Tips Bagaimana Nak Berhenti Kerja Dan Menjadi Work At Home Mom

7 Tips Berhenti Kerja Dan Jadi Ladyboss

7 Tips bagaimana nak berhenti kerja

Hari ni, Kak Su  ada satu perkongsian hebat dari @bywiwin tentang bagaimana nak menjadi seorang WAHM (work-at-home-mom) yang berjaya. Puan Natasya Azwin seorang lulusan Carleton University, Canada telah memilih untuk menjadi seorang WAHM kerana di pengaruhi sifat keibuan nya yang fanatik, hehe.

Baca perkongsian nya di bawah, bagaimana dia memilih langkah yang bijak dan sekarang menikmati hehidupan seorang ladyboss. Syabas Awin.

Perempuan bekerjaya, bila first time beranak, memang terus hati runsing kalut resah gelisah duk pk nak letak anak kat mana lepas habis pantang nanti. Nursery , pengasuh, amek bibik? Atau bagi parents jaga.

Dan masa ni jugaklah nanti akan start pk nak berhenti kerja. Betul tak? MOMMY TAU LAAA..BEEN THERE! ihiks

Guys, nak berhenti kerja ni senang je sebenarnye. Korang tulis surat nak berhenti kerja pastu pass dekat boss.

Taraaa! Senang amat! (Macam mintak penampar)

Nanti akan MENYESAL dan question yourself balik kenapalahhh aku berhenti kerja dulu.

Mommy dah berhenti kerja pertengahan Disember 2015. Pada masa tu, memang semata mata kerana Idris, putera sulongku.  Kalau nak tahu, lepas habis pantang, untuk beberapa bulan pertama Idris dihantar ke kampung di Kelantan.

Mommy duk Shah Alam. Setiap weekend mommy balik ke Kelantan untuk hantar ebm (expressed breastmilk) untuk baby Idris. Naik flight. Bayangkan cost ulang alik masa tu. Beberapa bulan yang tough. Bukan senang okay. Berendam air mata rindukan Idris.

Last sekali MOMMY AMBIL DECISION UNTUK RESIGN DAN JADI SURI RUMAH! Yuhuu!

 Dah setahun dah berlalu .Dah setahun dah berlalu

Jadi mommy tergerak hati nak  SHARE dengan korang,

7 TIPS BERHENTI KERJA DAN JADI SURI RUMAH

Based on pengalaman mommy lah ni.

 

7 Tips Berhenti Kerja

#1: Ask yourself! Ask Allah!

  • Betul ke nak RESIGN?
  • Bagi sebab.
  • OKAY. Sebab nak jaga anak.
  • Pastu tanya diri balik.

Betul ke nak jaga anak? Sanggup ke duk rumah je ‘berkurung’ dengan anak 24/7? Ingat ye, bila dah jadi SURI RUMAH, korang dah takde ‘me time’. Even time berak kencing pun ada penonton okay :’)

Gaji tetap bulanan yang confirm confirm dapat tu, akan takde dah. Sanggupkah? Sanggupkahh?

Pastu, ‘me time’ lepak dengan kawan opis pun takde dah.  Nak bertukar cerita. Gelak gelak ngan kawan. Itu ini. You know? ME TIME.

Bagi suri rumah, ‘me time’ adalah masa emas intan berlian.

SANGAT BERHARGA

Pastu kan, ofkos akan jadi jarang pakai pakaian ‘smart perempuan bekerjaya’. Yes. Silakan kalau nak feel good, then pakai baju smart dalam rumah sambil jaga anak dan tumis sambal.

TAPI, I don’t think so. Anak berak kencing setiap 2 jam sekali, nak masak, urus rumah bla bla. Di awal kancah jadi suri rumah mungkinlah korang berhias bagai pakai baju smart. Tapi lelama, nadaaaaa. Ingat sempat ke? Masa tu tak pk sangat dah penampilan diri.

Sekarang ni, time Dato’ Azman balik rumah pon, mommy muka sememeh je. Dulu bukan main siap tepek lipstick bagai. Ahaks :’)

Akan ada banyak benda korang akan korbankan untuk mendapatkan tittle ‘suri rumah’. For some people, they don’t mind. TAPI, hampir kesemua wanita bekerjaya yang dah bertukar jadi tittle suri rumah ni, memang setuju ngan mommy.

ME TIME IS PRECIOUS!!

Dan certain things changed. And of course! We are all happy! Sebab decision untuk jadi suri rumah diambil selepas timbang tara segalanya.

AND!

Macam mana kita tanye diri kita sekalipun,  semuanya Allah dah decide untuk kita. MENJADI KEMESTIAN untuk kita doa banyak banyak dan solat minta petunjuk moga Allah mudahkan urusan kita dan moga kita happy dengan decision untuk jadi suri rumah ni.

