5 Program Affiliate Percuma Malaysia

 

Jika you ada mengikuti Instagram Live Kak Su tempoh hari bersama pengasas Muslimah Blogger, you pasti tahu topik yang kami bincangkan ialah mengenai Email Marketing dan juga Affiliate Marketing.

 

Terimakasih Kak Su ucapkan kerana sudi bersama sama akak. Kak Su ni jarang nak buat mende mende live camni

 

Jika you dah lama follow akak, you pun tau kan? 

 

Nanti boleh bagi feedback kalau you nak akak teruskan buat live, berkongsi topik yang dekat dihati you.

 

Ok?

 

So antara soalan yang kami terima waktu tu ialah, 

Mana nak cari lubuk produk affiliate?

 

Seperti yang Kak Su terangkan sewaktu sesi live tu, sebenarnya nak mencari produk affiliate untuk dipromosikan bukan lah sesuatu yang sukar.

 

Yang rumit tu, nak mencari produk untuk di padankan dengan niche kita. 

 

Kenapa?

 

Sebab jika you promosi sesuatu produk yang tidak memenuhi keperluan niche, maka sudah pasti lah tiada yang akan klik link affiliate you.

 

Jika tiada yang klik, maka tiadalah yang membeli.

 

Baca artikel berkaitan:

  1. Mengapa perlu fokus pada niche
  2. 15 Cara promosi produk affiliate

 

So berbalik pada soalan,

Kat mana lubuk affiliate tu?

 

Ada tiga cara Kak Su gunakan untuk mencari lubuk dan juga produk affiliate ni.

 

Kak Su senaraikan dibawah ni ya

 

3 Cara Mencari Lubuk Produk Affiliate 

  1. Affiliate Network
  2. Google Search
  3. Founder Produk

 

#1 Affiliate Network

Apa yang dimaksudkan affiliate network tu?

Ini ibarat satu badan, dimana beberapa syarikat menaung dibawahnya.

 

5 Program Affiliate Network Percuma  Yang Boleh  You Sertai di Malaysia :

 

Jika you klik setiap satu pautan diatas, you akan dibawa ke website berkenaan. Untuk melihat produk yang tersenarai, you perlu mendaftar dulu sebagai ahli affiliate.

 

So go ahead, sign up dulu ok

 

Untuk dapatkan 10 Affiliate Network USD, klik disini

 

#2 Google Search

Untuk mencari produk affiliate melalui Google search pula, Kak Su akan masukkan keyword beserta tanda (+) affiliate

 

Contoh : keyword + affiliate 

 

So jika nak cari affiliate untuk produk affiliate, you  masukkan camni

 

[running shoes] + affiliate

 

Nanti Google akan carikan untuk you, kemudian akan dipaparkan untuk you.

 

Dari senarai tu nanti, you pilih lah salah satu yang you suka, ok

 

#3 Founder Produk

Cara ni, paling mudah. Jika you ada menggunakan sesuatu produk dan you sangat suka kan kebaikan nya,you boleh saja memilih untuk promosi kan nya pada ahli keluarga dan rakan rakan secara rela hati tanpa mendapat apa apa imbuhan.

 

Atau you boleh menjadi salah sorang affiliate, promosikan nya dan, meraih keuntungan komisen jika terhasil jualan.

 

 Jika diberi pilihan, yang mana satu jadi pilihan you?

 

Sudah pasti lah you pilih yang kedua kan?

 

Tapi..

 

Macam Mana Nak Tahu Produk Kegemaran You Ada Menawarkan Program Affiliate?

 

Mudah saja..

 

You hubungilah founder produk tu. Tanya aja direct, tak apa.. Kak Su pun buat camtu.

 

Diawal awal akak mula blogging akak teringin nak guna email autoresponder, tapi tak tahu camna caranya.

 

Puas mencari, akhirnya akak pun sign up menggunakan autoresponder lokal, iaitu RoketMel. Malangnya Kak Su tak tahu cara nak setting kan nya.

