kaksu.com-7-tapak0jualan-online

Bisnes Online 2020 : Jual Barang Online Di 7 Platform Ini

7 Platform Jualan 2020 Untuk Jual Barang Online

kaksu.com-7-tapak0jualan-online

Dalam satu seminar perniagaan dalam talian yang akak hadiri baru2 ni,  speaker tu ada menyebut tentang perlunya menjual barang online  ditempat yang betul. Bukan setakat menjual ditempat yang betul, malah perlu juga menjual  di beberapa tempat, yang strategik.

 

Strategik? Online pun kena ada tapak jualan strategik jugak ke?

 

Ya, ada.

 

Dengan menjual dibeberapa tempat yang strategik, yang dah sememangnya ramai pengunjung akan memudahkan usaha you untuk mendapat jualan.

 

Katanya lagi,

 

jika kita baru saja nak mulakan bisnes online, elok kita fokus diatas 5 tapak jualan online

 

Kenapa mesti 5?

Yalah

 

Jika  berhasil menjual 1 produk sehari didalam setiap satu platform bererti kita mampu meraih 5 jualan sehari.

Dan jika keuntungan bersih setiap produk ialah RM5, bereti kita dah ada untung bersih RM25 setiap hari.

 

RM25 aja..?

 

Well, itu target paling rendah lah you

 

1 produk terjual disetiap platform dalam sehari,

1 produk (untung) RM5 x 5 jualan = RM25/ sehari

RM25 (untung) x 5 platform = RM75 sehari

RM75 (untung) x 10 hari = RM750 (untung)

 

Not bad kan,  sambil you memasak, mengemas rumah dan ngurus anak, you dapat keuntungan bersih RM75 sehari orait kan?

Boleh lah,  buat duit jajan anak2 kan, kan

 

Tapi… tak kan ler, hanya terjual 1 produk sahaja dalam sehari, kan?

 

Impossible lah

 

Bestnya lah kan if you buat bisnes online, duit berdesup masuk camtu aja. Kalau you nak meniaga secara offline pula, atau secara konventional kan, you perlu ada satu kedai, omputih kata “brick n motar”

 

Tapi kan..

 

Lazimnya lah, sebelum kita nak buka sebuah kedai,

perkara yang paling penting dan utama yang perlu difikirkan adalah lokasi

 

Lokasi!

 

Yup you.. Lokasi.. Lokasi dan  Lokasi

 

 

Sewaktu dulu, semasa akak nak memulakan perniagaan perabot terpakai, waktu itu akak tiada kedai. So you know what I do?

 

Akak menumpang dikedai perabot terpakai rakan akak.

 

Why?

 

Of courselah, because of lokasi!

 

Kedai rakan akak tu terletak di pinggir jalan besar. Itu adalah laluan utama dari Taman Suria ke Kg Melayu Majidee, menuju ke Lebuh Raya Tebrau.

 

Waktu pejabat, memang sentiasa sesak dan jem memanjang sangat tau jalan tu. Akak ambik kesempatan disitu, sebab sewaktu jalanraya sesak dan kenderaan merangkak macam siput, maka orang2 dalam kereta mulalah merasa resah, dan bosan duk lelama dalam kereta, ya kan?

 

Maklumah, waktu itu belum lagi ada smartphone, so hiburan dalam kereta hanyalah, mendengar siaran radio atau lagu2 yang dipasang di CD player!

 

So apabila menoleh kekiri atau kanan depends on which direction they are, secara tak sengaja dan tanpa dipaksa, dorang pasti terpandang kedai perabot terpakai kami.

 

Sudah tentulah, akak akan mempamerkan perabot2 yang cantik2 kat luar kedai untuk menarik perhatian mereka. Paling best sekali kan, akak susun pintu2 kayu terpakai kat depan tu, berderet deret.

 

Orang Johor kan suka sangat ngan pintu kayu terpakai dari Singapore tau. Perabot2 dikedai kami diimpot direct dari situ, maka lokasi kedai kami, ditepi jalan tu, amat sangat sesuai untuk jualan perabot terpakai tau.

 

Kami tak perlu pasang iklan, papan tanda pon tiada you. Kami setakat tulis ngan cat merah diatas papan plain putih “Perabot Terpakai Dari Singapura”

 

Itu saja, dah cukup untuk membawa masuk pelanggan dari segenap taman yang berdekatan dan juga yang dari jauh.

All because of the power of  the right location

 

So you see,

 

Lokasi kedai memainkan faktor yang sangat penting. Ia bakal menentukan sama ada ramai orang akan datang ke kedai you atau pun langsung tiada pengunjung.

 

Lokasi kedai yang strategik, dapat membantu membawa ramai pengunjung kekedai you, tanpa you perlu mengeluarkan bajet iklan yang besar untuk menarik pengunjung kesitu.

 

Jika you  rasa perlu juga nak beriklan, tapi langsung tak mau keluar bajet iklan, then you boleh beriklan percuma secara online saja disini

 

Ok so what about in bisnes online?

 

Apa strategi yang terbaik?

Nak jual barang online.. ? Sudah tentunya you mulakan nya dengan menjual di sosial media, ya kan? Untuk permulaan, ok juga, tapi you juga perlu fikirkan bisnes online you untuk jangka masa panjang.

 

You perlu pastikan sentiasa ada ramai pengunjung dikedai online you. Jika tiada pengunjung macam mana you nak jual dan siapakah yang akan membeli?

 

Tanpa pengunjung, tak mungkin you dapat menjual produk 

 

Ya kan?

 

That is why, pentingnya you memilih lokasi yang sesuai lagi strategik untuk memulakan bisnes online you.

 

Dalam dunia bisnes online pula, macam mana caranya you nak nampak pengunjung atau nak  tau berapa ramai yang hadir ke kedai online you.

 

Haah, kalau you nak tau, sebenarnya kan, apabila you meniaga online lah yang paling mudah sekali untuk you melihat berapa ramai yang berkunjung dan berapa ramai yang membeli.

 

Macam mana caranya?

 

Cara yang paling mudah sekali, ialah dengan membina website atau blog you sendiri. Disitu nanti, you akan dapat mengenal pasti melalui Google Analytics berapa ramai pengunjung dalam sehari

 

Tak tahu macam mana nak bina blog yang efektif, yang boleh menghasilkan jualan online?

 

Kak Su ada tutorial PERCUMA yang telah akak siapkan untuk you. Klik butang merah dibawah untuk mendaftar. Akak akan bimbing you cara2 untuk membina blog dan bagaimana nak buat duit melalui blog itu nanti.

 

You boleh juga baca artikel berkaitan dibawah ini

  1. 5 Cara Buat Duit Dengan Blog
  2. 12 Tip Memulakan Perniagaan Dalam Talian 2020
  3. Cara Mulakan Perniagaan Online Tanpa Modal
  4. 8 Sebab You Perlu Ada Bisnes Website 

 

Jika you tak berminat untuk membina bisnes blog sendiri, then you boleh buka kedai online you diplatform yang dah tersedia ada pengunjung. Cara ni, sama macam cara akak dulu mulakan bisnes perabot terpakai akak, dimana akak menumpang kedai rakan akak yang akak sedia maklum sudah pun mempunyai ramai laluan pengunjung.

 

You can do the same.

 

So, dimanakah nak mencari platform jualan online paling laris di Malaysia yang mempunyai ramai pengunjung yang telah bersedia untuk membeli?

 

Akak akan sharing kat bawah ni, 7 pilihan laman web shopping online Malaysia yang you boleh menumpang untuk mulakan bisnes online you.

 

Akak senaraikan 7 platfom jualan 0nline ini, tidak mengikut mana2 urutan ya.

 

7 Platform Jualan Untuk Jual Barang Online


1) Shopee

2) Q10

3) Lazada

4) Mudah

5) Lelong

6) Ebay

7) PGMall

 

Keenam2 platform online ni,  amat sesuai kerana mereka sudah pun mempunyai pengunjung dan regular customer tersendiri. So you hanya menumpang lah, omputih kata just ride on.. Gitu.

 

You tak perlu keluar modal untuk beriklan mencari pelanggan. Malah pembeli lah yang akan mencari you disitu. Memang best sebab apabila orang mencari sesuatu produk disitu, peluang untuk mereka menjumpai kedai online you is for sure.

 

So, why not you give a go today?

You have nothing to loose

 

Kat platform ke enam, ebay tu kan, you berpeluang untuk menjana pendapatan USD tau. Syiokk tu..

 

Dari dulu lagi akak biasa dengar ebay, tapi akak sendiri belum pernah lagi membeli atau menjual disitu.

 

Jika you berminat nak menjual diebay, tapi tak tahu cara jual barang online ebay atau tak tahu apa yang best sangat earn in USD, you boleh baca disini.

 

Dengar citer,

jual teh BOH pon boleh untung lumayan

 

Serious you, jual serbuk teh aja pon.

 

Ok, if you tak berminat nak menjual serbuk teh tapi nak jugak menjual online namun tak tahu apa barang yang boleh dijual online atau lagi best, you tak tahu mana nak dapatkan pembekal produk , jangan risau.

 

Akak ada senaraikan 30 Senarai Pembekal Produk di artikel yang lalu. You boleh kesitu untuk dapatkannya ok.

 

Untuk you yang suka scan aja penulisan akak sebab tak ada masa nak baca, mari akak summarise untuk you apa yang telah akak kongsikan diatas tu.

 

Akak ada citer sikit mengapa you perlu pilih lokasi strategik untuk meniaga online atau pun offline.

 

Kemudian akak juga berikan 7 platform jualan online yang boleh you sertai. Terakhir sekali, jika you tiada produk atau tak tahu dimana nak dapatkan pembekal produk, akak juga ada berikan 30 Senarai Pembekal.

 

Ini adalah artikel pertama akak untuk tahun 2020, kata orang, pembuka tirai .. gitu. Harapan akak untuk menghasilkan  setidak tidaknya, satu artikel setiap minggu untuk blog ini. So nantikan ya perkongsian akan datang.

 

Jangan lupa klik butang Share ke Fb tu.

 

Sharing is caring tau

Pinterest Pin-kaksu2u-6-tapak-jualan-online-blue-font

7 Comments

  1. Fyzah
  2. ahmad
  3. Kak Su
  4. Kak Su
  5. Mohd zaid bin Kadir
  6. Nasrul hafiz

Leave a Reply

Translate »