Make money online as a virtual assistant

Buat Duit Online Dengan Sosial Media

You suka bersiaran di Facebook dan Instagram kan? So why not you manfaatkan masa dan kemahiran you di media sosial tu.  Belajar cara buat duit online hanya dengan bersosial di sosial media.

 

Artikel kali ni, Kak Su tulis khusus untuk pembaca blog akak yang teringin nak buat duit online tapi mengalami situasi seperti kat bawah ni:

  1. Tapi sekarang ni saya lagi tak ada wang. Mengalami kesempitan hidup (susah)
  2.  Saya sorg ibu tunggal .. saya pon teringin mendapatkan income yg boleh di jana melalui kerja dari rumah
  3. Sy budak sekolah je sy nk tolong mak sy cari duit so how yaa?

So kali ni, Kak Su kongsikan cara untuk buat duit online dengan sosial media. Ini adalah salah satu cara buat duit alaf baru. Tak memerlukan modal apa  pun, kecuali smartphone dan internet saja which I’m very sure semua orang ada memilikinya.

 

Ya kan?

 

So apa dia cara paling mudah sekarang ni untuk buat duit online? Ya, seperti banner di atas tu, katanya

 

Buat Duit Online Dengan Sosial Media

Hampir setiap orang yang suka bersosial di media sosial ada mempunyai satu akaun YouTube dan ingin memonitasikan nya.

 

Tiada masalah jika you ingin berbuat demikian. Persoalan nya, berapa rajin you nak rakam, edit dan upload video kat channel you.

 

Tambahan pula, you seorang pelajar atau bekerja sepenuh masa.

 

Jika you sekadar upload video sebulan sekali, memang agak sukar untuk you menjana pendapatan dari Google Adsense.

 

Baca artikel berkaitan : Cara Buat Duit Dari Google Adsense YouTube

 

Ada satu lagi cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui sosial media. Cara yang paling simple, especially jika you jenis yang sememangnya aktif di media sosial.

 

Nak tau caranya?

 

Be a Virtual Assistant

Buat-duit-online-virtual-assistant

You mesti biasa dengar perkataan Personal Assistant (PA).

 

Tapi, you pernah dengar Virtual Assistant (VA)?

 

Tak pernah dengar atau tak tau apa mende nya VA ni?

 

Ya kan? Tau dahh

 

Teruskan lah membaca kalau nak tau. Kak Su rasa you rugi kalau banyak masa diluangkan di media sosial, tapi tak tahu apa itu Virtual Assistant.

 

Kenapa akak kata you rugi?

 

Sebabnya, Virtual Assistant adalah salah satu cara alaf baru untuk buat duit online. Ia mudah untuk dikendalikan dan sememangnya amat sesuai untuk you yang suka bersosial di media sosial.

 

Sebenarnya,

Virtual Assistant ni sama saja macam Personal Assistant jawatan nya

 

Cuma, you bekerja secara jarak jauh atau omputih kata ‘remote worker’

 

Remote worker popular di kalangan digital nomad

 

Tak tau apa itu digital nomad?

 

Arr ok, lain kali lah akak cerita bab digital nomad tu ya. Hari ni akak nak kongsi ngan you pasal pekerjaan Virtual Assistant dulu.

 

Jika you salah sorang suri rumah atau pelajar universiti, yang mencari cara buat duit sampingan buat tambahan belanja harian, you boleh consider Virtual Assistant.

 

Pelajar kolej pun boleh juga.

 

Sesiapa pun boleh, asalkan tau baca, ada smartphone dan ada internet.

 

Ya akak tau, you boleh buat chocolate moist cake atau kudapan untuk dijual secara online atau boleh buat dropship.

 

Apa saja yang you minat dan enjoy, boleh dijadikan modal untuk buat duit.

 

Tambahan lagi sekarang ni sejak dunia dilanda wabak covid 19, ramai yang kurang gemar untuk keluar bekerja. Dorang lagi selesa buat duit dari rumah

 

Tapi berapa ramai diantara kita yang minat memasak atau buat kek ni?

 

Artikel berkaitan : Belajar Cara Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumah Dengan Betul

 

You suka?

 

Akak tak minat sangat, buat kerja F & B ni tau tapi bab makan akak minat lah hihi.

