Cara Daftar AdSense YouTube

Cara Buat Duit Online Dengan YouTube Yang Boleh Di Lakukan Santai2 Dari Rumah

Cara Daftar AdSense YouTube

Cara Buat Duit Online Dengan YouTube

Santai2 pun boleh buat duit dengan YouTube tau,  you.

 

Perkongsian kali ini bertujuan memenuhi permintaan ladyboss2 yang mengikuti ekursus Percuma (belajar buat blog untuk bisnes online)  bersama Kak Su di sini. Ladyboss yang mengingin kan sumber pendapatan online selain dari blogging, yang tak perlu modal dan tak memakan banyak masa.

 

So kali ni akak nak berkongsi kan pula:

Cara nak buat duit dengan YouTube

Cara Mudah Jadi YouTuber

Cara Mudah Jadi YouTuber Bersama Abang Gan

 

 

Kenapa Kak Su nak suh buat YouTube channel lah pulak. (hihi, saabor ler nanti akak bagi tau)

 

Untuk buat bisnes blog sendiri, ladyboss memerlukan PC atau pon laptop dan tidak semua ladyboss work at home mom mampu untuk mengadakan nya.

 

Akak tau, kerana akak ada menerima maklumbalas dari ladyboss dan  akak  mendengar sambil memikirkan alternatif lain cara buat duit online dari rumah

 

Antara maklum balas yang akak terima,

payah sikit sebab saya tiada computer atau laptop cuma telefon old school ni jerr lah..tapi tetap positif jotting down

 

Sedih gitu akak dengar, dah sama cam apa yang akak lalui dulu.

 

So untuk membantu ladyboss buat duit online tanpa blog atau pon website ecommerce bagai, akak pon buat lah sikit research dan akak temui beberapa cara buat duit online tanpa blog yang akan akak kongsikan di sini.

 

Untuk artikel kali ni, berkaitan dengan buat duit online, akak nak kongsi kan cara buat duit dengan YouTube.

 

Boleh ke buat duit dengan YouTube?

In sha Allah , jika di manfaatkan sebaik nya, channel YouTube boleh di gabungkan seiring dengan blog untuk lebih memperkukuhkan keyakinan follower di sosial media ladyboss akan kesahihan bisnes online ladyboss.

 

Walau macam mana pon akak sendiri belom pernah mencoba nya ya, so jangan emel akak tanya berapa pendapatan akak dari YouTube channel ni tau.

Video yang akak pernah upload, adalah untuk dapatkan student untuk kelas menjahit kosyen kat bengkel akak.

 

Video itu pon, akak upah orang aja buatkan akak, dari Fiverr
Sebab nak menulis artikel ni, akak pon jengah ler kejap video channel akak tu, Oohhh dah ada seribu lebih viewers. Hmmm.. that gives me idea lah pulak, maybe I should also do it, buat duit dengan YouTube, why not kan?

 

Apa kata ladyboss?

 

Esok2 jika ladyboss dah mencobai nya, dan dah merasai sikit hasil dari YouTube, boleh lah emel akak untuk berkongsi kejayaan, ya.

 

Cara2 yang akak kongsi kan ini sebenar nya bukanlah cara baru , ia dah lama di lakukan oleh ramai mereka2 di luar sana, cuma mungkin kita2 ni work at home mom agak old school lah jugak kan, so baru nak tau hihi.

 

Tak apa lah, apa pon, yang penting kesungguhan kita nak amik tau cara buat duit dengan YouTube kan.

 

Mudah2an ia membuah kan hasil, dapat lah kita bawa anak2 ke KFC di hujung minggu, kan , kan

 

So jom kita terokai bersama cara buat duit dengan YouTube ni

Akak tau ramai yang suka nonton video di YouTube, siap subscribe channel lagi kan. Tapi tak pernah terlintas di akal cara buat duit dengan YouTube kan, so jom jom kita jadi Dora the explorer jap.

 

So, macam mana sebenarnya ni, cara buat duit dengan YouTube ?

