Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Bisnes Homestay

Cara Nak Mulakan Bisnes Homestay

Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Bisnes Homestay

Bisnes Homestay : Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan?

 

Tahun 2008..

 

Waktu tu, akak sedang gigih menguruskan perniagaan Perabot Terpakai Kak Su

 

Akak hanya menjual perabot murahan saja, untuk kegunaan rumah sewa. Ya lah, lazimnya mereka yang menyewa rumah lebih suka membeli perabot terpakai yang murah2 saja.

 

Setakat untuk diguna setahun dua dan apabila mereka berpindah rumah, perabot tu boleh di buang di tepi jalan,  huhu

 

Tapi you,

 

Dalam pada itu, ada juga terdapat pembeli yang request akak untuk membawa perabot kayu yang bermutu. Kayu jati, kayu chengal , rosewood dan entah apa lagi jenis kayu yang akak sendiri tak pernah tahu sebelum ni.

 

Perabot kayu agak tinggi permintaan nya dan harga jualan juga boleh lah tahan.

 

Mulanya akak macam tak percaya ada orang sanggup berbelanja sehingga ribuan semata2 untuk membeli perabot terpakai.

 

So

 

Akak pon bertanya lah, untuk tujuan apa beli perabot terpakai banyak ni? Akak curious, sebab dorang beli complete set you.. Untuk satu rumah.. Dari kelengkapan ruang tamu, bilik tidur hinggalah kedapur.

 

Dapat rumah baru ke?

 

Jawaban mereka.. Tak lah Kak Su..

Saya beli perabot terpakai untuk homestay saya

 

Ohhh.. bisnes homestay

 

Apa tu… homestay?

Tahun 2008, dimana internet belum begitu leluasa, ekonomi dan penghidupan pun tak ler begitu canggih seperti sekarang ni.

 

Tempat kediaman akak waktu itu di Kampung Sinaran memang terkenal dengan Kampung Sinaran Homestay. Rata2 mereka yang mempunyai tanah dan rumah sendiri mengendalikan homestay.

 

Tapi..

 

Homestay yang di kelolakan agak berbeza dengan homestay yang sedang trending sekarang ni.

 

Kampung Sinaran Homestay, diketuai oleh sekumpulan orang2 kampung… Macam club gitu you..

 

Setiap tuan rumah yang mengambil bahagian untuk menjadi tuan rumah akan ‘diagihkan’ tetamu untuk di ‘host’

 

Tetamu2 ni datang berbondong2 dalam satu bas persiaran dan mereka datang dari negara Jepun. Kebanyakan tetamu adalah pelajar, so I should think it is more of a cultural exchange program gitu.

 

Tetamu2 ini akan dilayan seperti anak angkat. Mereka diberi ganti pakaian tradisional Melayu. Yang perempuan diberikan baju kurung dan selendang manakala lelaki pula akan biberi pinjaman baju Melayu.

 

Antara acara yang di rancangkan untuk mereka itu termasuklah, tarian tradisional Johor, tarian zapin. Mereka juga di tunjuk ajar cara2 untuk bermain permainan tradisional seperti congkak dan juga belajar bermain kompang.

 

Tuan rumah juga akan menyediakan makanan tradisional untuk tetamu homestay ni.

 

Seronok  you, akak sendiri tak pernah menerima tetamu tapi akak sering mengikuti acara2 kampong yang dijalankan oleh tuan rumah.

 

Untuk sertai program tuan rumah homestay ni, mereka perlu berdaftar dengan ketua yang mengendalikan nya. Tuan rumah mendapat imbuhan yang agak lumayan juga you, sambil2 berhibur dengan tetamu luar negara.

 

Best ke best?

 

Cadangan Membuat Homestay

 

Waktu tu, pernah juga teringin nak sertai, menjadi tuan rumah untuk tetamu homestay. Tapi waktu itu, akak agak bizi dengan bisnes perabot terpakai dan anak2 pun masih kecil2 lagi dan memerlukan perhatian, so akak KIV aja lah hasrat tu.

Menjadi host atau tuan rumah untuk menerima tetamu homestay boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan dari rumah

 

Kak Su nak kongsi kat you, satu rahsia untuk you buat duit sampingan dari rumah dengan homestay tanpa you perlu fikirkan kos bina homestay atau nak cari rumah sewa untuk dijadikan homestay bagai.

 

Sebelum you memulakan bisnes homestay all out, akak syor, elok you mulakan dengan skala kecil dulu. Bak kata orang just to ‘test the market first’

 

Kenapa?

