Featured Image - 10 Asas SEO Untuk Membantu Rank Blog Di Google

10 Tip Asas SEO Yang Boleh You Guna Di Blog, Untuk Bantu You Ramaikan Pengunjung Secara Organik

Artikel kali ni, walaupun agak lapuk topik nya, iaitu asas SEO untuk tingkatkan pengunjung ke blog namun ia sangat releven untuk you yang menggunakan website untuk menjual.

 

Saban hari, kos iklan semakin meningkat dan rata rata founder dan usahawan yang akak kenal secara dekat mengatakan ROAS (return on ad spend) kurang menggalakkan.

 

Tapi you tahu ke tahu?

 

SEO marketing ni, sangat memberi impak jika you tahu cara gunakan nya sebab ia tidak melibatkan kos iklan.

 

Sebab itu, akak sering ingatkan rakan rakan usahawan, untuk siapkan satu blog diwebsite bagi tujuan ranking di Google.

 

Dengan syarat, you gunakan 10 asas SEO yang akak  kongsikan dibawah ni.

 

Apa Itu SEO Marketing dan Bagaimana ia Dapat Membantu Meningkatkan Pengunjung atau Trafik ke Website Secara Organik?

Organik you.. Do you know what that means?

 

Maknanya, trafik berbondong bondong berkunjung ke blog/website you tanpa iklan berbayar.

 

Sebenarnya Kak Su ni bukan lah expert in SEO ni, setakat asas SEO saja tahu ler.

 

Namun itu pun, Alhamdulillah, dah cukup untuk mendatangkan visitors ke blog Kak Su dan memberi pendapatan konsisten setiap bulan dari blog.

 

Bayangkan kalau akak ni pakar SEO, fuyooo pasti meletup letup visitor ke blog ni kan, kan?

 

Ramai jugak student yang mengikuti kursus percuma “Belajar Buat Blog” 

 

Bertanya,

Kak Su, saya dah siap publish blog saya, tapi kenapa bila saya Google tak jumpa pun?

 

Hihi.. kalau you nak tahu, inilah soalan yang akak sendiri tanya diri sendiri masa akak mula blogging 5 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2017.

 

Punyalah semangat menulis dan publish artikel tapi bila Google Search, tak muncul muncul huhu.

 

Rupa rupanya, ada rahsia untuk menaikkan artikel atau blog kita dimuka hadapan Google.

 

Caranya?

 

Mari.. Kak Su bongkarkan rahsia nya ok.

 

Apa itu Asas SEO Marketing?

SEO atau nama penuhnya, Search Engine Optimization sering menjadi satu misteri yang tak terungkai bagi mereka yang baru berjinak jinak dalam dunia blogging ni.

 

If you know, you know

 

Kejam sungguh bunyinya kan aduhai..  Bukan lah begitu, maksud Kak Su, bagi mereka yang tahu apa itu SEO, well.. Bagus lah

 

What if you langsung tak tahu?

 

Kalau langsung tak tahu, jom teruskan membaca supaya you terus tahu.

 

Ada beberapa perkara yang you perlu beri perhatian setiap kali you menulis artikel baru sebelum you tekan butang publish.

 

Antaranya :

10 Asas SEO You Perlu Tahu

  1. Imej
  2. Long Tail Keywords
  3. Post Titles
  4. Headings
  5. Meta Description
  6. Related Post
  7. Internal Link
  8. Anchor Text
  9. Back Links
  10. Permalinks

 

Ok siap. Ada 10 perkara saja buat masa ni. Jika ada lagi in sha Allah Kak Su tambah kemudian dan email you updates ok.

 

Dah join email list Kak Su ke?

 

Jika belum, ahh jom join supaya tak ketinggalan. Tinggalkan komen di kotak komenter atau boleh terus ke contact me.

 

Banyak Sangat Ke Nak Kena Buat, 10 Asas Seo ni? 

Don’t worry, Kak Su akan terangkan satu persatu asas SEO dibawah ni ya.

 

Jika you kesuntukan masa, boleh saja request PDF untuk you baca dimasa singgang.

 

 

Ini adalah step yang Kak Su sendiri gunakan, ramai yang kata menjadi.

Siap ada yang nak upah akak untuk buatkan SEO Marketing sebab akak POWER SEO katanya

 

Allahu Akbar, bukan akak ya. Kak Su hanyalah hambaNya yang sangat daif dan kerdil.

 

Namun begitu, jika you berminat nak hire Kak Su untuk tujuan SEO Marketing , boleh saja booking call di Google Meet.

 

Di meeting itu nanti, kita boleh bincang lebih detail bagaimana akak boleh bantu website you ranking di Google, in sha Allah.

 

Kalau berminat boleh book Calendly disini lah ya. Strategi suai kenal, call 30 minit, PERCUMA saja.

