Cara Menggunakan Google Analytics

Mengapakah agaknya penggunaan Google Analytics begitu penting bagi setiap pemilik blog?

Cara nak pasang dan guna Google Analytics di WordPress

Ada beberapa sebabnya..

 

Yang paling utama ialah data Google Analytics dapat membantu meningkatkan trafik ke blog.

 

Dari laporan itu juga, kita mampu meningkatkan mutu konten diblog. Konten yang bermanfaat akan memudahkan kita untuk menambah bilangan subscriber untuk dikumpul kedalam database kita.

 

Jika you ingin  mendapatkan sponsor atau pun mendapatkan client untuk review product, besar kemungkinan mereka juga akan meminta salinan data Google Analytics you.

 

Data dan info bagaimanakah yang boleh kita perolehi dari Google Analytics?

Antara laporan  yang disimpan oleh Google Analytics :

  • Siapa pengunjung blog kita?
  • Dari mana datangnya mereka?
  • Bila masanya mereka mendarat diblog?
  • Berapa lama mereka duduk membaca diblog?
  • Berapa jumlah page yang dibacanya?

 

Dari Google Analytics, kita dapat memperolehi info2 seperti diatas dan banyak lagi sebenarnya. Info2 tersebut dapat membantu kita mengenali lebih dekat siapakah sebenarnya pengunjung blog kita.

 

Mengapa kita perlu kenal atau ketahui siapa pengunjung blog kita?

 

Biar Kak Su cerita sikit pengalaman akak sewaktu mula membina blog KakSu.com ni.

 

Asalnya blog ini dibangunkan untuk membantu diri akak sendiri.

 

Oleh kerana Kak Su tiada pengalaman langsung dari sudut web developer atau web designing, makanya untuk membina blog WordPress ini, akak terpaksa google dan belajar sendiri cara2 membina blog dari peringkat permulaan.

 

Entah berapa banyak ekursus percuma yang akak sertai, akak sendiri dah tak ingat dah. Itu belum termasuk ekursus yang berbayar.

 

Kak Su ni jenis yang suka take up new challenge, so for me, nak buat blog wordpress ni memang challlenging sangat.

 

But I love the challenge.

 

Cuma..

 

Pada peringkat awal, akak tak tahu siapa sebenarnya follower ataupun pengunjung atau pun pembaca blog akak.

 

Langsung tak tahu you.

 

Apa yang akak tahu, akak target ladyboss. Yup, ladyboss sebab itulah akak. I was a ladyboss you see, if you masih ingat, akak pernah mengendalikan perniagaan perabot terpakai dan baikpulih sofa.

 

So, akak menulis diblog seolah2 bercakap dan mengajar pada diri akak sendiri.

 

Akak kongsikan cara2 buat blog dari awal sehingga blog tu siap. Ia ditulis mengikut langkah2 sebagaimana akak lakukan dalam membina blog akak sendiri.

 

Jika you belum lagi mempunyai blog dan teringin nak membinanya, akak ada satu ekursus PERCUMA untuk you.

 

You boleh mendaftar dengan menekan butang merah “Saya nak daftar sekarang juga”

Belajar Buat Blog WordPress

 

So

 

Berbalik pada kisah mengapa kita perlu tahu siapa pengunjung blog kita.

 

Dalam tempoh enam bulan blog KakSu.com disiarkan dialam maya, akak mula menganalisa data dari Google Analytics.

 

Data yang diperolehi dari Google Analytics memberi kejutan pada akak.

 

Ya

 

Kejutan you..

 

Let me tell you why..

 

Coba you lihat sendiri siapa pengunjung blog akak?

Demographics for 2017

Akak sangkakan my readers terdiri dari ladyboss, aka ibu2. Sebab itu if you perasan my tagline is

 

Membantu ibu2 membina blog untuk bisnes online

 

Dan setiap kali menulis, akak akan tujukan specially untuk ladyboss.

 

But now,

 

Setelah akak mengenalpasti pengunjung akak sebenarnya terdiri dari kedua2 ibu dan juga ayah, akak mula menukar cara penulisan akak.

 

Penulisan akhir2 ni, ditujukan untuk semua, tidak mengira jenis lelaki ataupun wanita.

 

Apa manfaat yang Kak Su perolehi dari data Google Analytics?

Sebelum akak kongsikan manfaatnya, biar akak kongsikan dulu apakah data2 yang mempengaruhi gaya penulisan  dan strategi akak.

