Featured Image - Cara Kak Su Promot Blog

Cara Kak Su Promot Blog

Sebenarnya Kak Su ada bercerita di artikel lalu, macam mana  Kak Su dapatkan pengunjung ke blog akak.  Dengan erti kata lain, cara Kak Su promot blog baru yang tidak dikenali sesiapa, tanpa iklan berbayar.

 

You boleh baca disini:

12 Perkara Kak Su lakukan untuk dapatkan trafik keblog

 

Artikel itu ditulis pada tahun 2017, dimana waktu itu Kak Su baru saja mengenali dunia blog.Tiga tahun sudah berlalu rupanya ya Subhan Allah

 

Waktu itu, Kak Su langsung tidak mengenali walau seorang pun blogger diMalaysia ni. Sepi lah rasanya dunia blogging ni kan, sebab its one way. Kita duk sendirian menulis apa yang terlintas di fikiran, kemudian hit publish button kat dashboard blog tu.

 

Selepas klik publish tu, duk lah menunggu, setiap detik checking Google Analytics. Nak tengok real time data, ada ke pengunjung datang ke blog. Bermacam macam bermain difikiran huhu

 

“Ada ke orang nak baca apa yang aku tulis ni?”
“Kenapa tak ada pengunjung ni?”

 

Dan lain lain lah perasaan menghantui diri.

 

So, apa yang Kak Su buat?

 

Panjang akak bercerita di artikel lalu, 12 perkara yang kak Su lakukan untuk membawa pengunjung atau trafik ke blog akak.

 

Ni akak senaraikan dibawah ya :

12 Cara Tingkatkan Trafik Ke Blog

  1. Menulis artikel yang memberi manfaat
  2. Perkongsian yang penuh sarat ngan info
  3. Memberi tajuk yang berunsur SEO
  4. Make it easy peasy untuk pembaca navigate
  5. Masukkan iInternal link pada setiap artikel berkaitan
  6. Menggunakan Google Analytic dan Google Search Console sebagai panduan
  7. Sentiasa konsisten menulis dan publish mengikut jadual
  8. Beritau kat subscriber, ada artikel baru
  9.  Bersosial dimedia sosial
  10. Pasang social sharing button disetiap page
  11. Networking dengan blogger lain
  12.  Guest posting

 

Ok, so you pun boleh lakukan perkara yang sama seperi diatas. Tak perlu lah nak buat kesemuanya, cukup you buat dua atau tiga pun dah memadai.

 

Hari ni, akak nak tambah 2 lagi tip yang akak tak dedahkan diatas.

 

2 Tip ini mudah aja, tapi ia memerlukan dedikasi dan masa untuk lakukan nya. So pastikan you luangkan masa pada hari tu tau, khusus untuk promot blog you.

 

2 Tip Untuk Promot Blog Tanpa Iklan Berbayar

  1. Sertai blog walk perkumpulan
  2. Blog walk sendirian

 

Haah faham ke, istilah diatas tu?

 

Tak faham kan.. Hihi. Baik, biar akak terangkan dengan cara yang paling mudah untuk you faham.

 

You mesti biasa ikuti kumpulan marhaban rumah kerumah masa Raya kan?

 

Secara berkumpulan, kita akan menziarahi rumah setiap ahli kumpulan, baca selawat , marhaban sikit sikit, ada juga yang menyanyi lagu Raya ya kan?

 

Tak?

 

Ohh di tempat akak kami siap menyanyi lagu Raya you. Ada pulak Kak Kiah yang suka melatar, riuh rendah dibuatnya, tapi seronok tau.

 

The point is, kita bergerak secara berjemaah menziarahi antara satu sama lain bagi mengeratkan ukhuwah. So begitu lah juga konsep “Group Blog Walk”

 

Kita menziarahi setiap blog secara berjemaah, kita baca apa yang ditulis oleh blogger tersebut kemudian kita tinggalkan komen disitu.

 

Promot Blog Walk Sendirian Pula?

 

Sama juga, cuma you bergerak sendirian saja hihi

 

Apa faedahnya buat 2 perkara diatas tu? Mesti you tertanya tanya kan?

