Pemasaran bisnes online

Mengapa Perlu Ada Strategi Pemasaran Bisnes Online

Artikel ini adalah kupasan  #Tip 10 , dari artikel :

12 Tip Mulakan Bisnes Online 2018 Dengan Konfiden

Pemasaran bisnes online

Tingkatkan Pemasaran Bisnes Online

Jika lady boss belum lagi sempat untuk membaca nya, boleh klik link di atas untuk membaca nya dulu, atau klik Download untuk dapatkan PDF ke mailbox anda.

Ramai yang berprasangka, pemasaran bisnes online semudah upload gambar2 produk di Instagram dan Facebook, kemudian kita duk menunggu customer PM untuk pertanyaan.

Namun ia sebenarnya sangat jauh dari apa yang kita sangkakan. Petikan dari Asia’s No 1 marketing coach, Azizan Osman :

Teknik pemasaran digital kini lebih meluas dengan iklan online, SEO, emel, dan macam-macam lagi.. 

Kemudian masih ramai lagi yang beranggapan bahwa setiap kali ada PM, DM atau WhatsApp dari  potential customer,  itu bermakna  dia wajib membeli dari kita.

Jika tiada pembelian dari nya, maka  mula lah kita meroyan di FB  mengungkap kata2 yang kurang enak di dengar.

Mengutuk dan menyindir potential buyer tadi, bertujuan mungkin untuk mengaib kan dia?

Atau sekadar melepas kan kemarahan, frustration di hati. Allahu a’lam

Cara Pemasaran Bisnes Online Dan Offline, Ada Perbezaan ke?

Fahami lah wahai ladyboss, bahwa sesungguh nya bisnes online ni sebenar nya sama saja dengan bisnes offline.

Ia memerlukan banyak kesabaran, ketabahan dan banyak istiqomah dan lagi memerlukan banyak fokus di sudut pemasaran.

Sebelum kita mengorak langkah memulakan bisnes online, elok lah kita gali sedikit ilmu pemasaran.Click To Tweet

Cari Mentor Yang Telah Berjaya Untuk Membimbing Anda Dalam Pemasaran Bisnes Online

Keluarkan sedikit modal untuk menuntut elmu atau mencari mentor yang dapat membantu kita mencapai matlamat yang di ingin kan.

Jika kita belum lagi  berkemampuan to pay a mentor untuk membimbing kita , yang elok nya kita mencari support dari rakan2 yang mempunyai matlamat yang sama.

Sertai group networking atau Facebook Support Group.  Ia percuma saja biasanya.

Jika tiada networking group yang menepati citarasa, then bina support group sendiri. Rekrut rakan2 yang dapat memberi sokongan dan bantuan antara satu sama lain.

Mengapa perlu mentor?

  • Untuk membimbing  kita, step by step dari langkah permulaan hingga ke langkah seterusnya.
  • Menggunakan strategi yang telah di guna pakai oleh mentor itu sendiri dan mentee2 yang lain yang telah berjaya.
  • Untuk mengelakkan kerugian jika kita berdepan dengan situasi try and error
  • Kita lebih in control dan mudah bagi kita untuk try and adjust.

Bisnes Online Memerlukan Strategi Pemasaran Bisnes Online

Bukan setakat pemasaran kosong2 saja, tetapi mempunyai data dan stastistik untuk dijadikan kayu ukur.

Faham ke?

Jom kita dengar apa kata seorang lagi pakar pemasaran online: Najib Asaddok

Ramai kurang menyedari bahawa ilmu pemasaran merupakan nadi utama dalam sesuatu perniagaan

dan juga :

Dengan pemasaran yang berkesanlah baru adanya jualan

Tapi :

 kalau pemasaran caca marba macam mana nak dapat jualan

Masih kurang faham apa yang di maksudkan?

Macam ni : Bayangkan anda mempunyai kedai offline, menjual shawl di mall yang mempunyai ramai pengunjung.

Jika dalam sehari, purata anda menerima kunjungan 1000 orang walk in (potential buyer) ke kedai anda.

(Walk in ini di sebut “traffic” dalam istilah bisnes online)

Kemudian, 100 daripada walk in (potentail buyer) itu pula membeli shawl.  So daripada potential buyer, mereka telah beralih menjadi seorang buyer pula.

Dengan berpandukan metrik di sini, dapatlah kita membuat perkiraan jumlah pembeli ialah 10%.

Dari mana pula akak dapat angka tu?

100 pembeli kita bagikan dengan 1000 pengunjung  dan kita darab kan dengan 100% .

Jawaban nya?

Tentulah 10%

Ya kan?

Coba kita andaikan, setiap pembeli tadi membeli sehelai shawl yang bernilai RM30.00

Lady Boss tahu ke tahu?

Berapa banyak jumlah penjualan untuk hari itu?

Haha, mudah nya lah kan..

Sudah tentulah RM30.00 x 100 , jawaban nya RM3000.00

Ya kan?

Best ke best penjualan sebanyak itu sehari?

So, mari kita lihat pula berapakah jumlah nilai setiap pengunjung?

Berdasarkan pada jumlah pengunjung (1000), kita boleh buat perkiraan kasar, bahwa setiap pengunjung yang datang berkunjung ke kedai pada hari itu bernilai RM3.00

Kerana kita mempunyai data di atas, maka kita boleh membuat perancangan pemasaran, berapa jumlah yang harus kita belanjakan untuk mendapatkan jumlah penjualan seperti yang kita inginkan berdasrakan pada conversion rate kita tadi, iaitu 10%

Faham ke faham?

So, sebelum kita memulakan penjualan produk atau servis secara online,

Tanya pada diri sendiri:

berapa ramaikah pengunjung atau “traffic” yang diperlukan untuk kita mencapai jumlah penjualan yang di inginkan

Berapa ramaikah pengunjung yang di perlukan untuk datang berkunjung ke kedai online kita?

Jika kita memahami konsep ini, maka mudahlah bagi kita mencatitkan target atau goal kita pada setiap produk yang ingin kita pasarkan.

Jangan mengeluh, mengapa ramai yang PM tapi tiada yang membeli?

Jika lady boss faham akan konsep yang akak katakan di atas itu tadi, apa  yang anda harus lakukan ialah meningkatkan lagi usaha pemasaran online anda.

Reach out to more people.

Hadirkan lagi ramai pengunjung ke kedai online anda.

Macam mana cara nya nak dapatkan ramai pengunjung?

Dalam pemasaran bisnes online, the sky is the limit.

Apa makna nya tu ya?

Makna nya, ia tiada batasan selagi anda mampu untuk terus menerajui nya.

Baca : Tingkat kan pengunjung ke kedai online dengan 12 tip ini

Untuk memastikan kejayaan, anda memerlukan beberapa peralatan antu senjata yang ampuh

Senjata dan Peralatan

Macam ni, jika anda ingin memancing ikan, sudah tentu anda memerlukan joran. Dan untuk menanti seekor ikan memakan umpan anda, sudah tentu ia memerlukan masa dan kesabaran.

Lady Boss tiada masa dan kesabaran?

Ok, kita tambahkan joran kita, tiga atau empat batang lagi.

Masih tak mencukupi?

Apa kata kita ke laut sahaja untuk memudahkan kita menangkap ikan dengan pantas.

Boleh saja.

Tapi untuk melakukan itu, kita memerlukan bot, tanpa bot kita tak akan mampu untuk menangkap ikan di laut.

Ya kan?

Maka begitulah juga usaha kita  dalam pemasaran bisnes online.

Kita memerlukan boat yang laju, yang mampu membawa kita ke tengah lautan untuk menghasil kan tangkapan ikan yang lebih banyak dan ikan yang lebih besar.

As the saying goes:

if you want to catch a big fish then you need to go get to the ocean

So..

Jika anda dah faham dengan ungkapan di atas tu, jom kita mulakan proses utama dalam membina bisnes online kita.

Iaitu menyiapkan  peralatan dan senjata yang ampuh.

Pada pandangan lady boss lah, apa agak2nya yang paling utama yang harus kita lakukan sebelum memulakan perniagaan online?

Pada kefahaman akaklah, mengikut apa yang di ajarkan mentor, perkara utama yang harus kita lakukan ialah establish your online presence.

Atau biasa di sebut orang “branding”

Apa makna nya tu?  Branding?

Kita perlu mengukir nama kita di alam maya (online)

Supaya kita dikenali ramai dan nama kita atau (brand) kita menjadi sinonim di kalangan targeted niche kita.

Kita tidak perlu untuk menjadi insta femes di Instagram, atau menjadi idola di Facebook untuk meraih jualan yang di inginkan

Kita juga tidak perlu menjadi artis yang dikenali ramai untuk menjual produk atau servis.

Namun, kita perlu di kenali oleh mereka di kalangan niche kita.Click To Tweet

Faham ke faham?

Tak faham?

Ok, baca dulu : Mengapa mengenali niche anda itu penting untuk bisnes online anda

Baca lah dulu ya, kemudian kesini semula untuk sambung bacaan, tak apa akak tunggu .

Setelah mengenali niche anda, iaitu orang2 yang bakal menjadi pembeli anda, maka langkah seterusnya ialah dengan mengukir nama anda.

Pahatkan nama (brand) anda di hati mereka (your targeted niche)

Cara nya?

Dengan membina blog anda sendiri.

Tak tau macam mana nak bina blog? Anda boleh ikuti ekursus Belajar Buat Blog bersama Kak Su.

Kursus ini percuma saja ya, tiada bayaran apa2, dont worry.

Mengapa kita perlu ada blog sendiri?

Baca : 8 Sebab Anda Perlu Ada Blog Jika Anda Buat Bisnes Online

Sama anda anda teringin nak Buat  Duit Dengan Blog  dengan iklan Google Adsense atau Affiliate Marketing atau sekadar nak menjual produk atau servis online, anda tetap memerlukan blog.

Tapi..

Tiada tapi2 nya..

Ingat apa yang akak kata kan di atas tadi, jika kita nak memancing ikan yang besar dan banyak, kita perlu ke tengah lautan dan kita memerlukan bot.

Begitu juga jika kita ingin buat duit online.

Jika kita ingin kan penjualan online kita seperti apa yang kita lakarkan di atas kertas, maka kita perlu bina satu branding sendiri, iaitu dengan membina blog.

Kita memerlukan brand kita sendiri untuk di kenali potential buyer.

Fikirkan nama yang terbaik, atau guna nama kita sendiri sebagai brand dan daftarkan ia sebagai domain.

Tak tau apa itu domain dan di mana nak daftarkan nya?

Baca : Macam Mana Cara Nak Pilih Dan Daftar Domain


Ok, assuming you are done setting up blog… next?

Setelah kita mempunyai HQ online (blog) , maka boleh lah kita memulakan langkah2 pemasaran bisnes online kita seterus nya.

Tapi..

Tak dan rasa nya akak nak teruskan strategi pemasaran bisnes online dalam artikel kali ini.

Kita sambung di artikel akan datang ya, in sha Allah. Jumpa lagi ..

Anda belajar sesuatu dari perkongsian di atas? Jika ya, klik Share ke FB untuk berkongsi elmu bersama rakan2 yang lain.

Sharing is caring tau.

16 Comments

  1. Betty

Leave a Reply

Translate »