 

You pun sama cam akak kan? Ngaku cepat

 

Kalau suka, buat bisnes makanan dari rumah, then you mesti check this out

 

Apa Sebenarnya Virtual Assistant?

“A virtual assistant is a self-employed worker who specializes in offering administrative services to clients from a remote location, usually a home office”

sumber dari Investopedia

 

Terjemahan ringkasnya :

Virtual Assistant ialah seseorang yang menjalankan kerja kerja admin bagi tuan punya busines atau founder aka bos lah, dari jarak jauh.

 

Jarak jauh? Berapa jauh?

 

Sejauh mana  rangkaian internet dapat menghubungkan you dengan bos you.

 

Sekarang ni, tiada masalah  untuk berhubung walau dimana pun you berada.

 

Buktinya?

 

Haah.. tulah, kejadian Covid -19 ni, telah menjadi bukti atau telah membuka mata semua pihak yang ‘location independent’ atau ‘remote worker’ atau ‘outsource’ is possible.

 

Dunia digital, semua nya dihujung jari, tekan tekan dan tekan saja, semua sampai depan mata.

 

Conference call? Tak ada hal.

 

Sepanjang perintah kawalan pergerakan, boleh dikatakan hampir semua pekerja ofis yang terpaksa bekerja dari rumah, perlu melapor diri melalui conference call. 

 

Macam macamlah app timbul dipasaran

 

Biasa orang dengar Zoom tapi sekarang ni, Facebook pun dah ada Messenger Room, Google pun dah join in the wagon, dah boleh buat call direct dari Gmail.

 

Subhan Allah, dunia semakin canggih semakin gerun akak dibuatnya.

 

Bukan apa, ini semua salah satu tanda tanda akhir zaman.

 

Anyway, berbalik pada Virtual Assistant kita.

 

Mengapa Bos Memerlukan Virtual Assistant?

Kenapa tak guna khidmat personal assistant saja? Well, basically untuk mengurangkan kos pengendalian bisnes.

 

Ramai founder diluar sana, tak menang tangan nak mengurus bisnes sendiri. Dorang memerlukan personal assistant, tapi tak larat nak bayar gaji pekerja sepenuh masa. 

 

Mana nak bagi EPF, Socso, cuti tahunan , cuti sakit, elaun beranak, elaun OT ehh macam macam lah kos overhead.

 

So Apa Yang Bestnya Jadi Virtual Assistant?

  1. Paling best sekali, you boleh tetapkan sendiri berapa gaji admin sosial media. 
  2. Paling best lagi.. Terima gaji dulu sebelum mulakan tugas. 

 

Biasanya, bos akan bertanya dulu, “how much is your rate?” 

 

Jika kedua belah pihak setuju, maka kontrak antara kedua duanya ditanda tangani bersama.

 

Jika tiada persetujuan, maka tiada paksaan dari kedua belah pihak untuk meneruskan kontrak itu.

 

Kontrak itu bisanya, cuma satu draf , garis panduan tugasan yang perlu di siapkan dalam jangka masa tertentu.

 

Ini kira macam freelancer lah gitu

 

Walaupun freelancer, perlu bagi you untuk memberi garis panduan sebanyak mana tugasan yang sanggup you lakukan mengikut kadar bayaran yang ditetapkan.

 

Tak tahu apa servis yang boleh you tawarkan as Virtual Assistant?

Setiap orang mempunyai kemahiran yang berbeza, so tugas mengikut kemampuan you.  You boleh offer khidmat VA  you mengikut kemahiran dan minat you.

 

Coba you fikirkan apa yang you suka buat setiap hari?

 

Main Tik Tok ke?

Atau Instagram?

Retweet Twitter ke?

Atau pin imej masakan di Pinterest?

 

Jangan ketawa, sebenarnya, itu pun boleh dijadikan modal sebagai Virtual assistant dan dah ada pun, virtual assistant yang tugasnya hanya mengendalikan akaun klien di media sosial.

 

Dalam hati you mungkin berkata, mustahil lah.

 

Mana ada bos nak bayar gaji pekerja yang tugasnya hanya duk bersosial di media sosial?

 

Ya kan?

 

Coba you fikir sejenak. 

 

You rasa KFC atau Mc’D owner sendiri ke yang main Instagram atau Facebook? Atau dorang sendiri yang menulis konten diwebsite mereka?

 

No. Of course not!

