Macam mana nak buat blog Affiliate Marketing yang boleh jana pendapatan online secara autopilot?
Nak belajar buat niche blog untuk jana pendapatan pasif dengan Affiliate Marketing?
Apa yang bakal akak kongsikan ni, hanya akan bermanfaat pada you, jika you ambil tindakan selepas you baca.
Fast Action .. Fast Result
Elmu hanya lah setakat pengetahuan aja, jika tiada tindakan yang di ambil, maka tiadalah result yang akan diperolehi.
So akak nak you ambil tindakan pantas.
Yes immediate action you, because fast action gives you fast results.
Akak akan kongsikan langkah2 yang akak sendiri telah lakukan untuk jana pendapatan dari niche blog.
Ok2
Akak tahu, you dah puas Google untuk dapatkan info tentang cara2 nak buat blog, cara nak buat duit dengan blog, cara buat blog affliate marketing untuk jana pendapatan. And I’m sure, that you sekarang ni tengah brain overload, ya kan?
Banyak sangat input..
Sampai tak tahu yang mana satu nak di ikuti dan dari mana nak mula.
Yes?
OK2, so kita lupakan sejenak semua info itu dan kita mulakan dengan kosong.
Orait?
Akak akan tunjukkan bagaimana nak buat wordpress blog yang super simple, bajet friendly dan yang paling penting..?
Ia boleh jana pendapatan secara pasif
Untuk itu, you perlu bersabar dan luangkan masa sekurang2nya sejam bersama akak.
Boleh?
But if you tak ada masa nak mengikuti nya sekarang, then you boleh download PDF untuk dibaca kemudian di waktu senggang.
Klik Download PDF
Susah ke nak mulakan bisnes online Affiliate Marketing ni?
If you are non techie, that means you are like me, so don’t worry. I know what that means, so akak akak akan bimbing langkah demi langkah, just as how I would teach myself.
Ok
So if you sedang mengikuti emel2 yang akak kirim dan dah baca artikel dari perkongsian2 tentang Affiliate Marketing by now you shoud know, apa itu Affiliate Marketing dan apa itu niche blog.
So that means, you should be ready to get going.
But if you baru ni, mendarat di blog akak dan tak tahu apa itu Affiliate Marketing, then akak syor you dapatkan Panduan Affiliate Marketing straight to your inbox yang telah akak siapkan khusus untuk you.
So pada yang dah tahu apa itu Affiliate Marketing, jom kita teruskan dengan tutorial bagaimana nak buat niche blog untuk jana pendapatan melalui Affiliate program.
Sebelum kita memulakan tutorial – Buat blog Affiliate Marketing
Ada beberapa persediaan dan “peralatan” yang diperlukan
Ini ada lah essential.. peralatan asas.. mesti nak ada. Tanpa peralatan2 ni, agak sukar untuk kita mulakan bisnes online Affiliate Marketing dan mengharapkan hasil.
Ibarat kita nak melukis bunga, kita memerlukan peralatan seperti kertas lukisan dan pensil untuk melakar. Untuk mewarna pula kita memerlukan berus lukisan dan juga watercolor, baru lah kita boleh hasilkan lukisan bunga ros seperti yang kita inginkan.
Jika kita tiada peralatan2 tersebut, maka kita terpaksa lah mengeluarkan sedikit modal untuk membeli nya sebelum kita boleh mula melukis.
Betul ke betul?
So
Sama lah juga, dalam bisnes online Affiliate Marketing. Untuk membina nya, kita memerlukan peralatan asas. Jika kita tiada peralatan2 yang diperlukan tu, maka wajiblah bagi kita untuk mengadakan nya.
So that means, you harus bersedia untuk keluarkan sedikit bajet untuk tujuan itu.
Jangan risau, modal permulaan yang dilaburkan tu, in sha Allah you dapat cover semula kerana pelaburan ni, akan mendatangkan hasil pada jangka masa panjang.
Affiliate Marketing bukanlah satu scam, skim cepat kaya
Tapi ia adalah bisnes online, sama aja seperti membina bisnes offline
Apa Yang Di Perlukan Untuk Memulakan Bisnes Online Affiliate Marketing?
- Modal (Sedikit wang permulaan dan masa)
- Niche khusus untuk blog anda
- Pemilihan produk yang menguntungkan
- Nama Domain
- Website hosting yang laju lagi berkredibiliti (Akak syor SiteGround
- CMS – WordPress (Percuma)
- WordPress Theme (Percuma)
- WordPress PlugIn (Percuma)
- Email Autoresponder (Akak menggunakan MailerLite – Percuma)
- 60 minit atau mungkin lebih (Untuk tutorial) jika you benar2 non-techie
- Kudapan untuk dikunyah2 (Untuk menghilangkan stress sewaktu pembelajaran)
Dah bersedia? Jom kita mulakan..
1. Modal
Kita memerlukan sedikit modal permulaan.
Tidak melebihi RM250. Jika you tak berkemampuan untuk mengadakan jumlah ini, then akak syor you buat lah kerja parti time, jual sesuatu kepunyaan you yang tidak diperlukan lagi atau buat kerja2 freelance online untuk dapatkan modal.
2. Niche khusus untuk blog Affiliate Marketing
Akak nak you beri perhatian kat bab ni. This is crucial for your success. Ramai yang rasa malas nak mulakan proses pemilihan niche ni.
Maka mereka ikut suka hati aja pilih niche, kemudian bila ia tak mendatangkan hasil, mulalah rasa kecewa dan rasa tertipu. Maklumlah dah keluar modal RM250..
So pilih niche yang you sendiri berminat.. minat sikit pun jadilah.
Why?
Because you perlu menulis konten dalam niche blog, so if you tak berminat topik tu, amacam?
Boleh ke you nak bercerita tentang topik pilihan tu nanti?
You perlu menulis artikel dan juga product review yang memberangsangkan supaya ia dapat menambat hati pembaca.
Ok,
If you ada modal, then you boleh dapatkan khidmat penulis upahan but if you baru nak mula bisnes Affiliate Marketing ni, dan sudah tentunya kekurangan modal, I’m sure its better you tulis sendiri.
So akak pernah terima soalan begini:
Macam mana kita nak tahu niche yang mana satu kita nak pilih?
Akak ada siapkan satu artikel untuk menjawab soalan di atas.
Baca : Pemilihan Topik Dan Niche Yang Menguntungkan Untuk Bisnes Affiliate Marketing
3. Pemilihan Produk Yang Menguntungkan
Pastikan pilihan niche you tu, ada mempunyai produk yang bakal menguntungkan. So that you boleh promosi kan ia di mana2 platfom sosial media.
Caranya?
Buat Google Search pencarian produk atau search di mana2 Affiliate Network yang ingin you sertai.
Baca :
- 6 Affiliate Network Yang Boleh Anda Sertai Untuk Buat Duit Lebih USD
- Buat duit dengan Affiliate Marketing Malaysia
Pilih 2-5 sahaja produk mengikut niche. Contoh, you memilih niche kebersihan.
Niche kebersihan tu terlalu luas, so kita narrow kan ia (sub niche), kepada pembersihan karpet.
Dari sub niche pembersihan karpet tu, kita buatlah pemilihan produk yang bersesuaian dengan topik pembersihan karpet.
Ok,
So kita dah pun siap buat pemilihan niche dan produk.
Sekarang kita beralih pada pemilihan nama domain
4. Apa tu nama domain, kat mana nak daftar?
Domain untuk KakSu.com telah akak daftarkan dengan NameCheap.
Ia menjadi pilihan akak sebab ia agak murah berbanding dengan pendaftar yang lain .Harga pembelian termasuk Whois data protect, percuma.
Jika ini adalah pertama kali you nak buat blog dan baru nak daftar nama domain, dan tak begitu arif selok belok memindahkan nama domain ke webhosting, then akak syor you dapatkan kedua2 nama domain dan juga webhosting dari syarikat yang sama.
Akak syor kan SiteGround khidmat pelanggan nya ok, jika you ada permasalahan, you boleh mohon bantuan anytime melalui emel.
Cuma..
Dengan SiteGround, you akan dapatkan Whois privacy protect ecara percuma, itu paling last yang akak tahu.