CARA BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE

Cara Buat Duit Dengan YouTube :

#1 Pendapatan dari iklan Adsense

#2 Produk review untuk syarikat tertentu

#3 Vlogging sambil beriklan

#4 Berkongsi tip dan panduan kehidupan

#5 Tutorial masakan

#6 Mengajar bahasa asing atau bahasa ibunda

#7 Program Affiliate

#8 Promosi servis atau produk sendiri

 

Jika ladyboss perhatikan senarai di atas, ia sebenarnya adalah  cara yang paling mudah yang sering di praktik kan untuk promosi sesuatu produk atau servis.

 

Apa pun cara yang dipilih, kesudahan nya ialah iklan dan sponsored post (biasa nya di sebut produk review)

 

Bingung lah pulak ya, iklan ngan produk review bukan ke sama aja, kedua2 nya pon iklan.. huhu

 

Camni, iklan yang di maksudkan di YouTube ialah iklan yang dipaparkan oleh Goodle Adsense.

 

1) Iklan Google Adsense sebagai sumber pendapatan dari YouTube

Untuk ini, kita ke Google untuk dapatkan info:

Di situ di nyatakan bahwa boleh daftar menggunakan gmail akaun yang sedia ada atau pon, buka satu lagi khusus untuk tujuan itu.

Akak lakarkan secara ringkas cara2 nya dibawah ni ya:

Step 1:  Buka akaun YouTube

Step 2: Sertai YouTube Partner Programme

Step 3: Dapatkan  Adsense Akaun

Step 4: Buat pilihan (jenis iklan – Ad format)

Step 5: Mohon untuk Google review (jika sudah mencapai tahap 10,000 viewers)

 

Bermula dari 6 April 2017, untuk mula menjana pendapatan Adsense di YouTube, ladyboss perlu ada sekurang kurangnya (10,000 viewers) penonton,

 

So pastikan setelah mendapat kelulusan Adsense, ladyboss upload video yang berkualiti untuk menarik perhatian penonton.

 

Video yang menghiburkan tapi jangan lupa memastikan ia juga dapat memberi manfaat pada para penonton.

 

Untuk memeriahkan lagi bilangan viewers, ladyboss ajaklah setiap kenalan, sahabat handai, sedara mara, follower di setiap media sosial yang ladyboss aktif seperti di Instagram,  Facebook,

 

Pinterest , Twitter  dan sebagainya lah, the more the merrier gitu.

 

Akak sendiri pon lost count dah ada berapa banyak media sosial sekarang ni.. cause akak jenis low profile, kurang sikit bab2 bersosial ni ( yang kenal akak dari dekat tu, dorang faham lah)

 

Kalau boleh suruh dorang2 tu subscribe ke YouTube channel ladyboss ok, give support gitu.

 

Bagi ler giveaway untuk subscriber, percuma satu cheesecake bagi subscriber yang ke 1000, hihi.

 

Masih lagi bingung cara buat duit guna YouTube?

Camni, perasan tak, ada kalanya, sebelum kita dapat menonton video yang kita inginkan, terlebih dahulu kita akan di sajikan dengan iklan2 tertentu, ada perasan?

Haah itu lah, yang di maksudkan iklan dari Google Adsense.

Pendapatan dari Adsense adalah dari $2-$4 untuk setiap 1000 penonon. So jika ladyboss ada 100 video di tontoni oleh 5000 orang untuk kesemua 100 video tu, kiralah sendiri berapa pendapatan ladybosss dari situ, tak ke ribu tuuu.. best nya kan.

2) Produk review juga boleh jana pendapatan dari YouTube

Cara ini ialah di mana ladyboss menerima job dari syarikat atau pon pihak persendirian untuk membuat produk review bagi memperkenal luaskan lagi produk2 terkini mereka.

Tujuan nya, supaya follower (subscriber) ladyboss dapat mengenali produk2 syarikat itu, sekali gus memberi ransangan dan galakkan pada mereka untuk mencoba produk2 berkenaan.

Nak coba, mestilah kena beli dulu produk tu, baru boleh coba, ya kan hihi, ni namanya soft selling kot

So, video yang macam mana agaknya yang patut ladyboss upload di YouTube ni?

Pertama sekali, pastikan video itu semua tiada copyright.. Hahh yang ni perlu amik serius ya ladyboss, silap2 kang kena saman pulak.

