3 Tip Mulakan Bisnes Online 2019

3 Tip Untuk Mulakan Bisnes Online 2020 Hari Ini Juga

3 Tip Untuk Bantu You Mulakan Bisnes Online 2020 Hari Ini Juga

 

You…

 

You know what… sebenarnya kan, you don’t really perlukan niche untuk mula buat blog untuk bisnes online

 

Ya.. Betul

 

I know I know, di tutorial pertama Belajar Buat Blog  akak sibuk duk tekankan betapa pentingnya kita kenal pasti niche sebelum kita memulakan buat blog untuk bisnes online.

 

Itu pun betul juga.

 

Tapi..

 

You tahu apa yang lebih penting..?

 

Yang paling penting sekali ialah…

 

Mulakan langkah pertama.. ambil tindakan hari ni juga

 

Akak perasan ramai yang mengikuti tutorial percuma belajar buat blog bersama akak masih lagi belum memulakannya.

 

Dan antara alasan2 yang diberikan ialah, tak tahu nak menulis tentang apa, masih tak berapa faham cara nak memulakannnya dan yang paling banyak sekali feedback akak terima ialah, tak ada modal nak mulakannya.

 

Tak ada modal untuk sewa tapak (webhosting) dan tak ada modal nak beli nama domain.

 

Aduhaiii, kan ke akak dah kata, jika you tiada modal untuk membina blog untuk mulakan bisnes online,  you masih boleh mulakannya

 

Percayalah…

 

If you adalah sorang student atau pun surirumah, then you gunalah platform percuma dari WordPress.com atau pun guna Blogspot.

 

Gunakan apa yang ada dulu, its ok..

 

Kemudian you pasang ler niat untuk berhijrah sebaik sahaja you memperolehi keuntungan pertama dari bisnes online you. Gunakan  sebahagian dari duit keuntungan itu untuk upgrade bisnes online you.

 

Baca : Cara Nak Pindah Dari Blogspot ke WordPress

 

Memang tidak dapat dinafikan, it takes money to make money.

 

Tapi..

 

Jika you sememangnya langsung tiada RM10 pun untuk memulakan nya, then you mulakan bisnes online yang tidak memerlukan modal.

 

Apa yang penting, is that you mulakan dulu

 

You duk mikir A-Z, sehingga akhir tahun 2019 ni pun, you tak akan mulai lagi.

 

So..

 

Apa bisnes online yang boleh dimulakan tanpa modal?

 

Topik ini sudah pun Kak Su kupas didalam perkongsian artikel akak yang lalu, you boleh baca disini.

If you malas nak baca disitu, mari..  Kak Su ulang suara disini.

 

Antara bisnes online yang paling mudah dan tidak memerlukan modal untuk dimulai ialah Affiliate Marketing.

Ok..

 

Akak tahu dah, sebut saja Affiliate Marketing, terus jam otak you kan, kan.

 

I know..

 

Sebab akak pun dulu begitu. Apa itu Afffiliate Marketing dan bagaimana ia boleh dimulakan tanpa modal dan macam mana cara kita dibayar, atau siapakah yang membayar kita?

 

Bab ini pun sebenarnya Kak Su dah siap tulis panjang lebar menerangkan secara terpeinci. You boleh baca disini.

 

Atau pun you boleh ikuti panduan Affiliate Marketing yang akak berikan secara percuma melalui emel. Untuk sertai, you masukkan info dibawah tu ya

 

Bagaimana nak buat blog percuma di Blogspot

 

Kedua2 platfom, di WordPress.com dan Blogspot ini ada lah percuma. Maknanya, boleh lah you mulakan dulu antara keduanya untuk mulakan bisnes online you.

 

You tak pasti nak guna WordPress.com atau pun Blogspot? You boleh baca perbandingan perbezaanya dulu disini sebelum you buat keputusan.

 

Baca: Apa perbezaan WordPress dan Blogspot

 

Jangan lupa untuk set target sales yang you harapkan supaya mudah nanti untuk you buat perancangan dan berpindah ke platfom berbayar pula bila you dah bersedia.

 

Mengapa Kak Su suruh berhijrah ke platfom berbayar? Tak boleh ke guna terus platform percuma.

 

Boleh..

 

Cuma, jika semakin lama you tunggu dan bisnes online you semakin berkembang, agak sukar juga nanti jika nak berhijrah, sebab banyak data2 yang perlu dipindahkan. Ini akan mengambil masa dan menjejas prestasi bisnes online you.

 

Lagi pula, you mungkin juga tiada ilmu untuk lakukan nya, dan besar kemungkinan you terpaksa menggunakan khidmat web developer.

 

Haah..  Tu lagi tinggi kosnya tu, berbanding dengan kos menyewa tapak webhosting.

 

Antara webhosting tempatan yang boleh you gunakan :

 

 

You buat lah perbandingan kemudian you pilih salah satu daripada syarikat webhosting yang telah akak senaraikan diatas itu.

 

Apa yang patut you perhatikan sebelum membuat pilihan?

 

You boleh baca disini : Cara Membuat Pilihan Webhosting Yang Sesuai 

 

Apa pun, you buatlah pertimbangan awal supaya apa pun tindakan you, ia tidak merugikan masa dan kewangan you.

 

Cara untuk buat pilihan niche, you boleh baca disini

 

Jika you sudah pun membaca artikel di blog akak bagaimana nak memilih niche yang menguntungkan, Alhamdulillah.. you boleh teruskan misi you, buat blog untuk bisnes online.

 

Jika you belum lagi membacanya, biar akan ringkasan dibawah ni.

 

Cara mudah untuk membuat pilihan niche

 

Coba you fikirkan tiga atau empat kategori yang boleh bernaung dibawah satu bumbung.

 

Kemudian, you mulakan penulisan berdasarkan pada kategori tersebut. Dari situ nanti, you perhatikan Google Analytic.

 

Statistik tersebut itulah yang you sandarkan untuk bahan penulisan seterusnya.

 

Atikel yang menarik ramai pembaca itulah yang sepatutnya menjadi pendorong niche you.

 

Faham ke faham?

 

Macam ni..

 

Contoh you pilih topik “Resipi buat Kek”. Antara resipi yang you senaraikan adalah resipi kek kukus, kek batik, kek cokelat dan sebagainya. (Itu semua you senaraikan sebagai kategori)

 

Dalam pelbagai resipi yang dikongsikan, terdapat dua resipi yang menarik ramai pengunjung, iaitu “kek cokelat”dan juga “Kek kukus””

 

So..

 

You boleh buat kesimpulan bahwa, niche yang terbaik untuk blog you adalah kek cokelat dan kek kukus kerana kedua2nya menarik ramai pengunjung blog.

 

Maka..

 

Bermulah episod you menulis lebih banyak lagi resipi kek cokelat, tip2 dan rahsia untuk kek cokelat yang sedap dan gebu.

 

You boleh kurangkan penulisan konten dalam topik2 lain yang kurang mendapat sambutan kerana niche you adalah kek cokelat.

 

Sebagai contoh, blog Kak Su di kategorikan mengikut perkongsian artikel seperti:

 

  • Belajar Buat Blog

  • Bisnes Online

 

Daripada kedua2 topik diatas tu, akak kategorikan ia mengikut subniche

 

Bisnes Online

  • Affiliate Marketing
  • Dropship
  • YouTube

 

Dan untuk topik buat blog pula , akak kategorikan subniche kepada:

 

Blogging tip

  • Cara daftar webhosting dan domain
  • Cara buat duit dengan blog
  • Blogging tip

 

Dengan cara ini, ia memudahkan pembaca yang mendarat di blog kita untuk mencari topik pilihan. Dengan adanya kategori, artikel2 lebih tersusun.. macam buku2 di toko buku yang disusun dengan kemas mengikut kategori dan juga topik.

 

Faham, kan?

 

Mudah saja nak dapatkan niche pilihan, so akak nak you mulakan buat blog dan praktikkan apa yang akak kongsikan

 

Jika you masih belum lagi memulakan blog untuk bisnes online, akak nak you mulakan jam ni juga. Jangan tanggguh2 lagi, kita dah masuk minggu kedua tahun baru 2019 ni.

 

3 Tip Untuk Bantu You Mulakan Bisnes Online 2020 Hari Ini Juga

 

3 perkara yang you perlu ambil perhatian untuk memastikan you are always on the right track, tak menyasar ke tempat lain.

#1 Focus

Fokus ni penting you. Jika you tak fokus tentang apa yang ingin you capai pada tahun 2019 ni, percayalah, sehingga akhir 2020 pun you tak akan capai target you.

 

So fokus, fokus… fokus lah…

 

#2 Perancangan

So sebelum you mulakan fokus, you perlu buat perancangan dulu. Jika tidak, you sendiri tak akan tau apa yang nak difokuskan tu haha.