 

Dorang ada Virtual Assistant yang kendalikan itu semua.

 

Menyiapkan konten untuk media sosial mengambil masa dan hampir kesemua big bos tiada masa nak melayan sosial media.

 

Jalan mudah ialah mengagihkan tugasan pada Virtual Assistant

Now you faham, konsep tugasan Virtual Assistant ni?

 

Antara Tugas Virtual Assistant Yang Boleh You Tawarkan

  1. Office Assistant
  2. Admin Sosial Media

 

1. Office Assistant

Tugas harian virtual office assistant tu sama saja seperti tugasan kerani dipejabat.

 

Tugasan yang macam mana?

Office duties lah sayang

 

Kerja kerja admin, update database, data entry, jawab email, book keeping dan sebagainya.

 

Ehh.. you biasa kerja ofis kan? Mesti lah you lagi faham office duties.

 

Tak pernah masuk kerja ofis?
Dont worry, sebenarnya setiap individu mampu untuk menjadi Virtual Assistant walaupun belum pernah bekerja di ofis.

 

Ya betul, walaupun you hanya seorang pelajar. Bukan kah you mahir menulis karangan? Atau you dah belajar Principle of Accounting? Dah biasa buat slide untuk presentation kan?

 

Syabas! Then, you layak untuk menjadi seorang Virtual Assistant

 

2. Admin Sosial Media

kaksu.com-admin-sosial-media

Harini , jika you berbisnes,  branding di setiap platfom media sosial menjadi suatu kewajiban. Walaupun you kata you tak minat bermedia sosial, you tetap perlu ‘wujud’ disetiap platfom media sosial.

 

Soalnya, ramai usahawan harini tak ada masa nak layan media sosial.

 

Mana nak klik follow unfollow, nak klik like. Ok.. sebenarnya untuk ini, boleh saja gunakan robot khusus.

 

Robot yang macam mana? Macam ni.. KitFB

 

Robot atau software hanya mampu buat tugasan tertentu, tapi bab nak create content seperti copywriting dan imej, itu semua masih memerlukan manusia untuk lakukan nya.

 

Belum lagi ada dicipta robot untuk tugasan create content ni. So why not you ambil kesempatan ni?

 

You boleh offer service untuk mengambil alih atau meringankan tugas admin sosial media di Facebook page, Instagram, Twitter atau Pinterest. 

 

Apa Sebenarnya Tugas Seorang Admin Sosial Media?

Tugas utama admin sosial media adalah menyiapkan konten sosial media bagi pihak bisnes owner seperti :

  1. Copywriting untuk post update
  2. Design grafik yang menarik 
  3. Buat video promosi yang ringkas 
  4. Menulis artikel di website 
  5. Moderate komen di blog atau FB group

 

1. Copywriter

Sebagai seorang copywriter, tugas you adalah menulis konten untuk sosial media. Samada untuk tujuan iklan atau sekadar post update di media sosial.

 

Dalam dunia bisnes harini, setiap bisnes brand perlu hadirkan diri dimedia sosial setiap hari.

 

Why?

 

Supaya prospek diluar sana sedar akan kewujudan brand tersebut dan mengingatinya dan menjadikan brand itu pilihan utama jika mereka ingin membeli.

 

2. Graphic Designer

Ini akak paling suka.

Grafik designer ni tugasnya, mereka grafik atau imej untuk dipaparkan di media sosial. You boleh guna bermacam app terkini untuk menghasilkan design yang menarik untuk di post ke Instagram atau Pinterest. 

 

Kak Su tiada grafik designer, so akak menggunakan Relay That dan akak design sendiri untuk kesemua grafik di media sosial dan juga blog akak.

 

Guna Relay That dapatlah akak siapkan imej yang konsisten dari segi design, warna dan juga font dalam 10 minit.

 

Sekali bayaran saja, USD 49 seumur hidup. 

 

Kalau dibandingkan dengan Canva, jauh lebih murah. Canva mengenakan bayaran bulanan, but of course you boleh gunakan yang free version saja untuk permulaan.

 

3. Buat Video

Jika you perasan sekarang ni, ramai yang create video untuk di upload dimedia sosial. Hanya menggunakan smartphone saja you, so canggih.

 

You boleh buat video yang ringkas tapi cukup menghiburkan follower media sosial. 

