Cara Buat Duit Dengan Blog

5 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

5 cara buat duit dengan blogNak akak tunjukkan cara buat duit dengan blog?

Boleh.. Tapi..

 

Sebelum kita mulakan misi pencarian buat duit dengan blog, pastikan dulu yang ladyboss sudah pun mempunyai bisnes blog sendiri.

 

Jika belum lagi ada blog, klik butang merah dibawah untuk mendaftar belajar buat blog PERCUMA

 

Belajar Buat Blog WordPress

 

So, macam mana lah agaknya cara nak buat duit dengan blog ni ya?

 

Dari mana datang nya duit tu?

 

Siapa pulak yang membayar pemilik blog tu?

 

Haah, bab ni pasti ramai yang teruja dan ingin nak tau. Betul ke setakat menulis di blog saja, kita dah boleh ada income?

 

Macam mana caranya ya?

 

Akak pon dulu macam tu, tertanya2 juga, who is the paymaster ekk? Hihi

 

Kini bukan lah menjadi suatu rahsia lagi bahwa blog boleh menghasilkan pendapatan sampingan.

 

Bukan setakat jana pendapatan sampingan, bahkan ia boleh menjana pendapatan lebih dari mereka yang bekerja di ofis sepenuh masa.

 

Ok.. So, siapa kah si dia tu, (paymaster) bagi blog?

Blog menjana pendapatan dari sesiapa sahaja yang sudi membayar pada penulis blog itu.. Gitu

 

Begitu?

 

Ya begitu.

 

Mudah sangat kan?

 

Baiklah, specially for you, ladyboss yang sedang mengikuti e-kursus Percuma belajar buat blog WordPress  bersama Kak Su, akak akan listkan dibawah ni, cara2 buat duit dari blog.

 

Mungkin juga ada yang dah pernah mencoba, mungkin ada yang belom pernah tau cara2 di bawah ni

 

So

 

Sama2 kita brainstorm ya.

 

5 Cara Buat Duit Dengan Blog

Cara Buat Duit Dengan Blog

1) Menjual Produk

2) Menawarkan perkhidmatan

3) Produk Review

4) Iklan

5) Affiliate Marketing

 

Buat Duit Dengan Blog

1) Menjual Produk

Blog WordPress (self hosted) yang telah ladyboss bina ini, (atau bakal dibina) akan di miliki ladyboss sepenuhnya tau.

So..

That means you are free to sell any product that you want on your own blog.

Belum lagi ada blog?

Ladyboss boleh ikuti panduan step by step yang telah akak lakarkan di sini  ,Buat Blog WordPress Dalam 15 Minit

 

So antara produk2 yang boleh ladyboss jual di blog:

  • produk digital
  • produk retail
  • ebook

 

Produk digital seperti kalendar, planner atau gambar2 digital yang boleh di download.

E-book?

Buat duit dengan blog -ebook

Apa agaknya yang nak ladyboss tulis ya, di e-book tu nanti?

 

Jika ladyboss seorang yang rajin berkongsi resepi di FB dan IG, dah tiba masa nya untuk anda mengumpulkan kesemua resepi2 tu dan dibukukan untuk di jual.

 

Atau ladyboss dulu seorang baker.. Tapi sekarang dah mula nak pencen.

 

So

 

Apa kata ladyboss buku kan pengalaman dan kemahiran itu untuk di kongsikan pada bakal baker yang ingin ceburi bidang bakeri, seperti yang dilakukan oleh Pn Nik Roslin

 

Akak pon dah mula terfikir nak menulis pengalaman  cara2 baikpulih sofa dan di jadikan ebook untuk dijual, ok ke?

 

2) Menawarkan servis

Bila di sebut servis saja, mula lah ada yang terfikir kan servis yang berkaitan tenaga seperti mengemas rumah, membuat kek dan sebagainya.

Oleh kerana fokus akak di sini lebih kepada buat duit dengan blog secara online, so akak akan kongsikan servis2 yang boleh ladyboss offer secara online ya.

Antara servis online yang boleh ladyboss tawarkan:

  • Social media manager
  • Graphic designer
  • Ghost Writer/ Freelance Writer
  • Copywriter
  • Coach (Fitness/Beauty Coach)
  • Proof Reader

 

Baca :  Mengapa anda perlu fokus pada topik blog dan niche

 

Ini hanya sebahagian saja ya, masih ada banyak lagi sebenar nya yang boleh di tawarkan mengikut pada kemahiran ladyboss.

 

3) Produk Review

Biasa di sebut as advertorial (advertisement + editorial) di kalangan blogger.

Di sini, anda bekerja sama (menerima bayaran tertentu) untuk mengulas (promosi) sesuatu produk dari syarikat itu.

 

Untuk tujuan ini, anda perlu  memaklumkan pembaca bahwa artikel yang sedang di baca adalah produk review berbayar.

 

4) Iklan

Ada terdapat dua cara untuk buat duit dari blog melalui iklan

 

Yang pertama : Menjual ruang iklan di blog

Ini biasa nya di lakukan dengan menawarkan ruangan tertentu diblog untuk disewakan.

