Cara buat duit online dari rumah, secara pasif dan autopilot
Seperti yang ladyboss ketahui, akak mula rebranding pada awal Ogos 2017, memberi keutamaan untuk memulakan bisnes online sepenuhnya, menjana pendapatan secara autopilot atau biasa di sebut orang buat duit online dari rumah aja.
Di sebabkan faktor usia dan juga kesihatan akak (jika ladyboss masih ingat, akak ada nyatakan yang akak sedang jalani rawatan alternatif kanser payudara) so tenaga dan masa akak agak terbatas.
Akak memerlukan banyak masa untuk istirehat, dah tak larat dah nak buat kerja2 baikpulih sofa dah.
Makanya akak memilih untuk memulakan buat bisnes online tanpa modal. Akak memilih untuk buat duit secara pasif sahaja, santai2 dari rumah
Antara usaha2 yang sedang akak lakukan untuk buat duit secara pasif:
Cara buat duit secara pasif yang sedang dalam perancangan Kak Su
1) MENJUAL EBOOK
Akak sedang menyiapkan satu ebook dalam Bahasa Inggeris. Ini mengambil masa mungkin tiga hingga empat bulan. In sha Allah akak target ia di lancarkan pada April 2018.
Akak cadang untuk menjual nya secara kindle di platfom Amazon. Jika akak sempat terjemah kan ke Bahasa Malaysia, mungkin juga coba jual di Klikjer
Ebook mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menulis, edit dan sebagainya, tapi akak yakin setelah ia di pasaran kelak, it will channel monthly passive income for me.
Lagi pun, it keeps my mind busy so akak tak lah terfikir kan tentang kesakitan yang sedang akak lalui ni. So buat masa ni, akak peruntukkan lebih sikit masa untuk menyiapkan nya.
Akak kena lah rajin2 berusaha, bak kata orang2 lama (ehh that’s me), bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian
Ladyboss juga boleh menulis ebook untuk buat duit online tau.
Nak tulis tentang apa ya?
Kita berbalik pada pilihan topik dan niche kerana ini akan narrow down pilihan dan keutamaan content writing kita.
2) AUTOPILOT DIGITAL DOWNLOAD
Digital download lebih mendapat perhatian di negara barat berbanding di negara asia, but dont worry oleh kerana ianya hanya lah digital download so maknanya nya kita berpeluang untuk menjual ke seluruh dunia.
Best ke best?
So, apa itu digital download?
Ia adalah sesuatu produk yang di jual secara digital. Setelah pembeli membuat bayaran kita hanya perlu mengirimkan nya secara email untk di download.
Contoh2 digital download:
- Planner Bulanan
- Muzik
- Kalendar
- Inspirational quotes
- Fonts
- Social media templates
- Resepi
- Gambar
- Blog Template
Dan bermacam2 lagi ya, tak habis kalau nak list kan di sini.
Omputih ni entah lah, suka sangat print dan tampal di memo board, di dinding atau di peti ais untuk rujukan mereka bagi memperkukuhkan ingatan, macam vision board gitu.
Di mana nak jual digital download?
Antara platfom online yang ladyboss boleh menjual digital download ialah di Creative Market.
Untuk menjual gambar pula ladyboss boleh coba di Dreamstine atau di Shutterstock.
Ini adalah antara site fotografi yang biasa akak guna kan.
Dan harga untuk sesuatu download tu tak perlu mahal mana pun. Ia boleh di jual serendah USD$0.99 bergantung pada jenis produk yang di jual.
Ok lah kan, kalau terjual 10 download sehari? Dan di tukarkan kepada RM? Lumayan tu, anyway its passive income atau apa yang digelar rakan2 marketing seminar akak dulu, “duit geli2” hihi
Akak tak berapa pandai nak design2 ni, so akak rajin membeli aja haha. Ladyboss yang lebih kreaktif dari akak boleh coba ya, why not?
Its buat duit tanpa modal dan cara paling mudah untuk buat duit online, buat sekali.. upload untuk di jual dan tunggu sales masuk in USD berkali2.
Jika ladyboss rasa lagi selesa nak menjual tempatan, then jual di blog sendiri aja.
Tak tau nak buat blog? Alah kesian nya
Ni, akak ada sediakan tutorial PERCUMA Belajar Buat Blog. Klik butang merah dibawah tu untuk mendaftar
3) Affiliate Marketing
Seperti yang akak nyatakan dalam perkongsian akak cara buat duit dengan blog, affiliate marketing adalah salah satu cara buat duit online yang paling akak suka.
Mengapa tidak nya?
Akak membantu ladyboss dengan memperkenalkan produk yang akak sendiri guna dan untuk itu, jika ladyboss setuju dengan saranan akak, kemudian membeli nya, akak akan terima komisen.
I like it when I can help someone by showing them the best product to use for their benefit
Sebenarnya tanpa kita sedari kita sering lakukan perkara ni. Kita akan rekemen shampoo atau bedak atau lipstik yang kita sendiri guna kat rakan2 kita, walaupun kita tak menerima apa2 habuan dari syarikat shampoo tu.
