Cara Mulakan Affiliate Program

Cara Nak Mulakan Affiliate Marketing Untuk Newbie

Perkongsian hari ni berkisar tentang Affiliate Program, bagaimana nak mulakan Affiliate Program untuk buat duit online, di mana nak dapat kan produk dan bagaimana nak menjual produk berterus2an kepada pembeli.

Jika ini baru pertama kali ladyboss mendengar term Affiliate Marketing,  dan belum lagi tahu apa sebenar nya ia,  boleh ikuti Panduan Mulakan Affiliate Marketing yang telah akak siapkan specially for  you

Jom, kita  teruskan pencarian info tentang cara mulakan Affiliate Program.

1) Macam mana nak mula

2) Pencarian produk

3) Pemilihan produk

4) Menjalin ukhwah berterusan

5) Membina Sales Funnel

6) Pemasaran produk

1) Kita mulakan dengan melakukan sedikit research

Jika ladyboss belum lagi membaca nya, boleh klik link di atas untuk membaca nya dulu.

Ramai di antara kita, apabila nak mencoba buat duit online, akan memulakan dengan pencarian produk.

Pencarian produk sebenarnya adalah satu proses yang amat mudah kerana ada terdapat banyak website2 produk yang menawarkan Affiliate Program.

So pencarian produk bukan lah satu masalah yang besar.

Well then,

Apa cabaran yang paling mencabar dalam bisnes online affiliate program?

Cabaran yang paling utama dalam bisnes online ialah mengenal pasti siapakah bakal pembeli kita : customer avatar

Baca : Customer avatar : Siapa dia tu?

Setelah kita mengenal pasti siapa kah pembeli kita, baru lah kita target mereka dengan sniper hihi

In sha Allah cara ni lebih efektif kut

2) Pencarian Produk (Affiliate Network)

Apa itu Affiliate Network?

Ia adalah pihak ketiga yang menyelenggarakan Affiliate Program bagi memudahkan perhubungan di antara ahli2 Affiliate (publisher) dan syarikat2 (merchant) yang menyertai program Affiliate itu.

Contoh Affiliate Network:

Senarai di atas adalah antara Affiliate Network tempatan dan luar negara yang boleh kita sertai.

Ladyboss juga boleh mencari sendiri Affiliate Network yang lain di internet cuma pesanan akak, berhati2 dan pastikan ia bukan satu scam.

Kalau ladyboss nak lebih selamat, kita mulakan aja pencarian produk dari salah satu Affiliate Network di atas.

Di situ aja pon, dah terdapat banyak produk2 yang berkaitan dengan niche. Pilih aja nak promot yang mana satu mengikut niche masing2.

Baca : Nak cepat buat duit online? Fokus pada topik dan niche

Affiliate Network di Malaysia tidak lah begitu banyak seperti di  negara barat dan produk yang di tawarkan juga agak terhad.

Jika ladyboss ingin menjana pendapatan USD, then akak syor untuk sertai Affiliate Marketing  luar negara seperti yang tersenarai di atas itu

Don’t worry jika tak pandai nak menulis dalam BI, itu semua boleh di atasi dengan menggunakan app translator atau mengupah penterjemah untuk lakukan nya.

Produk yang terbaik adalah produk yang dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi seseorang

So,  take your time  to go through the products listed.

Jika dah ada produk yang sesuai, tunggu apa lagi?

Daftar lah untuk sertai program Affiliate tu, hihi

3) Pemilihan Produk

Pemilihan produk yang terbaik akan menjamin pulangan yang terbaik.

Apa yang dimaksudkan terbaik di sini?

Pada pendapat akak lah, maksud terbaik tu sebenar nya agak terlalu luas skop nya.

Sebab nya?

Sebab, apa yang terbaik untuk kita belum tentu ia terbaik untuk niche kita.

So

Pasti kan kita mengenali siapa bakal pembeli kita (customer avatar) dulu

Ketahui apa masalah yang sering di hadapi nya, kemudian fikirkan, cari idea dan kemukakan penyelesaian yang terbaik juga untuk nya.

Sama ada melalui produk atau servis yang boleh kita tawarkan.

Ok

Akak rasa, ladyboss mesti dah siap2 buat customer avatar untuk pemasaran bisnes online, kan?

Dan tentu nya, ladyboss dah tahu apa masalah  yang di hadapi nya dan bagaimana kita boleh membantu mereka untuk menyelesai kan nya.

Ya, kan?

Alhamdulillah

4) Menjalin ukhwah berterusan

Dalam usaha kita untuk buat duit online,  kita juga perlu ada perancangan dan strategi pemasaran jangka panjang.

Baca : Strategi Pemasaran Bisnes Online

Membina bisnes online memerlukan kesabaran yang luarbiasa kerana ia bukan lah suatu skim cepat kaya yang boleh di lakukan dalam masa tujuh hari tujuh malam.

Ada kala, ia mengambil masa berbulan2 sebelum kita dapat menikmati hasil nya.

Sabar dan konsisten adalah kunci utama

Mari akak berkongsi ngan ladyboss, beberapa langkah yang boleh kita ikuti bersama dan lakukan dengan mudah secara konsisten.

Sebelum kita mulakan Affiliate Program, perlu di ingat kan pada dasarnya, Affiliate Marketing hanyalah : Kita mempromosi kan produk orang lain.

Bukan mudah untuk menjual produk orang lain yang mungkin kita sendiri belum pernah melihat, apatah lagi mencoba nya

Tambahan pula nak promot kat orang yang langsung tidak mengenali kita.

Mana mungkin seseorang akan terus membeli produk online tanpa terlebih dahulu mengetahui kebaikan atau keberkesanan produk itu.

Ya kan?