# 2: Bincang dgn suami. Dan minta izin

Bagitau suami. Bincang dengan dia.

PERKARA UTAMA korang kene bincang ialah, mampukah suami seorang sahaja yang bekerja untuk menyara kos hidup keluarga nanti.

Yang ini bab yang sangat penting. FINANCIAL FLOW keluarga. Taknak lah nanti sesak pula jadinya. Bimbang masalah lain pula yang timbul.

Minta izin dia. Kalau dia tak redha, tak boleh jugak. Kita perlukan support dia nanti. Wanita bekerjaya tiba tiba duduk rumah je memang akan dapat shock. Terkejut dan akan ambil masa untuk adapt. Kita perlukan dia FAHAM juga yang kita akan melalui suatu proses hidup yang baru.

#3: Maklumkan parents dan mertua

Lepas husband dah bagi green light, korang kenelah pulak inform parents.

Bukan nak cakap apa. Mommy ni anak sulong.  Belajar sampai oversea sana (Bukan poyo tapi nak bagi gambaran. Ahakss). Of course parents mommy terkejut. Yelah, korang faham tak apa perasaan diorang?

Diorang sangat suka mommy bekerja  kat company lama tu. Sebab mommy selalu outstation ke Kelantan. Memang every month balik kampong. Dan of course, orang kaitkan study tinggi tinggi jauh jauh mestilah jadi perempuan bekerjaya. Dah ramai kawan mommy yang lain yang even ada masters pun mengalami benda ni. Normal je.

Yang paling penting. Kita cakap elok elok kat parents dan bagitahu KENAPA kita nak resign. Dan yakinkan diorang jugak kita OKAY JE FINANCIAL. Yelah. Parents mommy dulu memang paling utama bimbang yang tu lah. Takut nanti jadi sesak tak cukup duit pulak nak bayar itu ini. Rumah pulak dua bijik. Faham tak kebimbangan diorang? MOMMY SANGAT FAHAM. Sebab tu bila nak maklumkan parents, kene hikmah dan konfiden 😀

Bukan setakat parents sendiri. Mertua pon korang kene inform sekali. Same reason. Kita taknak diorang bimbang pasal financial kita.

#4 Savings untuk kecemasan

Okay. Now dah dapat green light dari semua orang tersayang.

Ingat semberono je boleh terus resign? NO! NO! NO!

Prinsip mommy dan mommy nak korang pun consider jugak benda ni. Start buat saving.

Contohlah, plan nak resign 2 bulan lagi, boleh start menabung. KITA TAKTAHU BILA WAKTU KECEMASAN. Jadi please kene ada saving jugak sebelum hantar surat resign tu. Setengah company kan ada kontrak.

Notis kene bagi awal 2 atau 3 bulan. So time ni lah memang korang kene pulun menabung. Stop makan tempat mahal, beli handbags/baju/jubah/shawl/mekap bla bla.

Treat umpamanya korang bakal melalui waktu yang sukar. And you need saving in the next few months. Korban nafsu sikit, mula menabung!

ATAU!

Kalau korang tak boleh nak tunggu dah. Memang nak resign ASAP. Makanya, memang korang WAJIB ADA SAVING.

Sebelum mommy resign dulu. Bila discuss dengan Dato’ Azman. Kami list kan semua assets (rumah, motor etc) dan liquidity yang ada. Dan berapa lama savings yang ada boleh buat kami bertahan.

Kalau korang ingat, dulu mommy banyak let go barang rumah dan barang barang yang tak digunakan. Masa tu nak kumpulkan dana untuk buat saving dan start my home based business @bywiwin).

Paling bagus yang kita selalu dengar orang ckp wajib ada saving untuk 6 bulan gaji. Pepandai lah korang. Timbang tara dan discuss dengan husbands masing masing pasal ni.

#5: Fikirkan cara utk bantu suami

Mommy ni memang jenis buat sales sejak di company lama. Mommy selalu keluar dan outstation. Jadi tipulah kalau jiwa tak meronta nak buat something yang generate money. Nak keluar do outside activities (me alone. No idris. haha).

Mommy kadang kadang bosan jugak, ngan anak jer memanjang. BUKAN SELFISH. Setiap orang ada  kecenderungan masing masing.

Ada setengah suri rumah memang komited suri rumah dan homeschool anak bagai. Itu memang terbaik. Mommy ada kawan macam ni. Dia memang focus on anak. Tabik spring kat dia okay!

Tapi mommy different. YES. Mommy nak jaga Idris. TAPI, mommy nak jugak buat duit. Taktahu macam mana nak describe. Tapi mommy rasa macam ‘tak best, rase tak menyumbang dan rasa menyusahkan suami’ bila tak buat anything yang generate money.

Oleh itu, mommy usahakan lah @bywiwin tuh. Alhamdulillah. Mommy happy dengan apa yang mommy buat sekarang.

Untuk korang, kalau takde sebarang kemahiran jahit atau baking ke. It’s okay! Tak perlu jadi owner produk atau owner business.

KORANG BUAT DROPSHIP. Banyak kan sekarang ni. Bersepah. Pilih je apa yang minat. Bila kita jual apa yang kita minat, kita akan lagi happy bila menjual.

BUAT DROPSHIP memang boleh BUAT DUIT. KONSISTEN WAJIB ADA

Sape nak join dropship ngan mommy pon boleh. Mommy dah start ambil dropshippers last week. Dah ade beberapa orang join. Ada sorang ni close 3 deals dalam sehari.

Sambil buat ikan pekasam pun dia close deal jugak

SUPER HEBAT. Siapa rajin dan konsisten, dia akan dapat. Mommy taknak cerita lebih pasal dropship program mommy kat post ni. Lain hari mommy cerita.

So, point #5 ni, please lah. Carilah jugak side income. Berlambak peluang luar sana. Boleh buat bantu suami dan untuk tambah savings ke kan.  Mommy dapat tolong Dato Azman bayar cukai dan bil rumah pun mommy rasa puas dah okay. Rasa best. MOMMY NAK MENYUMBANG. Hope korang pun, lepas resign, fikirkan jugak cara untuk generate duit ye. Kita sama sama tolong suami.

#6: Support group Suri Rumah

Yang ni penting amat! Korang perlukan geng. Geng yang mana akan berkongsi cerita suka lara jadi suri rumah. Geng yang rasa apa korang rasa. Barulah rasa macam ade yang memahami. Gitteww :’)

Dan benda ni sangat penting untuk elak korang rasa lonely takde kawan. Berkawan ngan anak je memanjang. Ahaks. Lagu nursery rhymes semua dah terhafal tanpa sedar! 😛

Satu lagi, in anything pon. Support groups sangatlah penting!

Nak berniaga buat bisnes. Ada support group

Nak jadi suri rumah. Ada support group

Nak jadi mak. Ada support group

Nak breastfeed anak. Ada support group

#WOMENSTANDTOGETHER! 😀

 Join Ladyboss Work at home mom support group
Join Ladyboss Work At Home Mom (WAHM) Support Group

#7: Didik diri bersyukur dan rasa cukup

Bila dah jadi suri rumah ni. Kenelah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau tak boleh holiday jauh jauh, holiday ke daerah sebelah pon jadilah. Hahaha

Jangan nak over. Always syukur. Jangan demand lebih lebih ngan husband. Instead, korang still kene bantu dia even korang dah resign pun. Kita nak dia happy dan yakin dengan decision dia BAGI GREEN LIGHT kat kita dulu tu. Kikiki

Handbags baru ke. Baju seluar baru ke. Perabot baru ke. Please lah. Yang tu memang korang kene KIV sampailah korang rasa korang layak dapat. Sebab tu kene cari side income jugak. Supaya korang tak stress tak dapat apa yang dihajati oleh diri dan nafsu serakah setons yang ajar. Hahaha

MERASA CUKUP itu tak perlu memiliki semua benda atas dunia pun. Indahnya pada MERASA CUKUP ialah, korang tak punya banyak, tapi hati sentiasa tenang dan syukur.

Always istighfar kalau nafsu shopping datang menyerang TAPI poket korang kempis. Jangan susahkan suami. Nanti dia menyesal bagi green light haritu. Hihi

Mommy hope perempuan luar sana dapat sesuatu dari sharing mommy nih.

Ade soalan pape, tanye jela k.  Sesiapa yang tengah duk pk pasal nak resign tapi hesitate tu, hope dapat sinar menderang dari sharing mommy nih.

Kalau best share lah post ni. Mommy banyak benda nak share nih. Dah buat list dah semua. One by one lah k

Aktir sekali,

Marilah kita bersorak berjemaah:

HIDUP PEREMPUAN BEKERJAYA! HIDUP SURI RUMAH! HIDUP PEREMPUAN MALAYA! 

Korang kerja ke, korang suri rumah ke. Korang semua memang terbaik! Kita semua buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga okay.  Jom!

Baca artikel berkaitan :

Ladyboss ada belajar sesuatu ke? Jika ya, why not share artikel ni ngan rakan2 ladyboss yang lain, klik klik klik to FB, ok

 

20 Comments

  1. Suria Amanda 06/09/2017
    • kaksu 07/09/2017
  2. Bro Framestone 05/09/2017

Leave a Reply