 

Acquisition report - Google Analytics

 

  1. Users
  2. New Users
  3.  Sessions
  4.  Pages/Session
  5.  Avg. Session Duration
  6.  Bounce Rate

 

#1 Users

User ni adalah lawatan dari setiap pengunjung ke blog akak. Pengunjung yang sama akan dihimpunkan dibawah satu nama, iaitu ünique”.

Ia berbeza dengan “Sessions” dimana, walaupun pengunjung yang sama datang melepak kat blog akak sebanyak dua atau tiga kali sehari, ia tetap dikira sebagai satu ünique user”

 

#2 New Users

New user menunjukkan berapa ramai pengunjung baru keblog akak.

 

#3 Sessions

Ini adalah sesi atau jumlah pengunjung bertandang keblog akak. Katalah, you datang berkunjung keblog akak dan duk membaca selama 2 minit kemudian you pergi.

Itu dikira satu sesi.

Kemudian esok you datang semula… Ini juga dikira satu sesi sekali lagi, so jumlah lawatan you dikira sebanyak dua sesi walaupun you adalah pengunjung yang sama.

 

#4 Pages/Session

Ini pula adalah perkiraan average viewer bagi blog akak. Seandainya you datang dan baca empat artikel (page) yang berbeza, kemudian kawan you pula membaca 2 artikel (page) pada masa yang sama, maka perkiraannya lebih kurang tiga sesi untuk satu artikel (page)

 

Jumlah pages/session inilah yang akak harap sangat meningkat dari hari kehari, kerana jika ia meningkat, itu membuktikan bahwa pengunjung bukan sekadar datang dan membaca satu artikel, malah mereka duk membaca artikel2 berkaitan di (page) lain.

 

Dan dari maklumat diatas inilah akak lebih arif, topik yang bagaimana yang patut akak sajikan untuk pembaca yang kehausan info tertentu.

 

#5 Average Session Duration

Ini salah satu data yang sangat penting bagi akak untuk memastikan yang artikel yang akak kongsikan itu benar2 menarik minat pengunjung.

 

Average Session duration ni menunjukkan jumlah purata lamanya pengunjung duduk diblog akak dalam satu sesi. Semakin lama you duk membaca, semakin semangat akak nak menulis untuk you.

 

# 6 Bounce Rate

Bounce rate.. You bayangkan bola yang dilempar kedinding.. Apa yang akan terjadi?

 

You pun tahu dah..

 

Ia akan melantun semula kat you

 

Ya kan?

 

Begitulah juga dengan sesi pengunjung you. Google Analytics akan menunjukkan berapa persen kadar lantunan pengunjung keblog you.

 

Bounce rate yang tinggi akan menjejaskan Google ranking kerana ia ibarat satu petanda bahwa blog you tidak menarik perhatian pengunjung atau tidak memenuhi info yang dicari dalam pencarian Google.(Google Search)

 

Google sangat peka pada user signal.

 

So

 

Jjika ramai yang mendarat ke blog you, kemudian pergi dalam masa beberapa saat, itu satu isyarat yang kurang baik.

 

Sebabnya?

 

Di pandangan mata Google blog you kurang info yang bermanfaat bagi pengunjung sebab itulah dorang tak duduk lama, malah cuma mendarat beberapa saat kemudian pergi.

 

Isyarat yang di trigger akan menyukarkan usaha you untuk berada di muka surat pertama Google dalam Google Search.

 

Ada yang bertanya,

 

Macam mana Kak Su boleh berada dimuka surat pertama Google Search?

 

sedangkan blog akak masih baru?

 

Dan ada juga yang komen,

 

“Cepatnya Kak Su ada difirst page Google? Apa rahsianya?”

 

Sebenarnya, jika you nak berada dimuka surat pertama Google, you hanya perlu perhatikan beberapa data yang akak kongsikan ni.

 

oogle Analytics - Audience REport

 

Itulah yang akak sendiri lakukan dan sentiasa tingkatkan usaha dibahagian itu.

 

(Shhh…Inilah salah satu rahsia untuk you bertahan ditangga atas Google Search) Jangan bocorkan rahsia ni tau.

 

Dan atas asbab inilah juga, Kak Su kurang minat untuk sertai “blog walk” berkumpulan. Pada pengamatan akak, para peserta blog walk ini biasanya hanya berada diblog akak 2-3 saat sahaja, sekadar untuk meninggalkan komen.

 

Mustahil you boleh baca satu artikel sebanyak seribu lebih perkataan dalam jangka masa beberapa saat sahaja.

 

So

 

Dari data2 Google Analytics diatas itulah yang mendorong pergerakan penulisan akak.

