Tutorial PERCUMA belajar buat blog WordPress khusus untuk (work at home mom)

 

You boleh ikuti e-kursus 7 Hari PERCUMA  Belajar Buat Blog WordPress untuk newbie di rumah pada bila2 masa yang sesuai.

 

Klik butang merah “Saya nak belajar buat blog”


 

Atau you boleh bookmark dan kembali untuk ikuti nya di sini.

 

Belajar Buat Blog WordPress Untuk Bisnes Online

So akak akan mulakan dari peringkat awal.

Akak akan anggap yang ladyboss tiada elmu langsung untuk buat blog (cam akak mula2 dulu) so akak akan mulakan dari bawah, boleh?

 

Untuk tutorial Belajar Buat Blog WordPress Percuma ini, akak akan cover :

Step 1 : Pemilihan topik dan niche

 

Step 2 : Daftar domain dan webhosting

 

Step 3 : Kepentingan Sosial Media

 

Step 4 :  Membina Data Base Pelanggan

 

Step 5 :  Networking untuk dapatkan trafik

 

Step 6:  Cara Buat Duit Dari Blog

 

Step 7 : Tips2 blogging  untuk terus berjuang

 

Mungkin ada yang kompius, mengapa nak belajar buat blog WordPress, mengapa bukan Blogspot? (akak tau its very common for everyone, kalau kita sebut buat blog, Blogspot will come to their mind first) akak pun dulu begitu

 

Tapi tu dulu.

 

Biar akan jelaskan mengapa WordPress.org menjadi pilihan akak dan mengapa akak syorkan ladyboss juga untuk menggunakan nya.

 

WordPress.org (self-hosted) ada lah platfom percuma yang ladyboss boleh gunakan untuk membina blog. It is user-friendly dan ia memberi kebebasan sepenuhnya pada pengguna untuk lakukan apa saja, seperti penggunaan premium theme ( blog template) dan plug in untuk tugasan tertentu ke atas blog atau website ladyboss.

 

WordPress amat sesuai jika ladyboss berhajat untuk buat duit dari blog

 

Baca tambahan : WordPress.com, WordPress.org dan Blogger : Apa perbezaan nya?

 

Untuk membina blog WordPress.org, ladyboss memerlukan sedikit modal sebab ia memerlukan domain dan hanya boleh di bina di atas hosting berbayar (self-hosted).

 

Tak tau apa tu webhosting?

 

Baca :  Apa itu webhosting dan di mana nak dapatkan nya

Cara Pilih Hosting Terbaik Untuk Blog WordPress

 

Atau ladyboss boleh aja ikuti e-kursus Belajar Buat Blog WordPress PERCUMA selama 7 hari.

Belajar Buat Blog WordPress

Step 1: Pilihan topik dan niche

Pilih lah sesuatu topik yang dah sememangnya menjadi minat dan kesukaan ladyboss.

Sesuatu yang sering ladyboss sharing ngan rakan2 di FB tu.

Sebab nya?

Sebab apabila kita cenderung dan minat dalam sesuatu, kita akan lebih bersemangat untuk bercerita tentang isu2 itu.

 

Anggap saja update blog sama macam update FB post, cuma panjang sikit lah kan

 

Untuk persediaan awal, sebelum memulakan langkah untuk buat bisnes blog, akak nak you baca dulu artikel berkenaan :

 

2 Perkara Wajib Yang You Patut  Ketahui Sebelum Mula Buat Blog

 

Ketahui 2 Perkara sebelum buat blog

STEP 2 : Daftar Webhosting SiteGround

Update : Buat masa sekarang, SiteGround tak terima pendaftaran dari Malaysia. So Kak Su rekemen guna

  1. NetKL
  2. DataKL
  3. Exabytes

So you boleh  terus jump ke Step 3 ya.

 

Akak ada lakarkan cara2 mudah untuk daftar hosting.

Ladyboss boleh ikuti langkah demi langkah, its very easy, all it takes is just 15 mins.

Akak menggunakan WordPress.org untuk membina blog akak, di atas platfom hosting  SiteGround

So of course akak akan kongsikan cara2 macam mana akak sendiri buat blog KakSu.com ni ya.

 

Ikuti tutorial : Cara nak daftar webhosting SiteGround dalam 15 minit

 

Buat Blog dengan SiteGround

STEP 3 – Bersosial untuk tingkatkan trafik

Pilih hanya 2 atau 3 platfom media sosial sahaja untuk kita bina followers. Sekarang ni kita ada banyak pilihan untuk bersosial di alam maya, so pilih lah platfom yang ladyboss rasa selesa dan mudah untuk di gunakan.

 

Masa itu emas  for us work at home mom,

 kalau kita aktif di kesemua platfom media sosial, nanti kita tiada masa untuk diri sendiri atau untuk anak2, apatah lagi nak mengurus rumah, iya kan

 

Akak paling suka FB dan IG, sebab di situlah where all my ladyboss work at home mom selalu hang out, senang nak connect to them.

 

Step 4 :  Membina Data Base Pelanggan

Apabila kita membina blog untuk buat duit online, perkara utama yang harus kita fikirkan ialah bagaimana kita nak mengumpul data base pelanggan.

 

Database pelanggan adalah aset yang paling ternilai dalam setiap bisnes, samada bisnes online atau pon bisnes offline

 

Jika kita perasan, hampir setiap jenis syarikat perniagaan yang berjaya akan ada database pelanggan mereka sendiri. Dari database inilah mereka akan menghubungi pelanggan untuk pemberitahuan tentang promosi yang bakal di adakan.

 

Inilah caranya mereka menjual servis atau produk, dengan mendekati pelanggan melalui email.

Tak caya?

 

Akak pasti ladyboss pernah menerima email dari Grab atau dari online shop seperti Lazada atau Zalora memaklumkan tentang promosi2 terkini, ya kan?

 

So, akak nak ladyboss fikirkan cara2 untuk mengumpul database sebelum membina blog , ok.

 

Step 5:  Networking untuk dapatkan trafik

Biasanya di sebut blogwalk di kalangan blogger, ini adalah antara salah satu cara untuk networking sesama blogger2 lain.

 

Ladyboss juga boleh menyertai FB group khusus untuk blogger2, di situ ladyboss boleh berinteraksi antara satu sama lain, memberi sokongan dan bantuan dalam membina blog.

 

You boleh baca tip untuk tingkatkan trafik disini : 12 Tip Tingkatkan Trafik ke Blog

 

Jika you ingin sertai group blogger yang paling aktif di Malaysia, you klik disini

 

Step 6: Cara2 Buat Duit Dengan Blog

Bab ni yang ramai teruja ingin nak tau ni. Macam mana cara buat duit dengan blog ekk?

 

Siapa yang bayar kat kita? Hehe

 

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk blogger buat duit dari blog.

 

Antara yang paling common untuk buat duit dari blog :

 

Cara Buat Duit Dengan Blog

 

1) Menjual produk

2) Menawarkan khidmat penulisan

3) Sponsored post (produk review)

4) Iklan Google AdSense

5) Affiliate Marketing

 

Yang eloknya, ladyboss gunakan dua atau tiga cara atau kesemuanya sekali pon boleh ya, untuk jana pendapatan dari blog.

 

The more the merrier haha.

 

Cobalah 5 cara mudah untuk buat duit dengan blog ni, semoga berhasil in sha Allah.

 

Step 7: Tip2 blogging untuk terus berjuang

Jika ladyboss baru aja nak mula ber blog, tak perlulah ladyboss nak memaksa diri memerah otak untuk menulis konten setiap hari.

Itu dah macam nak buat tesis lah pulak huhu.

 

Mulakan  dengan satu blog entri untuk setiap dua minggu dan pelan2 tingkat kan penulisan.

Jika ladyboss agak bizi tak sempat nak menulis, ladyboss juga boleh buat Vlog untuk di muat turun sebagai pengganti penulisan

 

Yang ni, akak lom pernah buat, cause akak ni kan low profile, segan gitu nak bagi orang dengar suara akak hahaha, tergelak sendiri.

 

Apa pon, be yourself ok.

 

Jika ladyboss rasa selesa nak upload video dari Youtube, teruskan.

 

Let your readers get to know you personal, so dorang pon rasa seronok nak follow blog ladyboss. Itu saja,  perkongsian akak dalam seris belajar buat blog WordPress untuk jana pendapatan.

 

Kacang aja kan.

 

Ikuti langkah di atas step by step, in sha Allah ladyboss dah boleh mula menulis entri pertama di blog.

 

Jika you masih ragu2 dan masih perlukan bimbingan untuk membina blog WordPress, jom ikuti tutorial Belajar Buat Blog Untuk Bisnes Online PERCUMA selama 7 hari bersama Kak Su.

 

Sekian, selamat berblog

~~Kak Su

 

 

P/S : Update : Bermula 2 Nov 2020, Pihak SiteGround tidak lagi menawarkan khidmat webhostingnya untuk bisnes based in Malaysia. You boleh dapatkan webhosting dari syarikat tempatan Exabytes, di sini