Wajib

Walaupun kita setakat berniaga dari rumah, namun kita hendaklah mendaftarkan perniagaaan kita kepada pihak2 yang wajib berdasarkan pada industri yang kita ceburi.

Ini adalah untuk memastikan yang kita tidak menyalahi undang2. Selain mendaftar, kita juga berpeluang untuk mengikuti kursus2 berkaitan seperti pengendalian makanan.

Cara2 yang betul untuk  menyimpan bahan2 mentah untuk mengelakkan keracunan makanan

Step 3 :  Lengkapkan peralatan dan bahan2 keperluan

Pastikan juga  kita mencukupkan peralatan pembukusan seperti kotak, beg bungkusan , label dan juga untuk gift wrap.

Ya lah, kut2 ada tempahan untuk sambutan harijadi atau apa2 keramaian.

Step 4 : Promosi

Yang ni paling penting ni dalam apa jua bisnes, promotion is a must.  Jika tiada promosi, orang tak kan tahu tentang produk bisnes kita.

So ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini.

Antara nya ia lah melalaui  promosi percuma seperti di media sosial, chat group dan juga melalui blog.

Tak tahu macam mana cara nak buat blog? Kak Su ada sediakan ekursus percuma Belajar Buat BlogClick To Tweet

Selain dari mempromosi kan produk, blog juga  adalah salah satu cara untuk buat duit dari rumah, secara autopilot tau.

Tak caya ke?

Baca :

Cara Memulakan Bisnes Kek Dari Rumah

Kelebihan berniaga kek dan bisnes roti dari rumah

  • Peluang menjayakan kerjaya yang anda benar2 passionate about.. and that is.. of course.. baking lah
  • Mengasah bakat kreatif yang terpendam tu, dalam hiasan kek dan roti
  • Tonjolkan kemahiran baking pada rakan2 dan keluarga
  • Sangat mudah untuk di mulakan, cause dah memang tersedia ada pun ruang kerja anda, and that is.. the kitchen hihi
  • Sentiasa ada permintaan untuk kek dan roti, maknanya, ada pasaran lah tu
  • Boleh di jual terus dari rumah (tak perlu sewa kedai)
  • Menerima tempahan secara online (dari FB, WhatsApp group. IG)
  • Bake on demand, so tiada pembaziran atau over supply
  • Juga boleh ambil bulk order dari kedai2 kek berhampiran
  • Boleh juga supply ke outlet seperti 7E, stesen2 pam minyak, kedai2 mamak kat perhentian bas

Kelemahan menjalankan bisnes bakeri dari rumah

  • Anda mungkin akan mengambil sebahagian besar ruangan dapur untuk ruangan kerja anda
  • “Bekerja” di hujung minggu. Oleh kerana kebanyakan majlis keramaian di adakan pada hari cuti, so that means you have to be ready to work sewaktu cuti am untuk menyiapkan tempahan
  • Untuk terus2 menyiapkan tempahan dari permintaan pelanggan, anda mungkin terpaksa menaik taraf kan mutu pengeluaran. That means, you have to tingkatkan skill dengan snetiasa mengikuti kursus2 terkini
  • Jika pengeluaran semakin meningkat, anda juga kenalah tingkatkan peralatan : seperti  penggunaan commercial oven berbanding oven yang comel tu.

Bisnes roti dan kek dari rumah, menguntungkan ke?

Perniagaan Roti Dan Kek

Ni akak kongsi kan petikan dari seorang peniaga roti:

Selepas empat bulan berniaga, Muhd Luqman berkata, perniagaan roti mendapat permintaan menggalakkan daripada pengguna daerah ini dan Pekan dan setiap hari 200 hingga 300 biji pelbagai jenis roti dihasilkan.

Petikan dari : BH Online  (15 Dis 2017) – Luqman gigih ceburi bisnes buat roti

Margin keuntungan bisnes roti dan kek sememangnya tinggi. Keuntungannya, biasanya hampir tiga kali ganda kosnya.

Tambahan pula kebanyakan orang harini lebih gemar home made roti dan kek berbanding yang di buat di kilang.

