5 Jenis Pilihan Blog Yang Boleh Buat Duit : Mesti Nak Coba

Buat Duit Online DEngan Blog - 5 Jenis Topik Blog

5 Jenis Blog Yang Boleh Buat Duit Online

Ada terdapat banyak jenis2 blog yang ladyboss boleh bina sendiri untuk jana pendapatan secara pasif dan secara online tau.

 

Ya, ada banyak jenis, mengikut topik dan niche pilihan ladyboss.

 

Dalam perkongsian e-kursus Belajar Buat Blog Percuma akak tekankan tentang penting nya kita buat persiapan awal sebelum mula buat blog supaya kita tak mudah overwhelmed gitu.

 

Baca : Mengapa blog topik dan niche memainkan peranan kejayaan sesebuah blog

 

Tapi hari ini

 

Akak hanya ingin kongsi kan 5 jenis blog yang simple, very right on target for us work at home mom. Ladyboss boleh bina sendiri, in sha Allah siap dalam seminggu aja and then dah boleh hit publish button.

 

Really, really

 

Setiap jenis blog ada mempunyai keunikan  dan daya tarikan nya yang tersendiri. Yes, keunikan inilah yang akan menarik pengunjung ke blog kita.

 

Baca : Dapatkan Pengunjung Ke Blog Baru Anda  Dengan 12 Tip Sempoi Ini

 

Ehermm..

 

Macam ladyboss lah juga, kan ke ada personaliti yang tersendiri?

 

Keistimewaan inilah yang membuatkan Mr Hubby terpaut hati, susah nak berenggang, asyik nak bersama aja hihi

 

So begitulah juga dengan blog kita tau.

 

Mesti ada identiti tersendiri, so that it stands out among the crowed blogsphere.

 

So jom kita intai2 apa jenis2 blog yang boleh menjana pendapatan secara pasif untuk kita work at home mom.

 

Buat Duit Online Dengan Blog  – Bina Blog Yang Bersesuaian Dengan Kepakaran Dan Pengalaman

 

1) Blog  Tutorial

2) Journey Blog

3) Lifestyle Blog

4) Niche Blog

5) Guest Blog

 

 1) Blog Tutorial

Blog tutorial amat sesuai untuk ladyboss mulai jika ladyboss ada kepakaran seperti menjahit langsir atau membuat kek atau pun menghias dan mendekor rumah dan sebagai nya.

 

Jika adyboss memang jenis suka berkongsi tips2 berkenaan dengan rakan2 di facebook, why not make money from it?

 

Its the very easy you know. Instead of ngajar percuma, why not letakkan yuran kebijaksaan sikit, so at least berbaloi jugak masa ladyboss perhabis online tu.

 

Ladyboss boleh upload video tutorial.

 

Boleh juga menjual pola kening langsir tau.

 

Yes  I’ve seen someone doing that.

 

Tutorial blog seperti ini biasa nya agak panjang lebar kerana ia memerlukan penerangan yang rapi dan mngkin mengambil sedikit masa untuk menyiapkan nya.

 

Penulisan artikel sebegini biasa nya melebihi seribu patah perkataan.

 

But its ok

 

Sebab ladyboss hanya perlu bekerja keras untuk tahap permulaan aja untuk menyiapkan semua data2  dan video yang di perlukan.

 

After that

 

Its passive income I tell you. Ladyboss dah boleh duk melayan anak2 di rumah, sekali sekali cek to see if ada sales.

 

And of course update sharing tutorial baru.

 

Awesome kan?

 

Tutorial blog sebegini tidak memerlukan high trafik kerana ia mempunyai tarikan pembaca nya yang tersendiri.

 

Cara Buat Duit Online Dengan Blog Tutorial :

Menjual produk online seperti e-kursus, ebook dan juga Affiliate Marketing

Contoh Blog Tutorial

Niche Blog - ResipiKekKafe.Com

Belajar Buat Kek – Siti Hajar

 

2) Journey Blog  (Kehidupan harian)

Journey blog adalah  antara niche yang paling popular dan di gemari ramai. Ia amat mudah di tulis kerana ia ibarat kita menulis diari peribadi.

 

Cuma bezanya, diari kita ni, is open for public viewing.

 

Eloknya tentang journey blog ni, ia melatih diri kita untuk lebih fokus dalam mengejar impian.

 

Contoh kita merakam kan penglibatan kita dalam mempelajari satu skil yang baru seperti  menunggang kuda, menurunkan berat badan atau kesungguhan dan kegigihan kita dalam melatih diri untuk berhenti tabiat merokok.

 

Oleh kerana kita berkongsi pengalaman sebenar, jatuh bangun nya kita, harapan dan impian kita dengan seluruh dunia, maka kita akan lebih fokus dan disiplin untuk memastikan diri kita menepati  azam dan cita2 baru yang telah  kita lakarkan di atas kertas.

 

Malu lah pulak ngan pembaca kalau kita tak kotakan apa yang dikata kan, kan.

 

Cara Buat Duit Online Dengan Blog Journey:

Affiliate Marketing, Menjual Produk dan  Servis

 

3) Lifestyle Blog

Lifestyle blog mengandungi bermacam2 kisah dan topik di bawah satu bumbung.

 

Kebanyakan nya berkisar tentang pengalaman penulis, menyentuh sedikit tentang kehidupan, pekerjaan dan sebagai nya.

 

Jika ladyboss masih bingung, tak tau nak menulis topik apa di blog, boleh aja mulakan dengan lifestyle blog.