 

Ia juga sangat mempengaruhi keputusan dan strategi mengatur langkah2 diblog akak untuk mendapatkan pengunjung yang berkualiti.

 

I am not an SEO expert atau otai. Akak hanyalah seorang blogger baru, yang gigih dan rajin buat kajian trial, error dan adjust.

 

Itu saja pun dah membuahkan hasil, Alhmadulillah. You juga mampu lakukan perkara yang sama akak lakukan, percayalah.

 

Yang penting, you pastikan bounce rate you tidak melebihi 70%, lagi rendah dari ni lagi bagus. Memang agak sukar nak mantain sebab orang harini bizi, dorang tak ada masa atau kesabaran nak duk membaca lelama.

 

Tapi it is possible, jika  konten diblog memenuhi info yang dicari in sha Allah they will read.

 

Mengapa akak perlu Google Analytics untuk mengatur strategi?

 

Strategi, perancangan dan langkah2 yang strategik amatlah penting jika you teringin nak buat duit dari bog.

 

Ada beberapa cara untuk you buat duit dari blog.

 

You boleh baca perkongsiannya disini :

  1. Cara Buat Duit Dari Blog
  2. Cara Buat Duit Dari Blog Tanpa Menjual

 

Apa pun cara dan pilihan you untuk buat duit dari blog, basicnya tetap sama.

 

You perlu kenal siapa dia pembaca atau pengunjung blog you.

 

Untuk permulaan, jika you baru nak bina blog dan belum ada Google Analytics.  Untuk dijadikan rujukan, you boleh mulai dengan membina “Customer Avatar” dan fokus pada topik dan niche dulu.

 

Baca artikel berkaitan :

  1. Mengapa Perlu Ada Customer Avatar
  2. Mengapa Perlu Fokus Pada Niche Dan Topik

 

Jika you sudah pun mempunyai blog dan data Google Analytics, akak syor you perhatikan beberapa fakta dibawah ni.

 

#Demographics

Perhatikan statistik pengunjung seperti peringkat umur dan jantina supaya mudah bagi you untuk menghasilkan topik yang releven bagi kumpulan tersebut.

Ini juga akan memudahkan usaha you dikemudian hari untuk monetasikan blog you.

 

#Interests

Jika you tak ada idea langsung nak menulis topik apa seterusnya, perhatikan bahagian “Interest”. Disitu you akan lebih mengenali pembaca you dari kecenderungan mereka pada sesuatu topik tertentu.

 

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta..

 

So

 

Ambil lah peluang untuk mengenali pengunjung blog you dari dekat dengan menulis perkongsian topik yang mereka suka.

 

#Acquisition

Salah satu data yang sering juga akak rujuk adalah Acquisition

Kak Su memang banyak habiskan masa menganalisa data disitu.

Kenapa..?

 

Sebabnya.. data tersebut menjadi kayu ukur untuk akak maksimakan usaha promosi diblog akak.

 

Akak dapat mengetahui dari arah mana kehadiran mereka, samada dari Social (Instagram, Facebook, LinkedIn, Google+ dan sebagainya).

 

Adakah mereka datang direct terus dari emel akak?

 

Atau mungkin mereka adalah pengunjung blog tertentu yang kemudian datang menziarah blog akak pula?

 

Paling best.. adakah mereka2 ini hasil dari “Organic Search”?

 

Oleh kerana akak dapat mengenalpasti dan tahu dari arah mana mereka tiba, maka mudahlah bagi akak untuk tingkatkan usaha atau kurangkan usaha promosi disesuatu media berdasarkan pada stastik dari Google Analytics.

 

# Pageviews

Pageviews ni pula adalah jumlah keseluruhan view bagi blog akak. Jika you datang bertandang dan tuju ke homepage, kemudian you membaca empat artikel yang berbeza, itu dikira sebagai empat pageview pada keseluruhannya.

 

Untuk memastikan diri you sendiri tidak dihitung didalam pekiraan pageview ni, elok you setting untuk exclude diri you sendiri.

 

For me, ini penting sebab akak perlu tau the exact numbers of pageviews yang tidak termasuk diri akak sendiri.

 

Ok

 

Akak pasti, sekarang you pun dah teringin nak pasang Google Analytics diwebsite you.

 

Ya kan?

 

Macam mana cara nak install Google Analytics?

 

Cara Nak Install Google Analytics

 

Nak install, nak daftar, nak kena bayar ke?

 

Tiada bayaran apa2 pun, don’t worry. Google Analytics ni percuma saja.