Akak sendiri, sering buat tempahan roti dari bakeri rumah, walaupun lokasi nya agak jauh dari kediaman, dan akak terpaksa memandu jauh untuk mengambil nya, itu tidak mematahkan semangat akak untuk terus membeli.

For you yang masih ada anak2 kecil di rumah yang sememang nya memerlukan perhatian extra, akak syor buat bisnes kek aja.

Bukan apa, tepung roti yang dah siap diuli tu, bukan nya boleh  di tinggalkan begitu lama. Bayangkan lah, waktu tu lah baby mula meragam,  dan kita terpaksa abaikan tepung ulian tu seketika, ia boleh menjadi over rise atau menjadi masam.

So, bisnes kek apa ya yang ada banyak permintaan.

Akak tahu..

Kek coklat!

Bisnes kek coklat

Kek coklat kegilaan ramai hari ni, ya ke?

Seperti yang kita ketahui, bisnes is all about menyelesaikan permasalahan yang wujud.

So, jika ramai yang crazy about kek coklat, don’t you think its our job then to serve them what they desire.

Ada terdapat banyak jenis2 kek coklat di pasaran, tapi tak semua nya yang menepati citarasa.

Ya kan?

Ada yang terasa pahit dan ada pula yang terlalu manis.. hmmm

Jenis2 kek coklat kesukaan anak2 dan dewasa yang sentiasa ada permintaan

  • kek coklat
  • kek kukus coklat
  • kek coklat moist
  • kek coklat moist kukus
  • kek coklat cheese kukus
  • kek coklat cheese leleh
  • kek coklat kukus
  • kek cawan coklat
  • kek milo kukus sukatan cawan

Antara jenis2 kek coklat, Kek Coklat Moist paling mendapat tempat di hati akak

Ingat Kek Coklat Moist, pasti teringat kat Anis Choc Moist Cake

Bermula daripada rumah sahaja, Anis Choc Moist Cake kini telah berada di pasaran hampir 9 tahun.

Menggunakan slogan “Made From The Heart”, Anis Choc Moist Cake kini telah tersebar ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Sumber dari : Anis Choc Moist Cake

Kak Su ni hanya mengetahui tentang kisah usahawan kek coklat moist ni sewaktu akak menghadiri seminar IMKK 2014.

Waktu tu, berkobar2 semangat akak nak memulakan bisnes kek coklat lah jugak.

Konon..

Walhal akak waktu itu masih lagi dengan bisnes perabot terpakai dan baikpulih sofa akak tu.

So, apa agaknya peralatan utama yang di perlukan untuk perniagaan roti dan kek ni, ya?

Nak tahu lah juga kan,  then dah boleh cek inventori dalam rumah, hihi

Jom, kita lihat peralatan dan kelengkapan yang biasa di perlukan untuk bisnes roti dan kek ni

Jom.. jom..

Perniagaan Roti Dan Kek

  1. Oven – Ini peralatan paling wajib lah kut
  2. Mixing Bowls – Bekas untuk bancuhan adunan
  3. Measuring Cups – Cawan untuk buat sukatan
  4. Measuring Spoons – Sudu sukatan
  5. Digital Kitchen Scale – Alat penimbang
  6. Silicone Spatula – Haah ini penting ni, supaya tiada pembaziran adunan kek, kita scrape semua bancuhan dari bekas, ok
  7. Standing Mixer – So tangan tak penat lah kan, kalau ada banyak tempahan
  8. Cake Cooling Tray  – Dulang untuk kita susun kek dan roti yang hot from the oven – untuk di sejukkan
  9. Baking tin – Acuan pembakar kek/ roti

Setakat ni lah dulu ya, akak rasa ada lagi  beberapa peralatan dan keperluan yang di perlukan untuk memakmurkan kan perniagaan roti dan kek ni.

Jika ladyboss ada nak tambah, tinggalkan di ruangan komen lah ya. In sha Allah nanti Kak Su update artikel ni.

Ada belajar sesuatu ke dari artikel ni? Jika ya, jom klik Share ke Facebook.

Sharing is caring tau

~~Kak Su

**artikel di atas ni ada mengandungi affiliate link

9 Comments

  1. nurmisnan 19/04/2018
    • Kak Su 19/04/2018
  2. Airinaa 13/04/2018
    • Kak Su 19/04/2018

Leave a Reply