Cara Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Buat Duit Online Dengan Affiliate Marketing


Cara buat duit dengan Affiliate Marketing

Seperti yang akak nyatakan di perkongsian lalu, buat duit dengan affiliate marketing adalah salah satu cara buat duit dengan blog yang paling akak suka.

Kak Su paling suka buat duit dengan affiliate marketing sebab ia sangat mudah Click To Tweet

So apa itu Affiliate Marketing?

Affiliate ni macam ahli sesuatu kumpulan gitu.. jeng jeng jeng.. haah? Puak apa pulak tu.

Untuk menjadi ahli affiliate kita perlu mendaftar dulu atau pun memohon untuk menjadi affiliate.

Tak semesti nya permohononan kita akan di luluskan ya sebab ada di antara syarikat yang menitik beratkan tentang kualiti pembaca di blog ladyboss (targeted niche)

Oleh kerana affiliate ni macam kes orang tengah, atau bahasa mudahnya ejen, maka sudah tentu lah tugas kita ialah memasarkan (marketing) produk bagi pihak syarikat itu.

Cuma affiliate (ejen) secara online ni hanya memasarkan (marketing) produk secara online, tak perlu nak pi ketuk2 pintu rumah orang sambil hangkut produk atas kepala.. huhu

Produk affiliate yang dimaksudkan berupa produk digital ya, bukan barangan runcit yang perlu di packing dan poslaju tau.

Jika pemasaran kita itu menghasil kan penjualan, maka kita akan di berikan imbuhan (komisen)

Komisen yang diberi berbeza diantara sesuatu syarikat atau produk. Ada yang membayar mengikut percentage jualan dan ada yang membayar flat rate pada setiap kali jualan.

Imbuhann yang di beri mungkin serendah sen sen atau mungkin beratus, atau ribu bergantung pada pilihan produk dan juga syarikat.

Wow.. best kan kalau di bayar ribu raban .. Tapi..

Macam mana pula caranya syarikat jejaki jumlah jualan kita kalau dijual secara online?

Kita akan dibekalkan dengan satu affiliate ID dan juga affiliate hyperlink. Ladyboss hanya perlu menepekkan affiliate link ini di halaman yang hendak di promosi kan.

Halaman atau platfom seperti:

Samada di FB page, Youtube atau IG. Kemudian tawakal dan berdoa mudah2an ada yang klik dan kemudian membelinya.

Baca :Cara buat duit dengan YouTube

Cara Buat Duit Online Dengan YouTube

Setiap affiliate link akan di lengkapi dengan cookie yang akan menjejaki mereka yang telah mengklik link kita itu

Bukan.. bukan chipsmore cookie tu, tapi sejenis file kecil yang tersembunyi di balik tabir.

Setiap syarikat berbeza beza dalam penjejakan cookie ini ya, ada yang mempunyai tempoh jangka masa yang agak lama sehingga 90 hari dan ada pula yang setakat tiga hari sahaja, so pastikan ladyboss baca dulu terma dan syarat sebelum menerima persetujuan untuk buat duit dengan affiliate marketing.

Jika ladyboss baru pertama kali mendengar term buat duit dengan affiliate marketing ni, mungkin agak bingung sikit. Akak faham, sebab akak dulu pon begitu.

But don’t worry, akak ada terangkan the technical jargon di bawah ni dalam bahasa mudah difahami:

Cara buat duit dengan affiliate marketing

Affiliate : sesiapa sahaja yang dengan rela hati menyertai program affiliate (akak atau pon ladyboss)

Affiliate Link : Tracking URL link (ni macam GPS lah, yang boleh track di mana kita hehe)

Affiliate ID : Nombor pengenalan affiliate (setiap ahli affiliate ada ID tersendiri macam Mykad ler)

Cara Menerima Pembayaran : Paypal / Direct bank credit / bank cheque

Afffiiate Manager : Orang yang bertanggunjawab untuk membantu kita dalam promosi atau masalah berkaitan affiliate marketing

Komisen : Jumlah imbuhan yang akan kita terima

Landing Page : Sesiapa sahaja yang klik affiliate link, akan di terbangkan ke situ (samada homepage syarikat atau sales page atau demo page)

Link cloak : Yang ini bertujuan memberi nama samaran untuk menutup affiliate link yang sebenar. Akak menggunakan WordPress plug in Pretty Link

Bagi ladyboss yang menggunakan platform percuma, mungkin boleh gunakan bit.ly

Baca : Cara guna bit.ly dan mengapa harus gunakan nya

Pendekkan URL guna bit.ly

2 tier affiliate : Yang ni macam sistem MLM, ladyboss cari orang untuk sertai program buat duit dengan affiliate marketing so setiap kali dia ada sales, maka ladyboss pon dapat hasil nya.

Soalan lazim : 1) Encik Google tak marah ke guna affiliate marketing di blog?
Jawaban : Tak lah , Affiliate link is approved by Encik Google

Dah ada Google ADsense, masih boleh ke boh affiliate link di blog?
Jawaban: Boleh aja.. tiada masalah

Best nya kan.

So macam mana cara nak sertai untuk buat duit dengan affiliate marketing ni?

Sebelum ladyboss join mana2 program buat duit dengan affiliate marketing ni, elok pastikan dulu dan setting kan topik dan niche di blog ladyboss tu.

Baca : Mengapa perlu fokus pada topik dan targeted niche

Mengapa perlu fokus pada topik dan niche di blog

Mengapa perlu fokus pada niche:

Sebab nya, contoh lah kan.. your targeted niche adalah ibu2 yang gemar buat kek, it makes sense for you to join program yang berkaitan dengan pembuatan kek.

Cara nak mulakan bisnes bakeri, di mana nak beli peralatan, kat mana nak belajar menghiasi kek.

Faham ke faham? Ok, so..

Macam mana nak cari syarikat yang offer Affiliate Program?

Mudah aja,

#1 Google search

(nama produk atau niche) + affiliate program
Contoh: (travel) + affiliate program

Dan ladyboss akan di sajikan dengan pelbagai syarikat2 yang menawarkan program affiliate marketing

#2 Melalui Affiliate Network

Di situ nanti akan terdapat banyak syarikat2 yang mengambil bahagian dalam Affiliate Network itu.

Ladyboss boleh browse lah pelan2, cari produk yang bersesuaian ngan niche untuk dipromosi kan.

Contoh produk yang ada disitu?

Macam2 ada, dari keperluan rumah, keperluan baby, pakaian, tempahan hotel, tempahan spa, tempahan tiket bas, belajar bahasa…

Aduhhh, ladyboss pergi lah cek sendiri

Bermacam2 syarikat gergasi ada kat situ antaranya,

Pilih2.. nak promot yang mana satu. Pilih dan buat semakan menyeluruh tentang cookie period , cara pembayaran nya dan jumlah komisen nya.

Untuk sertai Affiliate Network, ladyboss boleh daftar di sini

Tak perlu kalot dalam memilih program buat duit dengan affiliate marketing ni 

Yang penting, pastikan yang program yang bakal di sertai itu dapat membantu pembaca ladyboss dalam menyelesaikan masalah mereka.

Remember, business is never about us. Its about them, fulfilling the needs of others.

So pastikan apa yang ladyboss rekemen tu tu adalah sesuatu yang ladyboss sendiri yakin akan manfaat nya atau sesuatu yang ladyboss sendiri telah menggunakan nya atau akan menggunakan nya jika memerlukan nya.

Jangan join affiliate program semata2 nak buat duit dengan affiliate marketing

Kesan nya:

Jika program itu tidak bermanfaat pada pembaca (your targeted niche), ia akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti ladyboss sendiri.

Faham ke, faham dah ya, ok so ..

Perlu ke ada blog untuk buat duit dengan Affiliate Marketing ni?

Jika ada blog, lagi elok .

Boleh promosi di blog sendiri kerana ia akan meninggalkan legasi hahaha.. legasi lah sangat .

Yalah ia meninggalkan jejak yang berterus terusan. Promot kaw2 di blog dan kita tunggu Encik Google promosi kan kita pula secara percuma bekurun2 lamanya.

Baca : 8 Sebab Setiap Ladyboss Wajib Ada Bisnes Blog

8 sebab Perlu Ada blog dan cara kuasai bis es online

Selain dari promosi di blog, boleh juga melalui email dan juga YouTube

Jangan lah tulis copy paste dan email satu persatu, bila nak siap tu? Guna email autoresponder macam yang akak gunakan ni.

Nak promosi di sosial media platform pon ok, tengok lah di mana ladyboss sering aktif.

Sebenarnya untuk tujuan promosi buat duit dengan affiliate marketing ni, tak perlu modal duit pon, sebab tiada yuran ahli pon.. kita hanya perlukan ayat2 semanis gula.

Copywriting skill lah, that is of course and also marketing skill.

So pi ler tuntut elmu untuk sesuatu yang ingin kita jayakan. Tak semudah elmu datang bergolek, so rajin2 kan diri, cari mentor yang berkaliber yang boleh membimbing kita ke arah matlamat yang ingin kita capai.

Nak promot di Fb, carik mentor, nak belajar copywriting skill belajar ngan pakar begitu lah kalau kita nak berjaya.

Pokok nya, kita harus rajin menuntut elmu dari mereka yang pakar. Sekian dulu perkongsian akak.

Anda belajar sesuatu? Jika ya, klik Share ke FB supaya ramai lagi ladyboss di luar sana dapat manfaat kan cara buat duit dengan affiliate marketing, in sha Allah.

Salam dari ~~ Kak Su

***artikel ini ada mengandungi affiliate link

27 Comments

  1. Kak nul 22/08/2018

Leave a Reply