So untuk elakkan perkara sedemikian, elok lah buat yang ori gitu.

Apa nya yang ori..?

 

3) Vlogging kehidupan harian adalah cara paling ori untuk buat duit dengan YouTube

Video, kita gabungkan ngan blogging, maka jadi lah ia Vlogging. Kaedah nya sama aja cam blogging, cuma ladyboss tidak perlu menulis.

Ladyboss hanya perlu rakam kan saja aksi2 yang ori dari kehidupan harian ladyboss.

Atau tentang kehidupan harian kucing kesayangan, atau pon gelagat anak2 seperti yang sedang trending sekarang ni.

Ladyboss boleh Vlog tentang apa2 saja lah, yang menarik dan menghiburkan hati para penonton ,macam update Fb gitu lah jugak, mudah kan?

Dalam vlogging itu nanti ladyboss selitkan lah produk review biar nampak natural gitu.

Guna henpon aja dah boleh kot.. Tapi kalau guna henpon akak, hmmpp memang lah tak menjadi haha, henpon usang lagi antik

 

4) Tutorial  bagaimana nak buat begitu begini pun mampu jana pendapatan dari YouTube tau

Kebiasaanya, kalau ladyboss nak belajar sesuatu seperti cara nak buat sabun atau buat donut, akak rasa pasti YouTube menjadi pilihan utama ladyboss, kan.

Betul kan?

Haritu, akak guna Alza adik jap sementara dia ke Sarawak. Pastu, akak terkunci pulak” steering lock”

Adohhaii.. berpeluh2 akak coba nak unlock tapi tak berjaya.

Coba teka apa yang akak lakukan?

Haha, mesti lah Youtube tutorial to the rescue..

So, macam tulah juga, ladyboss boleh buat tutorial ringkas mengikut kepakaran ladyboss, ok ke ok?
 

5) Video masakan antara yang paling di gemari ramai, ia sesuai untuk ladyboss buat duit guna YouTube tau, sambil2 berkongsi cara memasak

Hampir setiap orang yang tak tau memasak dan nak belajar memasak percuma, akan tuju ke YouTube.

Bila lagi nak jadi chef glemer?
 

6) Mengajar Bahasa pun boleh buat duit dengan YouTube?

Ya betul.

 

Ladyboss tahu tak, akak ni belajar Bertutur Bahasa Arab dari YouTube aja. Cikgu akak di YouTube ialah Maha

 

Akak suka cara dia ngajar secara santai2 aja. Waktu dia mula2 buat tutorial tak ramai mana pon pelajar dia, tapi sekarang dah hampir tujuh tahun, dah popular sehingga kan dia boleh buat Summer Class setiap tahun.

 

Summer class ni hanya dua minggu saja, di jalankan di kampong halaman nya, dan setiap kali pelajar yang diterima kemasukan tidak melebihi 20 orang pelajar dari merata dunia.

 

So kira dia offer complete package siap homestay dan sightseeing ke tempat2 menarik.

 

Best ke best?

 

Bukan sahaja Maha mampu buat duit dengan YouTube untuk diri sendiri, malah dia berkongsi rezki dengan orang2 kampung nya juga, kerana mereka turut terlibat dalam homestay untuk para2 pelajar dari luar negara.

 

Akak teringin sangat nak sertai, tapi ya Allah yuran untuk dua minggu sahaja hampir USD1500, itu tak termasuk tiket penerbangan tu.

Apa kata ladyboss buat tutorial ‘Belajar Bahasa Malaysia’

 

Ehhh… ramai tau pelajar luar negara datang belajar di sini, dan kebanyakan nya tak tau bertutur bahasa Malaysia

 

Tak percaya?

 

Coba lah jenjalan ke bandar naik train, dan perhatikan gelagat mereka. So why not ladyboss ambil kesempatan ini, untuk mengajar Bahasa Malaysia di YouTube.

 

Pergi lah tengok cikgu Maha tu , untuk dapatkan idea.

7) Promosikan Program Affiliate untuk buat duit melalui YouTube

Jika ladyboss ada menyertai Affiliate Marketing   program untuk produk2 tertentu, ladyboss juga boleh buat video untuk memperkenalkan produk2 itu.

