Belajar Buat Blog Wordpress Sendiri Untuk Jana Pendapatan

Belajar buat blog untuk jana pendapatan

Belajar Buat Blog WordPress

Tutorial PERCUMA belajar buat blog khusus untuk ladyboss (work at home mom)

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang telah memudahkan akak untuk menyiapkan e-kursus Belajar Buat Blog WordPress Percuma ini.

E-kursus ni akak sediakan khusus untuk ibu2 (stay or work at home mom) yang sedang gigih berusaha towards becoming a ladyboss, berhajat nak buat blog (nak belajar buat blog sendiri aja) sebab kekurangan start up modal untuk upah orang hihi.

Tauuu.. I’ve been there.

Sepuluh tahun yang lalu, masa akak memula nak buat blog, akak hanya di tunjuk ajar melalaui FB chat oleh customer akak. Waktu tu akak meniaga Perabot Terpakai dan mula berjinak2  buat bisnes online di Mudah.my.

Susah nya lah waktu tu, sebab tak ada bimbingan step by step untuk belajar buat blog WordPress percuma.

 That’s why lah, akak rasa terpanggil untuk berkongsi dengan ladyboss cara2 buat blog WordPress percuma

So that you dont have to grope in the dark, the way I did

Tiada masa untuk ikuti tutorial Belajar Buat Blog WordPress ni sekarang?

Ladyboss boleh ikuti e-kursus 7 Hari PERCUMA  Belajar Buat Blog WordPress untuk newbie di rumah pada bila2 masa yang sesuai.

Klik butang merah “Saya nak daftar sekarang juga”

Belajar Buat Blog WordPress
So akak akan mulakan dari peringkat awal.

Akak akan anggap yang ladyboss tiada elmu langsung untuk buat blog (cam akak mula2 dulu) so akak akan mulakan dari bawah, boleh?

Untuk tutorial  Belajar Buat Blog WordPress Percuma, akak akan cover:

Step 1 :

Step 2 : Cara Nak Daftar Domain dan Hosting

Step 3 : Kepentingan Sosial Media

Step 4 :  Membina Data Base Pelanggan

Step 5 :  Networking untuk dapatkan trafik

Step 6: Cara Buat Duit Dari Blog

Step 7 : Tips2 blogging untuk terus berjuang

Mungkin ada yang kompius, mengapa nak belajar buat blog WordPress, mengapa bukan Blogspot?

(akak tau its very common for everyone, kalau kita sebut buat blog, Blogspot will come to their mind first) akak pun dulu begitu

Tapi tu dulu.

Sekarang akak akan jelaskan mengapa WordPress.org menjadi pilihan akak dan mengapa akak syorkan ladyboss juga untuk menggunakan nya.

WordPress.org (self-hosted) ada lah platfom percuma yang ladyboss boleh gunakan untuk membina blog.

It is user-friendly dan ia memberi kebebasan sepenuhnya pada pengguna untuk lakukan apa saja, seperti penggunaan premium theme ( blog template) dan plug in untuk tugasan tertentu ke atas blog atau website ladyboss.

WordPress amat sesuai jika ladyboss berhajat untuk buat duit dari blog

Jika ladyboss ingin buat duit dari blog, then WordPress.org is the way to goClick To Tweet

Untuk membina blog WordPress.org, ladyboss memerlukan sedikit modal sebab ia memerlukan domain dan hanya boleh di bina di atas hosting berbayar (self-hosted).

Tak tau apa itu hosting dan di mana nak dapatkan nya?

Cara Pilih Hosting Terbaik Untuk Blog WordPress

Ladyboss boleh baca dulu perkongsian akak, Macam mana nak pilih hosting yang terbaik untuk membina blog untuk menjana pendapatan.

Atau ladyboss boleh aja ikuti e-kursus Belajar Buat Blog WordPress PERCUMA selama 7 hari.

Belajar Buat Blog WordPress
STEP 1 – Sebelum kita mulakan belajar buat blog, ladyboss perlu buat Pilihan topik dan niche

Pilih lah sesuatu topik yang dah sememangnya menjadi minat dan kesukaan ladyboss.

Sesuatu yang sering ladyboss sharing ngan rakan2 di FB tu.

Sebab nya?

Sebab apabila kita cenderung dan minat dalam sesuatu, kita akan lebih bersemangat untuk bercerita tentang isu2 itu.

Anggap aja update blog cam update FB post, cuma panjang sikit lah kanClick To Tweet

Untuk persediaan awal, sebelum ladyboss memulakan langkah untuk buat bisnes blog, ladyboss perlu juga mengetahui ketahui  2 Perkara wajib diketahui sebelum buat blog

Ketahui 2 Perkara sebelum buat blog

STEP 2 – Cara Nak Daftar Hosting

Akak ada lakarkan cara2 mudah untuk daftar hosting.

Ladyboss boleh ikuti langkah demi langkah, its very easy, all it takes is just 15 mins.

Akak menggunakan WordPress.org untuk membina blog akak, di atas platfom hosting  SiteGround

So of course akak akan kongsikan cara2 macam mana akak sendiri buat blog KakSu.com ni ya.

Ikuti tutorial : Cara nak daftar hosting dan WordPress dalam 15 minit

Buat Blog dengan SiteGround

STEP 3 – BER SOSIAL UNTUK tingkatkan trafik

Pilih hanya 2 atau 3 platfom media sosial untuk membina followers. 

Sekarang ni kita ada banyak pilihan untuk bersosial di alam maya, so pilih lah platfom yang ladyboss rasa selesa dan mudah untuk di gunakan.

Masa itu emas  for a work at home mom, so kalau kita aktif di kesemua platfom media sosial, nanti kita tiada masa untuk diri sendiri atau untuk anak2, apatah lagi nak mengurus rumah, iya kan.

Akak paling suka FB dan IG, sebab di situlah where all my ladyboss work at home mom selalu hang out, senang nak connect to them.
Instagram tips dan panduan

Step 4 :  Membina Data Base Pelanggan

Apabila kita membina blog untuk buat duit online, perkara utama yang harus kita fikirkan ialah bagaimana kita nak mengumpul data base pelanggan.

Database pelanggan adalah aset yang paling ternilai dalam setiap bisnes, samada bisnes online atau pon bisnes offline.

Jika kita perasan, hampir setiap jenis syarikat perniagaan yang berjaya akan ada database pelanggan mereka sendiri. Dari database inilah mereka akan menghubungi pelanggan untuk pemberitahuan tentang promosi yang bakal di adakan.

Inilah caranya mereka menjual servis atau produk, dengan mendekati pelanggan melalui email.

Tak caya?

Akak pasti ladyboss pernah menerima email dari Grab atau dari online shop seperti Lazada atau Zalora memaklumkan tentang promosi2  terkini, ya kan?

So, akak nak ladyboss fikirkan cara2 untuk mengumpul database sebelum membina blog , ok.

Step 5:  Networking untuk dapatkan trafik

Biasanya di sebut blogwalk di kalangan blogger, ini adalah antara salah satu cara untuk networking sesama blogger2 lain.

Ladyboss juga boleh menyertai FB group khusus untuk blogger2, di situ ladyboss boleh berinteraksi antara satu sama lain, memberi sokongan dan bantuan dalam membina blog.

Step 6:  Cara2 Buat Duit Dengan Blog

Bab ni yang ramai teruja ingin nak tau ni.

Macam mana cara buat duit dengan blog ekk?

Siapa yang membayar blogger? Hehe

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk blogger buat duit dari blog.

Antara sumber2 pendapatan dari blog :

Cara Buat Duit Dari Blog

1) Menjual produk  

2) Menawarkan khidmat

3) Sponsored post (produk review)

4) Iklan Google AdSense

5) Affiliate Marketing

Yang eloknya, ladyboss gunakan dua atau tiga cara atau kesemuanya sekali pon boleh ya, untuk jana pendapatan dari blog.

The more the merrier haha.

Cobalah 5 cara mudah untuk buat duit dengan blog ni, semoga berhasil in sha Allah.

Step 7: Tip2 blogging untuk terus berjuang

Jika ladyboss baru aja nak mula ber blog, tak perlulah ladyboss nak memaksa diri memerah otak untuk menulis konten setiap hari.

Itu dah macam nak buat tesis lah pulak huhu.

Mulakan  dengan satu blog entri untuk setiap dua minggu dan pelan2 tingkat kan penulisan.

Jika ladyboss agak bizi tak sempat nak menulis, ladyboss juga boleh buat Vlog untuk di muat turun sebagai pengganti penulisan

Yang ni, akak lom pernah buat, cause akak ni kan low profile, segan gitu nak bagi orang dengar suara akak hahaha, tergelak sendiri.

Apa pon, be yourself ok.

Jika ladyboss rasa selesa nak upload video dari Youtube, teruskan.

Let your readers get to know you personal, so dorang pon rasa seronok nak follow blog ladyboss.

Itu saja,  perkongsian akak dalam seris belajar buat blog WordPress untuk jana pendapatan.

Kacang aja kan.

Ikuti langkah di atas step by step, in sha Allah ladyboss dah boleh mula menulis entri pertama di blog.

Jika ladyboss masih ragu2 dan masih perlukan bimbingan untuk membina blog WordPress, jom ikuti e-kursus Belajar Buat Blog WordPresss PERCUMA  selama 7 hari bersama Kak Su.

Belajar Buat Bisnes Blog

Sekian, selamat berblog

~~Kak Su