Tak pasti kalau sekarang ni Percuma. Cobalah cek di SiteGround ya.
5. Webhosting
Di bawah ni akak senaraikan beberapa syarikat2 webhosting yang boleh tahan juga servis dan kelajuan server nya.
Kesemua syarikat2 ni, ada menyediakan servis daftar domain juga. So easy for you, boleh dafter domain dan juga webhosting sekali gus.
Easy peasy.
6. CMS – WordPress
Bagi tujuan khusus blog Affiliate Marketing, akak menggunakan WordPress.org. Ia nya percuma untuk di gunakan, hanya memerlukan webhosting berbayar.
You boleh juga gunakan yang percuma seperti Blogger atau WordPress.com cuma, untuk itu, akak kurang arif cara2 untuk optimasikan blog dari segi SEO , monetasi dan user navigation dan lain2 isu yang berkaitan.
7. WordPress Theme (Template)
Untuk permulaan, you boleh gunakan theme percuma yang terdapat di WordPress repository.
Untuk buat duit online dengan blog Affiliate Marketing, kita hanya memerlukan theme yang bersih dan simple. Ia tidak memerlukan bling2 atau warna warni yang memeriahkan.
Yang penting, ia memenuhi keperluan kita untuk buat duit online dan memudahkan pembaca untuk dapatkan info dari produk review itu.
Baca Artikel Berkaitan :
- Cara Praktikal Dan Mudah Untuk Membuat Pilihan WordPress Theme(Template)
- 7 WordPress Theme Khusus Untuk Blog Affiliate Marketing
8. Penggunaan PlugIn WordPress
Penggunaan plugin wordpress dapat membantu meringkankan tugasan seperti, SEO, kelajuan site dan juga kemudahan dalam navigasi di blog kita.
Oleh kerana blog affiliate marketing banyak memberi tumpuan pada produk info dan review, maka penggunaan plugin wordpress dapat membantu kita dalam penyelenggaraan affiliate link seperti penyemakan data konversion dan sebagai nya.
Baca : Cara Nak Pilih Plugin WordPress
9. Email Autoresponder
Untuk menghubungi pembaca2 yang telah sign up di blog akak menggunakan email autoresponder MailerLite
Tak tahu apa dia tu email autoresponder?
Ia adalah satu plugin dimana, akak hanya perlu set and go kan emel2 untuk dikirim kepada subscriber mengikut ketetapan yang dah akak tetapkan.
Jimat masa, so akak tak perlu nak hantar emel satu per satu. Yang best nya, akak boleh lihat siapa dan bila emel akak di buka, sama ada pembaca klik atau tidak link yang akak serta kan.
Smart ehh
10. Logo Untuk Branding
Walaupun kita hanya membina niche blog khusus untuk Affiliate Marketing, tak salah jika kita branding kan ia sikit dengan logo.
Ya kan?
Sekurang2nya pabila pembaca mendarat diblog kita, mereka akan rasa selesa dan selamat kerana logo menggambarkan profesionalisme dalam sesuatu bisnes.
Tak ler terasa macam berada di website scam huhu
You boleh buat sendiri logo dengan menggunakan Canva atau if you are techie, boleh gunakan software seperti Photoshop atau Adobe Illustrator.
Tapi if you tak pandai nak design atau tiada masa, boleh saja dapatkan khidmat tersebut di Fiverr
Set!
Sekarang kita dah pun ada theme, plugin dan juga logo untuk niche blog affiliate marketing kita.
Sikit lagi kerja2 pemasangan siap hihi
Dan kita dah boleh mulakan bisnes online Affiliate Marketing kita.
Baca artikel berkaitan:
- Apa Itu Affiliate Marketing?
- Cara Nak Memulakan Affiliate Marketing Untuk Newbie
- Pemilihan Niche Dan Produk Affiliate Yang Menguntung kan
- 15 Cara Dan Strategi Promosi Produk Affiliate
- Buat Duit Lebih Dengan Affiliate Marketing USD
- Buat Duit Sampingan Dengan Affiliate Marketing Malaysia
Ada belajar sesuatu atau ada bab2 tertentu yang you kurang faham?