 

So lakarkan diatas kertas, buat vision board atau dapatkan satu planner. Akak suka guna planner yang boleh ditulis.. ol skool gitu akak tau.

 

Of course you bleh gunakan Google Calendar dan juga Google Keeps. Yang ni, baru tahun ni akak tau guna haha. Kesian kan, but its never too late to learn.

 

Google Planner tu, yang best nya, dia akan perhatikan gerak kerja kita kemudian dia bagi cadangan, waktu yang sepatutnya kita lakukan sesuatu tugas.

 

Kemudian kita boleh tanda..  “Did It”.. cool nya.. suka akak

 

Ehhh.. you coba.. cobalah mesti you suka tau.

 

#3 Keep it simple

Ok.. just keep it simple. The key is to be consistent. Tak faham omputih ehhh? Baik, akak translate.

Ambil yang mudah saja, kemudian istiqomah.. haah.. faham kan istiqomah?

Buat sikit, tapi berterusan.. gitu

 

Akak sentiasa ada disini untuk membantu you, jika ada permasalahan tinggalkan soalan dibahagian komen, in sha Allah akan akak jawab.

 

If you masih belum lagi mulakan buat blog, then inilah masa yang paling sesuai sangat untuk you mulakan tau.

 

Akak launching blog KakSu.com ni pada bulan Ogos 2017. Waktu tu, akak masih lagi berniaga “Baikpulih sofa” secara aktif.

 

Akhir tahun 2017, disebabkan kesihatan akak seperti yang you ketahui.. I was gifted with stage 4 breast cancer. Alhamdulillah.

 

Maka, dengan berat hati akak terpaksa menutup perniagaan baikpulih sofa yang telah dibina bersama arwah suami lebih sepuluh tahun yang lalu.

 

Rupa2nya ada hikmah disebalik penutupan bisnes tu.

 

Blog yang akak bina itu menjadi sumber pendapatan pasif, you know what it means? Maknanya, ia menjana pendapatan untuk akak secara autopilot. Alhamdulillah rupa2nya Allah nak bagi akak berehat, tak perlu kerja kerah tenaga baiki sofa.

 

So if you sorang yang perlu di push untuk lakukan sesuatu tugas, then let me be that push for you huhu.

 

Tutorial Buat Blog

Akak rasa you dah pun mendaftar dan ikuti tutorial2 yang akak kirim melalui emel sebelum2 ni kan?

 

If you belum pernah mendaftar untuk terima tutorial belajar buat blog, you boleh daftar disini.

 

Ok ada yang bertanya kenapa akak tak tunjuk kan cara buat blog wordpress (backend) step by step.

 

Jawaban  akak..

 

Untuk set up wordpress blog tu super simple. Hanya mengambil masa kurang dari 10 minit jika you ikuti Tutorial SiteGround akak.  Kemudian you minta customer service untuk set up kan WordPress.

 

Tak perlu nak merumitkan situasi. Ambil jalan yang muda saja. Keep it simple.

 

Jika you rasa  SiteGround tu dah terlebih bajet, then you boleh daftar di Roket Server. Apa yang menarik, plan webhosting bermula dari RM15/ setahun.

 

Best ke best?

 

Boleh kan?

 

So, tunggu apa lagi? Dah pegi ler… daftar sekarang juga.

 

Dah daftar nama domain dan webhosting, you dah boleh terus jalankan bisnes online you. Yahooooooo!

You nak promote bisnes online you di FB? Tapi you tak pasti cara terbaik untuk lakukannya? Then you boleh dapatkan ebook yang ditulis oleh Farabi.

 

Ebook itu menceritakan bagaimana beliau sendiri,

memulakan bisnes online tanpa modal dan menjana sehingga RM1085 dalam 8 hari, hanya melalui FB.

 

Dapatkan ebook disini

 

Jika you ada permasalahan dan masih kurang jelas, boleh hubungi akak disini.

 

Kak Su tidak menggunakan WhatsApp ya, hanya emel, Hangouts dan Skype sahaja. Minta maaf sangat pada yang meminta untuk hubungi Kak Su melalui WhatsApp.

 

Sekian dulu, tip untuk  mulakan bisnes online 2019, semoga you mendapat sesuatu yang boleh you praktikkan dan semoga berjaya.

 

Jangan lupa untuk klik Share ke FB, sharing is caring gitu.

 

 

~~Kak Su

 

 

14 Comments

  1. Kak Su
  2. Kak Su
  3. Kak Su
  4. Kak Su
  5. HAWA
  6. Shaharun din

Leave a Reply

Translate »