Betul ke betul?
So why not buat duit dengan afffiliate program aja camtu.. santai2 aja kan
Baca : Ketahui rahsia buat duit dengan affiliate program
Buat duit dengan affiliate program adalah adalah salah satu cara buat duit secara pasif yang mudah untuk di laksanakan. Ia sesuai jika ladyboss belum lagi ada produk sendiri untuk dijual atau belum terfikir servis apa untuk ditawarkan online.
Buat duit dengan affiliate program sangat sesuai untuk work at home mom, ia mudah untuk di mulakan
Jika ladyboss sudah pun ada produk sendiri, tapi ingin menjana pendapatan tambahan tanpa meluangkan extra masa untuk kendalikan extra bisnes, coba lah buat duit dengan affiliate marketing pula.
Kita ladyboss work at home mom, tujuan kita bekerja dari rumah is to spend more time with our kids, but at the same time jana pendapatan dari rumah.
Betul ke betul?
Jika ladyboss belum pernah dengar term affiliate marketing ni tapi teringin pulak nak mencoba nya (setelah membaca perkongsian ni kan , kan?) ladyboss boleh ikuti Panduan memulakan Affiliate Marketing yang telah akak siapkan specially for you.
Sekian perkongsian hari ni , 3 cara buat duit online secara pasif, secara autopilot santai2 dari rumah.
Anda belajar sesuatu? Jika ya, klik Share ke FB untuk di kongsikan dengan rakan2 ladyboss yang lain.
Sharing is caring tau.
~~Kak Su
Info yang berguna and thanks for sharing. Saya agak tertarik dengan digital produk tapi kurang idea macam mana nak mulakan. So masuk sini nampak sikit-sikit apa perlu buat lepas ni
Alhamdulillah
saya sekarang buat affiliate bisnes, memang best….
best sangat klau dapat buat duit sambil sambil goyang kaki..hihihi.
lagi best klau dalam USD
banyak sangat info best dalam blog kak su ni, saya kagum
Ya, setuju tu.
Bisnes pasif paling best
Sekarang dah senang, dengan HP dah boleh buat macam-macam bisnes. Bisnes yang pasif paling best.
In sha Allah.. akak doakan semoga sukses murah rezeki Sabree
Rasa nak mencuba juga yang shutterstock tu… manalah tahu ada rezeki pulak
Memang banyak cara untuk buat duit secara online dan pasif ni. Tapi yang pasti kena rajin berusaha! 😉
Trima kasih atas info
In sha Allah, akak doakan semoga sukses
Ya ramai yang berjaya buat duit dengan affiliate, akak pun masih nak study lagi ni tak katam lagi
Benarkah ini semua dalam online phone
Ameen. Terimakasih dik
Semoga dimurahkan rezeki dalam apa jua jenis bisnes.. dan semoga sembuh!
Thank you Bella
Good idea akak. Rezeki tu ada dimana-mana aje kan. Malas atau rajin aje. Hehehe. Ruby suka yang buat digital download tu. Lagi mudah. Hehe
Dah try2 jual ebook..tapi masih belum byk dpt..belum jumpa cara utk dpt sales byk.
Cara lain belum cuba lagi..:D
Blog pun boleh jana income. Info sangat berguna lepas baca entry ni. Good ?
So far saya focus on blogging je. Banyak lagi cabang nak buat duit secara online. Nice sharing
Ameen. terima kasih SA semoga Allah permudahkan usaha SA mencari rezki untuk anak2 dan mak abah juga
Info yang sangat berguna . Zaman sekarang tak bermakna duduk rumah tapi tak boleh hasilkan sebarang income kn . Zaman sekarang ramai yang dh cerdik . Ramai yang dh berlumba2 buat bisnes .
Thanks for sharing kak su. Banyak cara nak buat duit secara online. Rajin dengan tak jer. Cuma ebook dengan affiliate ni saya tak mahir lagi… huhuhu…
Digital download tu menariklah Kak Su. Paling common kita dengar lagu atau muziklah. Btw, semoga akak kembali sihat dalam menjalani rawatan 🙂
Zaman sekarang semua kena ada extra income kan Kak Su…semua kena buat…SA doakan semua usaha Kak Su dipermudahkan…
Ramai org berjaya dengan buat affliate and jual ebooks tu kan..sy masih tak pandai lagi dengan affiliate ni..tq for sharing..nnt nak study lg..
I pun nak cuba buat duit dari rumah. Thanks for the tips.
kena study betul2 cara2 nya ni.
Selain tu, boleh juga kembangkan bakat yang ada seperti menjahit, art and craft dan juga memasak. Hasilnya boleh dipromosi dan dijual melalui online marketing.
Thanks sebab sharing cara buat duit online. Dengan ekonomi sekarang, semua perlu buat extra income kan. Moga dipermudahkan semua usaha.
Info yang sangat2 berguna