12 Perkara Yang Kak Su Lakukan Untuk Tingkatkan Trafik Blog

12 Perkara Yang Kak Su Lakukan Untuk Tingkatkan Trafik Blog

12 Tip Tingkat kan trafik blog

12 Tip Tingkatkan Trafik Blog

Tingkatkan trafik blog.. hmmm..

Setiap mereka yang mempunyai blog sendiri pasti inginkan nya

Kerana dengan kehadiran pengunjung, selain memeriahkan suasana blog, ia juga bakal membuka peluang untuk kita jana pendapatan.

So kali ni, akak nak kongsikan apa yang telah akak lakukan untuk tingkatkan trafik ke blog baru akak ni.

Blog yang tidak di kenali sesiapa, tiada pengaruh sosial media atau influencer.

Tip2 yang bakal Kak Su kongsikan di sini adalah step yang Kak Su sendiri lakukan untuk blog baru akak yang masih di peringkat bayi ni.

Kecuali tip no 12, yang masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Akak telah praktikkan ke atas dua artikel berlainan topik untuk dijadikan bahan kajian. Pada mula artikel itu di terbitkan, click through rate hanyalah 3-4% sahaja huhu sedih gitu.

Alhamdulillah setelah akak praktikkan tip2 dibawah ini, ia telah melonjak sebanyak 6% hanya dalam masa seminggu. (Maknanya 10%+ click) Wuhooo!

Ini jelas membuktikan yang tip2 ini jika di praktikkan dengan bersungguh2, mampu untuk menarik trafik secara organik ke blog kita, walaupun ia adalah blog baru dan tidak dikenali umum.

So sekarang ni, akak sedang gigih, kembali ke artikel2 lain yang kurang mendapat organik trafik dan click through yang terlalu rendah dan akan akak apply kan tip2 dibawah ini.

Mudah2an tip2 yang akak kongsi kan dibawah ini nanti dapat membantu anda juga, tingkat kan trafik blog anda, in sha Allah.

12 tip tingktkan trafik blog

Tiada masa nak membaca artikel sepenuhnya sekarang?
Dowload PDF untuk dibaca diwaktu senggang

1. Artikel yang memberi manfaat

Yang ini, is very obvious, Kak Su sering amalkan sikap berwaspada sebelum akak hit “Publish”.

Akak akan semak isi2 kandungan dan pastikan apa yang kak kongsikan ini benar2 sesuatu yang dapat memberi manfaat pada pembaca akak, iaitu ladyboss work at home mom.

Artikel yang Kak Su kongsikan biasanya bertujuan membantu menghuraikan masalah berkaitan buat duit online khusus untuk ibu2 dirumah yang kurang mahir dalam bidang techie stuff.

So kebanyakan artikel akak berkisar tentang tips buat blog dan panduan buat duit online

Oleh kerana buat duit dengan blog  adalah satu satu cabang untuk buat duit online, dan mamandangkan ramai work at home mom yang sama macam akak yang kurang mahir dalam IT, so akak juga ada menyediakan tutorial  mudah step by step berkaitan buat blog, tip dan panduan blogging dan cara2 buat duit online di blog akak ni.

Tag akak untuk blog ni ialah , ‘Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online’

Sebenar nya apa yang akak kongsikan di sini adalah lebih kepada documenting my own learning journey in the blogging world.

Akak akui sebagai sorang yang langsung tiada ilmu blogging memang agak sukar untuk memulai nya, apatah lagi dengan usia akak yang dah ready to retire sepatutnya.

Namun I am a survivor, have always been one dan akak teruskan juga menuntut ilmu blogging dari blogger terkemuka di luar sana, tanpa jemu, walaupun.. jujur, ada kalanya I felt like giving up, rasa macam its a waste of time and money learning something that is totally new and alien to me.

Dah ler susah nak faham, apatah lagi untuk di praktik kan huhu.

Tapi, bila akak kenangkan rakan2 work at home mom yang langsung tidak berpeluang untuk menuntut ilmu blogging dan business online disebabkan kurang mahir dalam BI, I tell myself, there you are, you have to do this.. for their sake.

So Alhamdulillah, akak sempat siapkan untuk  ladyboss tutorial mudah step by step, ladyboss boleh ikuti di sini

So tip yang pertama dan utama ialah memastikan apa yang bakal di kongsi di blog itu nanti, adalah sesuatu yang dapat memberi manfaat pada target niche kita, orait.

Baca : Mengapa perlu fokus pada blog topik dan niche

Se elok2nya, biarlah ia sesuatu yang dapat di praktikkan dengan mudah dan segera  dan memberikan penyelesaian pada isu yang di hadapi pembaca.


Contoh, jika topik dan niche di blog kita lebih kepada tentang cara2 buat kek, mungkin perkongsian tentang cara2 nak mengelakkan kek menjadi bantut akan lebih mendapat perhatian pembaca yang sedang mencari tip elakkan kek menjadi bantut kut,  daripada artikel tentang bagaimana nak ganti tayar pancit.

Baru betul tip akak ni, nak tingkatkan trafik blog hihi.

2. Pengisian yang padat dan lengkap

Walaupun jika kita melihat panduan menulis artikel blog adalah sebanyak 300 patah perkataan, namun jika kita ingin mendapat perhatian Google supaya ia menyukai apa yang kita kongsikan, penulisan blog mestilah sekurang kurangnya 1000-3000 patah perkataan.

Ini berdasarkan apa yang akak perhatikan dari research ke atas blog2 terkemuka dari luar negara. Hampir kesemua perkongsian mereka penuh padat dengan pengisian yang bermanfaat dan boleh di praktikkan oleh mereka yang membutuhkan.

Gone are the days, untuk menulis setakat 300 patah perkataan di blog kerana artikel yang sepanjang itu biasanya sukar untuk di isikan dengan pengisian yang lengkap, yang benar2 dapat membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka.

So, nak tingkatkan trafik ke blog anda, tingkat kan dulu pengisian dan perkongsian yang bermutu.Click To Tweet

3. Belajar SEO untuk tingkatkan trafik blog

SEO (search engine optimization) bukanlah suatu topik yang boleh di pelajari begitu sahaja dalam satu artikel kerana ia adalah suatu teknik yang khusus. Dan hanya yang benar2 pakar sahaja yang akan mampu untuk praktikan SEO sepenuhnya.

Namun itu bukan bermakna yang kita tidak boleh lakukanya sendiri. Berbekal kan sekurang kurangnya sedikit ilmu asas SEO pon in sha Allah sudah dapat membantu tingkatkan trafik blog dan mungkin akan berpeluang muncul di muka pertama Google Search setiap kali pencarian keyword di lakukan seseorang.

Untuk tujuan ini, ladyboss perlu meluangkan sedikit masa untuk membuat research dari segi keyword, pemilihan alt text untuk imej, meta text dan juga heading.

Jika ladyboss mampu untuk lakukan ini semua , in sha Allah tajuk judul artikel ladyboss akan dipaparkan di Google Search setiap kali keyword berkenaan di masukkan ke search bar dan sekali gus dapat membantu tingkatkan trafik blog ladyboss.

Akak sendiri puas utak utik satu dua artikel akak untuk membuktikan pada diri sendiri, yang kita juga  mampu untuk tingkatkan trafik blog jika kita usaha dengan gigih berbekalkan walau hanya asas SEO.

Tingkatkan trafik blog

 

Jika ladyboss menulis khusus sesuatu topik, untuk di tujukan kepada golongan khusus, itu membuktikan  yang ladyboss adalah pakar dalam topik berkenaan

Teringat akak akan satu quote entah dari mana, tak ingat

'If you succeed then you may lead, if you don't, then you can guide others'.Click To Tweet

4. Make it easy peasy untuk pembaca navigate

Pernah dengar pepatah omputih, less is more? Pepatah itu sangat sesuai di praktikkan ke atas blog kita.

Make it easy peasy for your blog readers to navigate within your blogClick To Tweet

Jika kita berkeinginan untuk tingkatkan trafik blog, salah satu langkah yang patut kita perhatikan ialah pilihan template dan juga layout di blog kita.

Pastikan ia mudah untuk pembaca navigate dari satu ruang ke suatu ruang yang lain. Jangan kita sesak kan laluan mereka untuk menuju ke ruangan artikel lain sehingga kadang kita sendiri pon tak tahu ke mana hala tuju haha.

Ladyboss pernah singgah ke blog dan rasa macam masuk lorong yang sempit, tak tau mana arah yang harus di ikuti untuk ke homepage atau mencari kategori.

Terlalu banyak distraction macam masuk ke pasaraya hihi.

Berikan panduan laluan yang jelas kemana mereka boleh tuju untuk dapatkan info tertentu, seperti di mana about page, di mana contact page dan sebagainya.

Jika ladyboss perasan blog akak, has a very clean and straightforward look, tiada rambu ramba di kiri kanan hihi.