 

Untuk memastikan yang bisnes homestay ini kena dengan jiwa you. Yalah untuk menjalankan perniagaan homestay ni, ibarat mengendalikan inn, iaitu hotel bajet.

 

Setidak2nya, you perlu ada garis panduan pengurusan homestay dan juga sedikit pengalaman dalam housekeeping.

 

So.

 

You boleh mulakan dengan

menyewakan  satu bilik tidur dirumah you dulu

 

Huh? Sewakan bilik tidur kepada orang asing?

 

Pada pendapat Kak Su lah, jika you sememangnya seorang yang gemar beinteraksi dengan tetamu dari luar negara dan tak kisah berkongsi ruang rumah dengan orang asing, then go for it.

 

Ini termasuklah berkongsi tandas, ruang tamu dan juga ruang dapur tau..

 

You ok ke?

 

If you rasa janggal, then option ini bukan untuk you.

 

Kos Bina Homestay

If you ada kediaman extra untuk dijadikan sebuah homestay ekslusif, atau you ada modal untuk memulakan bisnes homestay, you tak perlu coba cara yang akak syorkan di atas tu tau.

You boleh mulakan dengan mendapatkan panduan dari ebook yang telah ditulis oleh seorang Jutawan Homestay, Faridil Atras, pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place sejak tahun 2014.

Buku panduan ni penuh sarat dengan infomasi bagi membantu pengusaha homestay.

Apa isi kandungan ebook tu?

Antara Isi Kandungan ebook :

  1. Pemilihan jenis hartatanah untuk bisnes homestay
  2. Pemilihan lokasi untuk memastikan pulangan lumayan
  3. Mengenalpasti dan memenuhi permintaan pelanggan
  4. Anggaran kos permulaan
  5. Kos operasi yang menjimatkan
  6. Cara menjalankan perniagaan homestay
  7. Pengurusan homestay yang produktif
  8. Pemasaran homestay untuk menjamin tempahan berterusan
  9. Cabaran bisnes homestay

 

#1 Tips pemilihan jenis hartanah untuk bisnes homestay

You tahu ke tahu?

  • Ada 6 jenis hartanah yang boleh you gunakan untuk bisnes homestay.

Setiap kediaman ini ada kelebihan dan kekurangnya you. Semua nya akan didedahkan dalam ebook tu.

 

#2 Tips pemilihan lokasi untuk memastikan pulangan lumayan

  • Beliau ada senaraikan 11 faktor yang akan menjadikan lokasi homestay you HOT! HOT!

 

#3 Mengenalpasti dan memenuhi  permintaan pelanggan

  • Sebagai pengusaha homestay, you wajib buat research sikit untuk mengenalpasti niche you.

You perlu tahu sikit tentang supply and demand.  Mengenalpasti permintaan pelanggan terhadap homestay pada satu-satu kawasan adalah sangat penting

 

Baca :Mengapa bisnes perlu fokus pada niche

 

#4 Anggaran modal permulaan

  • Berapa kos permulaan dan kos operasi untuk menjalankan bisnes homestay, you tanya akak?

Hmm.. akak bukanlah orang nya untuk you dapatkan info. Elok rasanya you dapatkan aja info dari ebook Jutawan Homestay.

Semua kos-kos yang terlibat beserta anggarannya ada dalam ebook itu.

 

#5 Anggaran Kos Operasi Yang Menjimatkan

  • Formula pengiraan titik pulang modal (Return On Investment) untuk mengetahui, berapa lamakah tempoh yang perlu diambil untuk you mula menjana keuntungan selepas you melabur  modal menjalankan bisnes homestay.

 

#6 Pengurusan Homestay Yang Low Cost Dan Menguntungkan

  • Macam mana nak kira dan letak harga sewaan homestay? Ada 4 langkah yang perlu you lakukan untuk menenetapkan harga yang berpatutan pada homestay.

Malah beliau akan berikan juga FORMULA kiraan harga yang tepat.

 

#7 Cara Menjalankan Perniagaan Homestay

  • Setiap jenis perniagaan yang dijalankan,  menyediakan dokumen-dokumen adalah perlu dan wajib.

Ada 7 jenis dokumen wajib yang perlu disediakan. Beliau bukan sekadar huraikan penggunaan setiap dokumen, malah juga menyediakan  template untuk dokumen tersebut.

 

#8 Cara Pemasaran Untuk Dapatkan Tempahan Berterusan

  • Dalam ebook itu juga beliau tunjukkan 9 cara yang boleh dilakukan untuk you promosi homestay
  • Juga dikongsikan 30 website yang boleh digunakan untuk memperluaskan promosi homestay
  • Dari 30 website tu, beliau huraikan secara detail lagi, 3 website yang paling utama. Apakah kelebihan dan kekurangan bagi setiap website tersebut.
  • Di tunjukkan juga step-by-step (secara bergambar) bagaimana untuk menyenaraikan homestay di tiga website paling utama itu.

Lebih menarik, beliau juga sharekan link pendaftaran di website Booking.com yang boleh menjimatkan you dari dikenakan bayaran komisyen untuk 5 tempahan pertama yang you terima menerusi website tersebut.

 

#9 Cabaran Bisnes Homestay

Mengurus Homestay ini memang banyak juga cabarannya.

Cabaran yang paling besar.. adalah untuk mendapatkan pelanggan dan memastikan homestay kita sentiasa penuh dan mendapat tempahan.

Paling kurang, dalam sebulan, perlu dapatkan 7 hari tempahan, barulah balik modal dan berbaloi

Ya kan?

Tapi, Alhamdulilah, di Fardain Place, secara purata homestay mereka mendapat tempahan sekitar 25-30 hari setiap bulan.

Kata pakar motivasi pemasaran Azizan Osman,

kalau kita nak jadi jutawan, kita mesti nak belajar dari jutawan berkenaan

 

So if you teringin nak menjadi jutawan homestay, maka wajiblah bagi you untuk menuntut ilmu dari Jutawan Homestay juga, orait?

 

Ok,

 

So what if you tak ada modal dan tiada rumah kedua atau ketiga untuk memulakan perniagaan homestay?

 

Masih mampu ke hasrat you untuk buat duit dari rumah dengan bisnes homestay ni? Seperti yang akak cadangkan di atas tadi, you boleh mulakan secara kecil dulu dengan menyewakan salah satu dari bilik tidur di rumah you tu.

 

Jika you rasa cadangan tu ok aja, jom.. mari akak kongsikan tip2 untuk menjayakannya.

Tips Mudah Mulakan Bisnes Homestay Skala Kecil

      1. Keperluan asas homestay
      2. Hiasan dalaman homestay
      3. Dimana nak membeli perabot dan perhiasan dalaman
      4. Tips mengambil gambar yang memukau untuk pemasaran online
      5. Dimana nak pasarkan secara percuma

 

#1 Keperluan Asas Homestay

  • Keperluan asas supaya tetamu merasa selesa menginap disitu. Seperti kipas siling, penghawa dingin dan tempat tidur and that means tilam dan bantal tau, (sarung bantal, cadar dan blanket).

Kak Su pernah menyewa bilik homestay di UK tak disediakan barangan asas camni you.

Bayangkanlah waktu tu, musim sejuk, menggigil akak dibuatnya. Keesokan hari terpaksa beli blanket sendiri untuk kegunaan tiga minggu disana.

 

#2 Hiasan Dalaman

  • Dah namanya pun homestay, so you hiasilah dekor dalaman mengikut personaliti you.

Bilik yang dihiasi dengan kreatif dan unik pasti akan mempesonakan tetamu.  Dekor yang unik itu akan membuatkan mereka rasa seprti VIP you, berbanding dengan bilik dihotel yang rata2 mempunyai dekor yang lebih kurang sama aja.

 

#3 Dimana nak dapatkan perabot2 yang bermutu dengan harga yang berpatutan?

Kak Su dah lama bersara dari peniagaan perabot terpakai, tapi rakan niaga akak masih terus giat meniaga. Nama nya Piee, kedai nya di Pasak, Kota Tinggi.

Di sana you boleh dapatkan perabot2 hotel yang bermutu tinggi, sesuai untuk penggunaan homestay.

Perabot Terpakai, Pasak Kota Tinggi  mengimpot perabot2 terpakai hotel dari Singapura. Memang berbaloi dibeli kerana ia tahan lasak penggunaan untuk bertahun2 lamanya.

 

#4 Tips mengambil gambar yang memukau untuk pemasaran online

Kak Su bukan lah arif bab2 fotografi ni, so akak syor you baca tulisan Tarmizi Shukri.

8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi. Blog ni terdapat banyak perkongsian, tips dan tutorial fotografi yang boleh you pelajari.

 

#5 Pemasaran Dan Iklan Percuma Untuk Bisnes Homestay

  1. Promosi melalui WhatsApp
  2. Senaraikan di AirBnB
  3. Senaraikan di Booking.com
  4. Iklan di Mudah.my
  5. Promosi di blog

 

#1 Promosi melalui WhatsApp

Jika you tak tahu cara nak promosi guna WhatsApp, ebook Jutawan Homestay juga ada mendedahkan teknik siap dengan template dan ayat-ayat sekali akan di beri. You cuma copy & paste sahaja.

Best ke best?

 

#2 Senaraikan di AirBnB

Tak tahu apa itu Airbnb,  dan bagaimana pemasaran di Airbnb dapat meningkatkan tempahan homestay?

You boleh dapatkan tips dan panduan dari blog Cari Destinasi. Disitu ada terdapat beberapa perkongsian artikel mengenai Airbnb dan juga cara untuk mendaftar yang boleh you ikuti.

You boleh mulakan dengan mendapatkan  11 Tips Untuk Menjadi Host Yang Berjaya Di AirBnB.

 

#3 Booking.com

Hampir 1,550,000 bilik setiap hari ditempah melalui Booking.com. In sha Allah salah satu tempahan pasti is yours.

Dengan Booking.com, you tak perlu risau sebab dorang memang pakar dalam bidang ni so website tu dah di optimasi kan sepenuhnya untuk menggalakkan pengunjung buat tempahan bilik.

You hanya perlu pastikan gambar2 yang you upload tu benar2 memukau, ok.

Tapi you mesti be open untuk menerima tetamu dari negara lain tau, if you nak hadkan hanya dari Malaysia saja, then, you boleh coba iklan di Mudah.my

 

#4 Iklan di Mudah.my

Sewaktu meniaga perabot terpakai dulu, akak banyak beriklan diMudah.my. Akak juga menggunakan site itu untuk mencari tapak perniagaan baru setiap kali akak nak mula.

Alhamdulillah akak sangat berpuas hati dengan respon dari situ.

Dengan Mudah.my you berurusan direct dengan prospek, so you  perlu berhati2 sebelum menerima tetamu masuk ke rumah.

Zaman sekarang ni, macam2 jenis scam, ngeri gitu kan

 

#5 Promosi di Bisnes Blog

Jika bisnes homestay you dipasarkan sepenuhnya secara online melalui website2 dan juga laman sosial, then you wajib ada satu bisnes blog.

 

Baca : 8 Sebab Mengapa Perlu Ada Bisnes Blog

 

Dengan adanya bisnes blog, ia lebih meyakinkan prospek akan kesahihan bisnes homestay you.

Selain dari itu, bisnes blog juga sangat membantu untuk:

  • Meletakkan lokasi di Google Map
  • Mengumpul database pelanggan

 

Perkara paling utama dalam bab pemasaran online ialah  mempunyai database prospek & pelanggan.

 

Dengan database ini nanti  ianya membolehkan you untuk mendapatkan tempahan berulang-ulangkali dari pelanggan yang sama.

 

Tak tahu macam mana nak buat bisnes blog? Akak ada sediakan ekursus percuma, Belajar Buat Blog WordPress.

Belajar Buat Blog WordPress

Klik butang merah untuk daftar

Ok.. so sebelum you bergegas ke kedai perabot terpakai untuk menyiapkan homestay you, mari kita lihat dulu..

 

Kelebihan dan kekurangan buat bisnes homestay

 

Pulangan margin yang tinggi

 

Pulangan atau keuntungan bagi bisnes homestay berlipat ganda jika dibandingkan dengan sewa bulanan. Jika sewa bulanan sebulan berharga RM600, dengan homestay you mampu untuk perolehi sehingga RM1,500 bersih sebulan.

 

Seorang pemilik Homestay Kontena di Melaka telah memanfaatkan bisnes homestay untuk menambah pendapatan sampingan bagi menampung kos aktiviti yang di minatinya, iaitu pemotoran berkuasa tinggi.

 

Syafie Bustan berkata,

Homestay mendatangkan pulangan atau keuntungan lebih banyak berbanding sewa bulanan dan pada masa sama dapat memastikan rumah sentiasa dijaga dengan cantik

 

Katanya lagi :

Permintaan terhadap homestay sangat tinggi kebelakangan ini. Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, orang ramai lebih prihatin dengan harga penginapan yang mahal. Mereka memilih untuk menginap di homestay

Sumber dari : Sinar Harian

Panduan Pengurusan Bisnes Homestay Gaya Jutawan

7 Comments

  1. ina
  2. Ella Tomo

Leave a Reply

Translate »