Ini kira macam iklan dan produk review two in one lah, tapi.. jangan lupa sertakan affiliate link, haah kang dorang membeli, ladyboss gigit jari aja, langsung tak dapat komisen. Ingat tuu..

Tepek kan afiiliate link ladyboss as call to action (CTA)

 

Tak tau apa tu CTA?

CTA ni ibarat memberi arahan pada pembaca atau penonton untuk lakukan sesuatu yang kita kehendaki, contoh:

KLIK gambar di bawah untuk belajar buat blog WordPress PERCUMA

Belajar Buat Blog WordPress

So pastikan , it’s a working link, makna nya, tiap kali link itu di klik, penonton akan di bawa ke halaman yang kita kehendaki seperti ke blog page, sales page atau fb page kita.

Cobalah, klik gambar tu:

 

8) Buat duit guna YouTube dengan menjual produk sendiri

YouTube adalah salah satu search engine yang mempunyai kuasa super duper exteme you name it. Ia boleh di gunakan untuk memperkenalkan produk2 yang terdapat di ecommerce site, di IG atau pon FB ladyboss.

 

Caranya?

Kita  tepekkan link di penghujung video yang akan membawa mereka ke halaman sales page kita.

Ini boleh dilakukan dengan  “Add Card”

Ok, Dora dah siap explore, jom kita  buka akaun YouTube kita.

 

Pesanan akhir dari akak:

Rajin2 semak Google Analytics Orang berbisnes ni, mesti perlu simpan data untuk apa pon tugasan yang di lakukan.

 

Just because we are a work at home mom, that doesnt mean we dont have to.

Kita perlu tau sama ada tindakan yang kita ambil itu membuah kan hasil atau tidak.

Untuk mengetahui ini, kita perlu ada accurate data.

 

Tak boleh nak sembrono main agak2 aja tau ladyboss. Kita perlu ada analytics so that kita tau kita tak membazir masa buat sesuatu yang tiada memberi pulangan (ROI)

 

Pulangan bagi kita work at home mom, bukan sekadar wang ringgit aja kan.

ROI juga melibatkan our precious quality time, that is taken away from spending time with our kids.

 

So setakat ini saja perkongsian akak tentang cara buat duit dengan YouTube. Jika ladyboss ada cara2 lain untuk buat duit guna YouTube, boleh kongsi kan di bahagian komen.

 

In sha Allah nanti akak update kan ke dalam artikel ini. Jika segan nak komen boleh juga hubungi Kak Su lalui  emel.

 

Ladyboss ada belajar sesuatu dari artikel ini? Jika ya, klik share ke FB sebagai tanda yang ladyboss ada belajar sesuatu dari perkongsian ini.

 

Sekian, salam sayang dari

 

 

~~Kak Su

Cara Mudah Jadi YouTuber

Cara Mudah Jadi YouTuber Bersama Abang Gan

 

Updated : Bermula 16 Januari 2018, YouTube telah merubah polisi dan syarat untuk buat duit dengan YouTube, kita memerlukan sekurang2nya 1000 subscriber termasuk 4000 jam  tontonan.

 

93 Comments

  1. S.j
  2. Noraini
  3. Kak Su
  4. Syikin
  5. Zun
  6. Kak Su
  7. Anonymous
  8. nicholas
  9. Kak Su
  10. Kak Su
  11. Khaidir
  12. Kamariah abdullah
  13. Kak Su
  14. Ernie
  15. AS
  16. Alfajery 제리 
  17. Razali
  18. SAIFUL FIRDAUS
  19. Booboo
  20. Kak Su
  21. Booboo
  22. Bajurenangcomel
  23. Salbie
  24. Ali
  25. Suri Yanti
  26. joeaiman
  27. Rozmi
  28. Juwita
  29. zaty
  30. Ridzuan Mazelam
  31. Husni
  32. Fatimah Amad
  33. Nina
  34. Ummi siti
  35. Gozou Tento
  36. Leen
  37. Shahirah sha_sya
  38. Ayu
  39. Ummi Hanie
  40. Mira
  41. Kevin tommaso
  42. Nuruln
  43. nando
  44. Sal
  45. Sang Aura
  46. Nadia

Leave a Reply

Translate »