2 Cara Mudah Buat eBook

Selepas sharing artikel yang lalu, Cara Buat Duit Dengan Canva, Kak Su terima beberapa soalan melalui emel dan juga PM di FB dan Instagram.

 

Antara soalan nya, 

  1. Apa produk digital yang mudah dan pantas di buat untuk dijual di blog?
  2. Macam mana nak buat eBook untuk dijadikan lead magnet?

 

Amboi, I like your idea tu.

 

Kita create a digital product over the weekend, siap on Monday untuk dijual.

 

Hebat!

 

 

If you asked me, to me lah, produk digital yang paling mudah dan pantas untuk dibuat,

 

is of course ebook dan juga Canva templates

 

Kak Su will breakdown for you cara buat produk digital, Ebook menggunakan Canva di artikel kali ni. Untuk cara buat Canva template, di lain posting ok.

 

Ebook

Cara Buat Digital Produk eBook

Ebook adalah satu produk digital yang paling mudah sekali untuk  kita buat.

 

Sebab?

 

eBook dijual dalam bentuk PDF

 

Tak perlu nak hantar ke printer untuk printing dan tak perlu nak dibungkus atau dipos.

 

Ebook ini juga boleh dijadikan sebagai lead magnet untuk kumpul leads gitu.

 

Ia adalah salah satu lead magnet yang sangat popular di kalangan usahawan online.

 

Kak Su belum pernah lagi buat eBook untuk di jual, hanya dibagi PERCUMA as lead magnet untuk kumpul leads.

 

Nak tau cara Kak Su buat eBook untuk digunakan as lead magnet?

 

Paling simple sangat.

 

Ini Cara Kak Su Buat eBook

Kak Su akan mulakan dengan menulis draf kat dalam Google Docs. Memang akak suka guna anything Google related. Kalau you kenal Kak Su memang bukan IT savvy pun.

Nak guna Microsoft word? Oh please!

 

So Kak Su akan mula menulis, edit siap siap , masukkan lah  kesemua setting yang patut untuk SEO. Biasanya Kak Su akan refer pada my own SEO checklist yang memang akak dah siapkan, created on Canva.

 

Kak Su ada siapkan SEO checklist tu untuk you.

 

You boleh dapatkan nya disini.

 

Setelah siap artikel tu, Kak Su biarkan dulu sehari dua dulu. Akak hanya proof read pada hari ketiga. Waktu tu, minda akan lebih fresh untuk mencari apa yang tak kena contoh susunan ayat atau typo error.

 

Tapi sebenarnya, typo error tu tak berapa sangat lah jugak, sebab blog Kak Su ni ditulis dengan cara santai, bukan formal pun.

 

So kalau ada khilaf  pada ejaan, ok lah tu biasa.

 

Kak Su lebih beri perhatian pada cara penyampaian, sebab rata rata pembaca blog Kak Su ni, sama macam Kak Su, kurang cerdik IT. So Kak Su akan sampaikan sebagaimana akak nak orang sampaikan pada akak.

 

Straight forward, tiada technical jargon yang pelik pelik yang susah akak nak faham.

 

Buat Poster Guna Canva

Untuk grafik atau poster pula,  Kak Su siapkan di Canva, termasuklah blog featured image atau blog banner. Sejak kenal Canva ni, memang fall in love teruslah. Daripada pengguna freemium, Kak Su dah upgrade terus ke Canva Pro.

 

Mahal ke Canva Pro?

 

Tak jugalah, bila kenangkan setiap kali nak bayar $1-$3 untuk download premium design. Hitung hitung, elok terus beli Canva Pro. 

 

Di Canva Pro ada banyak ready made template eBook dan juga eBook cover.

 

Mudahkan kerja kita, hanya drag and drop dan edit sikit sikit. Ya lah, nak tukar warna dan font biar nampak ada kelainan sikit.

 

Kak Su setakat ni tak ada lagi branding color atau theme.

 

Jika you ada brand color, you boleh setting so Canva boleh bagi suggestion related  color.  Jimat masa lah, dari sehari suntuk nak siapkan satu grafik, sekarang sehari boleh siap 10 grafik. 

 

Now that is productive time management if you ask me.

 

Bila dah siap design di Canva, Kak Su download, simpan di Google Drive.

 

Di draf article Google Word tadi tu, Kak Su insert saja Canva grafik atau poster tadi yang Kak Su siap buat tu.

 

Ta-da! Siap dah eBook Kak Su.

 

Cara Nak Bagi Akses eBook Pada Pembeli

Soalan seterusnya, macam mana nak bagi eBook tu pada pembeli atau pada leads?

 

Ya kan? Dah tau dah

 

So next Kak Su akan copy kesemua isi kandungan draf di Google Docs dan Kak Su paste ke blog.

 

Caranya?

 

Ada 2 Cara Yang You Boleh Buat

  1. Sama saja macam mana you tulis entri di blog. Cuma kali ni, you hanya copy konten dari Google Doc dan paste di blog entri. Check dulu, pastikan spacing dan lay out semua cantik , kemudian klik Publish.

 

Siap.

 

Oops belum lagi ehh..

 

Ok selepas you publish, you copy the URL link dan paste di satu tempat yang mudah untuk you akses. 

 

Kak Su biasanya guna Google Keeps. ( I told you I love anything Google related hihi)

 

Kemudian you pegi ke Google Search, cari PDF converter. You need to convert article tadi ke format PDF. Convert secara online saja, paste URL link tadi tu.

 

Cara Buat eBook Cover di Canva

So dah siap isi kandungan eBook kita. How about eBook cover? Tak kan lah tak ada baju eBook kita, kesian dia kesejukan.

 

Cara nak buat eBook cover di Canva?

 

 

You pegi ke Canva, type kat bagian search “ebook cover” . Setakat hari ni, ada lebih kurang 637 template untuk you pilih mengikut pada topik ebook you.

 

You boleh pilih template, kemudian edit mengikut pada brand atau citarasa you.

 

Kalau you  nak create from scratch pun boleh. Klik saja, “Create a blank eBook cover”

 

Cara kedua, you boleh buat eBook di Canva. Untuk cara ni, Kak Su akan sambung dilain artikel ya. Jangan lupa singgah semula kesini tau atau check email. Siap aja artikel cara kedua, Kak Su akan roger you di emel.

 

Sekian dulu perkongsian kali ni, jumpa lagi

 

Leave a Reply

Translate »