Masih banyak lagi yang perlu akak perbaiki dan kemas kini. Sikit demi sikit akak apply apa yang akak pelajari.

Mudah2 an ia dapat tingkatkan trafik blog secara konsisten.

5. Internal link untuk tingkatkan blog trafik


Rajin2 lah tepek kan link artikel lama yang berkenaan dengan topik artikel terkini. Ya akak tau, akak pon kadang malas nak buat yang ini hehe.

Ada sebabnya mengapa blog2 terkemuka lagi berkredibiliti sering meyajikan kita dengan link2 artikel lama ke dalam ayat2 artikel baru mereka.

Mengapa mereka lakukan begitu?

Kerana dengan cara begini, kita dapat menggalakkan pembaca untuk duduk lama sikit di blog kita kerana kemana saja mereka tuju, disitu kita menanti dan guide mereka untuk ke satu artikel yang lain dan lain. (Macam museum guide gitu haha)

Interlink juga salah satu teknik SEO untuk tingkatkan trafik blog.Click To Tweet

Ini adalah langkah yang kecil tetapi memainkan  impak yang besar sejak Google merombak sistem alogrithm nya.

 

Untuk tujuan internal link ini, akak menggunakan WordPress plugin dari Pretty Link

12 Tip Tingkat kan trafik blog

Masih lagi bersama Kak  Su?

Jika tiada masa untuk membaca nya sekarang, Download PDF untuk dibaca kemudian

6. Guna Google Analytic sebagai rujukan

Akak suka menyemak bounce rate di Google Analytics untuk mengetahui berapa minit mereka duduk di blog akak, seminit, dua minit atau dua saat?

Haha, jangan terperanjat ya, akak pon tertanya2 juga kalau ada yang menyinggah hanya dua saat? Napa agak nya ya?

Adakah disebabkan gaya penulisan akak yang membosankan, atau isi kandungan yang kurang menarik atau hanya kerana nak tinggalkan sepatah dua kata di ruangan komen atas dasar tanggungjawab? (You know who you are)

Dengan berpandukan google analytic ini, akak dapat mengetahui, artikel yang mana satukah yang menarik ramai pengunjung terutama nya dari organic search.

Oleh kerana blog akak masih baru, (genap 49 hari) dan akak bergantung banyak pada rakan2 blogger untuk berkunjung untuk tingkatkan blog trafik, so akak lebih fokus pada bacaan di Organic Search, Email dan Direct Search.

Akak put in a lot of effort untuk organik search kerana apa yang akak perasan, dari organik referral, mereka biasanya duduk membaca lama sikit, 3-5 minit.

Bounce rate untuk organik search juga sungguh rendah. Dari input itu membuktikan that pembaca sememangnya membutuhkan info yang dicari2, so berbalik pada tip no 1) iaitu memberikan info yang bermanfaat.

tingkatkan trafik blogOleh kerana akak dapat mengenal pasti dari sumber manakah yang lebih menyumbang kepada kehadiran pengunjung dan topik yang bagaimanakah yang sering di cari2 dari organic search maka akak berusaha untuk tingkatkan promosi artikel berkenaan ke channel2 yang lain seperti di media sosial.

Dari bacaan analytic akak, ia menunjukkan bahwa organik trafik(23.25%) dan referral trafik (25%) hampir setanding kedua2 nya.

Dan untuk pencarian topik pula,  lebih ramai menerima pengunjung berdasarkan topik Instagram, so in sha Allah akan akak luangkan lebih banyak masa untuk research topik berkenaan.

Moga2 dengan bertambahnya topik2 tentang Instagram, maka akan lebih ramai pengunjung yang datang secara organik, sekali gus membantu untuk tingkatkan  trafik blog akak.

7. Konsisten dalam penulisan

Konsisten di dalam penulisan yang akak maksudkan di sini ialah, menulis khusus untuk targeted niche akak, iaitu ladyboss work at home mom.

Kerana akak tahu, mereka memerlukan panduan dan bimbingan untuk jana pendapatan secara online, maka akak akan coba untuk ber istiqomah dalam perkongsian topik akak.

Akak masuk kan panduan dan tip2 yang sememangnya sedang mereka dahagakan.

There is a saying that if you talk to everyone, then you are talking to no one.Click To Tweet

Not everyone will listen to  you.

Tapi bagi mereka yang mencari dan memerlukan info yang ladyboss sajikan, they will listen to what you have to say, agree?

Sebenarnya, untuk permulaan, sekadar seminggu sekali sudah memadai, kemudian di tingkatkan ke dua minggu sekali dan seterus nya di tingkatkan mengikut kemampuan dan jadual ladyboss.

Kita bukan lah wartawan, yang harus mengejar dateline untuk menyiarkan artikel panas yang sedang trending.

Kita hanyalah work at home mom yang ingin menjana pendapatan secara online.

Cara ini juga untuk memberi ruang kepada kita untuk menulis sesuatu artikel yang benar2 bermutu dan layak untuk dikongsikan oleh pembaca kepada rakan2 mereka.

So stay consistent with your blog topic, stay true to your targeted niche.

Jika isi kandungan di artikel itu memberi cukup info yang di cari, mereka dengan sendiri nya akan berkongsi sesama rakan2 yang berkongsi minat yang sama.

Memang sifat semuala jadi manusa, mereka suka berkongsi dan menyebarkan kebaikan.

Jika ladyboss bimbang dengan menulis seminggu dua kali pembaca mungkin akan terlupa tentang kehadiran blog anda, ladyboss boleh memasukkan plug in Push Notification ke blog anda.

Ia adalah satu WordPress plug in untuk memaklumkan kepada pembaca kita, bahwa artikel baru sudah diterbitkan.

Notifikasi ini akan memaklumkan kepada follower setiap kali mereka berada online sama ada dari telefon bimbit atau pon dari desktop

Cara ini amat berkesan kerana mereka akan menerima peringatan untuk mengunjungi blog kita setiap kali artikel baru di terbitkan.

Awesome kan?

Akak suka menggunakan Push Engage untuk tujuan ini.Click To Tweet

8. Kirim email kepada follower untuk tingkatkan trafik blog

Ini juga adalah salah satu tektik yang amat efektif untuk tingkatkan blog trafik.

Setiap kali akak terbitkan artikel baru, akak akan maklumkan kepada follower akak melalui emel. Dan dari analytik disini, menunjukkan ia membuahkan hasil yang positif.

Bounce rate bagi pengunjung yang datang dari arah emel sangatlah rendah, sungguh memberansangkan akak .. yahooo.

tingkatkan trafikAkak menggunakan autoresponder Mailerlite untuk tujuan ini.

Ohh tidak, akak tak perlu nak copy paste satu persatu ke dalam contact list di Google. Setakat ini, akak ada seramai 137 subsriber di dalam database akak.

Target untuk blog ini bagi tiga bulan pertama ialah 500 subscriber. So akak kenalah berusaha lebih gigih untuk tingkatkan blog trafik untuk jadikan impian ini jadi kenyataan.

9. Melepak di (Sosial Media)

Media sosial sangat berpengaruh untuk memperkenalkan blog kita kepada follower dan juga targeted niche kita.

Ia sangat membantu untuk menarik pengunjung ke blog kita dan sudah pasti nya sangat efektif untuk tingkatkan trafik blog kita.

So kita cari dan ketahui di platfom media sosial yang mana satukah  mereka sering berkumpul dan bergosip di situ hehehe.

Akak suka platfom Instagram, tapi satu hal pulak nak tingkatkan Instagram engagement

Nak kena luangkan sebahagian masa untuk tujuan itu.

Untuk mempromosi kan topik perkongsian  di blog, ladyboss boleh beri sedikit snippet atau preview di situ, buat satu infografik dan beberapa grafik yang berbeza penampilan, khusus untuk setiap topik blog.

Dengan cara ini, follower tidak lah bosan asyik terpandang grafik yang sama aja di media sosial kita.

Untuk blog akak yang satu lagi, akak coba fokus pada negara luar dimana Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraan utama. So omputih ni, mereka gemar melepak di Pinterest, LinkIn, StumbeUpon, Periscope dan sebagainya.

Mereka agak kurang bersosial di Facebook bersama orang2 yang tidak mereka kenali secara dekat, kerana bagi mereka, Facebook adalah terlalu peribadi dan hanya dikongsi bersama keluarga dan rakan terdekat.

Untuk tujuan bisnes, mereka akan berada di bisnes profail sahaja dan ia hanya berkisar tentang bisnes semata2.

So tak ada maknanya jika akak coba menembusi ke Facebook personal untuk promosi blog Bahasa Inggeris akak disitu.

Lain pulak situasi nya di Malaysia ni. Pinterest.. memang taka da yang layan. Setiap kali akak baca Pinterest analytik, hati ni jatuh merudun kebawah, sedih gitu tiada pengunjung huhu.

Coba ladyboss lihat artikel akak yang di tulis dalam bahasa Inggeris ni, dari Pinterest sahaja, ada 100 Share berbanding dengan Facebook Share hanya 9.

tingkatkan trafik blogSo pokoknya di sini akak nak tekan kan, setelah ladyboss ketahui port2 mana yang targeted niche anda sering melepak, di situlah anda harus berada, ok.

Jangan membazir masa bersosial hanya setakat nak bersosial kerana itu bukan lah tujuan asal kita, (ladyboss work at home mom) berada di media sosial.

Sekali lagi suka akak nak ingatkan, why we choose to be a work at home mom

kita adalah ladyboss work at home mom. Masa itu emas bagi kita, so manfaat kan ia sebaik2 nya.

10. Mudahkan pembaca untuk berkongsi artikel

Untuk menggalakkan pembaca berkongsi artikel ladyboss ke platfom media social, beri kemudahan kepada mereka untuk lakukan ini.

Install social media sharing icon di bagian awal artikel atau di akhir artikel untuk  memudahkan mereka berkongsi.

Jangan lupa di sertai dengan “Call to action” contoh, akak sering bertanya di akhir artikel akak, “Anda belajar sesuatu? Jika ya, klik Share ke FB supaya semua rakan2 yang lain dapat manfaat bersama”

Hanya dengan satu klik , mereka dah boleh share ke platform yang anda sering bersosial seperti FB atau Twitter.

Ada terdapat banyak WordPress social sharing plug in yang boleh anda gunakan, Akak menggunakan Social Warfare untuk blog yang ini, dan juga Sumo untuk blog yang satu lagi.

Akak suka nak ingatkan kat ladyboss, jangan terlalu ghairah nak masukkan kesemua sosial ikon di situ. Cukup hanya masukkan dua atau tiga sosial media ikon yang anda sendiri sering aktif bersosial di situ.

Jika anda memberi mereka banyak pilihan, itu akan menyusahkan mereka kerana sudah menjadi lumrah manusia jika mereka diberi banyak pilihan itu akan lebih memening kan kepala mereka, betul ke betul?

So bagi kat mereka dua atau tiga pilihan sahaja, ok

Pastikan juga jika mereka mengetik sharing icon tu, tajuk artikel yang dipaparkan bukan lah di dalam huruf besar, kerana tiada siapa yang suka jika kelihatan seperti anda sedang berteriak2 mengarah mereka melakukan sesuatu.

11. Network dengan blogger lain

Rakan2 blogger adalah rakan seperjuangn kita. Masing2 mempunyai peminat dan pembaca tersendiri mengikut niche masing2.

Amatlah penting untuk kita berinteraksi antara satu sama lain di platform media sosial, melalui email, menghadiri conference dan event bersama.

Lakukan ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas niat yang murni. Jangan terlalu berkira dalam perkongsian dan memberi sokongan kerana the more you give, the more you receive.

You never know, by giving favors to fellow bloggers in return, kita dapat tingkatkan trafik blog kita, yihaaa

12. Guest posting untuk tingkatkan trafik blog

Ini adalah satu cara yang sering di amalkan oleh blogger di negara barat untuk tingkatkan trafik blog. Mereka sering mengundang sesama blogger untuk berkongsi artikel satu sama lain di blog mereka mengikut topik yang di persetujui bersama.

Dengan cara ini, kita saling membantu memperkenalkan rakan blogger kepada pembaca kita.

Pastikan anda meletakkan link ke blog anda untuk tujuan ini. Ini adalah satu cara yang amat berkesan untuk menggapai pengunjung baru ke blog anda and of course ia sangat membantu tingkatkan trafik blog.

Kak Su sedang berusaha kearah ini, in sha Allah. Sama2 kita nantikan kolobrasi Kak Su bersama rakan2 blogger yang lain.

Namun untuk berjaya dalam tip ini, akak perlu buat sikit research ke atas blog mereka, untutk pastikan domain authority dan page authority mereka tinggi dan mampu membantu meningkat kan trafik ke blog akak.

Akak di fahamkan jika blog berkenaan mempunyai reputasi yang rendah, ia juga akan menjejaskan ranking blog kita.

Hmmm , banyak sungguh yang perlu di pelajari ya dalam usaha pemasaran blog ni.

Nak tau jika kolaborasi begini benar2 membantu tingkatkan trafik blog akak? Then, nantikan artikel akan datang.

Anda belajar sesuatu dari perkongsian ini?

