Nak beriklan tapi tak mau keluar kos iklan. Nak buat zero kos marketing aja
Boleh gitu?
Boleh saja.. Terserah you sebenarnya nak buat marketing lagu mana pun. Tak ada siapa akan marah you. Sifu marketing pun tak leh nak marah you sebab you ada generate sale!
Itu lah hakikatnya.. Ada penjualan, itu saja yang menjadi ukuran sama ada cara marketing you berkesan atau tidak.
Secara umum ada terdapat dua cara untuk you beriklan
- Iklan berbayar
- Iklan secara percuma
Iklan Berbayar
Iklan berbayar yang paling digemari orang meniaga waktu ni ada 4
- Iklan Facebook ad
- Iklan Google Ad
- Iklan di Youtube
- Iklan di Instagram
Ke empat platfom ni jika dijalan kan iklan dengan betul, memang best. Ia akan memberi pulangan yang berbaloi dan yang paling best, you boleh set up and go.
Maksudnya, ia boleh diautomasikan sepenuhnya tanpa you perlu berkepit ngan henpon sebab takut kehilangan prospek.
Baru prospek aja pun.. Belum tentu lagi akan jadi buyer tu huhu
Iklan Secara Percuma (Zero Kos Marketing)
Cara beriklan yang paling digemari mereka yang baru nak mulakan bisnes online ialah iklan secara percuma.
Ehh orang lama yang berbisnes pun sebenarnya lagi suka cara ni.
Zero kos marketing ni, yang bestnya bila ada team. Team untuk sesama pulun iklan dengan cara zero kos marketing. Biar cepat capai sales target.
Ni cam tektik Viral Marketing lah ni
Tapi hakikatnya, zero kos marketing ni, bukanlah sebenarnya zero kos pun
Nape akak kata begitu?
Sebab..
Sebenarnya, tiada apa pun yang percuma dalam dunia ni
Setiap sesuatu ada cara pembayaran nya. Samada melalui transaksi mata wang atau pun dibayar dengan masa dan tenaga.
So if you see, orang bisnes online ni, dia sentiasa berkepit ngan henpon, walaupun ke tandas.
Makan dan minum pun bertemankan henpon. Tido pun, peluk henpon hihi
Nape ehh?
You tell me lah, akak pun teringin nak tau jugak.
Lani akak nak sharing ngan you lah ni, satu teknik yang boleh you gunakan dalam teknik pemasaran zero kos.
Ia ada beberapa nama gelaran,
Zero kos marketing
Viral Marketing
Caranya?
Sebelum you mulakan teknik zero kos marketing ni, ada beberapa tugasan yang perlu you siapkan
- Bina Facebook page
- Siapkan kolam untuk kumpul prospek
- Pastikan badan sentiasa sihat, cergas dan cerdas
#1 Bina Facebook Page
Tak ada Facebook page?
Pi lah set up, tak sampai 15 minit pun nak bina Facebook page.
#2 Siapkan kolam untuk kumpul prospek
Kat mana nak bina kolam tu? Terserah you lah.. Mana mana channel pun boleh, asalkan you memang aktif disitu.
“Bagi lah contoh Kak Su, saya nak tahu ni”
Yalah, ni akak bagi contoh lah ni
- Telegram channel
- Group Whatsapp
- Email Autoresponder
- Sistem SMS
- Facebook Group
Ok, cukup lah 5 kolam untuk you bina, mulakan dari sekarang.. Ready.. Set.. Go
Ok
Dah siap bina kolam?
Ar jom, kita teruskan caranya.
Kumpul kan kesemua prospek disalah satu kolam diatas tu. Kemudian you mulakan promosi disitu.
Cara nak promosi zero kos marketing?
Mudah saja.
Siapkan bahan atau konten seperti banner, imej dan copywriting. Kemudian pos di Facebook page dulu.
Apa saja jenis konten yang perlu dishare di situ?
1) Sharing Ilmu
Tulis saja, artikel ringkas yang berkait rapat dengan produk. Link kan sikit ngan isu semasa. Hahh itu paling best tu, sebab ia akan menarik minat orang untuk membaca.
Kalau artikel you tu ramai yang suka baca, pasti dorang klik share.
Dengan cara tak sengaja, ia menjadi viral secara organik.
Best ke best?
2) Status yang Mengundang Interaksi
Sekarang ni kan di Facebook ada feature update status ngan background kan? Haah.. you manfaatkan mini feature tu.
Ia dapat menarik perhatian prospek yang sedang bersiaran di Facebook. Bila dia terpandang status you, memang akan rasa terpanggil untuk tinggalkan komen.
Oohh bukan senang nak dapat engagement di Facebook sekarang ni kan.
Nak tulis apa?
Ahh you tulis lah, quizz ke, teka teki ke atau kuote motivasi harian.
You boleh buat mol, contoh Monday Motivation.. So setiap Isnin you update template yang sama, cuma kuote yang berbeza.
You boleh gunakan Canva untuk buatnya. You tau kan?
Ingat tau, status yang mengundang interaksi ya.
Bukan status yang mengundang kontrovesi
3) Testimoni – Pengalaman Menggunakan Produk
Yang ni lain sikit. Bukan testimoni pengguna, tapi testimoni you sendiri selaku pengguna produk tu.
You citer santai aja seolah you berciter kat member. Citer pengalaman you mengunakan produk baru tu.
Omputih kata storytelling lah
Orang kita kata membawang lah hihi
4) Soft selling
Selepas proses membawang tadi, barulah you selitkan produk penjualan you. Secara halus … gitu.
So tak ada lah nampak sangat you terlalu desperate nak dapatkan jualan.
Ok ke?
5) Sharing gambar atau video
Terkini sekarang kan musim tik tok. Why not you buat video tiktok.
Ia mudah dilakukan, tak perlu alat sophisticated video camera bagai. Cukup hanya menggunakan smartphone.
Sebelum you post ke Faceook page tu, pastikan setting untuk cross post ke Instagram juga, so tak yah buat kerja dua kali.. Ahh gituu
Selepas tu, barulah share pos tu ke kolam yang 5 lagi tu.
Apa dia kolam tu? Ni akak tulis sekali lagi kat bawah ni
- Telegram channel
- Group Whatsapp
- Email Autoresponder
- Sistem SMS
- Facebook Group
Macam tu saja ke Kak Su?
Ya, macam tu lah caranya.
Tapi… tak cukup setakat pos di satu grup WhatsApp, satu grup Facebook atau satu grup Telegram.
You mesti share, share dan share ke banyak group
Berapa banyak?
Sebanyak jari you mampu untuk klik share. Kalau larat nak klik ke 100 grup di WhatsApp.
100 grup di Telegram dan 100 grup di Facebook.. Setiap hari.
You perlu rajin beriklan secara konsisten.
Supaya bila sampai masa prospek dah bersedia untuk membeli, you lah penjual utama yang dicarinya.
Ok? Arr jom, kita teruskan sharing ke kolam kolam tersebut.
Mesti you pernah buat kan?
Tu yang asyik berkepit ngan henpon pagi petang siang malam… Tau dah
Kalau tak berkepit , haah camna nak klik share sebanyak tu kan. Itu belum lagi nak menjawab pertanyaan prospek tu hihi.
Ada solusinya ke Kak Su?
mesti you bertanya kan?
Ada.
Ada solusinya in sha Allah. Setiap persoalan pasti ada solusi.
Apa solusinya?
Solusinya ialah menggunakan app atau software pihak ketiga.
Contoh app yang boleh you gunakan ada terdapat dalam Viral Marketing.
Apa itu Viral Marketing?
Viral Marketing itu nama branding produk tu saja.
Ia adalah satu panduan komprehensif, mengajar you step by step cara untuk viral kan marketing you.
Haah itulah, ia dinamakan
Viral Marketing
Akak tahu betapa jenuhnya nak klik share ke beratus grup sehari. Makanya akak sarankan you belajar cara yang terbaik.
Untuk menjimatkan masa dan mendapat pulangan yang berbaloi.
You tiada pilihan lain jika you memilih zero kos marketing, you mesti konsisten dalam mengerjakan tugasan marketing you.
Dalam pakej Viral Marketing tu nanti you akan diberi:
6 Video tutorial termasuk software
Dont worry, you akan di ajar step by step. Bagaimana nak uruskan kesemua software tu nanti
Modul 1: Teknik iklan secara automatik bertubi tubi (jimat masa)
Modul 2: Teknik Autochat dengan amat pantas (prospek tak perlu tunggu lama)
Modul 3: Teknik bina satu link khusus untuk letak pelbagai bisnes you
Modul 4: Teknik mudah bina landing page (zero kos)
Modul 5: Teknik auto follow up customer hanya dengan satu klik
Modul 6: Teknik sedut kesemua contact dalam 10 minit (bina database)
Dengan penggunakan software dari Viral Marketing, you dah boleh promot ke Facebook dan juga Instagram.
Biarlah WhatsApp masuk bertalu talu, you tak perlu risau, nak reply chat. Semuanya akan berjalan dengan lancar, secara otomatis.
Best ke best?
So itulah dia penerangan tentang cara nak buat zero kos marketing. Secara tak langsung menjawab soalan you,
Kak Su, apa itu viral marketing?
Sekian dulu, jika ada persoalan sila tinggalkan komen. Emel saja pun boleh. Semoga perkongsian diatas ni memberi manfaat buat you
~~Kak Su
ilmu yang sangat bermanfaat untuk bisnes skrg. terima kasih kak su tak kedekut ilmu
Heh betul tu zero cost pon ada cost juga sebenarnya kan. Ni pun selalu hanyut nak buat marketing bisnes sendiri. Haha.. viral marketing macam seronok je tu.
Bagusnya tip yang dikongsikan. Jadinya kita boleh tahu cara pemasaran yg olg baik dengan zero kos
Hai, Kak Su. Terima kasih atas perkongsian info. Social media marketing memang sangat efektif zaman sekarang ni, yang penting kena selalu engage dgn prospective customers. Masalahnya saya ni tak cukup konsisten. Something like Viral Marketing would be beneficial to me.
Setuju! Apa yang KakSu share tu semua betuul..dan ada pun Sis tengah nak usaha dan cuba buat, ada juga tu info atas Sis baru je tau.. bukan semua benda free kannn…tapi mudah..
Menarik juga information tentang Zero Cost Marketing ni… Byk lagi yang kena belajar ni…
Bagusnya tips marketing ni. Memang bermanfaat sangat. Kalau guna viral marketing tu lagi hasil dia kebaboom kan
Perkongsian yang sangat menarik ni kak! Sy sendiri applykan 2-2 iaitu zero kos dan yang berbayar. Ada masa sy suka buat fb ads jugak hehe