My Fuss Free WordPress Webhosting, Exabytes


Nak citer sikitlah pasal Exabytes WordPress Hosting ni.

 

So sebelum ni semua website yang Kak Su miliki, bernaung dibawah webhosting Site Ground. Webhosting yang sama juga Kak Su recommend kat student dan client yang minta buatkan website. 

 

Tapiii semenjak  SiteGround stop offer their services to business dan perusahaan dari Malaysia, maka terpaksa lah akak mencari WordPress webhosting yang baru untuk menggantikan SiteGround.

 

Puas juga mencari wordpress webhosting tempatan yang standard atau ter lebih baik dari SiteGround. Jujur saja akak katakan, memang tiada pengalaman berurusan dengan webhosting tempatan ni.

 

Mungkin sebab akak agak cerewet orangnya dari segi mutu dan servis yang diberikan. So I think local, mesti cap ayam kan haha.

 

No no, bukan begitu.

 

Its just that, akak ni tak pandai bab IT dan I am not trained in web developing, langsung tiada background web developer juga. So mende mende macam ni memang akan buat akak jem bila ada isu dan memerlukan penyelesaian pantas.

 

Terutama sekali bila sedang jalankan iklan trafik ke website.

 

Nak dapatkan web developer untuk troubleshoot bukan sikit sikit upahnya.

 

So Alhamdulillah, kini dah jumpa dah satu webhosting yang boleh dikatakan at par with international standard dari segi mutu dan juga customer servisnya.

 

Dalam pencarian webhosting tempatan ni, rupa nya baru Kak Su tahu, ada banyak  juga ya, cuma akak saja yang tak tau.

 

Antaranya ialah Exabytes WordPress  Hosting


 So apa yang paling akak suka tentang Exabytes WordPress hosting plan ni? 

 

Ada beberapa faktor yang membuatkan Kak Su love to bits Exabytes ni.

 

First sekali, for small business owner yang baru nak menapak, yang ingin mulakan website untuk buat sales page, Exabytes ada menawarkan beberapa plan yang sangat berbaloi.

 

Omputih kata worth every penny you

 

 

Di bawah ni, adalah  antara 4 plan yang Kak Su syorkan

  • WP 13 Ultimate
  • WP 13 Ecommerce

  • WP 13 Business

  • WP 12 Beginner

 

Kebanyakan my student yang memerlukan website untuk tujuan branding mahupun showcase produk, plan yang sangat akak syorkan ialah:

Exabytes WordPress Hosting Plan WP13 Business

Exabytes WordPress Webhosting

 

Sebabnya?

 

Dengan plan WP 13 Business, you akan dapat:

 

 Free lifetime domain

 

Best ke best?

If you have been following me in my free tutorial Belajar Buat Blog, then you mesti tau yang Kak Su biasanya akan suh you dapatkan domain dulu dari NameCheap.

 

Kemudian baru dapatkan WordPress webhosting. 

 

Agak leceh juga sebenarnya kan, sebab you perlu pula hubungkan kedua domain dan webhosting. Walaupun Kak Su dah sediakan video dan juga tutorial cara caranya, masih saja ada yang kurang faham

 

I know, I have been there.

 

But don’t worry sebab bila you dapatkan WP13 Business sebenarnya, Exabytes akan install kan untuk you WordPress.

 

Best ke best? Mestilah the best kan..

 

Berikut adalah beberapa freebies yang Exabytes  tawarkan untuk you :

  1. Free SSL Certificate
  2. Free Daily Backup
  3. Free Lifetime Domain

 

  1. Free SSL Certificate

If you plan untuk menjual diwebsite, nak ada payment gateway disitu, you need this, SSL.  Ia bertindak sebagai security layer for your website dan juga credibility and trust for your buyers.

 

Tak semua syarikat webhosting  bagi percuma SSL certificate ni. Kebanyakan nya akan kenakan yuran tambahan untuk dapatkan nya.

 

Exabytes give it to you.. Gratis you

 

  1. Free Daily Back Up

Ini antara feature yang paling Kak Su suka, sebab akak tak perlu nak risau nak back up data website sendiri setiap hari. Bukan nya reti pun ahah..

 

  1. Free Lifetime Domain

So with Exabytes, dengan plan WordPress hosting WP13 Business, you get one free lifetime domain. Kat situ saja, plus point, penjimatan modal you, sebab you dah tak perlu lagi nak subscribe domain.

 

Bukan itu saja, you dah boleh skip langkah utama, iaitu hubungkan domain ke webhosting.

 

Exabytes will do that for you, so it takes one task off your list.

 

And you know what that means for you?

 

Oleh kerana kedua dua domain dan webhosting bernaung dibawah Exabytes, maka you tak perlu risau terlupa nak renew domain di NameCheap lagi.

 

Setiap kali renew webhosting, secara auto your domain ikut renew bersama.

 

Isn’t that cool?

 

So baru semalam Kak Su terima soalan dari salah sorang student. Setelah Kak Su terangkan , untuk bina website, perlu terlebih dahulu dapatkan domain dan juga webhosting dari Exabytes.

 

Soalan seterusnya..

 

Nanti mereka akan tolong saya setting ke?

 

Allahu sayang, tak kan ler subscribe wordpress webhosting plan dapat percuma setup website pulak. Mana ada, tak kan lah camtu kan, kalau camtu, macam mana web designer nak carik makan huhu

 

Tapi jangan risau..

 

Yang bestnya dengan Exabytes wordpress webhosting plan, ia datang complete dengan beberapa auto plugin installation.

 

Auto PlugIn Installation

What does that mean for you and me yang kurang mahir bab IT ni?

 

Satu.. It means, kita dah tak perlu nak log in ke cpanel bagai just to install wordpress.

 

Exabytes automatically install wordpress for you!

 

Fuh, belum pernah lagi jumpa WordPress web hosting plan dapat auto WordPress installation. Biasanya kena install sendiri you.

 

Nak install wordpress, perlu log in ke cpanel dulu.

 

Dan nak masuk ke cpanel dashboard  ni, (which I am sure you pun tak tau) apa tah lagi nak install wordpress, kan. Bukan calang calang orang tau buat mende ni, so there you go, another task to strike off your to do list.

 

 

 

Kak Su perasan, bukan saja wordpress yang Exabytes install kan untuk kita. Ada lagi beberapa plug in “wajib” yang siap di pasang.

 

Antaranya :

  • Classic Editor
  • Elementor
  • Yoast SEO
  • LiteSpeed Cache
  • Site Kit Google
  • iTheme Security

 

Ya Allah, serius Kak Su senyum sampai ke telinga bila jengah ke wordpress dashboard. Ingatkan nak install plugin, bila tengok semua dah siap rupanya, hmm tinggal siapkan konten saja lah.

 

Best ke best?

 

Nak Buat Bisnes Online?

Sure, you boleh set up kedai online you dengan mudah guna WooCommerce, memang fuss free I tell you.

 

 

Exabytes WordPress Hosting is WooCommerce Friendly

So tak perlu nak risau website beban ke apa . Letak lah seberapa banyak produk you nak, tiada  masalah.

 

Exabytes guarantee 99.9% website uptime

Coba bayangkan apa akan terjadi kalau website down sewaktu kita buat promo dan tengah run FB ad. Nangis tak..?

Dengan Exabytes,  in sha Allah ia tak akan berlaku, sebab dorang guarantee 99.9% website uptime

 

Loading speed up to five times berbanding server yang lain

Kak Su memang kurang sikit bab kesabaran ni. Kalau nak berbelanja online, bila website loading cam siput, memang konfem akak akan abandon cart .

 

Bisnes online ni, memanglah bergantung sepenuhnya pada website. Ia ibarat nadi kita lah. Kalau website di optimasikan dengan baik, maka in sha Allah ada lah sales tu bila ada pelawat .

 

Tapi  kalau website loading page speed nya terlalu lembab, kita boleh kehilangan sales. Kalau boleh biarlah loading speed tu di bawah 3 saat, kalau kurang dari 2 saat, itu paling terbaik.

 

Exabytes wordpress webhosting di gabungkan dengan litespeed cache plugin tu, memang ibarat sepantas kilat lah kan loading.

 

Omputih kata,

do not leave money on the table

 

Banyak juga yang Kak Su suka tentang Exabytes ni. If you know me, akak memang jarang nak buat product review tentang sesuatu produk melainkan Kak Su betul betul sure ia banyak manfaat untuk you.

 

Last say tentang Exabytes WordPress Webhosting, yang memang tak pernah jumpa kat server lain is the Google Site Kit.

 

You masih ingat Kak Su ada tulis tutorial ringkas tentang Google Analytics? So apparently Exabytes dah permudahkan lagi tugas set up website untuk you.

 

You dah tak perlu bersusah susah lagi, sebab dengan Google Site Kit, you dah boleh boleh semak Google Search Console, Google Analytics, Page Speed Insights dari wordpress dashboard you.

Exabytes WordPress Webhosting

 

Setakat ni memang Kak Su berpuas hati dan rasanya memang satu langkah bijak akak berhijrah dari server sedia ada ke Exabytes WordPress Webhosting.

 

Cuma satu saja yang akak tak puasa hati, iaitu kenapalah masa memula start blog dulu tak kenal Exabytes. Tak adalah akak merangkak rangkak nak siapkan website. Tapi tak apalah, ada hikmah nya juga kan, dapat ilmu buat blog dan website.

 

Berbekalkan ilmu asas bina awebsite tu lah juga, akak kongsi dengan you cara nak buat blog dan website hingga ke harini.

 

So if you rasa terpanggil nak coba atau hijrah ke Exabytes WordPress Webhosting, tapi rasa susah sangat nak faham step stepnya, boleh saja hubungi Kak Su untuk bantuan ya.

 

~~Kak Su

 

 

12 Comments

  1. Kak Su
  2. Kak Su
  3. Kak Su
  4. Kak Su
  5. Ayu Rafikah binti Mohd Amin

Leave a Reply

Translate »