cara buat duit denga affiliate marketing

Macam Mana Nak Buat Pemilihan Niche Dan Produk Yang Menguntungkan

Nak buat duit dari rumah dengan Affiliate Marketing?

Sebab dengar2 ia adalah salah satu cara buat duit online tanpa modal. Selain itu, ia juga mudah untuk dimulakan dan mudah untuk di selenggarakan.

Or is it?

Betul ke Affiliate Marketing ni boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan secara autopilot?

Jika itu yang selama ni anda dengar, betul lah tu.

Tapi..

Tak tahu apa mende tu, Affiliate Marketing?

Dont worry.. akak ada sediakan panduan for you, masukkan info anda di bawah untuk dapatkan nya.

Ada ke jalan pintas untuk buat duit online dengan Affiliate Marketing?

Jawaban nya?

Ada.. kut..

Biasa yang akak dengar lah kan, jika kita inginkan fast result, than kita harus bersiap sedia untuk melaburkan sedikit fulus untuk jumpstart kan ia.

Ok, jangan salah faham

Tak semestinya nak buat duit online dengan Affiliate Marketing perlu mengeluarkan modal RM.

Tip2 yang telah akak kongsikan selama ni pun, semua nya percuma untuk dimulai, kecuali bab daftar domain.

Yang itu, memang akak tak dapat nak tolong but if you dont mind your domain ada extra extension di belakang nya, then why not.

So you boleh gunakan platform percuma seperti :

  1. Weebly
  2.  Wix
  3.  WordPress.com
  4.  Blogger

Go ahead,

Dapatkan domain percuma dari platform2 di atas tu.

Kemudian modal kan sedikit masa dan juga tenaga untuk membina blog.

Jika lady boss ikuti dan praktikkan secara konsisten tip2 yang akak kongsi kan tu.. In sha Allah akan ada lah hasil nya nanti

Sebelum anda membuat pemilihan platform, baca dulu perkongsian akak ni:

Baca : Perbandingan WordPress dan Blogger, apa yang membezakan nya

Oleh kerana Affiliate Marketing bukanlah satu skim cepat kaya, maka ia memerlukan sedikit kesabaran kerana ia mengambil masa, mungkin sebulan dua kut, baru lah boleh memetik hasil nya.

Yang paling penting, adalah mindset yang konsisten dan tidak mudah menyerah kalah.

Hmmm…apa dia..?

Dah nak give up dah??

Sabar dulu, dengar dulu perkongsian dari akak

Izinkan akak kongsikan cara pintas untuk buat duit online dengan Affiliate Marketing, bak kata orang “Ikut jalan potong”

Cara nya?

Pemilihan niche dan produk yang menguntungkan untuk Affiliate Marketing

Ladyboss tau ke tau, sebenar nya, yang mendorong dan memainkan peranan kejayaan dalam bisnes online, khususnya dalam bisnes online Affiliate Marketing, ialah..

Bina blog?

SEO?

Not really..

Walaupun tidak dinafikan, kedua2 perkara itu penting dalam kejayaan sesuatu bisnes online, namun ada satu langkah yang paling pertama dan utama yang sering kita ketepikan.

Kita ketepikan langkah itu kerana kita tak sabar, kalau boleh nak cepat2 buat duit online.. gitu.. kan?

Coba ladyboss bayangkan senario ini. Kita nak memandu ke suatu destinasi. Adakah kita akan terus stat enjin kereta dan memecut macam F1 driver?

Pasti tidak, kan?

Ya kan?

Setidak2 nya, kita akan cek dulu, keperluan seperti air, minyak hitam dan juga petrol untuk memastikan kelancaran perjalanan.

Kemudian kita akan semak laluan yang paling singkat yang tiada banyak kenderaan.

Di ikuti dengan pemanasan enjin, kemudian barulah di ikuti dengan doa perjalanan dan barulah kita mulai memandu ke destinasi yang ingin dituju.

Maka begitulah juga, pendekatan kita dalam memulai bisnes online Affiliate marketing. Kita haruslah bersiap sedia dengan keperluan asas untuk memastikan matlamat yang di ingini akan tercapai.

So for that to happen, kita perlu luangkan sedikit masa untuk buat research.

Mengapa perlu research sebelum membuat pilihan niche?

Because, pemilihan niche dan produk Affiliate Marketing, it can make or break your online business. Research, ia merupakan langkah pertama sebelum kita memulai apa juga bisnes online and that includes Affiliate Marketing. (niche selection/research)

Di dalam perkongsian 12 Tip Mulakan Bisnes Online, akak meletakkan research kehendak pelanggan sebagai tip no 1

Di dalam ekursus Percuma – Belajar Buat Blog WordPress, sekali lagi akak menyentuh tentang kepentingan pemilihan niche.

Mengapa kita perlu beri extra penekanan tentang keutamaan pemilihan  niche?

Kerana..

Jika kita tersilap langkah di peringkat awal (research), maka kita akan mengalami kesukaran untuk buat duit online

Tapi jika ia di lakukan dengan betul, in sha Allah ia akan menghasilkan pulangan yang lumayan.

Untuk membantu  ladyboss membuat pilihan niche yang tepat yang bakal memudahkan your research effort, akak akan kongsikan rahsia nya

Nak tau?

5 langkah mudah untuk memilih niche yang menguntungkan bagi bisnes online Affiliate Marketing

Kak Su akan kongsikan 5 cara mudah untuk membuat pemilihan niche dengan menggunakan tool percuma yang terdapat online dan juga dengan cara skodeng website ecommerce yang paling popular hihi

  1. FaceBook Audience Insight Tool
  2. Google Search Tool Bar
  3. Google Trends
  4. Qoo10
  5. Lazada

Ada yang masih kurang faham atau tak berapa jelas, apa itu niche?

Macam ni..

Coba gambarkan sesuatu topik kesukaan anda, contoh “kecantikan” atau “kesihatan”

Untuk berjaya dalam program Affiliate, kita haruslah mengisikan konten di website kita, bersesuaian dengan niche.

So makna nya, if you choose niche kecantikan, maka pastikan yang konten2 di blog tidak lari dari topik kecantikan.

Tapi..

Sebelum anda mula membina blog

Terlebih dahulu,  pastikan  niche pilihan anda ada mempunyai produk2 Affiliate yang boleh di promosikan.

Well then.. what happens..

Jika tidak terdapat produk Affiliate yang bersesuaian dengan niche pilihan?

Cadangan Kak Su..

Kita buat pilihan kedua dan ketiga dan seterusnya, sehingga lah kita ditemukan dengan produk Affiliate yang bersesuaian.

Jangan terburu2 memilih niche kerana kesilapan memilih niche hanya akan merugikan masa kita dalam membina website, kerana  ia tidak akan mendatangkan hasil.

Di mana kita nak cari produk2 Afffiliate best seller untuk di promosikan?

Tempat yang paling mudah untuk kita mulakan pencarian produk Affiliate, ialah di Involve Asia.

Mengapa Involve Asia?

Mengapa tidak Clickbank atau Amazon atau lain2 affiliate network gergasi yang telah lama bertapak dan terkenal di kalangan dunia affiliater?

Involve Asia amat sesuai untuk kita2 newbie yang berada di Asia ni, kerana syarikat2 yang mengambil bahagian dalam network itu terdiri dari syarikat2 yang berpusat di Asia.

Produk2 yang bakal kita pilih nanti untuk dipromosikan juga, kebanyakan nya dari negara Asia.

Dan memandangkan pula masih ramai lagi di kalangan kita yang masih terlalu lemah dalam BI, so Involve Asia yang berpusat di KL ada mempunyai kakitangan yang fasih berbahasa BM.

Mereka dapat membantu jika kita ada permasalahan berkaitan Affiliate Program.

So no worries, ok

Involve Asia adalah satu Affiliate Network, di mana terdapat beribu2 pilihan produk yang boleh anda promosikan mengikut niche masing2.

Tak tau nak promot produk apa?

Untuk membantu anda jumpstart your onlines business in Affiliate Marketing, ni akak dah himpunkan 70 idea produk yang boleh di jadikan Affiliate produk untuk di promosikan di blog2 anda.

Untuk memudahkan anda, akak juga telah mengumpulkan ia mengikut niche tertentu.

Mungkin niche anda tiada tersenarai di bawah.

But its ok, don’t worry, just go through it, in sha Allah akan tercetus ilham nanti tu.

Fotografi

  • Lens

  • Beg kamera

  • Editing software

  • Kamera

  • Kursus

  • eBook

  • Lighbox

  • Tripod

  • Lighting kit

  • Filters

Kecantikan

  1. Makeup

  2. Produk pencuci muka

  3. Produk rambut

  4. Aksesori rambut

  5. Kamera

  6. Makeup bag

  7. Minyak Wangi

  8. Makeup brushes

  9. Produk penjagaan kuku

  10. Produk mandian

  11. Minuman kesihatan/ kecantikan

YouTube

    1. Powerbank

    2. Video camera

    3.  Kamera

    4. Henfon

    5. Mikrofon

    6. Video editing software

    7. Screen sharing software

    8. Tripod

    9. Lighting

    10. Laptop

Travel

  1. Airline

  2. Homestay – AirBnB

  3. Hotel

  4. Kereta Sewa

  5. Kamera

  6. Akesori kamera

  7. Walking Shoes

  8. Luggage

  9. Pakaian Sejuk – Winter Wea

  10. Sunglass

Perkahwinan

  1. Event planner

  2. Percetakan cenderahati

  3. Barangan hantaran

  4. Barangan kemas

  5. Make up

  6. Pakaian

  7. Kasut

  8. Spa

  9. Kad jemputan

  10. Door gift

Kesihatan

  1. Supplement

  2. Vitamin

  3. Pakaian sukan

  4. Peralatan senam

  5. Kasut sukan

  6. Majalah kesihatan

  7. Workout program

  8. Program membership

  9. Kamera

  10. Botol air

Masakan

  1. Peralatan masakan

  2. Bahan masakan

  3. Pinggan mangkuk

  4. Kamera

  5. Lighting kit

  6. Buku resipi

  7. Kursus masakan

  8. Prop

  9. Lightbox

  10. Memory card

Ok, so dah dapat idea produk, sekarang nak buat apa?

Ikuti langkah2 di bawah ni:

Step 1: Daftar Affiliate Program di Involve Asia

Step 2 : Daftar domain

Step 3 : Bina blog (1 page sahaja)

Step 4 : Promosikan blog untuk dapatkan  database pelanggan

Step 5 : Promot produk Affiliate kepada database

Mengapa perlu ikuti  5 langkah ini?

  • Ia tidak memerlukan modal yang  besar, (hanya RM50 + gst) untuk pembelian domain
  • Anda tidak perlu menulis banyak artikel atau konten di blog (jimat masa)
  • Mudah dan cepat untuk di set up (tak sampai 15 minit)

But..

If you ada extra modal, then you

  • Boleh daftar webhosting untuk kembangkan lagi bisnes online Affiliate Marketing
  • Boleh buat iklan berbayar di Google, FB atau IG untuk promosi

Sekian dulu perkongsian akak kali ni dalam bab pencarian produk dan niche yang menguntungkan untuk Affiliate Marketing.

Ada belajar sesuatu ke? Jika ya, klik Share ke FB tau

Sharing is caring

~~Kak Su

 

***artikel di atas ada mengandungi affiliate link

 


Kak Su

Kak Su membantu ibu2 membina blog dan bisnes online sambil mengasuh anak2 dirumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *