Pssstt… ladyboss, dah bersedia ke nak pindah Blogspot ke WordPress blog? Macam dah bersedia.. tapi kurang pasti cara2 nya? Gitu..
Jom lalui proses penghijrahan ini bersama2 Kak Su. Akak akan bimbing dari awal, hingga sukses, in sha Allah.
Macam Mana Cara Pindah Blogspot ke WordPress blog
Untuk proses penghijrahan ni, ladyboss perlu peruntukkan masa sekurang kurangnya 1 jam ya, dari proses awal hingga akhir.
So sebelum mulai proses penghijrahan, ladyboss perlu pastikan yang ladyboss sudah pon mempunyai webhosting dan domain.
Tak pasti dimana nak dapatkan webhosting dan macam mana cara nya nak pilih webhosting yang terbaik?
Baca : Cara Nak Pilih Domain dan Hosting
Tutorial ni mesti dikuti mengikut urutan ya, tak leh nak skip step.
Step 1) Pembelian domain dan hosting
Bagi yang baru nak memulakan perjalanan blogging ni, Kak Su syorkan NetKL atau Exabytes
Step 2) Set up WordPress Di Website
So ikuti Step 1 dan 2 dulu ya, dah siap nanti datang semula ke sini.
Don’t worry akak tak kemana2, akak setia menanti ladyboss di sini.
Step 3) Back up konten di Blogspot
Setelah siap set up nama domain, hosting dan WordPress, boleh ke blog Blogger >> Dashboard >> Settings >> Other
Kemudian >> Backup Content
Apabila keluar pop-up, klik >> Save to your Computer (Ia akan download as an .xml file)
Step 4) Log In Ke WordPress
Setelah siap download .xml file, pergi ke WordPress >> log in
Kemudian ke >> Dashboard, ke >> Tools >> Import
Klik >> Blogger >> Install Now
Step ini akan auto install Blogger importer tool untuk ladyboss.
Kemudian Klik >> Activate Plugin & Run Importer untuk memulakan proses
You akan di prompt untuk upload (Blogger .xml file) dari (Step 3)
Step ini akan memulakan proses WordPress mengimpot kesemua entri2 posting dari Blog Blogger satu persatu.
Jangan lupa masukkan nama penulis tau.
You boleh teruskan membaca 3 Perkara penting yang wajib di lakukan setelah pindah Blogger ke WordPress Blog.
Macam mana, mudah kan cara nya, nak pindah Blogspot ke WordPress blog.
Jika tutorial ini memberi manfaat, why not klik Share ke FB supaya ramai lagi rakan2 blogger diluar sana dapat manfaat sama.
Belum mulakan blog? Nak belajar buat blog secara PERCUMA? Jom, folo cara Kak Su . Daftar di sini
Sekian perkongsian dari
~~Kak Su
***artikel ini ada mengandungi affiliate link***
Coba semak page loading speed disini https://gtmetrix.com/ kemudian ikut apa yang disyorkan untuk lajukan website
Tq kak sbb respon laju, hehehe..
login ke dashboard xda masalah. yg bemasalah, apabila nak akses website sy tu, x boleh. bila cuba akses, link akan error dan “dns_probe_finished_nxdomain” akan keluar. kalo x keberatan, boleh sy emel kakak dan skrinshot masalah ny? hehee..
Alhamdulillah.
Jawaban :
1. Saya akan biarkan dan isikan dengan konten lain, kemudian masukkan link blogspot diwebsite wordpress, so kedua dua dapat trafik dan dapat adsense income.
2. Maksudnya, nak log in ke dashboard ke tak boleh guna wifi?
Tq untuk respon ny kak su. sy sudah pindah ke wordpress, semua bejalan lancar. sy ada 2 soalan pula,hehee..
1. blog di blogspot tu apa yg sy perlu buat? jadikan kenangan atau sya delete permanent?
2. setelah pindah ke wordpress, site sy tu x dapat akses bila guna wifi (unifi). tp bila guna mobile data, bole pulak. di mana silapnya tu yer?
Terima kasih kak, harap d jawab ya. moga di murahkan rezeki akak.
Jawab ikut urutan dari bawah ya hihi
3. Dah kahwin, 4 orang anak dan 2 orang cucu. Alhamdulillah
2. Boleh
1. In sha Allah selamat, tak perlu apply baru
Sekian semoga bermanfaat dan terima kasih sudi singgah diblog akak ya
Terima kasih dengan info nya kak.. cuma, saya ada beberapa soalan.
1 : Sekarang ni, blog di blogspot sy ada adsense. Sekiranya sy berpindah ke WordPress, adsense saya akan selamat dan x perlu apply baru?
2 : Apakah boleh sekiranya saya menggunakan domain yang sama, contoh di blogger abc.com dan ingin pindah ke wordpress pun guna abc.com?
3 : Kakak dah kawin? Hehee.. Gurau jer kak soalan ketiga ni..
Terima kasih sekali lagi kak..
In sha Allah, semoga Allah permudahkan urusan Suzy
Kak su, sy nk pindahkan dari blogspot ke wordpress. Tutorial kak su ni nampak mudah…semoga dapat membantu saya…tq:)
artikel bermanfaat. SA nak jugak cuba.Tapi blog yg satu lagi tu. Tengok macam mana.Tq kaksu
Bila rujuk tutorial ni, nampak senang je sebenarnya proses untuk pindah dari blogspot ke wordpress. Saya tak pernah buat. Sebab memang dari mula, terus guna wordpress
Alhamdulillah, of course kalau kita rasa selesa, why change kan?
betul tu Ruby. akak pon dulu rasa camtu, tapi once kita dah boleh ubah elok wordpress blog cam kita ubah suai rumah kita, the fun begins
Saya masih setia pada blogspot heheheh tak tahu nak pindah ker tidak tapi apa ada sekarang rasa selesa…
Bagus perkongsian ni. Cuma saya lebih suka blogger.Com instead wordpress.Com setelah berpindah dulu. Mungkin tiada guru. Nak ajar plugin, seo kena install. Hahaha. Jika blog tiada pembaca. Sedih kakkkk. Tapi saya masih di wordpress. Hahahaha
tau.. tu pasal akak wat tutorial, biar ada rujukan . Akak lagi lah, cepat lupa
Dah lupa dah macam mana nak buat benda nie.
1st time pindah ke wordpress masa tahun 2007. Dah lama dah… hahahah
Sama2 dik, terima kasih sudi singgah, semoga perkongsian ni memberi manfaat sesama kita
Alhamdulillah, terima kasih sudi singgah
ohh baru tahu. sebab sebelum ni ada yang bertanya. terima kasih share ya 🙂
tahniah, semoga maintain hendaknya
in sha Allah Hasif, boleh rujuk nanti bila2 dah bersedia nak pindah k
Wahh.. Belum terfikir lagi nak pindah sebab masih selesa dengan blogspot walaupun tau banyak juga kelebihan wordpress. Apapun thank you sebab share! Nanti boleh rujuk kalau tiba2 tergerak hati. Hihi
Hello, good tips