Orang kata produk paling senang sekali untuk di jual secara online dan menguntungkan adalah produk digital.
Ya ke tu?
Apa sebabnya ya, coba you teka?
Mungkin salah satu sebab ia lah, tak perlu nak pegang stok. Satu lagi sebab, tak perlu nak pos produk.
So, kalau tak perlu pos macam mana pulak kita nak sampaikan produk tu pada pembeli?
Mudah aja, selepas terima bayaran, kita emel download link pada pembeli. Sweet and simple.
Apa produk digital yang boleh kita create dengan pantas untuk di jual?
Ada banyak sebenarnya, antaranya
- Ebook
- Calendar
- Bullet Journal
- Coloring Book
- Budget Planner and the list goes on.
Hanya perlukan sedikit modal, iaitu creative thinking, itu saja. Tapi yang paling best, you boleh create menggunakan app percuma saja.
Tak pasti lah if you pernah dengar Canva atau biasa menggunakan nya, tapi yang pasti you boleh buat duit guna Canva.
Tak percaya?
Mari, Kak Su citer sikit caranya. Jom teruskan membaca..
So hari ini, Kak Su nak sharing kat you satu digital produk yang you boleh buat dirumah, atau dimana saja. Produk digital ni nanti you boleh jual online.
Best ke best?
You boleh create guna henpon, semasa menunggu, jemput anak pulang sekolah, atau mungkin sewaktu anak anak sedang tidur disiang hari.
Mungkin ramai yang dah terbiasa dengan produk digital ebook, kan? Tapi kali ni, bukan ebook tetapi digital poster.
Poster?
Yup, poster.
Ada ke orang nak beli poster zaman smartphone ni Kak Su?
Ada
Digital poster ni nanti, you boleh jadikan printables seperti planner, bullet journal dan juga social media template.
Kak Su paling suka ready made sosial media template, ia mudahkan kerja Kak Su.
Tak perlu nak habiskan masa depan laptop, tak perlu crack my brain for ideas. Memang tak ada idea pun selalu nya hi hi.
Apa Itu Social Media Template?
Social media template adalah poster untuk digunakan di postingan media sosial seperti di Instagram newsfeed dan di Instagram Story.
You pun tau ramai usahawan yang menjual atau mempromosikan produk di sosial media, Instagram. Mereka suka theme color untuk matching dengan brand.
Ehh, bukan usahawan saja lah yang memerlukan social media template ni,
ejen dan dropshipper pun memerlukan nya juga
Walaupun HQ biasanya dah sediakan marketing material untuk dropship, tapi masih ada aja antara mereka yang suka buat poster sendiri.
Nak menghasilkan poster atau graphic mengambil masa dan tidak semua usahawan ada banyak masa untuk diluangkan untuk create poster, this is where you come in
Sebab nya?
Nak upah graphic designer bukannya murah. Nak ada in house designer ?
Hmmm kalau yang memang ada ofis boleh lah jugak kan tapi bagi yang work from home? Nak jugak kena outsource pada freelancer.
why not you saja yang jadi freelancer tu?
Good idea? Yes.. So teruskan membaca
Kenapa Social Media Templates Work So Well?
Digital template mudah dijual sebab ramai usahawan online memerlukan nya.
Beli sekali, boleh digunakan berkali kali
Dan jika you jual template yang boleh di edit, wow bayangkan tu. Mereka boleh edit, tukar gambar, tukar font dan warna and hola, dah jadi poster baru.
So jom, Kak Su tunjukkan cara macam mana nak buat poster menggunakan satu tool percuma dan sangat user friendly.
Software ni you boleh gunakan di desktop dan boleh juga download app untuk create on the go. Sewaktu didalam kereta menunggu nak jemput anak atau pun sedang pantau anak buat kerja rumah.
Software yang Kak Su maksudkan adalah Canva
Kenapa Canva, kenapa bukan guna Powerpoint atau Adobe illustrator.
Sebab nya, if you are like me, kita sama.. Tak pandai nak guna itu semua.
Canva sangat mudah, adik adik sekolah menengah pun boleh buat poster sendiri menggunakan nya.
So jom Kak Su kongsikan caranya.
Cara Nak Buat Poster Guna Canva
You boleh ikuti disini atau lihat video di bawah.
Langkah pertama untuk buat duit online dengan Canva mesti lah belajar buat poster guna Canva dulu.
Ya kan?
Apa kata you mahirkan diri dulu dalam penggunaan Canva kemudian you datang semula ke blog Kak Su ni untuk pelajari cara buat duit online dengan Canva.
Tapi jika you dah memang mahir guna Canva, you boleh teruskan membaca.
Cara Buat Duit Online Dengan Canva
Ada beberapa cara yang you boleh manfaatkan dari Canva untuk buat duit online. Kak Su senarai kan 4 cara di bawah ni ya.
- Sertai program affiliate Canva Pro
- Jadi salah seorang dari Canva Creator
- Jual digital art print Canva
- Reka social media template kemudian jual di marketplace
Baca artikel berkaitan affiliate marketing disini :
5 Program Affiliate Marketing Malaysia
Cara Nak Mulakan Affiliate Marketing
Buat Duit Online Dengan Affiliate Marketing
4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing
So you see, ada banyak cara untuk buat duit online dengan Canva, tapi seperti yang Kak Su sebut diatas tu, yang paling akak suka ialah no 4, iaitu mereka social media template.
Social media template ni nanti, you boleh jual kepada usahawan, ejen dan juga dropshipper. Elok sekali, kalau you buat satu pack khusus untuk satu niche.
Contoh :
- Social media template untuk founder beauty
- Social media template untuk pengusaha makanan
- Social media template untuk ejen insuran
- Social media template untuk ejen penapis air
Cukuplah Kak Su bagi 4 contoh, you get the idea kan.
Ok, so kata lah you tak berminat untuk buat poster, social media template bagai untuk di jual.
Apa lagi, yang you boleh buat dengan Canva untuk jana pendapatan?
Jika you tak berminat untuk buat poster social media template sebab you macam Kak Su, tak pernah active disitu, boleh juga buat begini :
- Calendar
- Logo
- Digital Sticker
- Coloring book untuk pra sekolah
- Coloring book untuk warga emas
- Things to do list
- Budget Planner
- YouTube Thumbnail
- Tracing worksheet untuk yang baru belajar menulis jawi
Banyak lagi kalau nak tulis, memang tak habis satu muka surat ni.
Jika you nak tahu kat mana you boleh jual social media template ni nanti, tunggu next artikel ok atau you boleh join my mailing list, so bila artikel tu siap, Kak Su akan maklum kan diemel.
Boleh?
You boleh juga tinggalkan komen di kotak komentar dibawah.
Jangan lupa sharing posting ni so rakan rakan yang lain dapat manfaat sama.
~Sharing is caring
Baca artikel berkaitan buat duit online :
Cara Kak Su Buat Duit USD Online
20 kaki x 10 tak boleh kut
Kak su.. boleh ke reka cipta design banner saiz besar untuk tujuan backdrop pentas .. cth saiz 20 kaki x 10 kaki guna app canva free saja?
Sama sama, moga bermanfaat ya perkongsian kali ni
Terima kaseh kak su… Love you