Jika ya, klik Share ke FB supaya mereka yang ingin tingkatkan trafik blog, dapat manfaat kan ia, sekali gus tingkatkan pendapatan online mereka in sha Allah

Sekian dari ~~ Kak Su

 

***artikel ini ada mengandungi affiliate link, maknanya jika link itu diklik, dan anda membuat belian dari situ, KakSu akan menerima sedikit imbuhan.(income ini membantu akak menampung kos pentadbiran blog ini dan juga ekursus yang akak ikuti untuk menyediakan perkongsian info yang lebih mantap untuk anda)Tiada mark up harga dari akak. Terimaksih atas sokongan anda***

 

36 Comments

  1. panjang juga artikel ini..

    saya tengah berusaha membaiki mutu penulisan sekarang..

    harap pembaca suka la nanti.

  2. Thank you Kak Su? Good info

  3. Tq kak su sharing tips ni. Sangat sangat berguna untuk Marsha skrg.

  4. Tq KakSu ..Insya Allah Sal akan manfaatkan pengisian dalam artikel ni .. bookmark terus untuk peringatan dan rujukan diri sendiri…

  5. Rajin Kak Su eksperimen. Bolehlah praktikkan tip-tips di atas. Bilalah nak belajar SEO segala tu. Huhu

  6. Terima kasih atas info yang menarik ni . Semua blogger inginkan trafik blog yang tinggi meroket , tak kira newbie atau pun dah lama dalam bidang blogging ni . Tengok trafik blog meningkat rasa semangat lain macam je nak update blog kn

  7. Bagus kak su memang betul tu paling saya nampak adalah rangkaian antara rakan blogger kita tidak boleh naik sendiri kalau tak ada team yang kuat kena bersatu.. Pinjam kata-kata pakar motivasi…

  8. memang terbaik tips-tips ni kak su..kena istiqamah amalkan semua tips2 ni hehe

  9. Rindu nak ada trafik berpuluh ribu sehari… Tapi bila fikri long term.. Xpe la.. Trafik yang ada sekarang pun dah ok.

    Cuma… masa untuk menghadap blog makin berkurang sebab kena fokus pada kehidupan hakiki.

    Hosting kena bayar bulan-bulan pula tue hahaha Nak bayar tahunan xmampu

  10. Thanks for d nice sharing n tips kak. .
    Boleh diguna pakai utk improve kan traffic ke blog saya nnt

  11. Terima kasih diatas perkongsian..ada antara tips tu yg SA gunakan dan sgt membantu…

  12. Pertama kali singgah di sini. Salam perkenalan untuk Kak Su dari saya. Banyak sungguh info bermanfaat yang kak Su kongsi. Keep on sharing.

  13. Tips yang nombor 7 tu yang kadang-kadang saya termiss. terutamanya bila terlalu sebok. Maklumlah bekerja secara seenuh masa, belajar pula secara separuh masa. Ni nak berblog dan berbisnes pula secara sambilan. Tu yang kadang-kadang tetkantoi untuk menulis tu. Hihi

    1. Author

      Masha Allah, kagum akak, macam mana awak bagi kan masa tu ya? Bekerja sepenuh masa, belajar separuh masa, bisnes, blog Subhan Allah, semoga terus istiqomah dan maju jaya

  14. Nak konsisten menulis tu susah dikit sejak kebelakangan ni. Dulu ada mood skrg tak. . Apa pun thanks kaksue dgn tips yg bermanfaat uuk blogger.

    1. Author

      You’re welcome. Semoga dengan tips2 ni nanti dapat membakar semula semangat awak untuk terus menulis in sha Allah

  15. ada banyak lagi tips untuk tingkatkan trafik, paling berkesan bila blog seo friendly, try bermain dengan keywords isu semasa, follow trend. more traffic more money u can earn :), takde yang mustahil sebulan boleh dapat 2-3k hanya dengan ads banner aje, belum lagi sponsered post. btw nice sharing, memana yang nak upkan trafik boleh follow tips diatas and lagi satu menulis kerana minat itu yang penting 🙂

  16. Memang menarik la tips kaksu ni. Boleh cuba pelan-pelan la

  17. Menarik perkongsian ni
    walaupun dah lama saya berblog smeua tips tu berguna untuk kita semua sebagai blogger

    1. Author

      In sha Allah , coba lah Raihanah mudah2an ia dapat meningkat trafik ke blog awak juga

  18. good sharing sis..sy dh lama menulis tapi baru awal 2017 become public..pick here n there..apa yg pasti mmg nk kena fokus..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *