Pilih Plug In WordPress

Apa Itu Plugin, Mengapa Perlu Guna Dan Macam Mana Nak Buat Pilihan Plugin


 

Pilih Plug In WordPress

Apa itu plugin WordPress?

Ia adalah sejenis software yang mengandungi fungsi tertentu bertujuan melaksanakan sesuatu tugasan ke atas website.

 

Tugasan yang bagaimana tu?

Tugasan apa saja yang terlintas di imaginasi, you name it.. haha.

But we are talking about WordPress here kan.

So for sure lah its tugasan untuk membantu prestasi site seperti :

  • meningkatkan kelajuan site
  • melancarkan perjalanan site tanpa tersekat2
  • membanteras hackers dan spammers
  • SEO
  • Social sharing
  • Link cloaking

dan bermacam2 dan banyak lagi tugasan2 ekslusif yang akak sendiri belum sempat  nak explore.

 

So Macam Mana Caranya Nak Arahkan Plugin Untuk Tugasan Itu

Arahan plugin sudah pun sedia di masukkan kedalam software oleh developer. Ia di tulis dalam bahasa komputer programming.

 

Jangan suh akak terjemah ya, cause akak pun tak faham langsung koding2 ni

 

But don’t worry.

 

The thing about WordPress platform ni, tugasan2 yang menggunakan plugin bertujuan memudahkan kita2 yang tiada kemahiran dalam bahasa komputer.

 

Kita hanya perlu install plugin pilihan itu, activate dan ia siap mengikut arahan yang telah diprogram oleh developer.

 

Ia tak memerlukan walau satu baris koding pun, so that means, kita mampu lakukan nya sendiri.

 

That’s why akak so in love with WordPress cause seperti yang ladyboss ketahui akak zero knowledge bab2 IT.

 

Di Mana Nak Dapatkan Plugin Tu?

Ia boleh di dapati dari WordPress Plugin Repository dan juga dari pihak ketiga.

 

Kebanyakan plugin, membenarkan kita menggunakannya secara percuma.

Mengapa percuma?

 

Hihi, biasalah, penggunaan percuma itu sekadar nak pancing kita, pabila kita terbiasa dengan penggunaan plug in dan dah mulai rasa nikmat dan keselesaan penggunaan plugin ni, tentulah kita tak akan teragak2 nak upgrade ke premium (berbayar) esok2

 

Setakat ni, akak masih lagi menggunakan plugin percuma di blog akak yang hampir mencecah usia tiga bulan pada Disember 2017 ni.

 

Yes, tiga bulan you

 

So kalau akak yang tiada kemahiran IT dan dah pencen ni baru nak mula berblog, you yang masih muda remaja, in sha Allah boleh.

 

Do not fear, just do it.

 

Akak ada sediakan tutorial belajar buat blog percuma untuk newbie, based on my own experienced dalam membina blog ni.

 

Plugin Percuma Ada Kekurangan Nya Ke?

Plugin percuma ni ok aja, cuma ia tiada bantuan sokongan teknikal jika kita mengalami masalah.

 

Pada awal akak mula dengan WordPress platform ni, akak super excited, tak tau macam mana nak pilih plugin,

hampir kesemua plugin yang direkemen akak install

 

Oleh kerana akak masih newbie dan dalam proses pembelajaran so akak tak tau pulak ada beberapa plugin yang akak install dan activate tu rupa2nya duplicate.

 

Ia mempunyai fungsi yang sama.

 

Cuma nama nya berbeza, di edarkan oleh developer dan syarikat yang berlainan.

 

Mana lah akak tau kan, orang masih newbie lagi, semua pun nak dicoba nya

 

Percuma pulak tu, borong sakan lah akak haha

 

Ya kan

 

Maka Timbul lah Beberapa Masalah Dari Penggunaan Plugin

Antara nya:

  • Ia menjadikan site akak merangkak cam siput
  • Ia membuatkan site akak crashed! Kaboom!
  • Akak disekat, tak dapat nak log in ke admin dashboard

Waduh! Mau tak terkedu akak dibuatnya.

 

Mujur waktu itu, akak menggunakan webhosting SiteGround, yang sememangnya terkenal dengan customer service tiptop dan hosting guru yang hebat.

 

Dengan pantas akak connect live chat, minta dorang rectify the problem. SiteGround menyelesaikan masalah yang akak hadapi tu dengan pantas dan penuh berhemah.

 

But seriously waktu tu, akak tak tau pada siapa nak mohon bantuan, cause I feel the problem is not related to webhosting pun kan, its WordPress issue.

 

But they were professional, I tell you.

 

Dorang tolong akak setel kan isu yang akak rasa tak termaktub dalam terma jual beli webhosting pun.

 

So if you are like me, yang sentiasa memerlukan support anytime on any hosting or wordpress issue then,  SiteGround is your choice.

 

Nak  tau macam mana nak daftar hosting SiteGround dalam 15 minit? Akak ada tutorial step by step yang boleh you ikuti.

 

Update : SiteGround sekarang dah tak offer untuk pengguna di Malaysia, so you boleh coba hosting NetKL atau Exabytes ya


Perhatian  Sebelum Pilih Plugin WordPress

Pilih Plug In WordPress

Sekarang ni, sebelum membuat pilihan plugin, akak lebih berwaspada.

 

Akak akan bertanya pada diri sendiri beberapa soalan dibawah ni

  1. Ada kah ia compatible dengan WordPress version yang di gunakan

  2. Bila tarikh terakhir plugin itu di update (kalau enam bulan yang lalu, then forget it)

  3. Rating – Tengok ada berapa 5 star dan 4 star

  4. Baca review pengguna – pastikan tiada bad review

  5. Baca forum support – kalau soalan yang di acukan di forum krik krik krik.. tiada respon dari developer, sendiri mau faham lah kan

  6. Lihat berapa banyak jumlah download

Plugin yang paling banyak di download tu biasanya membuktikan bahwa plugin itu popular dan berkredibiliti tinggi kerana ramai yang mempercayai nya.

 

So begitulah sekarang ni cara akak pilih plugin WordPress untuk tugasan2 ke atas blog akak ni.

 

6 Jenis Plugin Yang Perlu Ada Di Setiap Website

Dibawah ni Kak Su senaraikan 6 jenis plugin yang pasti ada disetiap website yang akak bina.

  1. Wordfence
  2. RankMath atau Yoast
  3. Insert Header/ Footer
  4. 404 To Homepage
  5. Redirection
  6. WP Cache
  7. Social Shares

 

You ada tip2 lain yang nak dikongsikan? Tinggalkan di bagian komen, in sha Allah akan  akak update ke dalam artikel ini nanti.

 

Ada belajar sesuatu dari perkongsian akak ni? Jika ya, klik Share ke FB

 

Sharing is caring tau

 

~~Kak Su

 

 

 

***artikel ini ada mengandungi affiliate link***

 

4 Comments

Leave a Reply

Translate »