 

10 Asas SEO Yang Kak Su Sendiri Guna Di Blog

10 Basic SEO untuk membantu blog rank di Google

1. Imej

Pastikan sebelum you upload gambar ke dalam gallery blog, you tukar nama file tu dulu kepada satu nama yang berkaitan dengan tajuk blog.

 

You juga perlu masukkan ALT text, supaya mudah bagi Google nak tunjukkan imej ni bila orang buat Google Image Search.

 

2. Longtail Keywords

Pastikan dulu, artikel yang you tulis tu, nak ranking keyword yang mana satu? Kemudian, pastikan you masukkan longtail keyword ini ada kat dalam artikel tu ok

 

Contoh keyword yang you nak rank : nasi lemak

Contoh longtail keyword : resipi nasi lemak paling sedap untuk sarapan pagi

 

3. Post Title

Setiap blogger, bila dah siap menulis dan publish artikel, mestilah nak orang jumpa blog artikel tu bila di Google Search.

 

Ya kan?

 

So pastikan tajuk post (Post Title) you tu ada mengandungi kekata kunci dari longtail keyword tadi.

 

4. Heading

Kalau boleh, gunakan juga longtail keyword sebagai Heading utama.

 

Heading kedua, ketiga dan seterusnya  (H2, H3, H4) ) kerana ia dapat membantu dalam hieraki  blog. Bukan itu saja, ia juga membantu penulisan kita kelihatan tersusun dan mudah dibaca.

 

5. Meta Description

Part ni ramai yang terlepas pandang, so make sure you isi kan kotak meta description tu dengan kekata kunci yang you nak ranking tu ok.

 

Kak Su suka create curiosity kat kotak tu untuk menggalakkan orang klik ke blog post hihi.

 

6. Related Post 

Ada juga Kak Su terima soalan,

 

kenapa Kak Su suka masukkan related post kat bawah setiap artikel terkini ya?

 

Tujuan nya,

1. Untuk mengalakkan pembaca klik artikel seterusnya.

2. Supaya pembaca stay dalam website kita lama sikit.

 

Dengan cara ni, bounce rate kita tak ler tinggi sebab pada mata kasar Google, orang suka duk lelama diblog kita untuk membaca artikel yang ditulis.. Gituuu

 

7. Internal/ External Link

Internal link, fungsinya lebih kurang sama dengan related post, cuma ia lebih power sebab ia menunjukkan authority kita sebab kita mampu menulis beberapa topik berkaitan.

 

External link pun begitu juga, cuma pastikan external website yang kita link itu, biarlah lebih tinggi domain authority nya berbanding dengan website kita sendiri.

 

8. Anchor Text

Anchor text ni apa pulak ya?

 

Mesti you tertanya tanya kan? Ok anchor text ni adalah ayat yang you gunakan untuk internal/external link tu. 

 

Kalau boleh, biarlah you tulis ayat berkaitan yang boleh memancing pembaca untuk klik.

 

Tapi.. elakkan guna ayat “Klik disini” 

 

9. Backlinks

Bab backlinks ni sebenarnya hingga kehari ni masih akak kurang faham cara yang betul lakukan nya. 

 

Biasanya, bila blogwalk, blogger akan masukkan link website dorang kat kotak komen tu. Tapi tulah, dalam 5 tahun berblog ni, bila dikemas kini, banyak backlink yang tak aktif.

 

Kebanyakan blogger tak renew domain dan hosting website so blog dorang terkubur begitu saja.

 

Yang effect blog kita ler, sebab dilink kan kepada dead end.

 

Hampir 2 minggu jugak akak spring clean, bersihkan back link ni. Serik rasanya nak join blogwalk atau blog post sekarang ni huhu.

 

10. Permalinks

Permalink, kalau kita create blog di wordpress, maka boleh lah kita customised, tapi kalau guna blogspot rasanya tak boleh buat apa pun.

 

Sebab tu akak selalu syor guna wordpress untuk blog sebab permalink tu boleh diedit.

 

Kak Su biasanya hanya pilih category dan blog post. Memang akak elakkan guna tarikh sebab tak mau lah orang nampak tarikh artikel tu ditulis 5 tahun lalu.

 

Nampak sangat lah artikel tu dah lapuk, tak updated info lah pulak.

 

Ishh tak maulah, tapi itu akak lah. 

 

Kalau you dont mind ada kelihatan tarikh artikel dipublish, then go ahead.

 

No harm done ok

 

Jangan lupa dapatkan Checklist SEO Untuk Blog yang telah Kak Su siapkan untuk you, ya.

 

Baca artikel berkaitan :

  1. 12 Tip Mulakan Bisnes Online Dengan Konfiden
  2.  12 Tip Tingkatkan Trafik ke Blog

 

~~Kak Su

 

 

Leave a Reply

Translate »