 

Dari situ nanti, in sha Allah ladyboss akan terdorong untuk mengikuti aliran blog berdasarkan pada maklum balas pengunjung.

 

Penting untuk ladyboss jalin ukhuwah sesama pembaca blog agar mereka berkunjung lagi dan lagi ke blog ladyboss.

 

Dengan terjalin nya kepercayaan pembaca, ia memudahkan kita nanti untuk menjual atau rekemen produk Affiliate kepada mereka.

 

Panjangnya penulisan artikel berbeza2, ada yang hanya 500 patah perkataan saja dan ada juga sehingga ribu2 patah perkataan.

 

Oleh kerana gaya penulisan di lifestyle blog biasanya santai2, so mudah sangat untuk kita menulis sekerap yang mampu, mungkin 2-3 kali seminggu

 

Ada juga lifestyle blogger yang menulis hampir setiap hari!

 

Lifestyle blog membutuhkan ramai bilangan pengunjung kerana blog seperti ini biasanya menjual ruangan iklan kepada pihak ketiga dan juga mengedalikan produk2 review.

 

Cara Buat Duit Online Dengan Blog Lifestyle :

Affiliate Marketing,  Iklan, Advertorial dan Sponsored Posts

 

Contoh Lifestyle Blog

Cara Buat Duit Online Dengan Blog Lifestyle - Ruby.My Malaysia Lifestyle Blogger – Ruby.my

 

 4) Niche Blog

Niche blog pula, adalah blog yang fokus hanya pada sesuatu topik tertentu sahaja.

 

Ia lebih fokus dari lifestyle blog, dengan pengisian artikel yang lebih terpeinci mengikut niche itu.

 

Sama seperti lifestyle blog, artikel di niche blog biasanya di tulis dalam lebih kurang 500-1000 patah perkataan dan dimuatkan dengan banyak gambar2 untuk  melengkapi artikel berkenaan.

 

Kekerapan menulis, mungkin dalam 1-2 kali seminggu.

 

Boleh dikatakan :

niche blog tu umpama satu butik branded yang ekslusif sedangkan lifestyle blog umpama satu minimart

 

Biasa lah kan, jika melangkah ke sesuatu butik ekslusif, kita akan dapati produk2 yang dijual di situ adalah produk yang ekslusif dan bermutu tinggi dan dijual pada harga yang agak tinggi juga.

 

So, kalau ladyboss nak jual produk2 yang khusus untuk niche2 tertentu, kita fokus lah pada niche tu ya.

 

Cara Buat Duit Online Dengan Blog Niche:

Affiliate Martketing, Iklan, Produk Review dan  Sponsored Post

 

Contoh Niche Blog

Buat Duit Online Dengan Lifestyle Blog - Ruby.My

Tips Penjagaan Kucing – Azhani Azhar

 

5) Guest Blog

Di namakan guest blog kerana ia adalah blog yang menghimpunkan sekumpulan penulis di bawah naungan satu domain.

 

Pada permulaan, blog sebegini memerlukan sedikit masa untuk menapak.

 

Namun guest blog mempunyai potensi yang luas dan menguntungkan dalam mejana pendapatan dari blog.

 

Artikel2 yang berkisar di blog seperti ini, biasanya merangkumi pilihan2 topik tertentu.

 

Tergantung pada topik atau niche yang telah ladyboss tetapkan.

 

Ladyboss hanya perlu kendalikan ia sama seperti tutorial blog atau juga lifestyle blog atau apa juga pilihan topik yang diminati mengikut kepakaran2 penulis.

 

Bezanya, dengan guest blog, ladyboss tidak perlu menulis artikel sendiri seperti di blog peribadi

 

Guest blog memerlukan trafik pengunjung yang tinggi. Oleh itu ia sentiasa perlu di  isi kan dengan konten2 yang trending, menarik dan padat berdasarkan pada topik blog itu.

Ia hendaklah sentiasa di kemaskini dengan sajian artikel2 baru.

Memandangkan guest blog terdiri dari sekumpulan penulis yang bergabung, maka untuk menghasilkan 2-3 artikel sehari bukan lah satu perkara yang rumit.

Kelebihan blog sebegini, ia cepat mendapat tempat di hati pengunjung kerana ia akan mempunyai banyak artikel2 menarik berkaitan topik dan niche blog itu.

Artikel2 yang menarik dengan sendiri nya akan di share ke platfom2 lain oleh pembaca dan ini akan meningkat kan bilangan pengunjung ke blog itu dan sekali gus melonjakkan penghasilan dari iklan.

 

Cara Buat Duit Dengan Blog (Tetamu) Guest

Iklan dan Affiliate Marketing

Contoh Guest Blog

Buat Duit Online Dengan Guest Blog - I LUV ISLAMI Luv Islam

 

Baik lah, setelah mengetahui 5 jenis pilihan blog  yang boleh kita mulakan, agak2 lah ya, yang mana satu kah menjadi pilihan?

Boleh bagi tau Kak Su mengapa ia menjadi pilihan anda? Tinggalkan komen di ruangan tau.

 

Baca Artikel Berkaitan :

1) 5 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

2) Macam Mana Nak Buat Duit Online Dari Blog Walaupun Tidak Menjual Apa2

 

Sekian dulu, semoga anda belajar sesuatu dari perkongsian ini. Jangan lupa tekan butang Share ke FB

Sharing Is Caring tau

~~Kak Su

16 Comments

  1. Mysara Ab Rahman 07/02/2018
  2. SENTIASAPANAS 06/02/2018

Leave a Reply