Tinggalkan soalan di ruangan komen ya, in sha Allah akan akak jawab.
Jangan lupa klik share ke FB ya, nak share ke G+ pun ok jugak. Sharing is caring tau.
~~Kak Su
Masha Allah, terhibur hati ni baca komen ikhlas dari Saiful.
Akak sampaikan perkongsian tu agar mudah untuk di fahami, terutama nya untuk newbie, seperti untuk kefahaman diri akak sendiri.
Terima kasih juga sudi singgah dan tinggalkan komen.
puas baca artikel dr kaksu.walaupun sy newbie tp artikel dr kaksu senang hadam.kaksu sampaikan dgn ikhlas.trm kasih kaksu.
Article ni bagus untuk merwka yang nak buat duit tambahan dari blog. Thaks for sharing
Apa yang onie suk, Affiliate ini memang membawa keuntungan kalau kena dnegan carakan. Paling penting kita kena pandai promosikan blog sendiri. Onie banyak juga tawaran macam ni, cuma masih belum bersedia.
I would love to get on an affiliate marketing programme but haven’t found one yet. Need time to research but haven’t found the time to do so. Thanks for giving this wake up call to me.
Kalau pengguna blogspot boleh ke follow tutorial cara untuk WordPress ni? Selalu juga dgr pasal affiliate tapi tak tahu nak manfaatkan.
Wah menarik la artikel yg ni.. Disamping berblig boleh jana pendapatan dgn buat affiliate juga kan… Nnti boleh la nk hadamkan lebih details.. Kita save dulu..
Rawlins pun dah kena start belajar pasal affliate nie. Nak perkembangkan perniagaan online dan juga tambah lagi pendapatan. Dah alang-alang suka menulis kan. TQ sharing ye.
nice sharing..btol tu, lepas dah dpt ilmu teori, seharusnya kena praktik cepat2 sebelum terlupa..
Untuk usahawan memang patut cuba affiliate marketing ni. Sebab ia mudah dan kos sikit je. Ruby ada tengok beberapa iklan affiliates ni. Bagi yang cun SEO memang dapat pulangan best. Yang tidak cun SEO, walaupun jana pendapatan sikit aje, tapi company dapat pendedahan percuma. Sebab kadan tak cun seo ni dia ada followers tersendiri.
Terima kasih konhsi tentang ini. Dah lama nak cari ilmu tyg affiliate . Sambil blogging blh menjana pendapatan kan
Yes, blogging boleh buat duit dan pentingnya memilih niche mengikut apa yg kita minat. Tp akan jadi masalah bila kita buat blog khusus utk menjana pendapatan. Nanti bila ia xmendatangkan hasil, blog itu akan terkubur.
Wow..detail penerangan akak. Baru saya tau macammana nak buat blog affiliate marketing ni. Kena banyak membaca baru boleh buat ni. Thanks sharing 🙂
Yang kena fokus niche tu memang betul. Saya dah cuba buat blog berniche untuk jual affiliate. Memang menjadi tapi sebab kengkangan masa sekarang dah tak aktif dah affiliate
Banyak kena fokus dan teliti untuk membina blog affiliate marketing. Membina base-nya sangat penting untuk mencapai ke tahap auto-pilot.
Nice sharing. Banyak lagi Yaya kena tuntut ilmu ni hee. Yang penting kena rajin konsisten. Fuhh
Good info and good sharing. memang boleh je buat duit asalkan minat dan usaha tu ada. Pernah dengar pasal ni tapi masih belum boleh bagi commitment untuk cuba.
Good sharing info kak..but saya xde blog hehe so x sure how to use this..most of time guna affiliate link shj
perghhh.. details kak su share utk yg nak memulakan affilaite marketing di blog2 dll. bukan senang nak senang. kena usaha lebih..
good to share here..
Ramai yang dah berjaya dalam dunia blog menggunakan affiliate marketing je kan. Teringin jugak nak belajar tentang affiliate ni. Cuma yang penting kena usaha lah kan. Kalau setakat tau, tapi tak praktikkan, memanh takkan kemana
Salaam. terima kasih atas kunjungan
Salam…
Singgah pagi