 

Pada masa yang sama, sudah tentu you juga boleh create YouTube channel untuk di monetasikan.

 

Artikel berkaitan : 8 Cara Santai Buat Duit Dengan YouTube 

 

4. Content Writer

Setiap business yang dijalankan secara online atau offline, perlu ada website atau blog sendiri.

 

Artikel berkaitan : 8 Sebab Mengapa Perlu Ada Website

 

So tugas you as a content writer, menulis konten aka penulis upahan untuk dipublish di business website.

 

Topik untuk konten akan diberi oleh bos. Macam kat sekolah lah you, cikgu bagi tajuk, you hanya menulis.

 

Artikel berkaitan : Cara Buat Duit Dengan Menulis

 

5. Facebook Page Moderator

Hampir kesemua bisnes sekarang ni ada Facebook Page dan juga support group di Facebook dan di channel Telegram.

 

Tugas you as a moderator  biasanya, upload pinned message terkini, termasuk memantau mesej yang ditinggalkan ahli group supaya tiada yang melanggar peraturan group yang telah ditetapkan.

 

6. YouTube Caption Writer

kaksu2u-cara-buat-duit-dengan-media-sosial

Jika you perasan, setiap video iklan yang lalu lalang di Facebook newsfeed atau YouTube by default, ia mute. Maknanya, ia disiarkan tanpa kedengaran suara.

So sia sia lah effort pengiklan jika target sasaran tidak dapat mendengar apa yang ingin disampaikan.

Dan jika you perasan juga, pengiklan yang bijak atau video editor akan memuat naik kan juga caption di setiap perbualan.

Now, that is the job of a caption writer. Job ni amat sesuai untuk you yang fasih dua bahasa.

 

Mana Nak Cari Job Virtual Assistant ni?

Tak susah mana pun, you boleh mulakan disini :

  1. Instagram
  2. LinkedIn
  3. Website sendiri
  4. Facebook group
  5. Facebook personal
  6. Job Platform seperti Fiverr

 

Facebook group tu, you join lah group  yang berkaitan saja ya. Komuniti Virtual Assistant ni, biasanya akan beriklan sesama sendiri di group. Mereka rajin berkongsi job sesama mereka.

 

Yalah, sehari ada 24 jam kalau you nak sapu semua job mana mungkin you siapkan semua tugasan.

 

Anyway, sharing is caring kan.

 

Kalau you rasa nak buat duit USD as Virtual Assistant pun lagi bagus.

 

Artikel berkaitan : Cara Kak Su Buat Duit USD

 

You tak pernah dengar Fiverr? 

 

Ia dinamakan Fiverr sebab, setiap job yang ditawarkan kita hanya bayar USD$5 saja. Itulah sebabnya dinamakan Fiverr.

 

Tapi itu dulu you. Sekarang ni, tawaran khidmat Fiverr bermula dari USD$10 dan boleh mencecah ratus USD.

 

You rasa?

 

Same job, why not make four times more, kan?

 

You tak tau cara nak mula di Fiverr ke? 

 

Artikel berkaitan : Cara Buat Duit Dengan Fiverr

 

You juga boleh dapatkan  ebook panduan buat duit dengan Fiverr . Klik gambar dibawah tu.

Itu saja, serba sedikit perkongsian Kak Su tentang  cara buat duit online di sosial media sebagai Virtual Assistant. Semoga perkongsian diatas dapat memberi you panduan untuk memulakan kerjaya baru online alaf 2020.

 

Pssst…

 

You tau ke tau? Job Virtual Assistant ni paling sesuai sekali, untuk pelajar buat duit.

 

Sebab ia tak mengganggu masa belajar, you boleh lakukan ia mengikut susunan jadual harian you.

 

Virtual Assistant juga paling sesuai pada you yang agak introvert, suka bersiaran di media sosial, tapi lakukan ia dibalik tabir. You tak perlu tunjuk muka, hanya tonjolkan kemahiran menulis you. Ini bagus untuk latihan menulis karangan sekolah atau thesis di universiti nanti.

 

Suka apa yang you baca?  Then klik “Share to FB”

 

Sharing is caring

 

~~Kak Su

9 Comments

  1. Suri
  2. Kak Su
  3. Kak Su
  4. Kak Su
  5. Ayu Rafikah Mohd amin

Leave a Reply

Translate »