 

Founder JomBiz, Tuan Amin dengan berbesar hati telah membantu akak untuk set up dengan remote, menggunakan teamviewer.

 

Akak memang bersyukur sangat ada yang nak bantu tapi akak paling kagum dengan kebolehannya.

 

Setelah menggunakan RoketMel sebulan dua, terdetik dihati akak untuk  mempromosikan nya. 

 

Namun akak tak pasti jika RoketMel ada menawarkan program affiliate. Apa lagi, Kak Su terus saja hubungi Tuan Amin untuk bertanya.

 

Jawaban yang diberikan membuatkan akak super excited you.

 

You mesti dah tau jawaban nya kan.

 

Ya.. Tuan Amin kata, bukan saja RoketMel ada menawarkan program affiliate, malah ada banyak  lagi produk digital yang boleh akak promosikan jika akak sertai Affiliate Network dibawah JomBiz.

 

Apa lagi, bagai orang mengantuk disorong bantal lah kan, akak terus saja sertai.

 

Permohonan sebenarnya secara online aja, tapi waktu tu, Tuan Amin juga ada sediakan workshop untuk para affiliate di pejabat Jombiz.

 

Nah.. belanja gambar satu

 

Kelebihan Dan Kekurangan Menyertai Program Affiliate Network 

 

Secara amnya, mestilah ada kan, pros and cons kan. Nak tau ke apa kekurangan dan kelebihan nya?

 

Arr jom teruskan membaca.

 

Kelebihan Program Affiliate Network

  1. Sertai program affiliate dari pelbagai jenama
  2. Banyak pilihan produk mengikut niche
  3. Lebih cepat untuk capai payout
  4. Pembayaran komisen secara auto

 

#1 Sertai Program Affiliate Dari Pelbagai Jenama

Dibawah naungan affiliate network terdapat banyak jenama dari syarikat gergasi. You berpeluang untuk mempromosikan nya tanpa perlu membuat permohonan affiliate berasingan.

 

Cukup hanya dengan menekan butang “Apply” di gambar syarikat yang ingin you sertai.

 

 

Ada juga syarikat yang berdaftar di bawah Involve Asia membenarkan affiliater secara auto untuk promosikan produk mereka, You tak perlu memohon pun.

 

How cool is that?

 

Jangan lah tanya akak syarikat yang mana satu. You daftar lah dulu, pastu semak sendiri satu persatu.

 

Daftar program affiliate Involve Asia kat sini 

 

#2 Pelbagai Pilihan Produk Mengikut Niche

Paling best sekali, dibawah affiliate network ada terdapat banyak syarikat yang menawarkan program affiliate.

 

Jika you go through setiap satu affiliate network yang akak senaraikan diatas tadi tu, you boleh jadi pening jugak tau sebab terlalu banyak produk menanti you hihi

 

Jika selama ni you hanya tau , cara buat duit online di Shopee dan Lazada hanya sebagai seller atau dropship saja, you be surprised if I tell you ada cara lain.

 

Nak tau kan?

 

Tau dahh…

 

Sebenarnya, jika you sorang pelajar atau  bekerja sepenuh masa dan tiada masa nak buat dropship atau menjual side line di Shopee, you masih boleh buat duit online.

 

Caranya?

 

Apa lagi.. Sudah tentu lah sebagai affiliate.

 

Ya.. You boleh memohon untuk sertai Shopee Affiliate program Malaysia dibawah affiliate network Involve Asia.

 

Bukan saja affiliate Shopee tau, ada banyak lagi syarikat yang you boleh sertai mengikut niche you, of course.

 

Antaranya  yang paling popular, Lazada Affiliate program Malaysia

 

Baca artikel berkaitan:

  1. 3 Sebab You Mesti Sertai Program Affiliate Involve Asia
  2. Cara Buat Duit Dengan Affiliate 

 

#3 Pencapaian Target Payout Lebih Pantas

Oleh kerana you diberi pilihan untuk mempromosikan beberapa produk atau syarikat  secara serentak dibawah naungan Affiliate Network, maka mudahlah untuk you capai payout dengan lebih pantas.

 

Kebiasaanya, payout bagi sesuatu program affiliate minima RM50. 

 

Bayangkan, jika you promosi beberapa jenama produk yang dibawah satu network.

 

Sudah tentulah, you dapat capai target payout dengan pantas.

 

Ya kan?

 

#4 Pembayaran Komisyen Secara Auto

With affiliate network ni kan, pembayaran komisen dibayar tepat pada masa yang dijanjikan. You tak perlu nak request pay out.

 

Tup tup, you terima emel noti pembayaran komisen telah dikreditkan ke bank akaun anda.

 

Talk about passive income ehh 

 

Di Involve Asia, you boleh pilih beratus produk mengikut niche you, contoh:

  • Fashion
  • Travel
  • Health and Beauty
  • Finance 
  • Electronics

 

Sekarang jom kita tengok pula apa yang tak bestnya ngan Affiliate Network ni

 

Kelemahan Program Affiliate Network

Oleh kerana affiliate network menguruskan setiap transaksi bagi pihak syarikat berjenama yang bernaung dibawah nya, maka setiap pengurusan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

 

Maknanya, setiap update akan di umumkan secara am melalui emel, oleh Affiliate Network, temasuk lah pembayaran komisyen.

 

With Involve Asia misalnya, you sentiasa saja perlu baca emel yang dikirimkan.

 

Sebabnya?

 

Jika you malas buka emel atau tak baca langsung emel yang dikirim, besar kemungkinan you akan ketinggalan jika ada promosi gempak yang menawarkan komisyen tinggi.

 

Bukan itu saja, yang paling tak best nya, tetiba saja promosi yang you sedang giat jalankan, menggunakan affiliate link  tu dah expire! Huhu

Kak Su dah berapa kali dah terkena!

 

Rasa sia sia saja effort buat promosi sedangkan affiliate link yang kita hebahkan dah expire rupanya.

 

So atas sebab itu lah juga, Kak Su hanya memilih produk yang evergreen. Produk yang in sha Allah sentiasa ada permintaan dan tiada tarikh luput.

 

Dari segi pembayaran komisyen pula, walaupun ia secara auto payout, tanpa perlu kita buat manual withdrawal namun affiliate network biasanya ada meletakkan jumlah had yang ditetapkan sebelum payout.

 

Di Involve Asia, minium payout ialah RM80. So adalah juga, jumlah komisyen hanya RM79 so tunggulah bulan berikut nya untuk payout.

 

So really, its up to you sebenarnya nak promot produk yang mana satu. Jika you seorang yang rajin bersosial media, suka pada beauty dan fashion, maka elok you sertai program Affiliate di Involve Asia.

 

You tak perlu keluar modal dan ia tak mengambil banyak masa untuk promosikan nya berbanding dengan dropship.

 

Ok sebelum akak  tutup perkongsian ni, just a quick sharing, kekurangan dan kelebihan menjadi affiliate direct dari founder produk.

 

Yang paling akak suka, walaupun ada threshold withdrawal limit, tapi masih ada ruang untuk berunding. Pernah juga dah berbulan komisyen untuk produk affiliate tu, statik aja RM50. Sedangkan minimim withdrawal RM100.

 

Tapi akak dengan selambanya hubungi founder, mohon dia release payment walaupun belum sampai jumlah yang ditetapkan hihi.

 

Dengan senang hatinya, dia setuju tanpa banyak soal. Alhamdulillah

 

Yang tak bestnya?

 

Paling haru bila founder tutup program without notice. Kita duk promote, rupanya program tu dah pupus huhu. Melepas komisyen yang tertangguh  tu, anggap aja lah bukan rezeki kita kan.

 

Sekian perkongsian kali ni. Jangan lupa tinggalkan komen ya. Tell me what you think tau.  Ini link untuk sertai Affiliate Network di Involve Asia.

 

 

~~Kak Su

 

14 Comments

  1. Min
  2. Kak Su
  3. Kak Su
  4. ayu rafikah
  5. Kak Su

Leave a Reply

Translate »