 

Tapi sebelum akak tunjukakkan you cara nak install Google Analytics, terlebih dahulu you perlu ada blog yang “self-hosted”

 

Tak tahu apa itu “self-hosted’?

 

Self-hosted adalah blog yang dibina diatas WordPress.org dan dilayarkan diatas webhosting seperti SiteGround

Web Hosting

Jika you masih belum lagi mempunyai blog atau tak tahu cara nak buat blog dengan betul untuk jana pendapatan, you boleh ikuti tutorial belajar buat blog percuma bersama Kak Su.

 

Klik butang merah “Saya nak daftar sekarang juga”

 

Google Analytics juga boleh di gunakan diatas platfom percuma Blogger. Tapi hari ini akak hanya akan berkongsi cara untuk install Google Analytics keatas WordPress.org.

 

Jika you masih keliru apa perbezaan diantara kedua platfom wordpress.org dan blogger dan tak tahu nak guna yang mana satu, akak ada satu artikel menerangkannya

 

You boleh baca disini : Perbezaan diantara WordPress dan Blogger

 

Perbandingan WordPress Dan Blogger

 

Jika you dah bersedia, jom kita mulakan memasang Google Analytics diwebsite you

 

Langkah 1 – Create an account

Untuk membolehkan you menggunakan Google Analytics, you perlu membuka akaun terlebih dahulu. Jangan risau, tiada bayaran, percuma aja.

 

Ya, ya percuma you

 

Klik disini untuk mendaftar Google Analytics

Google Analytics Sign Up Page

  1. Sign Up ( disebelah atas, kanan)
  2. Klik Analytics

 

You boleh Log In menggunakan google akaun yang sedia ada tau create akaun baru (terserah you)

 

Setelah log in, klik Google Analytics dan masukkan info yang dipinta

 

Langkah 2 – Generate Your UniqueTracking ID

 

Dah siap masukkan info website, you scroll ke bawah sekali.

 

Nampak butang biru?

 

Haah, disitulah tracking ID you disimpan.

  1. Klik “Get Tracking ID”

 

Langkah 3 – Embed your tracking ID on your site

 

Setelah mendapatkan tracking ID, you perlu tepek kan code yang diberi kedalam blog.Code ini perlu ada  berada didalam blog you.

 

Barulah Google Analytics boleh skodeng blog you untuk dapatkan info2 yang diperlukan.

 

Tapi you tak perlu risau, tak ada siapa pun yang akan tahu, sebab code itu akan terselindung diback end site you.

 

You bayangkan Google Analytics code tu ibarat “hidden camera” lah gitu hihi

 

Ada beberapa cara untuk you tepek Google Analytics code.

 

Kak Su akan kongsikan dibawah ni cara2nya, kemudian you buatlah pilihan nak guna cara yang mana yang mudah bagi you.

 

Orait..?

 

Cara memasang code Google Analytics diwebsite

 

Ada beberapa cara yang boleh you ikuti untuk memasang kod Google Analytics. Antaranya :

  1. Di header atau footer
  2.  Google Analytics plug in
  3.  Monster Insights plugin
  4. Tepekkan di widget (guna text/HTML widget)

 

You hanya perlu tepekkan Google Analytics code sekali sahaja diblog, menggunakan salah satu dari cara diatas.

 

So

 

Pilih hanya satu cara diatas saja tau.. jangan guna kesemua cara pulak

 

Dah siap sign up dan install?

 

Alhamdulillah… Mudah saja kan.

 

Jika you masih kurang faham cara2nya, you boleh hubungi Kak Su disini untuk bertanya, ok. Jangan segan tau, kalau malu bertanya nanti sesat jalan.

 

In sha Allah Kak Su sedia membantu.

 

Google Analytics biasanya digunakan bersamaan dengan Google Search Console atau namanya yang terdahulu, (Google Webmaster Tools).

 

Data disitu dapat lebih membantu you untuk meningkatkan trafik ke blog.  You boleh melihat apakah keyword tertentu yang membawa pengunjung keblog you.

 

You boleh klik disini untuk mendaftar di Google Search Console. Jika you memerlukan panduan untuk mendaftar atau cara penggunaannya, tinggalkan permintaan you diruangan komen.

 

In sha Allah jika ada yang memerlukan, akak akan kongsikan cara2nya di artikel akan datang.

 

You ada belajar sesuatu? Jika ya, klik Share ke FB supaya ramai lagi dapat belajar sama dan manfaatkan ilmu ni, in sha Allah.

Leave a Reply