Walaupun kita sertakan dengan testimoni pembeli, namun masih ramai yang tetap saja masih sangsi dan enggan membeli dari kita.

Itu perkara biasa lah kan, sebab zaman sekarang terlalu banyak penipuan yang berlaku di atas talian.

So, jangan mudah berkecil hati ya, ladyboss

Anyway, ada terdapat banyak survey yang membuktikan, bahwa untuk menjual sesuatu produk secara online, ia memerlukan kepercayaan.

Bukan setakat kepercayaan produk, malah lebih pada kepercayaan pada si penjual.

Aduhhh

Macam mana tu.

Sedangkan mereka baru pertama kali berinteraksi dengan kita.

Now that’s where membina ukhwah berterusan comes in

Faham ke?

Cara yang paling mudah, efektif  dan tidak mengambil masa yang banyak, tak perlu nak berbalas WhatsApp, Messenger , telegram bagai ialah dengan melalui email.

Kita gunakan email autoresponder.

Akak menggunakan Mailerlite Autoresponder  untuk membina ukhwah sesama pembaca akak.

Pernah terima helo2 email dari akak?

Tak  pernah? Hmmmp

Jika ladyboss suka dengan apa yang akak kongsi kan dan ingin terus dapatkan info setiap kali akak publish artikel baru, boleh klik butang merah di bawah tu.

Akan akan hadiah kan awak satu PDF – Bisnes Online Starter Kit

Nak?

Klik butang merah ni

5) Membina Sales Funnel

Pernah dengar apa itu sales funnel?

Dalam erti kata , funnel itu adalah corong.

Macam kita nak tuang minyak kedalam tangki kereta, kan ke kita gunakan corong, untuk memastikan minyak itu tak tumpah ke tempat yang tidak sepatut  nya?

Corong itu akan memastikan minyak itu pergi ke tempat yang di target, kemudian memboleh kan kita hidupkan enjin dan memandu ke destinasi kita.

Maka begitulah fungsi sales funnel ini.

Ia adalah satu corong, di mana kita tapis bakal pembeli kemudian kita pimpin dan bawa dia dari satu halaman ke halaman lain menuju ke destinasi (Closing Sales)

Tujuan nya?

Supaya dia lebih akrab dengan kehadiran kita, selesa dengan cara kita dan tidak merasa kekok untuk mengacukan soalan jika ada kemusykilan.

Dari sini, maka timbul lah satu hubungan dan kepercayaan mereka kepada kita.

Dah ada hubungan chemistry, baru lah mudah nak  light up the fire

Faham ke faham ni?

6) Pemasaran Affiliate (Cara promosi)

Produk Affiliate walaupun mudah untuk di pasarkan kerana ia tidak memerlukan modal kewangan pendahuluan tapi ia sebenarnya memerlukan sedikit modal masa.

Kita perlu meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk tujuan promosi.  Sikit aja tenaga, tak banyak.

Don’t worry

Macam mana cara nak promot produk affiliate tu?

Ada dua cara yang boleh kita lakukan:

  • Iklan berbayar
  • Iklan Percuma

Kedua2 cara ini boleh di lakukan serentak. Untuk promosi secara percuma ia agak mengambil masa untuk mendapatkan hasil yang di inginkan.

Dengan iklan berbayar, in sha Allah ia lebih efektif kerana ia lebih fokus kepada targeted niche kita dengan lebih pantas.

Promosi melalui media sosial:

  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • Blog
  • LinkIn
  • Twitter

YouTube, Facebook dan Instagram amat sesuai dan berkesan untuk tujuan promosi sama ada secara percuma dan juga berbayar.

YouTube adalah salah satu search enjin terbesar selepas Google.

Facebook pula, terdapat data2 pengunjung seperti lokasi, umur, hobi dan pekerjaan.

Ini memudahkan lagi kerja2 kita untuk target bakal pembeli.

Kesemua platform yang akak sebutkan diatas boleh digunakan secara cross link, makna nya, kita buat satu grafik yang lebih kurang sama dan kita hebahkan ke atas semua platform2 itu.

Artikel Berkaitan :

Sekian dulu perkongsian akak tentang bagaimana nak mulakan Bisnes Online Affiliate Marketing.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jika ada tambahan yang ingin anda kongsikan, boleh tinggalkan di ruangan komen.

In sha Allah akan akak update kemudian.

Anda belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, klik Share ke FB

Sharing is caring tau.

~Kak Su – Membantu ibu2 di rumah membina blog dan bisnes online


Kak Su

Kak Su membantu ibu2 membina blog dan bisnes online sambil mengasuh anak2 dirumah

5 Comments

Nurhasanah Ismail · January 13, 2018 at 12:34 am

MasyaAllah. Sangat informative entri akak 🙂
Salam ukhuwah dari saya, momblogger baru.

Amir Mazlan · January 18, 2018 at 4:23 am

no 4 tu kena start awal-awal, menjalin ukhwah berterusan (kumpul database)..nanti senang di kemudian hari.

no 6 tu paling kena usaha lebih dan kena master betul-betul..trafik, trafik dan trafik lagi (targeted).

😀

    Kak Su · January 18, 2018 at 11:19 am

    In sha Allah Amir, akan akak usaha xtra large utk Dapatkan targeted trafik. Terimakasih sudi berkongsi tip di sini

albar · April 5, 2018 at 4:44 pm

Tq..sgt2 akak yer..walaupun sy dbuai mimpi..akak ttp ambil berat nk tlg sy..tlg sy smpai berjaya

    Kak Su · April 6, 2018 at 1:40 pm

    Sama2 Albar, jangan lah terus dibuai mimpi… Bangun dan berusaha terus tangga kejayaan in sha Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *