Cara nak daftar webhosting SiteGround dalam 15 minit

Web Hosting

Belajar Cara Buat Blog Dengan SiteGround

Cara nak daftar webhosting dengan SiteGround dalam 15 minit

Kak Su akan kongsikan cara2 buat blog sendiri dengan menggunakan webhosting yang akak sendiri guna, iaitu SiteGround

MENGAPA PILIH SiteGround

Web Hosting

  • KHIDMAT PELANGGAN YANG TIP TOP

Paling nyampah kan, kalau kita hubungi  khidmat pelanggan yang konon nya Hotline, tapi pabila di dihubungi, kita akan di sambut mesra oleh robot .

“Terimakasih kerana menghubungi khidmat pelanggan kami. Semua pegawai kami sedang sibuk, harap bersabar, anda akan di layan sebantar lagi”

Dan paling akak tak suka, nak berjual pantun, “Open ticket”

Nak nunggu mereka balas, berjual beli pantun.. Allahu Akbar. Suka ke?

Ermm.. Kita kan busy ladyboss, mana lah ada masa untuk itu semua, kan? Jika masalah melanda, kalau boleh, kita nak selesaikan ia sekarang juga. Now. Now.

Contoh,  semasa akak install plug in baru untuk site akak, kemudian menukar template, tetiba site akak crash. Kaboom! Terus ghaib dari pandangan!

Nak terputus jantung akak di buat nya dik oii..

Pada mereka yang dah ada blog sendiri, pasti faham perasaan akak waktu itu kan? Nak menangis pun ada, sampai panic attack di buat nya hahaha.

Mujurlah khidmat pelanggan SiteGround to the rescue. Mereka bertindak pantas

Tak sampai 10 minit site akak dah di jejaki dan di paparkan semula seperti sediakala.

Semua nya di atasi dengan pantas oleh khidmat pelanggan professional lagi terlatih yang sedia berkhidmat 24/7.

Mereka boleh di hubungi melalui tiga cara :

  1. Panggilan telefon, (jika anda cukup faham dan fasih betutur dalam lingo mat saleh)
  2. Open ticket melalui email jika anda jenis yang suka menulis atau, jika anda macam akak yang tak boleh nak sabar menunggu dan hendak kan jawaban dan penyelesaian waktu tu juga
  3.  Online chat pilihan utama akak

Yang bestnya, jika sewaktu chatting, anda rasa pegawai yang melayani anda kurang mahir, aka lemau.

Dan anda rasa macam nak seh-pah-tu  aja si dia tu, anda boleh aja tekan butang request, untuk berurusan dengan senior pula.

Ohsemmm kan. Yes, I know

Mana lagi nak dapat khidmat pelanggan yang se tip top Siteground. Memang akak puji  lah dorang2 ni.

[clickToTweet tweet=”Jika anda sama cam akak, yang Ter kurang bijak dalam bab2 IT ni, then akak syor guna webhosting Siteground ” quote=”So, jika ladyboss sama cam akak, yang Ter kurang bijak dalam IT ni, akak syor guna webhosting Siteground “]

Bukan apa, supaya mudah.

Ada talian hayat yang  sedia berkhidmat 24/7.

Tak kira  ler di subuh hari  atau lewat sepertiga malam.

Walau ribut taufan melanda sekali pon kat luar sana tu, mereka tetap berada di talian, kecuali jika terputus internet lah ya, hehehe.

  • UPTIME YANG SUNGGUH MENAKJUBKAN

SiteGround memberi jaminan yang uptime mereka hampir 99.99%

Sungguh amat mengerikan jika server selalu down, sedangkan kita bergantung sepenuhnya pada bisnes online.

Atau ia bergerak lemah gemalai cam siput.

Mujur tidak begitu dengan SiteGround.

Dah bersedia nak buat blog sendiri dan daftar webhosting dan nama domain?

Jika sudah, jom kita mulakan dengan lafaz Bismillah

Mula2 sekali, tentulah kita ke website SiteGround

Klik untuk di terbangkan ke SiteGround

Sebaik saja mendarat di homepage Siteground, klik butang “Sign Up”

Sign Up

 

Langkah 1 : Pilih Plan

Start Up Plan

SiteGround – Start Up Plan

Untuk ladyboss yang baru nak mulakan perniagaan di blog,  elok lah pilih StartUp Plan.

  • Sesuai dengan namanya (Start Up Plan) , “sewa tanah” nya pun affordable.
  • StartUp plan akan menerima sehingga 10GB Web Space.
  • Mampu menampung sehingga 10,000 pengunjung dalam sebulan.
  • “Sewa tanah” bagi StartUp plan bermula dari USD$3.95 sahaja sebulan. Mengikut kadar pertukaran wang asing pada hari artikel ini di tulis, lebih kurang RM15/ sebulan sahaja
  • Untuk pembinaan satu site sahaja. (hanya sebuah rumah sahaja yang boleh di bina ya, tak boleh dua tau tiga tau)

In sha Allah, start up plan memadai sebagai permulaan untuk buat blog pertama ladyboss.

Untuk kemasukan template, plugin dan upload gambar2 in sha Allah tiada masalah.

Jika ladyboss nak bina lebih dari satu blog, ladyboss boleh memilih  GrowBig Plan

Akak memilih GrowBig Plan.

Grow Big

SiteGround GrowBig Plan

Grow Big Plan mampu menampung sehingga 25,000 pengunjung dalam sebulan. Nothing wrong to grow big , kan?  Hihi

Dengan keluasan webspace sehingga 20GB, ia memudahkan akak untuk mengendalikan beberapa site , dan akak bebas untuk upload sebanyak image atau video tanpa risau yang blog akak akan terbeban.

Langkah 2 : Pilihan nama domain

 

Choose Domain

SiteGround – Choose Domain

Jika nama domain pilihan itu masih belum di miliki, anda boleh daftarkan nama itu.

Jika tidak berjaya, coba type in nama domain pilihan kedua atau pilihan ketiga dan seterusnya sehingga lah nama yang dihajati is available.

Ladyboss juga boleh memilih untuk menggunakan extension seperti :

  • .com
  • .org
  • .net

dan sebagai nya.

Akak memilih KakSu.com untuk blog akak kerana ia lebih umum dan mudah untuk di ingati.

LANGKAH 3: REVIEW AND COMPLETE YOUR INFORMATION

Isikan info2 peribadi wajib yang di pinta.

 

Extra services: Di sini anda boleh pilih nak tambah extra feature atau tidak. Hehe, dah macam order McD pulak kan, di tanya sama ada nak upsize atau tidak?

Domain Registration : Yang ini, pendaftaran nama domain. Anda boleh daftar di sini, atau boleh juga membeli nya di hosting site yang lain.

Domain Privacy : Yang ini, untuk menyembunyi kan data peribadi anda daripada pandangan orang awam, info seperti (email, nama sebenar, alamat pemilik blog dan tarikh luput blog)

Akak pilih yang ini, untuk mengelak kan dari menerima SPAM.

SG Site Scanner: Yang ini bertujuan memantau blog anda dan memaklumkan anda jika site anda telah di hack atau di jangkiti.

Setelah pastikan semua info2 wajib adalah benar, boleh lah tanda petak persetujuan.

Pembayaran melalui paypal atau visa dan kredit kad.

Tiada manual, bank in cash ya hehe.

Selesai sudah, proses daftar webhosting dan nama domain dengan SiteGround

Tahniah!  “Tapak perniagaan” anda telah tersedia untuk pembinaan kedai online anda.

Sekarang anda dah boleh masuk kan .org ke atas hosting dan mula membina dan mereka blog mengikut citarasa anda.

Tapi, jika ladyboss sama cam akak, yang Terr kurang pandai dalam bab2 IT ni, jom kita mohon bantuan khidmat pelanggan tip top dari SiteGround untuk install kan kita..

Jom… Tekan butang Live Chat

SiteGround jugalah yang telah membantu akak untuk install WordPress.

Percuma pulak tu.

Tak yah nak fenin2 bagai, serah kan aja tugas tu kat dorang yang lebih arif.

Sebelum hubungi mereka, ni akak nak ingatkan, elok kita siap2 kan dulu username dan password untuk log in

Jika tidak, mereka akan berikan username “admin” aja huhu.

Boleh juga buat pilihan template terlebih dahulu dan maklumkan kepada mereka

Jika tidak, mereka akan masukkan template yang popular dan biasa di guna ramai.

(Tapi jangan risau, dengan .org  anda bebas untuk menukar tema bila2 masa sahaja, macam ganti baju harian gitu)

Masih perlukan bimbingan untuk membina blog impian? Kak Su sedia membantu. Jangan segan2 untuk hubungi Kak Su

Atau klik butang merah untuk sertai e-kursus PERCUMA

Belajar Buat Blog WordPress

Ladyboss belajar sesuatu dari perkongsian ini? Jika ya, jom kita berbagi elmu pada yang lain pulak. Klik butang share ke FB, tak perlu minta izin..

Sekian, salam sayang dari

~~Kak Su

 

27 Comments

  1. FARHA IBUCERGAS 09/02/2018
  2. norra 05/01/2018
    • Kak Su 05/01/2018

Leave a Reply