 

Iklan2 akan di siarkan di bahagian blog seperti di sidebar, di permulaan artikel , di pertengahan dan juga di akhir artikel.

 

Harga sewa yang dikenakan biasa nya bergantung pada keluasan ruang yang di minta dan juga pada kedudukan ia di pamerkan di blog itu.

 

Ada kalanya, ia di pamerkan di halaman pertama blog. Ada yang dipamerkan hanya pada artikel tertentu sahaja.

 

Untuk berapa lama..?

 

Its really up to you, its your space, you decide.

 

Yang kedua : Sertai advertising network

Ini adalah cara yang paling mudah untuk buat duit dengan blog. Ladyboss hanya perlu memasukkan kode yang di bekal kan ke dalam blog.

 

You boleh coba untuk buat duit dengan iklan dari beberapa syarikat antaranya, Google Adsense, Media.netAdThrive  dan banyak lagi

 

Buat duit dari blog dengan cara beriklan memerlukan jumlah pengunjung yang tinggi

 

So you kenalah rajin buat promosi untuk dapatkan ramai pengunjung ke blog.

 

Oleh kerana blog Kak Su ni baru saja berusia 30 hari sewaktu artikel ini ditulis dan pegunjung pon baru jejak seribu, so akak sabor aja lah dulu hihi.

 

Tapi apa yang akak faham, Google Adsense mengenakan syarat yang agak ketat.

 

Antaranya, seperti tidak di benarkan klik iklan sendiri (akak ni pulak jenis yang lalai.. jari tu kadang sesuka aja nak ketik2 kemana2

 

Jika melanggar terma dan syarat tertentu kita boleh di senarai hitam kan huhu.

 

Baca artikel berkaitan : Buat Duit Dari Blog Dengan Google Adsense

 

5) Affiliate Marketing

Buat Duit Dengan Blog - Affiliate Marketing

Antara 5 cara buat duit dengan blog ni, Affiliate marketing yang paling akak suka.

 

Jika ladyboss perasan, hampir setiap artikel akak akan ada affiliate link.

 

Ohh tak perasan ya? Senang aja nak tau, akak akan maklumkan begini “artikel ini ada mengandungi affiliate link”

 

Haah, maknanya, jika link itu di klik seseorang, dan kemudian dia membeli produk itu esok, lusa atau mengikut jangka masa cookie yang di hadkan, maka akak akan menerima imbuhan dari pembelian itu.

 

Harga belian sama saja, tiada mark up dari akak.

 

Affiliate link boleh di sembunyikan di sebalik sesuatu perkataan atau didalam satu ayat dengan menggunakan link cloaker

 

Ladyboss juga boleh menulis satu artikle khusus  (macam produk review) untuk memperkenalkan cara2 pengunaan nya seperti yang akak lakukan di sini.

 

Nak tunggu berapa lama agaknya sebelum boleh buat duit dengan blog?

 

Blogging bukan lah satu skim cepat kaya, ia memerlukan kesungguhan, minat dan gigih dalam perkongsian sesuatu topik.

 

Ladyboss nak rajin sikit lah menulis secara konsisten.

 

Dan yang paling penting, sentiasa bersikap terbuka untuk menerima teguran dari mentor dan juga rakan2 blogger yang lain.

 

Sentiasa berusaha untuk menimba ilmu dan mempelajari selok belok menjana pendapatan dari blog.

 

Ia ibarat membangun sesuatu bisnes, kita bukan setakat perlukan dedikasi, tapi perlu membekalkan diri dengan elmu untuk terajui bisnes yang di ceburi.

 

So ada yang baru saja seminggu launch blog, dah pon ada income dan ada juga yang dah berbulan tapi tiada mendapat pulangan apa2.

 

Apa pon, rezeki kita sudah di tentukan Allah so jangan lah terlalu bersedih hati.

 

That’s why its very important to write about something that you love and enjoy, so walau apa pon situasi, kita tetap rasa terhibur di atas apa yang kita kongsi kan di blog kita, ya kan?

 

Artikel berkaitan : 2 perkara you wajib tahu sebelum mula buat blog

 

Sekian dulu perkongsian Kak Su kali ini, jika anda tau ada cara2 lain untuk buat duit dengan blog, boleh tinggalkan di ruangan komen, in sha Allah akan akak update kan ke dalam artikel ini nanti untuk di manfaatkan bersama, in sha Allah.

 

Akak ada lagi artikel berkaitan Buat Duit Online untuk you tau

 

 

You mungkin juga berminat untuk tahu cara buat duit dari rumah

 

 

Ada belajar sesuatu dari perkongsian di atas? Jika ya, klik Share ke FB untuk berkongsi elmu sesama rakan2 yang lain

 

Sharing is caring tau

~~Kak Su

46 Comments

  1. Kak Su
  2. fida rahman
  3. Kak Su
  4. Muney
  5. Kak su
  6. Kak Su
  7. Yana
  8. Dhieya
  9. Bintang
  10. Qisstiera
  11. sang aura
  12. Aimi Mikail/Ho

Leave a Reply

Translate »