 

Macam ni.. Setiap kali you turut serta dalam blog walk secara berkumpulan ni, secara tak langsung you memberi peluang untuk memperkenalkan blog you pada blogger lain. Blogger ni bagus nya, dorang very supportive. So you can be sure, dorang akan baca dan tinggalkan komen di kotak komen di bawah artikel you tu.

 

Apa yang akan berlaku jika you pula buat perkara yang sama, iaitu meninggalkan komen di artikel blogger lain?

 

Haah..

This is the best part

 

Bila you tinggalkan komen beserta URL website, you dah meninggalkan jejak.

 

Maknanya, setiap kali pembaca lain datang membaca artikel dan terpandang komen yang you tinggalkan, kemudian dia klik nama you tu, secara auto dia akan dibawa keblog you!

 

How cool is that?

 

Itu yang you nak, kan? Nak promot blog you secara PERCUMA?

 

Well.. ini lah caranya. And remember.. You berganding bahu dengan blogger veteran, yang dah mempunyai ramai follower so in sha Allah follower dorang akan check you out too!

 

Ok,

so dimana nak sertai group ni?

 

I’m glad you asked.

 

Dimana lagi kalau bukan di FB? Tak tau nama group nya?

 

Dont worry, akak payung.. You boleh sertai disini

 

Ada seramai 3.6k ahli group tu. Jika you rajin sertai group blog walk ni, in sha Allah you akan dikenali oleh blogger lain. Dari situ nanti , you juga berpeluang untuk sertai event berbayar.

 

Dah boleh jadi reporter lah gitu hihi

 

Bukan itu saja, oleh kerana group Malaysia Lifestyle Blogger ni salah satu group yang paling aktif di FB, you can be sure ada pemerhati from big brand yang mencari blogger untuk buat paid review.

 

Kak Su dah berapa kali terima tawaran tapi akak terpaksa menolak nya sebab akak tak berapa minat buat sponsored post atau paid review ni.

 

Kak Su lebih suka menulis santai santai, ikut mood hihi

 

Macam Pula Dengan Blog Walk Sendirian?

 

Cara dia sama saja macam group blog walk, bezanya.. You bergerak secara solo.

 

Apa kelebihan nya buat blog walk solo ni?

 

Kelebihan nya, you boleh buat pilihan untuk ziarah blog mengikut niche yang bersesuaian dengan blog you.

 

Yang mempunyai pembaca yang mempunyai minat yang sama dengan niche blog you.

 

Blog KakSu.com banyak bercerita tentang bisnes online, so sewaktu Kak Su mulakan perjalanan blog walk ni, akak akan memilih blog yang sama niche dengan KakSu.com

 

Antara blog yang sering akak lawati ialah blog Hasrul Hassan dan Sabree Hussin. Banyak yang Kak Su pelajari dari blog mereka berdua ni sebenarnya. Dari cara berblog sehinggalah cara buat duit dengan Affiliate Marketing, thank you guys.

 

So itu dia, 2 tip promot blog tanpa iklan berbayar.

 

Jika diawal mengorak langkah Kak Su banyak bergantung pada cara organik untuk membawa pengunjung ke blog, akhir akhir ni, Kak Su mula berjinak jinak pula dengan iklan berbayar.

 

Bukan apa, disebabkan faktor kesihatan, agak sukar akak nak memenuhi tugas group blog walk ni. Admin yang mengelola group ni amat tegas tau, setiap tugasan mesti disiapkan dalam tempoh 24 jam.

 

So jika you tiada masa nak siapkan tugas, jangan join pada hari tu ya. You join pada hari yang you betul betul ada masa nak blog walk. Tak apa, blog walk jemaah ni setiap hari pun ada, tepat pada pukul 10 pagi.

 

So keep a look out tau.

 

Ok itu saja, 2 Tip Promot Blog Tanpa Iklan Berbayar.

 

Selamat mencoba dan semoga sukses. See you in the group ya.

 

 

~~Kak Su

 

Baca artikel berkaitan :

Viral Marketing Dengan Zero Kos Marketing

Buat Duit Online Sebagai Virtual Assistant

 

15 Comments

  1. Kak Su
  2. Mohd Ridzuan
  3. Kak Su
  4. Kak Su
  5. Ayu Rafikah
  6. Kak Su
  7. Kak Su
  8. bae Roslan

Leave a Reply

Translate »